Sunday, June 4, 2023

Motivasi Daripada Al-Quran Untuk Anda Yang Depresi & Anxiety



Setiap daripada kita pasti akan melalui ujian dalam hidup. Perbezaannya cuma pada jenis ujian yang kita hadapi. Ada yang diuji dengan keluarga yang porak peranda. Ada pula yang diuji dengan kewangan. Ada yang diuji dengan kerjaya, dan pelbagai lagi.


Dalam keadaan ni, biasanya kita akan berjumpa dengan pelbagai kata motivasi yang boleh membantu membangkitkan kembali semangat, memulihkan hati dan menggembirakan jiwa. 


Saya juga pernah diuji dengan depresi dan anxiety. Perasaanya susah nak diungkap. Badan menggigil, jantung bergerak laju, rasa sangat panas, menangis tanpa sebab. Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaannya masa tu. 


Pada waktu tu, Allah takdirkan saya berjumpa dengan satu ayat Al-Quran yang dikongsikan oleh Ustazah Asma' Harun, yang membuatkan saya kembali tenang, mula berdamai dengan takdir dan serahkan segalanya kepada Allah.




Wa ufawwidu amri ilallah. Innallaha basirun bil 'ibad

"Dan aku serahkan segala urusanku kepadaMu. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan hambaNya"
(Surah Ghafir, ayat 44)


Ayat ni menyeru kita agar menyerahkan segala urusan kita untuk Allah uruskan. Ayat bahawa Allah Maha Melihat hambaNya membuktikan Allah sentiasa ada sangat dekat dengan kita. Kita gembira, sedih, kecewa, putus asa, setiap saat yang kita lalui, Allah sentiasa ada dekat dengan kita. 


Saya belajar, bila kita terlalu nak uruskan hidup kita sendiri, kita akan mula ada jangkaan. Kita bukan sahaja nak uruskan diri sendiri, malah kita cuba nak uruskan perkara dan orang sekeliling. 


Bila tak berjaya mengubah perkara dan orang lain, kita mula tertekan (depresi). Kita mula berfikir jauh, mula berfikir negatif dengan membayangkan kemungkinan-kemungkinan yang tidak baik (anxiety).


Sedangkan, kita sebagai manusia, mustahil untuk kita uruskan semuanya sendiri, dengan kudrat diri sendiri. Kerana itu, Allah sentiasa memberitahu kita melalui ayatNya bahawa, Allah sentiasa ada dengan kita. Sangat dekat sehingga lebih dekat berbanding salur darah kita sendiri. 


Bila saya mula serahkan semua urusan hidup saya untuk Allah uruskan, saya mula rasakan ketenangan. Saya mula rasa hidup ni lebih mudah dan gembira bila Allah yang atur dan uruskan segalanya. Cukup kita berusaha, hasilnya biarlah Allah yang tentukan. 


Anda sekarang sedang hadapi tekanan, depresi atau anxiety? Marilah kita sama-sama amalkan ayat ini dengan penyerahan sepenuhnya kepada Allah. insyaAllah saya doakan semua urusan anda dimudahkan oleh Allah dan anda kembali tenang dan bahagia. 




Puan Shasratul Ameerah 
Shaklee Independent Distributor : ID 1858822 
FB Page : Pengedar Shaklee Aktif JB & Singapore 
Pemilik dan pengusaha Meera Confinement Care 
Contact : 0102888494

 #NextLevelBlogging #BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023

No comments:

Post a Comment

Buasir : Punca & Cara Rawatan Paling Berkesan dan Selamat

      Buasir merupakan salah satu masalah yang kerap berlaku pada zaman sekarang. Na...