Wednesday, June 21, 2023

Sihat Itu Satu Kemewahan! 5 Amalan Hidup Sihat Yang Perlu Kita Amalkan Setiap Hari

Assalamualaikum hai korang. 




Amalan gaya hidup sihat bukan hanya tentang menjaga berat badan yang ideal, tetapi juga melibatkan pola pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang aktif. Selain itu, penggunaan vitamin yang tepat dapat memberikan sokongan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kita setiap hari.


Dalam artikel ini, kita akan berbincang mengenai beberapa amalan hidup sihat yang penting dalam kehidupan seharian kita. 

1. Pola Pemakanan Seimbang :

Pola pemakanan yang seimbang adalah kunci utama untuk menjaga kesihatan yang optimal. Kita perlu pastikan setiap hidangan kita terdiri daripada karbohidrat kompleks, protein, lemak sihat, serat, serta vitamin dan mineral yang penting untuk tubuh. 

Kita perlu banyakkan mengambil sayura-sayuran, buah-buahan, bijirin dan sumber protein tanpa lemak. 


2. Aktiviti Fizikal Secara Rutin :

Selain makan dengan betul,  penting bagi kita untuk menjaga kesegaran badan dan fizikal. Luangkan waktu setiap hari untuk bersukan atau melakukan kegiatan fizikal yang lain. 

Aktiviti fizikal dapat membantu meningkatkan pengaliran darah, mengawal berat badan, dan meningkatkan kesihatan jantung.

3. Minum Air yang Cukup :

Jangan lupa juga kepentingan minum air yang cukup setiap hari. Air membantu menjaga keseimbangan bendalir dalam tubuh, menyokong fungsi organ-organ penting, dan membantu proses pencernaan. 


Usahakan untuk minum sekurang-kurangnya lapan gelas air setiap hari atau sesuai dengan keperluan tubuh badan anda.

Salah satu cara untuk tahu bahawa amaun air yang anda minum sudah mencukupi adalah warna air kencing anda tidak terlalu kuning dan tidak pula jernih. Jika ia berwarna jernih, ia bermaksud anda telah minum terlalu banyak.  

4. Rehay yang Cukup :

Tubuh memerlukan waktu rehat yang mencukupi untuk membaik pulih diri dan tenaga. Pastikan anda tidur selama 7-8 jam setiap malam supaya tubuh anda mendapat rehat yang secukupnya. 

Kurang tidur dapat meningkatkan risiko untuk pelbagai masalah kesihatan, termasuklah kepenatan melampau dan merosotnya daya tahan tubuh.

Kajian menunjukkan, tidur awal sangat membantu anda untuk dapatkan rehat yang mencukupi. Sebelum jam 12 tengah malam, setiap 1 jam anda tidur, kualitinya bersamaan 3 jam anda tidur. Jadi untuk bangun awal walaupun pada pukul 3 pagi, tak jadi masalah kerana badan anda mendapat rehat yang cukup. 

Sebab itu, jika anda perasan, orang-orang kampung zaman dahulu masuk tidur awal dan bangun awal, namun mereka sangat sihat dan bertenaga pada siang hari. 


5. Suplemen Vitamin yang Diperlukan :

Sebahagian besar nutrisi memang diperoleh daripada makanan harian kita . Namun ada beberapa vitamin yang perlu ditambah dalam bentuk suplemen untuk memastikan keperluan nutrisi seharian anda cukup. Beberapa vitamin yang penting termasuk:

   a. Vitamin C: Berperanan dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh, imuniti dan menjaga kesihatan kulit.

   b. Vitamin D: Membantu penyerapan kalsium dan menjaga kesihatan tulang.

   c. Vitamin B kompleks: Termasuk vitamin B1, B2, B3, B6, B9, dan B12 yang berperanan dalam menjaga sistem saraf, metabolisma dan tenaga serta pembentukan sel darah merah. Ia juga sangat baik untuk mendapat kulit yang sihat. 

   d. Vitamin E: Sebagai antioksidan, melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan akibat radikal bebas.

   e. Vitamin A: Penting untuk kesihatan mata, kulit, dan sistem kekebalan tubuh.


Sentiasa setkan dalam minda bahawa kesihatan ini satu nikmat kemewahan daripada Allah. Tanpa kesihatan, tak mungkin kita boleh mencari rezeki dengan baik, menjadi isteri, suami, ibu bapa mahupun anak yang boleh memberikan bakti sebaiknya untuk yang tersayang. 

Bagi yang ingin dapatkan info lebih lanjut mengenai produk Shaklee yang boleh membantu menambahbaik kesihatan anda, boleh whatsapp Ee di 010-2888494 atau tekan link ke mana-mana media sosial saya di bawah untuk berhubung. 


Salam sayang, 

Puan Shasratul Ameerah Shaklee Independent Distributor : ID 1858822 Pemilik dan pengusaha Meera Confinement Care Contact : 0102888494 #NextLevelBlogging #BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023

No comments:

Post a Comment

Buasir : Punca & Cara Rawatan Paling Berkesan dan Selamat

      Buasir merupakan salah satu masalah yang kerap berlaku pada zaman sekarang. Na...