Saturday, July 15, 2023

Perbezaan Res-V dan Vivix Shaklee

BEZA RES-V DAN VIVIX




Hai semua. Harini jom kita kenalpasti pula perbezaan antara Res-V dan Vivix. Masing-masing ada keunikan tersendiri. Sebelum ni pun saya ada kongsikan mengenai keunikan produk Vivix. Kali ni mari kita kenal pula kedu-dua suplemen premium Shaklee ni.

Anda boleh mengenalpasti sama ada anda perlukan Vivix di sini.

 

Kenali Res-V dan Vivix

 

Res-V dan Vivix dari Shaklee merupakan dua produk hebat yang menyediakan nutrisi berkualiti tinggi untuk kesihatan dan kesejahteraan badan kita. Res-V dan Vivix kedua-duanya merupakan minuman botani yang tinggi antioksidan. Mereka berdua ni ibarat abang dan adik. Cuma Res-V diformulakan dengan lebih baik daripada lebih banyak tumbuhan botani yang kaya dengan antioksidan.

 

Perbezaan Res-V dan Vivix

 

Kedua-dua produk Vivix dan Res-V ini mempunyai keunikan tersendiri. Jom kita tengok apakah perbezaan Vivix dan Res-V ini.



1. Vivix dan Res-V dihasilkan dalam bentuk yang berbeza. Vivix dalam bentuk cecair manakala Res-V dihasilkan dalam bentuk kapsul gel lembut. Saya selitkan bentuk kapsul Res-V untuk rujukan anda.



2. Vivix mempunyai isipadu 150mL manakala Res-V mempunyai 60 kapsul lembut.

3. Vivix perlu disimpan didalam peti sejuk selepas dibuka untuk memastikan kesegarannya terjamin manakala Res-V boleh diletakkan dalam suhu biasa. Ini bermaksud Res-V lebih mudah dibawa ke mana-mana.


4. Vivix terhasil daripada 4 jenis tumbuhan botani iaitu Anggur Muscadine, Ekstrak Lobak Ungu, Ekstrak Knotweed Jepun dan Ekstrak Elderberi Eropah. Res-V pula terdiri daripada bahan utama yang sama (kecuali Knotweed Jepun dan Elderberi Eropah) dengan penambahan Polygunum Cuspidatum, Chebulic Myrobalan, anggur merah, buah delima dan anggur hitam.

 

Berikut merupakan sedikit khasiat tumbuhan botani yang digunakan dalam penghasilan kedua-dua produk premium ini.


5. Vivix didaftarkan dalam kategori makanan manakala Res-V didaftarkan dalam kategori ubatan tradisional.

6. Vivix lebih berkuasa sebanyak 10% berbanding resveratrol sahaja kerana Vivix mempunyai 16 jenis polifenol didalamnya. Res-V pula didapati lebih berkuasa sebanyak 30% berbanding Vivix.



7. Vivix memiliki 3 paten manakala Res-V mempunyai 3 paten yang sama dengan penambahan 3 paten yang baru. Ini bermakna tiada produk lain yang boleh meniru Vivix mahupun Res-V.

8. Jangka hayat Vivix adalah 12 bulan manakala Res-v mempunyai jangka hayat selama 24 bulan.

9. Waktu pengambilan yang dicadangkan adalah Vivix pada waktu pagi untuk membekalkan tenaga kepada sel dan badan untuk melakukan kerja harian dengan baik dan optimum. Manakala Res-V dicadangkan untuk diambil sebelum tidur untuk membekalkan tenaga kepada sel untuk proses baikpulih badan sewaktu rehat.

 

Kesimpulan

 

InsyaAllah sekarang lebih jelas kan mengenai perbandingan kedua-dua produk hebat ni? Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh tekan link whatsapp atau mana-mana media social saya yang lain. InsyaAllah saya cuba menjawab persoalan anda sebaik mungkin dengan bimbingan ahli nutrisi terlatih.

 

Rebut peluang anda sekarang untuk mendapat lebih banyak penjimatan.

 

Puan Shasratul Ameerah

Shaklee Independent Distributor : ID 1858822

FB Page : Pengedar Shaklee Aktif Pasir Gudang, Johor Bahru & Singapore.

Pemilik dan pengusaha Meera Confinement Care

Contact : 0102888494

#NextLevelBlogging #BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 





Friday, July 14, 2023

6 Keunikan Vivix Yang Tiada Pada Produk Lain

Hai assalamualaikum. Korang tentu pernah dengar tentang produk paling premium dalam Shaklee kan? Ye betul! Vivix namanya. Ramai yang tahu Vivix ni sangat bangu untuk baikpulih kesihatan anda secara menyeluruh. Namun ada lagi yang belum tahu keunikan Vivix ni. Jom kenal produk premium ni.

 


Apa tu Vivix?

 

Vivix adalah sebuah produk kesihatan yang dihasilkan oleh Shaklee. Ia merupakan satu-satunya suplemen yang berjaya menembusi sel sehingga ke peringkat DNA. Jadi ia sangat terkenal sebagai satu minuman botani anti-penuaan.

 

Kenapa perlunya Vivix dalam kehidupan seharian anda?

 

Normalnya, sel dalam badan kita akan diganti lebih 300 billion sehari dan secara purata 200 juta sel setiap minit. Ia berlaku setiap hari dalam badan kita. Tapi disebabkan oleh beberapa sebab, sel dalam badan kita berpotensi dan mengalami risiko kerosakan, biasanya diakibatkan oleh radikal bebas.

 


Radikal bebas ni disebabkan oleh :

1. Gaya hidup tidak sihat seperti merokok, minum alcohol. Berada dalam kalangan perokok juga menyebabkan kita mendapat kerosakan sel yang lebih tinggi kerana asap rokok adalah 2x ganda lebih bahaya daripada rokok itu sendiri.

2. Pemakanan yang tidak dijaga. Terlalu banyak makan makanan yang diproses, gula, bahan perasa, akan menyebabkan badan mengalami keradangan.

3. Tekanan & stress akibat masalah peribadi, tempat kerja ataupun keluarga.

4. Tidak mendapat tidur dan rehat yang mencukupi. Purata tidur yang disarankan untuk orang dewasa ialah 5-7 jam sehari.

Jika anda sememangnya seorang yang sangat sibuk dan perlu berjaga pada waktu malam, anda boleh gunakan satu petua ini. Kajian menyatakan tidur 1 jam sebelum waktu tengah malam (jam 12 malam), kualitinya bersamaan dengan 3 jam tidur. Bermaksud, jika anda masuk tidur pada pukul 10 malam, kualiti tidur anda dalam tempoh 2 jam (10 malam sehingga 12 malam) bersamaan dengan 6 jam waktu tidur! Menarik bukan?

5. Kurangnya bersenam. Aktiviti bersenam boleh membantu melancarkan sistem pertahanan badan dalam tubuh untuk melawan radikal bebas.


Kehadiran radikal bebas dalam badan adalah berbahaya untuk kesihatan anda. Ia boleh menyebabkan pelbagai masalah dan mendatangkan pebagai penyakit kronik. Vivix boleh membantu anda mengatasi masalah ini.

 

6 Keunikan Vivix Yang Anda Perlu Tahu.

 

Jom kita kenali Vivix dengan lebih dekat.


1. Anti-Penuaan.

Vivix adalah sejenis campuran paten yang menggabungkan ekstrak anggur merah dengan polifenol tertinggi dan campuran unik polifenol anggur merah lainnya. Campuran ini dikenali sebagai Polyphenol Blend yang kuat dan membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan oksidatif yang berlaku semasa proses penuaan. Ia membantu melambatkan tanda-tanda penuaan dan membantu memperbaiki kesihatan sel.



2. Perlindungan DNA.

Vivix juga diketahui membantu melindungi DNA dalam sel-sel tubuh. Ia mengandungi resveratrol, sejenis polifenol yang terdapat dalam anggur merah. Resveratrol dikaitkan dengan kesan perlindungan DNA yang tinggi dan membantu mengurangkan risiko penyakit kronik.



3. Kualiti Bahan Semulajadi.

Vivix dihasilkan menggunakan bahan-bahan semulajadi berkualiti tinggi. Shaklee sangat mengutamakan kualiti dan keberkesanan produk mereka. Bahan-bahan dalam Vivix diperoleh melalui proses ekstraksi yang teliti untuk memastikan keaslian dan keberkesanan mereka.

4 kandungan utamaVivix yang kaya dengan polifenol ialah :

- Muscadine Grape

- Purple Carrot

- European Elderberry

- Japanese Knotweed

Biasanya minuman botani untuk kesihatan mengandungi 3 hingga 4 polifenol sahaja namun Vivix Shaklee mengandungi 16 polifenol!

 Berikut saya sertakan fungsi bagi setiap kandungan. Menarik kan?



4. Dipatenkan.

Dalam Vivix je, terdapat 5 paten berasingan iaitu, 4 paten berkaitan 4 bahan utama premium yang digunakan tanpa menggunakan bahan pengawet. Satu lagi paten adalah proses pengekstrakan polifenol daripada tumbuhan yang menggunakan proses cold-filling extracton. Ia bertujuan untuk menjaga keaslian dan mengelakkan polifenol daripada musnah semasa proses ekstrak.

Proses ini tersangat mahal ye! Oleh itu, kita sangat beruntung apabila boleh minum Vivix tanpa perlu keluarkan belanja puluhan ribu ringgit.

5. Penyelidikan dan Kajian Saintifik.

Vivix dihasilkan daripada penyelidikan dan kajian saintifik yang teliti. Shaklee mempunyai komitmen terhadap penelitian dan mengikuti standard kualiti yang tinggi dalam pembangunan produk mereka. Vivix telah melalui kajian klinikal dan ujian yang ketat untuk membuktikan keberkesanannya.

Sebelum dipasarkan pada tahun 2008 di USA, Vivix telah dikaji dan diuji keberkesanan dan keselamatannya selama 6 tahun. Setelah 2 tahun di pasaran, barulah Vivix Shaklee dimasukkan ke pasaran Malaysia pada tahun 2010 dan telah membantu ribuan orang ramai menjadi lebih sihat.

6. Kepatuhan dan Pengiktirafan.

Shaklee adalah sebuah syarikat yang mempunyai reputasi yang baik dalam industri kesihatan. Produk-produk mereka mematuhi piawaian kualiti yang ketat dan syarikat ini telah menerima pengiktirafan dari pelbagai pihak yang termasuk badan pengawal makanan dan pakar kesihatan.



Dapatkan Vivix anda sekarang

Siapa perlukan Vivix? Anda boleh tahu dengan menekan butang ini.

Vivix Shaklee adalah satu produk unik dan premium yang mengandungi campuran polifenol anggur merah yang kuat dan bahan-bahan semulajadi berkualiti tinggi. Ia membantu melindungi sel-sel tubuh, melambatkan tanda-tanda penuaan, dan menawarkan pelbagai manfaat kesihatan.

Dapatkan konsultasi daripada pengedar sah Shaklee yang aktif. Anda boleh tekan link di bawah untuk bantuan dan konsultasi.

 


Puan Shasratul Ameerah

Shaklee Independent Distributor : ID 1858822

FB Page : Pengedar Shaklee Aktif Pasir Gudang, Johor Bahru & Singapore.

Pemilik dan pengusaha Meera Confinement Care

Contact : 0102888494


#NextLevelBlogging #BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023

Saturday, July 1, 2023

5 Cara Hilangkan Jeragat Dengan Cepat Dari Luar dan Dalam.


Ramai orang yang mengalami masalah terutamanya mereka yang berkulit cerah. Jeragat ni tidaklah berbahaya cuma apabila terlalu tebal dan banyak, kita akan mula rasa hilang kayakinan diri dan mempengaruhi penampilan seharian kita. Sebenarnya jeragat ni apa?


Apa itu jeragat?

Jeragat merujuk kepada bintik-bintik kecil yang terdapat pada kulit manusia, yang juga dikenali sebagai tanda atau tahi lalat. Jeragat adalah suatu keadaan kulit di mana terdapat pengumpulan melanin, pigmen yang memberi warna pada kulit. Jeragat sering kali berwarna gelap atau coklat dan muncul sebagai kelompok bintik-bintik yang terletak pada kawasan yang terdedah kepada sinar matahari.


Punca terjadinya jeragat

Ada beberapa punca terjadinya jeragat. Punca utama terbentuknya jeragat adalah :

1. Pendedahan kulit kepada sinar ultraviolet (UV) dari matahari. Ketika kulit terdedah kepada sinar matahari, sel-sel kulit yang menghasilkan melanin mula meningkatkan produksi pigmen ini sebagai mekanisme pertahanan untuk melindungi lapisan kulit yang lebih dalam daripada sinar UV yang berbahaya. Ini mengakibatkan melanin beransur-ansur terkumpul dalam kawasan tertentu, terutamanya pada orang yang mempunyai kepekaan genetik terhadap sinar matahari.

2. Masalah hormon, seperti semasa kehamilan atau pengambilan pil perancang

3.  Penuaan kulit. Apabila kulit makin kendur, tua dan tidak anjal, jeragat mudah terjadi. Jeragat juga boleh menjadi lebih ketara pada individu dengan kulit yang cerah.

4. Penggunaan set penjagaan kulit yang tidak sesuai dan mempunyai bahan-bahan berbahaya seperti merkuri. Ini bukan sahaja menyebabkan jeragat terhasil malah berbahaya juga untuk kesihatan secara keseluruhan.


Bagaimana nak atasi masalah jeragat?

Disini saya kongsikan beberapa petua untuk menghilangkan jeragat.

1. Gunakan perlindungan matahari: Pastikan anda sentiasa menggunakan pelindung matahari dengan SPF tinggi apabila terdedah kepada sinar matahari. Ini akan membantu mengurangkan pendedahan kulit kepada sinar UV yang boleh menyebabkan jeragat.

2. Gunakan produk penjagaan kulit yang tepat: Pilih produk penjagaan kulit yang sesuai untuk jenis kulit anda. Pastikan produk yang anda gunakan tidak menyebabkan iritasi atau reaksi alergi yang boleh memperburuk keadaan jeragat.

Untuk produk penjagaan kulit, saya sarankan anda mencuba rangkaian produk Youth Shaklee. Moiturizer Shaklee mengandungi SPF 50 yang boleh membantu menghalang sinaran UV berbahaya terus ke dalam kulit. Saya kongsikan juga beberapa testimoni untuk menyokong kenyataan ini.





3. Hindari pendedahan terlalu lama kepada sinar matahari: Cubalah untuk mengurangkan masa yang dihabiskan di bawah sinar matahari terutama dalam waktu tengah hari yang panas. Gunakan topi, payung, atau pakaian yang melindungi kulit anda dari sinar matahari.


4. Amalkan gaya hidup sihat: Amalkan gaya hidup sihat dengan makan makanan yang seimbang, minum air yang cukup, dan tidur yang mencukupi. Ini akan membantu meningkatkan kesihatan kulit secara keseluruhan.

 

5.Cukupkan nutrien keperluan badan dan kulit. Antara vitamin yang penting untuk kulit dana membantu mengatasi jeragat adalah :


    a. Vitamin C: Vitamin C adalah antioksidan yang kuat dan membantu dalam pembentukan kolagen. Kolagen membantu menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit serta mendorong regenerasi sel-sel kulit yang baru. Vitamin C juga dapat membantu mencerahkan kulit dan mengurangi pigmentasi yang tidak merata.

    b. Vitamin E: Vitamin E juga merupakan antioksidan yang dapat membantu melindungi kulit dari kerusakan akibat sinar matahari. Ia juga membantu memperbaiki dan menghidupkan kembali sel-sel kulit yang rusak. Vitamin E juga dapat membantu mengurangi keradangan dan meningkatkan tekstur kulit.

    c. Vitamin A: Vitamin A, terutama dalam bentuk retinoid seperti retinol, dapat membantu mempercepat pergantian sel kulit dan meningkatkan regenerasi sel. Ini membantu mengurangi pigmentasi kulit yang tidak merata, termasuk jeragat. Vitamin A juga membantu menjaga kelembapan kulit dan meningkatkan kehalusan tekstur kulit.

    d. Vitamin B3 (Niacinamide): Vitamin B3, juga dikenal sebagai niacinamide, memiliki sifat pemutihan dan mencerahkan kulit. Ia membantu mengurangi produksi melanin berlebihan yang dapat menyebabkan jeragat. Vitamin B3 juga membantu menjaga kelembapan kulit dan memperbaiki barrier kulit.

    e. Vitamin D: Vitamin D dapat membantu dalam pengurangan peradangan pada kulit dan meningkatkan penyembuhan luka. Ini dapat membantu mengurangi kemerahan dan bintik-bintik jeragat yang memerah.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda sedikit sebanyak. Jika ingin mendapatkan produk penjagaan kulit Youth Shaklee atau ingin mendapatkan set vitamin untuk membantu masalah jeragat anda, anda boleh menghubungi saya di mana-mana link yang saya sediakan di bawah. Sama-sama kita atasi jeragat degil dan tingkatkan keyakinan diri dihadapan orang ramai.


With love,



Puan Shasratul Ameerah 
Shaklee Independent Distributor : ID1858822 
Pemilik dan pengusaha Meera Confinement Care
Contact : 0102888494 


#NextLevelBlogging #BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023

 

Friday, June 30, 2023

Maglinant Kecut Dalam Masa Sebulan Dengan Vivix!

Bismillahirrahmanirrahim. Kali ni saya nak kongsikan kisah benar adik saya sendiri yang disahkan mempunyai maglinant sebesar saiz duit 50 sen di kawasan payudara. 

Masa tu dia belum kahwin. Mestilah akan ada satu perasaan tidak selamat (baca : insecure) apabila ia melibatkan kawasan aset sendiri. Semuanya bermula dengan rasa ketulan di bawah ketiak adik waktu tu. 

Apabila rujuk ke hospital, doktor dapati ada maglinant dalam payudara adik. Pada mulanya doktor bagitahu adik tak perlukan pembedahan kerana ia tidak besar dan tidak sakit. 

Namun lama kelamaan, rasa ketulan itu semakin besar sebesar duit syiling 50 sen dan mula rasa sakit. Apabila cek untuk kali kedua, doktor sarankan untuk lakukan pembedahan untuk membuang maglinant tersebut kerana dikhuatiri jika dibiarkan akan berubah menjadi kanser payudara. Adik setuju. 

Waktu tu, adik buat keputusan untuk mencuba Vivix, memandangkan Vivix dah berjaya bantu ramai pesakit yang mempunyai masalah yang sama. 

Alhamdulillah sebulan selepas consume Vivix, betul-betul sehari sebelum pembedahan, doktor kembali scan. Alhamdulillah maglinant dah mengecut menjadi saiz duit syiling 10 sen dan doktor sarankan untuk teruskan apa yang adik lakukan waktu tu tanpa perlu pembedahan. 

Alhamdulillah sebagai kakak, saya seronok dapat bantu adik saya sendiri mengatasi penyakitnya. Siapa je yang sanggup tengok adik sendiri menahan sakit kan?

Bagaimana Vivix membantu?





Vivix sememangnya kaya dengan polifenol dan resveratrol. 

Fungsi resveratrol :

1. Menghalang pembentukan sel darah baru yang akan memberi makanan dan oksigen kepada sel tidak normal dalam badan. 

2. Menyebabkan sel tidak normal mengalami proses apoptosis iaitu sel kanser atau sel tidak normal akan membunuh diri sendiri. 

Fungsi polifenol :

1. Meneutralkan radikal bebas yang menyebabkan kolagen dan elastin dalam badan terurai menjadikan kulit kendur dan tidak anjal. Radikal bebas juga boleh mengaktifkan sel kanser. 

2. Melindungi daripada sinaran UV yang berbahaya dan mengurangkan radang.

3. Menghalanh pembentukan protein A.G.E iaitu sebatian berbahaya yang terbentuk daripada pemakanan.

A.G.E akan menyebabkan tekanan oksidatif, radang dalam badan, kulit kurang keanjalan dan mula berkedut serta penuaan yang lebih cepat. 

Disini saya kongsikan beberapa kes yang berjaya dibantu dengan penggunaan Vivix Shaklee.





Alhamdulillah. Nikmat kesihatan itu tersangat mahal dan kita hanya akan sedari ia sewaktu kita mula hilang nikmat ini. 

Bagi anda yang nak dapatkan konsultasi berkaitan, insyaAllah anda boleh hubungi saya di link yang saya sediakan di bawah. Semoga kita semua sentiasa dikurniakan nikmat kesihatan yang baik. Aamiin. 

With love, 

Puan Shasratul Ameerah 
Shaklee Independent Distributor : ID 1858822 
Pemilik dan pengusaha Meera Confinement Care 
Contact : 0102888494


#VivixShaklee #ResVShaklee #NextLevelBlogging #BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023

Kanser Boleh Kembali Walaupun Dah Pulih? Cuba Reverse Dengan Cara Ni.

Alhamdulillah pada 17 Jun baru ni, saya berpeluang untuk hadir ke kelas mengenai gaya hidup yang boleh mengundang kanser dan bagaimana untuk mencegah kanser dengan polifenol. Kelas ini disampaikan oleh Prof. Dr. Haresh Kumar. 




Betul-betul membuka minda bila dengar Dr. Haresh berkongsi tentang kanser dan pesakit-pesakit beliau. Rupa-rupanya, sel kanser, fibroid , cyst atau penyakit seumpamanya boleh datang balik walaupun dah sembuh!

Tiga peringkat kanser


Sebenarnya, ada tiga peringkat kanser ni. Malangnya, kebiasaan pesakit dapat kenalpasti bahawa mereka mempunyai kanser apabila dah sampai peringkat akhir (Stage 4).


3 peringkat itu ialah :

1. Permulaan. 

Hakikatnya kita semua mempunyai sel kanser dalam badan kita. Cuma ia akan diaktifkan apabila kita menjalani hidup yang tidak sihat.

Hanya ada 2 ye kanser yang boleh diwarisi atau disebabkan oleh genetik. Kanser payudara dan kanser kolon. Yang lain kaebanyakannya disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat. 

2. Promosi

Pada waktu ini, apabila hanya 1 sel DNA berubah menjadi sel kanser atau sel kanser diaktifkan, ia akan terus tumbuh dan bertambah dengan cepat sehingga membentuk satu ketulan.

Pada waktu inilah reverse atau proses pembalikan boleh dilakukan dengan menukar gaya hidup.

3. Berkembang

Sel kanser tumbuh lebih cepat berbanding sel normal. Oleh sebab itulah, kadang-kadang orang yang menghidap kanser mula perasan perubahan kesihatan yang merosot pada tahap terakhir. Ia terlalu pantas. 


Cara untuk reverse penyakit kanser


Terdapat beberapa cadangan untuk membantu terbalikkan penyakit kanser ni. Berikut adalah cara-caranya.


1. Kawal diet seharian


Korang tahu tak. Ada kajian daripada China yang mendapati sel kanser akan diaktifkan dengan cepat apabila anda makan protein melalui haiwan terutamanya daging merah. 

Bukan tak boleh makan. Cuma kena berpada dan tidak boleh selalu. 

Banyakkan ambil protein daripada tumbuhan dengan makan sayuran & buahan minima 3 hidangan sehari. Sebaiknya ambillah sayuran mentah.

Kurangkan atau elakkan makanan berproses dan sejuk beku. Makanan sejuk beku akan membentuk acrylamide (sejenis karsinogen) apabila ia digoreng terus ke minyak panas. 

2. Ubah cara penyediaan makanan


Kebanyakan rakyat Malaysia sangat suka makanan yang bergoreng dan dibakar atas arang (sate, salai).

Tahukah anda, makanan yang disediakan dengan cara salaian atau dibakar atas arang merupakan antara penyebab utama sel kanser aktif. Bahagian hitam pada makanan yang disalai sangat tinggi karsinogen (racun kepada badan kita). 

3. Banyakkan makanan yang tinggi antioksidan

Antioksidan membantu melawan radikal bebas yang menjadi salah satu punca kanser. 

Antara makanan yang tinggi antioksidan adalah buah-buahan daripada keluarga beri. Kebanyakannya daripada keluarga berwarna ungu. 

4. Tukar gaya hidup


Menukar gaya hidup kepada yang lebih sihat sangat membantu badan untuk kembali pulih. Elakkan merokok kerana merokok menjadi punca utama kanser di Malaysia. Jika anda berjumpa dengan perokok, larikan diri kerana asap rokok jauh lebih berbahaya kepada orang sekeliling sebanyak 2 kali ganda!

Elakkan diet yang tinggi lemak atau transfat. Makanan tinggi lemak transfat ini biasanya banyak terdapat dalam makanan segera seperti sosej dan nugget. 

Pastikan anda aktif setiap hari. Jika pekerjaan anda memerlukan anda banyak duduk, apabila selesai kerja, ambillah sedikit masa untuk membuat regangan dan senaman ringan. Berjalan 30 minit juga sangat membantu tau. Amalkan senaman berkala 3 kali seminggu untuk kembali sihat. 

Vivix untuk reverse kanser


Kenapa Vivix dikatakan boleh membantu anda melawan kanser? 


 1. Vivix kaya dengan resveratrol


Seperti mana manusia, sel kanser pun perlukan makanan dan oksigen untuk membesar. Makanan diambil daripada apa yang kita makan. 

Tugas resveratrol adalah menyekat pembentukan saluran darah. Apabila tiada salur darah baru terbentuk, sel kanser tidak dapat sumber oksigen dan makanan. Oleh itu pertumbuhan sel kanser akan terbantut. 

Resveratrol jugak menyebabkan sel kanser mengalami proses apoptosis iaitu sel kanser membunuh diri sendiri. Keadaan yang sama juga berlaku kepada penghidap cyst, fibroid dan tumor. 
 

2. Bersifat anti-angiogenik


Anti-angiogenik bermaksud menghalang pertumbuhan salur darah baru. Oleh itu ketumbuhan atau kanser tidak dapat sumber makanan. 


3. Memberi tenaga lebih kepada sel yang sihat.


Aapbila sel sihat mendapat lebih tenaga, ia akan bertumbuh dengan baik dan mula melawan sel kanser yang mula lemah. Lama kelamaan sel kanser semakin mengecil dan mati. 

Ketahuilah, Vivix sangat bagus diamalkan untuk pencegahan kanser. Bagi penghidap kanser pula, Vivix boleh diambil dengan cara yang betul dengan meneruskan rawatan kimoterapi dan radioloterapi. Untuk konsultasi, insyaAllah boleh hubungi saya untuk saya bantu. Segala ilmu yang saya ada adalah daripada training dan konsultasi terus daripada nutritionist dan doktor pakar. 




With love, 

Puan Shasratul Ameerah 
Shaklee Independent Distributor : ID 1858822 
Pemilik dan pengusaha Meera Confinement Care 
Contact : 0102888494


 #NextLevelBlogging #BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023

Wednesday, June 21, 2023

Sihat Itu Satu Kemewahan! 5 Amalan Hidup Sihat Yang Perlu Kita Amalkan Setiap Hari

Assalamualaikum hai korang. 




Amalan gaya hidup sihat bukan hanya tentang menjaga berat badan yang ideal, tetapi juga melibatkan pola pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang aktif. Selain itu, penggunaan vitamin yang tepat dapat memberikan sokongan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kita setiap hari.


Dalam artikel ini, kita akan berbincang mengenai beberapa amalan hidup sihat yang penting dalam kehidupan seharian kita. 

1. Pola Pemakanan Seimbang :

Pola pemakanan yang seimbang adalah kunci utama untuk menjaga kesihatan yang optimal. Kita perlu pastikan setiap hidangan kita terdiri daripada karbohidrat kompleks, protein, lemak sihat, serat, serta vitamin dan mineral yang penting untuk tubuh. 

Kita perlu banyakkan mengambil sayura-sayuran, buah-buahan, bijirin dan sumber protein tanpa lemak. 


2. Aktiviti Fizikal Secara Rutin :

Selain makan dengan betul,  penting bagi kita untuk menjaga kesegaran badan dan fizikal. Luangkan waktu setiap hari untuk bersukan atau melakukan kegiatan fizikal yang lain. 

Aktiviti fizikal dapat membantu meningkatkan pengaliran darah, mengawal berat badan, dan meningkatkan kesihatan jantung.

3. Minum Air yang Cukup :

Jangan lupa juga kepentingan minum air yang cukup setiap hari. Air membantu menjaga keseimbangan bendalir dalam tubuh, menyokong fungsi organ-organ penting, dan membantu proses pencernaan. 


Usahakan untuk minum sekurang-kurangnya lapan gelas air setiap hari atau sesuai dengan keperluan tubuh badan anda.

Salah satu cara untuk tahu bahawa amaun air yang anda minum sudah mencukupi adalah warna air kencing anda tidak terlalu kuning dan tidak pula jernih. Jika ia berwarna jernih, ia bermaksud anda telah minum terlalu banyak.  

4. Rehay yang Cukup :

Tubuh memerlukan waktu rehat yang mencukupi untuk membaik pulih diri dan tenaga. Pastikan anda tidur selama 7-8 jam setiap malam supaya tubuh anda mendapat rehat yang secukupnya. 

Kurang tidur dapat meningkatkan risiko untuk pelbagai masalah kesihatan, termasuklah kepenatan melampau dan merosotnya daya tahan tubuh.

Kajian menunjukkan, tidur awal sangat membantu anda untuk dapatkan rehat yang mencukupi. Sebelum jam 12 tengah malam, setiap 1 jam anda tidur, kualitinya bersamaan 3 jam anda tidur. Jadi untuk bangun awal walaupun pada pukul 3 pagi, tak jadi masalah kerana badan anda mendapat rehat yang cukup. 

Sebab itu, jika anda perasan, orang-orang kampung zaman dahulu masuk tidur awal dan bangun awal, namun mereka sangat sihat dan bertenaga pada siang hari. 


5. Suplemen Vitamin yang Diperlukan :

Sebahagian besar nutrisi memang diperoleh daripada makanan harian kita . Namun ada beberapa vitamin yang perlu ditambah dalam bentuk suplemen untuk memastikan keperluan nutrisi seharian anda cukup. Beberapa vitamin yang penting termasuk:

   a. Vitamin C: Berperanan dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh, imuniti dan menjaga kesihatan kulit.

   b. Vitamin D: Membantu penyerapan kalsium dan menjaga kesihatan tulang.

   c. Vitamin B kompleks: Termasuk vitamin B1, B2, B3, B6, B9, dan B12 yang berperanan dalam menjaga sistem saraf, metabolisma dan tenaga serta pembentukan sel darah merah. Ia juga sangat baik untuk mendapat kulit yang sihat. 

   d. Vitamin E: Sebagai antioksidan, melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan akibat radikal bebas.

   e. Vitamin A: Penting untuk kesihatan mata, kulit, dan sistem kekebalan tubuh.


Sentiasa setkan dalam minda bahawa kesihatan ini satu nikmat kemewahan daripada Allah. Tanpa kesihatan, tak mungkin kita boleh mencari rezeki dengan baik, menjadi isteri, suami, ibu bapa mahupun anak yang boleh memberikan bakti sebaiknya untuk yang tersayang. 

Bagi yang ingin dapatkan info lebih lanjut mengenai produk Shaklee yang boleh membantu menambahbaik kesihatan anda, boleh whatsapp Ee di 010-2888494 atau tekan link ke mana-mana media sosial saya di bawah untuk berhubung. 


Salam sayang, 

Puan Shasratul Ameerah Shaklee Independent Distributor : ID 1858822 Pemilik dan pengusaha Meera Confinement Care Contact : 0102888494 #NextLevelBlogging #BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023

Thursday, June 15, 2023

Pengedar Aktif Shaklee Pasir Gudang, Masai, Johor Bahru & Singapore



Hai semua! Bagi yang baru nak kenal saya, izinkan saya untuk memperkenalkan diri. Nama saya Shasratul Ameerah dan saya merupakan pengedar Shaklee aktif di kawasan Pasir Gudang, Masai, Johor Bahru, dan Singapura.

Saya percaya bahawa kesihatan adalah salah satu aset terpenting dalam hidup kita. Seiring dengan gaya hidup yang sibuk dan tuntutan sehari-hari, menjaga kesihatan menjadi semakin penting. Itulah sebab mengapa saya sangat bersemangat menjadi sebahagian daripada keluarga Shaklee, sebuah perusahaan yang telah berdedikasi dalam menyediakan produk kesihatan berkualiti tinggi selama lebih dari 60 tahun.

Sebagai seorang pengedar Shaklee aktif, saya sangat komited untuk membantu anda semua mencapai gaya hidup sihat.



Shaklee menawarkan pelbagai produk yang disokong oleh ujian klinikal dan ilmu alam yang kuat, serta bahan-bahan semulajadi yang terbukti memberikan manfaat bagi kesihatan dan kesegaran badan.

Dengan Shaklee, anda boleh mendapatkan suplemen nutrisi berkualiti tinggi, produk rawatan kulit yang semulajadi, serta produk-produk untuk kegunaan harian di rumah. Semua produk Shaklee dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan yang terjamin keselamatannya dan tidak berbahaya bagi tubuh dan sekeliling.

Saya dengan senang hati boleh membantu anda dalam konsultasi, saranan dan berkongsi informasi tentang produk Shaklee yang sesuai dengan keperluan anda. 

Sepertimana saya ingin sihat, saya juga berbesar hati ingin membantu anda mencapai kesihatan yang optimal dan gaya hidup yang lebih baik. Jangan ragu untuk menghubungi saya untuk konsultasi yang best atau jika anda mempunyai pertanyaan mengenai produk Shaklee.




Terima kasih kerana sudi luangkan sedikit waktu anda untuk membaca perkenalan singkat saya. Saya berharap dapat sama-sama menjadi sahabat dalam perjalanan kesihatan dan kebahagiaan anda. Bersama-sama, mari kita bangun generasi yang lebih sehat dan bugar!

Salam sihat,

Puan Shasratul Ameerah Shaklee Independent Distributor : ID 1858822 Pemilik dan pengusaha Meera Confinement Care Contact : 0102888494 #NextLevelBlogging #BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023

Pengalaman Berpantang dengan Set Berpantang Shaklee: Kelebihan dan Manfaat yang Saya Rasakan

Selamat datang ke blog saya! Pada kali ini, saya nak kongsikan pengalaman peribadi saya berpantang dengan menggunakan set berpantang Shaklee. Masa ni, saya memang betul-betul nak pilih set berpantang terbaik. Ye la, sebagai seorang ibu yang TTC (try to conceive) selama 2 tahun, semestinya saya nak pengalaman pertama yang menggembirakan. 


Sebagai seorang ibu yang baru sahaja melahirkan zuriat,saya rasa sangat penting untuk saya jaga keperluan tubuh saya semasa tempoh berpantang. Memandangkan saya memang tahu banyak sangat testimoni Shaklee yang baik dan bagus, saya putuskan untuk memilih set berpantang Shaklee. Mari kita mulakan dengan cerita saya!

Kenapa Saya Memilih Set Berpantang Shaklee

Semasa memilih set berpantang, saya nak memastikan produk yang saya gunakan selamat, semula jadi, dan memberikan manfaat maksimum untuk pemulihan tubuh saya. Sebelum saya buat pilihan untuk berpantang dengan set pantang Shaklee ni, saya sendiri memang dah gunakan beberapa produk Shaklee untuk kurus dan spa. Jadi memandangkan kesannya memang positif, itu lebih menguatkan lagi keyakinan saya. 

Masa ni, saya memang masuk banyak kelas nutrisi Shaklee terutama kelas nutrisi untuk ibu dan bayi, sebab saya nak kumpul sebanyak mungkin ilmu nutrisi untuk keperluan pantang saya. 

Manfaat Set Berpantang Shaklee Yang Saya Dapat


Saya memang dah siap-siap masukkan set berpantang Shaklee dalam beg ke hospital. Dalam tu saya letakkan Ostematrix (sekarang dipanggil Osternutrix), ESP dan Vitamin C. Saya makan sebaik sahaja saya dimasukkan kembali ke wad. 

Bila dah gunakan set berpantang Shaklee, saya perasan luka cepat sembuh. Masa hari ke 3 atau 4 bersalin, masa tu kena tahan kat hospital, memang berjalan laju betul. Dah lupa baru berpantang sebab tak rasa sakit tempat jahitan tu, walaupun jahitan banyak sebab kena vakum. 

Alhamdulillah susu badan juga banyak dan pekat. Dan antara perkara yang paling membantu adalah melawaskan pembuangan. Pada hari ke 30 bersalin, saya mula mengalami sembelit teruk sehingga berdarah. Waktu ni, saya ambil Ostematrix dan alhamdulillah, masalah sembelit saya selesai dalam masa 2 hari. 

Secara amnya, set berpantang Shaklee ni memberikan nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh saya. Ia membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan keletihan, dan mempercepatkan pemulihan. Selain itu, set ini juga membantu meningkatkan penghasilan susu ibu saya, yang merupakan perkara yang sangat penting untuk ibu yang menyusukan bayi.







Apa yang ada dalam set berpantang Shaklee?


Secara keseluruhan, pengalaman saya menggunakan set berpantang Shaklee sangat positif. Produk-produknya mudah digunakan dan berkualiti tinggi. Saya juga yakin bahawa saya memberikan nutrisi yang baik kepada tubuh saya dan bayi saya melalui penggunaan set ini. Selain itu, sokongan dan maklumat yang saya terima daripada komuniti Shaklee juga sangat berharga.

Inilah set berpantang Shaklee tu. 



ESP 

Membantu menguatkan rahim, memekatkan susu (milkbooster), mencantikkan kulit dan memperbaiki struktur kulit selepas hamil (strectchmark, selulit dan masalah kulit), mengawal nafsu makan dan mambentuk bentuk badan yang cantik.


Vitamin C

Menguatkan sistem imun, mempercepatkan pembaikan luka, amat baik untuk menguatkan sistem imun bayi juga melalui penyaluran susu ibu.


Ostematrix

Melawaskan pembuangan, milkbooster, mengelakkan cramp, sakit lutut dan sakit badan.


Alfalfa Complex

Membuang angin dalam badan, milkbooster, merawat keputihan dan masalah dalaman, agen perapat.


Vitalize 

Multivitamin yang menyalurkan dan melengkapkan keperluan mikronutrien dalam badan. Menambah tenaga.


Zinc

Membantu penyembuhan yang lebih cepat dan mengeringkan luka bersalin. 


Omega Guard

Mengandungi DHA dan EPA untuk perkembangan minda anak dan ibu, membakar lemak berlebihan, membantu membuang selulit dan mengempiskan perut. 


Kesimpulan


Dalam blog ini, saya telah berkongsi pengalaman berpantang saya dengan menggunakan set berpantang Shaklee. Saya amat berpuas hati dengan produk-produk dalam set ini dan merasai manfaat kesihatan yang baik. 

Bagi anda yang nak dapatkan set Shaklee ni, boleh berhubung dengan saya. Saya sebagai seorang postnatal therapist sangat menggalakkan anda memgambil set berpantang Shaklee ni untuk penyembuhan dan kebaikan yang optimum. 




Puan Shasratul Ameerah Shaklee Independent Distributor : ID 1858822 Pemilik dan pengusaha Meera Confinement Care Contact : 0102888494 #NextLevelBlogging #BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023

Monday, June 5, 2023

Tanda-tanda Anda Memerlukan Multivitamin Yang Berwajah Baru Ini




Anda pernah mengalami gejala-gejala ini dalam kehidupan seharian anda?

- Jari kebas
- Denyutan jantung tidak normal (disebabkan kekurangan kalsium)
- Selalu cirit birit
- Sakit perut (yang disebabkan oleh kurang folat)
- Masalah tulang
- Perubahan mood (kurang vitamin D)
- Sentiasa rasa lesu
- Sesak nafas
- Sejuk kaki dan tangan
- Kuku rapuh (kurang zat besi)


Anda mungkin sedang mengalami kekurangan mikronutrien! Gejala-gejala ini nampak remeh namun ia menganggu kehidupan seharian kita sama ada selalu berlaku atau jarang berlaku. Semestinya kita tak nak ia berlaku, kan?


Masalah kekurangan mikronutrien ini dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan multivitamin dalam diet seharian anda. 


Dari mana anda boleh dapat mikronutrien ni? Anda boleh dapat daripada pengambilan sumber tenusu, protein, sayuran, buahan dan kekacang. Untuk mencukupkan keperluan mikronutrien seharian anda, dibawah ni disediakan contoh pengambilan makanan yang anda boleh ambil sehari.
Namun, mampukah kita?





Oleh itu, Shaklee telah menghasilkan antara multivitamin pertama dunia sejak tahun 1915. Hasil inovasinya selama lebih 100 tahun ni, terhasillah Vita-Lize pada hari ini.


Vita-Lize ni sebenarnya telah ditambahbaik daripada formula sebelum ini yang kita panggil Vita-Lea Iron Plus. Formula baru ni ada penambahan jumlah asid folik, vitamin D serta Vitamin K1 dan menyingkirkan beberapa nutrien lain.






Siapa yang perlukan multivitamin dan apa kebaikannya? 


Sebenarnya semua orang perlukan multivitamin, namun orang yang lebih memerlukannya adalah golongan :

- orang dewasa yang sibuk dan tidak dapat menjaga diet pemakanan seharian dengan baik. 
- orang yang selalu stress. 
- orang dewasa yang kurang berat badan. Kurang berat badan disebabkan oleh kurangnya mikronutrien dalam badan.
- orang dewasa yang aktif dan memerlukan tenaga lebih untuk kekal aktif.
- orang dewasa yang tidak mengamalkan diet yang seimbang. 
- ibu hamil dan menyusu. Semestinya ibu memerlukan zat besi untuk stabilkan dan naikkan hemoglobin dalam darah (HB) dan lebih tenaga. 


Jika anda tak pasti ingin mulakan dengan suplemen apa untuk kesihatan anda, Vita-Lize jawapannya. Vita-Lize membantu anda melengkapkan nutrisi yang lopong dalam badan anda. Pengambilan makronutrien (protein, karbohidrat, lemak) dan mikronutrien (vitamin-vitamin) asas sangat penting untuk kesihatan yang baik. 


Mulakan hari anda dengan Vita-Lize setiap pagi untuk kesihatan yang lebih baik. 


Untuk pembelian dan info lebih lanjut, jangan lupa follow, like dan hubungi Ee melalui link di bawah. 


Jika suplemen kesihatan itu mahal, percayalah kesihatan yang baik itu lebih mahal. 



 
Puan Shasratul Ameerah 
Shaklee Independent Distributor : ID 1858822 
Pemilik dan pengusaha Meera Confinement Care 
FB Page : Pengedar Shaklee Aktif JB & Singapore
Contact : 0102888494 

 #NextLevelBlogging #BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023

Perbezaan Res-V dan Vivix Shaklee

BEZA RES-V DAN VIVIX Hai semua. Harini jom kita kenalpasti pula perbezaan antara Res-V dan Vivix. Masing-masing ada keunikan tersendiri. S...