Monday, February 13, 2023

"Saya Makan Omega Guard Untuk Lelah, Tapi Rupanya.." - Perkongsian Seorang Penghidap Mental Disorder

 

"Saya pon makan Omega antara first supplement since saya ada lelah. Tapi, harini baru saya sedar dan tahu yang omega ni juga membantu dengan untuk depression dan lain-lain mental disorder.."
-Mawaddah

Saya kongsikan perkongsian menarik daripada seorang pesakit mental disorder.

Omega guard, mental disorder, kolesterol, otak, cerdik, anak cerdik


PERKONGSIAN PESAKIT


Saya merupakan pesakit Major Depression Disorder (MDD). Saya sendiri tak tahu apa sebabnya. Tapi saya mengalami kemurungan dan tekanan perasaan yang agak teruk ketika di tahun 2 universiti. Dan, apabila saya pergi ke hospital sakit mental. Sangat ramai pesakit MDD, anxiety, alzheimer dan lain-lain.

Sehingga bila saya pergi hospital, saya rasa.. saya adalah yang paling normal dan sihat..

Alhamdulillah memang keadaan saya jauh lebih baik daripada dulu. Dalam ni ada kawan-kawan saya yang memang sentiasa ada dengan saya waktu saya sangat murung dulu..

Waktu tu saya on off shaklee lagi. Ambil peppermint untuk gastrik je kalau tak silap.

Bila saya pergi jumpa pakar. Ujian darah memang ada bagitahu yang ada hormon saya yang dah semakin deplete.

which buat saya rasa sentiasa sedih.

chemical imbalance dalam otak.

bila saya study omega guard then saya rasa macam dapat kaitkan.. mungkin pemakanan saya tidak mencukupi untuk support EPA dan DHA dalam otak..

Dulu.. saya rasa orang yang ada mental disorder ni mengada-ngada. Attention seeker. bila dah kena pada diri baru saya tahu perasaan tu.

Saya nak jadi gembira, saya nak jadi normal, happy macam org lain.

Tapi at the same time saya tak mampu dan tak dapat keluar daripada kegelapan dan kesedihan.

Rasa sesak dan tak tahu nak buat apa.

Orang cakap, kena dekatkan diri pada Tuhan. Saya mengaji, berdoa.

Tapi still.. berbulan-bulan saya tetap sedih..

Sehingga sekarang saya still kena ambil ubat daripada hospital.. luvox..

sangat penting untuk jaga kesihatan mental kita.

sekarang saya rasa semangat pulak nak try omega..

nak consume omega as supplement everyday..

sangat interesting bila baca bagaimana omega-3 boleh bantu perkembangan otak, positif mood dan lain2 😊

sebab since saya makan ubat hosp, tidur saya jadi teratur dan mood saya lebih positif..

cuma bila ambil ubat hospital ada banyak side effects..

so bila ada supplements untuk mencegah, better kita ambil daripada awal..

kalau ada yang stress2, kena makan omega banyak sikit! InsyaAllah dengan doa semua. Saya doakan semua akan selalu sentiasa happy dan sihat..

bukan je sihat fizikal. tapi mental!

kerana bila sihat mental, insyaAllah banyak benda yang boleh dicapai πŸ€— "


APA SEBENARNYA OMEGA?




Omega-3 merupakan lemak tidak tepu yang diperlukan oleh badan manusia. Kiranya, lemak baik lah. Bukan lemak-lemak jahat yang menggemukkan.

Badan manusia tak mampu bina sendiri asid lemak omega-3 ni. Tapi kita boleh dapatkan omega 3 ni daripada makanan yang kita ambil.

Apa makanan yang mengandungi Omega-3 ni?

Ikan, kacang walnut, sayuran hijau, algae dll. Tapi adakah cukup asid lemak omega-3 ni jika kita hanya bergantung kepada apa yang kita makan sahaja?


3 jenis omega-3 yang utama adalah :
1. DHA (docosahexaenoic acid)
2. EPA (eicosapentanoic acid)
3. ALA (alpha-linolenic acid).



Asid lemak omega-3 ni actually dalam bahasa inggeris adalah (Omega-3 fatty acids).




KENAPA PERLU PILIH OMEGA GUARD SHAKLEE?

Omega guard, mental disorder, kolesterol, otak, cerdik, anak cerdik

Omega Guard Shaklee mengandungi 7 jenis asid lemak iaitu EPA, DHA dan lima lagi asid lemak semulajadi.

Omega Guard Shaklee sangat istimewa kerana :


1. Proses Penyulingan Molekul Berperingkat

🐟Menyingkirkan logam berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, PCB's dll.
🐟Proses ini juga membantu memekatkan dan menulenkan omega-3.
🐟Mengurangkan bau dan rasa hanyir.

2. Minyak ikan kecil dari laut dalam

Kenapa Shaklee pilih ikan kecil laut dalam?
Kerana, laut dalam jauh dari pencemaran seperti kapal dan toksik..

Kenapa ikan kecil?
Kerana, secara logiknya jika ikan besar maka semakin banyak kandungan toksik yang ada pada ikan tersebut.

3. Kualiti terjamin, minyak ikan bergred farmaseutikal.

4. Diiktiraf oleh Friends of The Sea.

Yang ini adalah fakta paling menarik mengenai Omega Guard Shaklee iaitu, shaklee punya omega guard mengandungi kandungan DHA dan EPA yang sangat tinggi yang mana ia sangat baik untuk badan kita.



APA YANG OMEGA GUARD SHAKLEE BOLEH BANTU?


1. Kesihatan Jantung

⭕️ Mengurangkan keradangan
Keradangan boleh menyebabkan kerosakan saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung

EPA dan DHA membantu dalam:
⭕️ Mengawal triglyceride
(kolestrol) dan tekanan darah
⭕️ Menambahbaik peredaran darah
⭕️ Mengekalkan degupan jantung yang normal

2. Fungsi Otak

Otak kita diperbuat daripada 60% lemak dan kebanyak sistem saraf adalah daripada kemak. Bahagian cerebral cortex mengandungi lebih kurang 20% DHA..

EPA & DHA membantu :
⭕️ Pemindahan maklumat diantara neuron
⭕️ Kesan positif terhadap emosi, perlakuan, kognitif, memori dan pembelajaran.
⭕️ Memperlahankan apa-apa penyakit berkaitan kerosakan otak seperti Alzheimer dan dementia.

3. Kesihatan sendi dan tulang

⭕️ Membantu mengekalkan kepadatan mineral tulang.
⭕️ Membantu pergerakan sendi ; lebih fleksibel, kurangkan bengkak dan sakit.

4. Kebaikan bagi ibu hamil dan menyusu

⭕️ Membantu dalam perkembangan otak anak-anak dan sistem imunisasi
⭕️ Membantu ibu berpantang untuk sentiasa positif
⭕️ Mengurangkan risiko elergik pada bayi


Alhamdulillah. Banyak sangat yang Omega Guard ni dah bantu. InsyaAllah saya kongsikan testimoni dalam post saya yang akan datang.


Jika anda berminat untuk dapatkan Omega Guard atau ingin dapatkan sebarang konsultasi, boleh hubungi saya. Untuk pembelian, boleh juga tekan terus butang di bawah 😊


Hubungi :



Ameerah
0102888494

Sunday, February 12, 2023

Detoks Bukan Untuk Kurus Je

 



Kita semua sedia maklum bahawa detox sangat membantu dalam proses menguruskan badan. Toksin yang banyak dalam badan akan menyebabkan metabolisme badan merosot.


Jadi, keupayaan untuk membakar lemak juga merosot. Oleh itu, toksin perlu disingkirkan untuk meningkatkan semula metabolisme badan dan membantu pembakaran yang lebih efektif.


Kaitan antara detox dan kurus ni sangat sinonim. Namun, jika ada yang bertanya, "Saya dah kurus. Buat apa nak detox?"


Ramai orang fikir detox hanyalah untuk kurus. Sebenarnya tak. Detox ni adalah satu proses untuk singkirkan bendasing atau toksin daripada badan.


Jadi logiknya, bila toksin terbuang, banyak sangat manfaat kesihatan yang boleh dicapai. Boleh klik pautan di bawah untuk lebih jelas kenapa kita perlu detox.


Highlight : Kenapa perlu detox


5 KELEBIHAN DETOX YANG ANDA KENA TAHU - BUKAN UNTUK KURUS JE




1. Mencegah penyakit kronik.





Pengumpulan toksin selama bertahan-tahun dalam badan kita sebenarnya merupakan antara punca utama pelbagai penyakit kronik. Toksin akan menyebabkan banyak berlakunya keradangan dan pertumbuhan sel abnormal.


Toksin dan radikal bebas ni masuk ke dalam badan kita melalui pelbagai cara. Antaranya persekitaran yang tercemar, pemakanan.


Apabila mereka masuk ke dalam badan, mereka akan bertindak sebagai sel dan bermutasi dengan sel badan. Menariknya, sel yang bermutasi ni mempunyai jangka hayat yang panjang dan mampu membiak dengan cepat.


Ia boleh bergerak di dalam darah dan menuju ke mana-mana organ sehingga menyebabkan kanser.


Oleh sebab itu, detox perlu dilakukan sebagai pencegahan awal untuk menghalang pengumpulan toksin dan radikal bebas dalam badan kita.


Mencegah lebih baik daripada merawat kan?



2. Meningkatkan sistem Imunisasi badan.



Sistem imunisasi yang lemah akan menyebabkan badan mudah didatangi penyakit. Proses detox yang regular mampu meningkat kan sistem imunisasi badan dan menjadikan badan lebih kuat.


Jika anda selalu selesema, batuk dan demam, itu merupakan satu petanda bahawa and mempunyai sistem Imunisasi yang lemah. Detox adalah salah satu jalan penyelesaiannya.




3.  Memperlahankan proses penuaan. 



Haa mesti ramai yang tertarik dengan ini kan? Ye betul. Detox membantu memperlahankan proses penuaan.




Apabila badan kita penuh dengan toksin dan radikal bebas, ia menyebabkan sel badan kita rosak. Apabila sel rosak, kulit akan mula kenduri dan sel tidak dapat berfungsi dengan baik.


Dengan detox, badan akan membuang segala radikal bebas dan toksin. Ini akan meningkatkan kebolehan badan untuk menyerap nutrisi daripada pemakanan dan suplemen yang kita ambil.



4. Meningkatkan tenaga.



Amazingly, inilah yang saya rasa sejak mula berdetox. Bangun awal pagi tanpa jam loceng pun. Bila bangun pagi, badan terasa ringan dan sangat segar.


Detox membantu untuk menjaga sel dengan baik. Sebab itulah sel dapat bekerja dengan baik sekaligus memberikan kita tenaga yang banyak.



5. Kesihatan mental dan emosi





Apabila toksin dan radikal bebas dikeluarkan daripada badan kita, kita akan dapati kita lebih tenang. Tiada lagi stress.


Radiasi dalam badan juga penyebab stress tau. Bila badan rasa tak sihat sepenuhnya, sakit-sakit, ia boleh mencetuskan emosi yang tidak stabil.


Melalui proses detox ni, hormon akan distabilkan dan kita akan jadi lebih tenang dan gembira.


KESIMPULAN



Wow! Best sangat kesan detox ni. Jika anda adalah orang yang sedang alami berat badan ya g plateau, banyak sakit, banyak jerawat atau masalah kulit, anda wajib detoks.


Untuk dapatkan info cara nak detoks dengan suplemen Shaklee, hubungi Ee ok. Ee bantu anda sepertimana Ee dibantu sebelum ni ❤️


Untuk sebarang pembelian atau ingin mendaftar sebagai ahli, anda boleh menghubungi saya :

Ameerah
010-2888494
Instagram : meerashaklee
FB Page : Meera Shaklee Distributor JB Pasir Gudang



Lots of love,




Saturday, February 11, 2023

Detoks Selesaikan Banyak Masalah Kesihatan

Hai gais. Entry latest Ee ada kongsi macam mana Ee berjaya keluar dari fasa plateau. Fasa di mana berat statik je, tak turun dan tak naik walaupun dah cuba ubah sikit-sikit rutin harian Ee. Jadi Ee mulakan detoks. Sekejap je. Alhamdulillah lepas tu barulah berat turun balik dengan baik.


Betul ke detoks ni boleh bantu kita kurus? Ye! Faktanya, ia bukan sahaja bantu kita untuk kurus. Bahkan ia mempunyai banyak lagi keistimewaan lain.


Yela, perumpamaannya macam ni. Kereta kalau kita pakai bertahun-tahun tak servis, apa agaknya akan jadi pada kereta tu? Mesti keadaanya sangat teruk, kena overhaul semua.




Sama dengan badan kita. Hati contohnya. Memang tugas hati adalah singkirkan toksin. Kita pula makan macam-macam benda, terperangkap pula dalam pencemaran yang membimbangkan. Kesian hati terpaksa bekerja lebih.


Sebab itulah, kita kena jaga hati ni baik-baik. Bantu dia detox. Bersihkan kembali sisa-sisa toksin yang melekat pada hati. Barulah hati boleh bekerja semula dengn mudah dan senang. Inilah yang ditekankan dalam program detox Shaklee.


KENAPA PERLU DETOX? 




Sebelum tu, jom kita tengok dulu kenapa kita perlu detox. Lepas dah tahu kenapa kena detox, apa tanda-tanda badan anda perlu detox, barulah kita faham apa berlaku bila kita mula detox.



Kita zaman sekarang hidup dalam persekitaran yang semakin hari semakin tercemar. Terlalu banyak pencemaranradiasiracun.


Walaupun kita dah amalkan 'Eat Clean', minum air bertapis, makanan organik, namun kita masih terdedah dengan pencemaran alam sekitar termasuklah jerebu yang berlaku sekarang ni.


Dan yang lebih membimbangkan, radiasi daripada handphone dan TV. Ye! Sebab ini yang paling banyak kita pegang setiap hari.


Lebih haru lagi, bila pemakanan tak terjaga. Selalu makan fast food, makanan tinggi gula, teh tarik, susu pekat, starbuck (Oops!). Ini semua menjadi punca penambahan toksin dalam badan.


Apabila nutrien yang diambil tak mencukupi, organ detox akan mula bertindak perlahan dan menjadi kurang aktif untuk bantu badan nyah toksin.


Sebab tu la kita akan mula perasan :


πŸ‘‰ Berat badan bertambah - metabolisma badan terganggu, hormon terganggu
πŸ‘‰ Sembelit
πŸ‘‰ Kulit Kusam
πŸ‘‰ Cepat letih, cepat lemau, stress, rasa lembab
πŸ‘‰ Cepat marah, rasa nak mengamuk aje.
πŸ‘‰ Keinginan makan banyak, craving sugary foods (sel lapar aje, tak cukup nutrient). Kalau gi kenduri, open house pinggan tu penuh)
πŸ‘‰ Susah nak fokus dalam masa lama
πŸ‘‰ Penyerapan nutrisi yang kurang - makan vitamin takde kesan pun! orang lain makan shaklee berkesan
πŸ‘‰ Senang dijangkiti penyakit - flu, demam
πŸ‘‰ Susah tidur
πŸ‘‰ Sering mengalami kembung perut, perut tidak selesa dalam keadaan biasa atau selepas makan.
πŸ‘‰  Sering ada lingkaran hitam bawah mata
πŸ‘‰  Badan berbau jika tidak menggunakan deodorant tau pewangi
πŸ‘‰ Merokok atau sering bersama dengan orang yang merokok
πŸ‘‰ Mulut / Nafas Berbau
πŸ‘‰ Menghadapi masalah ALERGIK
πŸ‘‰ Pengambilan sayuran kurang dari 1/2 sawan sehari
πŸ‘‰ Mengalami Eczema, jerawat atau Psoriasis



Haa kalau dah ada mana-mana tanda ni, maksudnya badan anda dah wajib kena detox.


Bayangkan bila anda detox, anda mmpu selesaikan masalah-masalah niπŸ‘† Bukan untuk kurus semata-mata.


Kami dah ada macam-macam testimoni selain daripada kurus. Jom tengok dibawah ni.


Detox bantu selesaikan banyak masalah kesihatan. 


Ini antara testimoni yang kami dapat sewaktu buat program Jom Detox.


Atasi masalah gastrik dan bacaan diabetes turun



Visceral fat berkurang



Peserta diabetes pun join



Tambah susu badan



Tidur lebih lena



Body age berkurang



5 kesan positif! 



Menarik kan? InsyaAllah dengan ilmu yang Ee ada, Ee cuba bantu anda yang nak mulakan detoks cara Shaklee dengan bimbingan Ee. InsyaAllah, proven results is what matters πŸ’˜ Hubungi Ee di talian di bawah ye. 



Ameerah
010-2888494
Instagram : meerashaklee
FB Page : Meera Shaklee Distributor JB Pasir Gudang



Lots of love,





Diet Tak Menjadi? Ini Pengalaman Detoks Saya

 Assalamualaikum. Hai gais! Ini posting dari blog lama sebenarnya. Pada tahun 2019. Saja nak kongsi dengan anda perjalanan Ee turunkan berat badan. Sekarang cuma konsisten dengan intermittent fasting dan mindful eating sahaja. Dan segalanya bermula dengan detox😊




Kronologi



Wah tak sabar ni nak kongsikan dengan anda semua pasal ni. Syukur sangat. Lepas Ee bersalin bulan Januari yang lalu, dalam masa pantang tu alhamdulillah turun 12 kg. Daripada 78kg menjadi 66kg.


Tapi masih jauh sebenarnya jika nak capai BMI yang normal. Yela tinggi pun malu-malu je. 152cm je πŸ˜„


Jadi Ee pun mencari cara macamana nak dapatkan balik BMI normal. Dah cuba diet, tak menjadi. Dah tambah senaman, pun masih di situ. Menyusukan anak? Ye, memang itulah rutinnya.


Jadi Ee dah mula tahu. Ok. Ini dah masuk fasa plateau. Apa tu plateau? Plateau ni adalah keadaan di mana ia tiada perubahan dalam aktiviti ataupun apa sahaja yang kita sedang buat. Dalam kes ni, nak kurus la kan.


Jadi saya kaji la macamana cara nak kuruskan badan dengan sihat. Dan cepat. Haha.


Ada beberapa cara yang saya jumpa. Detoks, eat clean, suku-suku separuh, intermittent fasting. Semua saya kaji. Dan ternyata yang paling menarik bagi saya adalah detoks.


Kenapa detoks? Sebab ia bukan sahaja selesaikan masalah berat badan saya. Malah ia juga bantu selesaikan masalah hormon saya. Kebetulan masa tu period tak stabil dan tak tetap.


Jadi saya pun mulakan pengembaraan detoks Shaklee saya selama 17 hari. Ia sememangnya 17 hari yang sangat amazing!


Apa yang saya dapat dalam program Jom Detox Jutawan?



1. Coaching selama 17 hari. 


Kita akan dimasukkan dalam satu kumpulan. Ada beberapa orang coach dalam tu dan kita di bawah pantauan seorang coach yang telah ditetapkan.


Program berlangsung selama 17 hari. Dalam masa 17 hari ni, pelbagai ilmu kita boleh dapat. Dan kita kena update juga berat kita setiap hari. 


2. Meal plan disediakan.


Meal plan ni serius gempak! Ia dibuat oleh doktor-doktor nutrisi yang Shaklee upah untuk buat menu khas detox. Memang power.


Meal plan yang digunakan ni sangat terbukti mampu memberikan kesan dan keputusan yang sangat baik. Siapa ikut, wajib kurus. Begitulah.


Oh ye. Ada juga meal plan yang diubahsuai untuk mereka yang nak tambah berat badan. Wow! Dua-dua boleh.


3. Grocery list pun disediakan! 


Best uii. Tak perlu serabut otak nak fikir barang apa nak beli. Dah siap sedia ada dah. Cuma perlu ikut je.




Ni antara peserta yang kongsikan gambar sebelum start detox. Best tengok pelbagai warna ada 😍


4. Coach berpengalaman


Coach yang diambil ni bukan sebarangan orang tau. Mereka sendiri dah melalui program detox ni beberapa kali sehingga mereka dapat berat yang mereka inginkan. 




Barisan coach. Mereka ni semua terdiri daripada mereka yang dah pakar dalam detox. Mereka buat, mereka guide. Dan kita sama-sama dapat manfaat. 


5. Pelbagai resepi yang best! 


Haa ni best. Benda ni membuatkan korang rasa, "Eh tak sangka detox pun boleh makan best-best".


Cuba tengok ni. Ni semua resepi detox kami tau. Jangan terkejut. Hehe. 







Tengok ni je pun lapar 🀣 Yang bestnya, coach pun ada share resepi-resepi yang sangat mudah nak buat. 



So, apa keputusan yang Ee dapat lepas join program Jom Detox Jutawan? 



Banyak! Kita senaraikan sikit la ye. 


1. Berjaya turunkan 4.4kg dalam masa 13 hari! 





Alamak aii. Berbunga-bunga hati taip ni. Bayangkan dah 6 bulan dalam fasa plateau. Lepas join je detox, terus menjunam turun. Siapa yang tak happy kan.


Dan bila buat diet biasa pun, penurunan tak secepat ni. Paling best, dah habis program detox tu, walaupun kadang-kadang tak terjaga makan sebab kenduri, hari raya dan sebagainya, berat tak naik. 


Amazing kan? Sebab kita dah buang segala impurities yang badan kita tak perlukan. Sebab tu berat tak jadi yo-yo effect. Berbeza dengan diet biasa. Sekali tak jaga, memang out. 



2. Inch loss adalah sebanyak 12 inci. 




Banyak tau 12 inci hilang tak sampai 2 minggu. Memang best! Paling ketara bahagian yang hilang adalah perut dan lengan. 


3. Lebih senang bangun tidur. 



Saya ni sebenarnya sejenis yang agak liat nak bangun tidur. Banyak sangat toksin ni. Haha. 


Tapi beza sangat bila saya start detox. Bangun pagi rasa macam segar sangat. Tak boleh nak sambung tidur ke apa. Rasa badan lebih ringan. Tak kunci alarm pun takpe. Saya akan bangun sendiri. 


4. Hormon makin stabil



Lepas bersalin, saya ada masalah period tak lawas. Nak keluar pun malu-malu. Dan masa juga tak menentu. 


Saya memang tak biasa dengan keabnormalan macam ni. Biasanya ok je. Jadi saya dah mula bimbang. Darah haid yang tak lawas boleh mendatangkan penyakit tau. 


Alhamdulillah bila saya mula detoks, ia kembali normal. Syukur sangat. 


Kesimpulan



Detoks ni memang best! Ia tak perlu buat setiap hari. Cukup lah 2 bulan sekali. Selain waktu detoks ni,  kita boleh buat eat clean ke, intermittent fasting ke, diet kalori ke. Terpulang. Yang penting, segala impurities dah terbuang daripada badan kita. 


Ingat, DETOKS BUKAN DIET tau. Detox untuk singkirkan impurities dalam badan dan tingkatkan tahap kesihatan kita. Kurus itu bonus πŸ˜„


Nak dapat ilmu lebih mengenai detoks? Feel free to contact me. 


Ameerah
010-2888494
Instagram : meerashaklee
FB Page : Meera Shaklee Distributor JB Pasir Gudang



Lots of love,


Friday, February 10, 2023

Saya Sihat Je. Perlu Ke Saya Makan Suplemen?

KENAPA KITA PERLUKAN SUPLEMEN (MAKANAN TAMBAHAN)?

WHY DO WE NEED SUPPLEMENT?


Kalau dengar perkataan suplemen je, ramai yang fikir MLM. Tak kurang jugak ramai yang tidak mahu mendengar. Sebenarnya, pada pengetahuan anda sendiri, apa pemahaman anda mengenai suplemen?

Suplemen daripada segi bahasa bermaksud pelengkap. Dari segi istilah pula, dalam konteks pemakanan, suplemen ni bermaksud makanan tambahan kepada tubuh bertujuan untuk menyihatkan badan sama ada secara khusus atau untuk keseluruhan badan.

Suplemen ni bukanlah untuk pemakanan sahaja. Benda lain pun perlukan suplemen. Contohnya, sekarang saya sedang menyewa sebuah rumah. Dulu masa mula-mula masuk, rumah ni kosong. Jadi sikit demi sikit saya beli barang-barang rumah. Barang rumah tu semua adalah suplemen bagi rumah saya sebab ia jadi pelengkap kepada rumah saya.

Ok, sekarang kita dah tahu suplemen tu apa. Jadi kenapa kita perlukan suplemen untuk badan? Bukan ke badan kita ni dah sihat ke? Jom kita bincang kenapa badan kita perlu suplemen ni.


1. Pencemaran alam sekitar.





Kita selalu terdedah kepada pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang boleh jejaskan kesihatan badan. Apatah lagi kalau kita tinggal di Bandar-bandar maju seperti Kuala Lumpur.  Asap kenderaan, asap rokok, asap daripada kilang. Tu semua sumber bahan pencemar dalam udara

Paling banyak kita gunakan adalah air. Air yang ada sekarang dicemari dengan radikal bebas yang dilepaskan oleh kilang dan sampah sarap. Jadi, masih bersih ke air yang kita minum, mandi, ambil wuduk, memasak dll? Tak ke benda tu menghalang penyerapan nutrient dalam badan secara optimum?

Logik tak?


2. Nutrien hanya boleh didapati daripada makanan.





Badan kita perlukan dos yang lebih tinggi untuk sesetengah nutrient. Hakikatnya, kita hanya dapat nutrien  daripada makanan.

Sebagai contoh, Vitamin C mampu memberikan kesan pencegahan dan anti penuaan. Namun untuk mendapat kesan tersebut, anda perlu makan buah oren sebanyak 7 biji sehari!

3. Tercemar oleh racun serangga atau bahan kimia.


Kebanyakan petani / peladang menggunakan baja kimia dan semburan racun serangga untuk memastikan pokok tumbuh sihat. Namun, baja dan racun tersebut akan meresap ke dalam pokok sekaligus akan member kesan buruk kepada pemakannya sama ada haiwan atau kita.

Tak kurang juga ramai yang bimbang untuk makan makan makanan tertentu seperti kangkung. Dibimbangi ada lintah pula bersarang dalam tu 


4. Mengamalkan gaya hidup tidak sihat


Sebanyak 75% daripada 27 juta rakyat Malaysia didapati tidak atau kurang bersenam. Ini menyebabkan kebanyakan rakyat Malaysia berisiko tinggi untuk menghidap penyakit berbahaya seperti kencing manis, diabetes dan sakit jantung.

Menurut laman web ikim.fm juga, penyakit berkaitan merokok merupakan pembunuh nombor satu di Negara ini yang mana kira-kira 10,000 rakyat Malaysia meninggal dunia setiap tahun. Peratusan lelaki dewasa yang meroko juga adalah sebanyak 49% dan ini melebihi kadar di negara maju lain di dunia.




5. Tidak hiraukan diet seimbang


Sikap rakyat Malaysia yang tak hiraukan diet seimbang sangat membimbangkan. Diet seimbang boleh dirujuk daripada piramid makanan yang kita belajar dalam subjek Sains Tingkatan 

Contohnya, ramai anak-anak tak suka makan sayur. Jadi kita sebagai ibu bapa harus mencari pengganti zat bagi memenuhi keperluan nutrisi seharian anak itu.




6. Gangguan penyerapan nutrien daripada makanan


Gangguan penyerapan nutrien ini adalah akibat daripada pengambilan kafein, gula dan garam berlebihan. Kebiasaannya, kalau kita demam, kita akan ambil air 100plus untuk dapatkan mineral kembali kan? Tahukah kita berapa kandungan gula dalam minuman tu?


7. Kehilangan nutrient dalam makanan


Seharian penat bekerja, kadang-kadang tak sempat nak masak. Jadi kita akan ke kedai makan. Kita tak tahu bagaimana makanan tu diproses. Jadi susah untuk kita pastikan nutrient masih kekal dalam makanan tersebut, kan?

Nutrien daripada makanan biasanya hilang ketika penyediaan makanan tu sendiri contohnya bila kita menggoreng.

PELABURAN MASA DEPAN


Setuju tak dengan sebab kenapa kita perlukan suplemen? Jom cepat-cepat cari suplemen yang sesuai untuk diri kita. Jaga nikmat yang telah Allah berikan ni dengan sebaiknya.

Laburkan sedikit wang untuk kesihatan tubuh badan kita. InsyaAllah itu satu ibadah. Niatkan kita ingin makan suplemen untuk jadi lebih sihat semata-mata untuk beribadah kepada Allah.

Bila kita boleh buat kerja dengan baik, dan bertenaga, itu kan ibadah 
Bila kita tak mengah nak buat kerja, boleh buat kerja laju-laju dan senangkan kerja orang lain, itu kan ibadah.



Jom rasa perbezaan Shaklee!

P/s : Setiap pembelian melalui saya, anda layak mendapat konsultasi percuma daripada saya.
Bagi yang berminat untuk menjadi ahli, saya memberi jaminan bahawa :
1) Anda memilih rumah yang betul
2) Masuk ke dalam Whatsapp group rahsia rumah kami
3) Bantuan dan tunjuk ajar yang jitu

Untuk sebarang pembelian atau ingin mendaftar sebagai ahli, anda boleh menghubungi saya :

Ameerah
010-2888494
Instagram : meerashaklee
FB Page : Meera Shaklee Distributor JB Pasir Gudang



Lots of love,



Thursday, February 9, 2023

Kurus Dengan Intermittent Fasting?

 Hai gais 😊


Ibuzahra.com kembali dengan wajah baru. Blog lama hilang, apakan daya. Jadi Ee buat blog baru ni sebab Ee sangat teruja nak kongsi dengan anda semua ilmu-ilmu yang Ee dapat. Salah satunya tentang intermittent fasting. Anda pernah dengar tentang IF ni? Jom Ee kongsi sikit maklmat.




Ramai sangat orang cakap, intermittent fasting ni adalah sejenis diet. Ye ke? Terpulang pada fahaman anda, tapi menurut Dr. Jue, seorang doktor perubatan yang juga pengasas D'Jue Wellness, 


"Intermittent fasting bukan sejenis diet. Ia adalah sejenis corak pemakanan. Bukan dibuat dengan tempoh sementara, tapi selamanya. IF tak dilakukan hanya semasa you memerlukan.. Jadikan ia LIFESTYLE"


Ini sebenarnya yang kita kena terapkan dalam minda kita. Bila kita sebut diet, minda kita ni nanti bila-bila masa dia boleh tukar rasa malas la, tak bersemangat la, putus asa la. Kan? Cuba kita tukar, kita ajar minda kita bahawa intermittent fasting adalah satu cara hidup. Ajar badan kita untuk tetapkan masa makan, dan masa untuk berpuasa.


Bagaimana nak buat IF ni?


Sebenarnya ada beberapa cara yang boleh dilakukan. Ada yang sesuai untuk pemula. Ada yang sesuai untuk yang dah biasa buat. Boleh rujuk jadual di bawah untuk mengetahui jenis intermittent fasting yang ada dan boleh sesuaikan dengan keadaan dan kemampuan anda.




Dalam intermittent fasting, ada jeda waktu yang perlu berpuasa (tapi dibolehkan untuk minum air, kopi atau teh tanpa gula) dan ada jeda waktu untuk makan. Anda boleh makan apa sahaja dalam waktu ini.  Antara perkara paling best dalam intermittent fasting adalah, anda boleh pilih sendiri masa untuk anda berpuasa. Sama ada waktu pagi, tengahari atau malam. Sesuaikan bergantung kepada kemudahan dan waktu anda sendiri.


Menarik bukan? Anda dah sedia untuk ubah cara hidup dan makan dengan konsep intermittent fasting? Jom !


InsyaAllah, dalam minggu ni Ee akan kongsikan juga kelebihan melakukan intermittent fasting ni dari sudut kesihatan. Sangat banyak manfaat yang kita boleh peroleh daripada intermittent fasting ni. Anda boleh juga dapatkan lebih maklumat lebih lanjut kenapa intermittent fasting ni dibolehkan minum air di sini ye πŸ˜€


InsyaAllah jumpa lagi di entry seterusnya. πŸ’“

Ameerah
010-2888494
Instagram : meerashaklee
FB Page : Meera Shaklee Distributor JB Pasir Gudang



Lots of love,



Buasir : Punca & Cara Rawatan Paling Berkesan dan Selamat

      Buasir merupakan salah satu masalah yang kerap berlaku pada zaman sekarang. Na...