Saturday, April 29, 2023
Meriah Raya Bersama Shaklee
Monday, April 17, 2023
Bisnes Shaklee Benar-Benar Mengubah Saya!
Aku yang
dulu bukanlah yang sekarang.
Dulu ditendang, sekarang ku disayang.
Oh ini hanya rangkap lagu. Tiada mengena dengan hidup saya. Alhamdulillah saya tak
pernah ditendang. Ditolak itu biasa. Namun apa yang saya nak kongsikan hari ini
adalah bagaimana bisnes Shaklee ni mengubah seorang Shasratul Ameerah. Jom.
Sebenarnya, baru-baru ni saya ada berhubung dengan seorang sahabat. Katanya,
'Wah, lain mira sekarang'. Terkedu juga. Apa yang lain? Bila diterangkan,
barulah saya perasan. Ada banyak perubahan yang berlaku pada saya sejak saya
kenal Shaklee.
Ada kesan luaran. Ada juga kesan dalaman. Alhamdulillah, asbab bergaul dan
bercampur dengan golongan professional dalam bisnes Shaklee ni, banyak yang
saya belajar mengenai kehidupan, ekonomi, kewangan mahupun akhirat.
Dulu & Sekarang..
✔️ Dulu PENAKUT
Sekarang BERANI
Anda nak
tau? Dulu saya ni seorang yang sangat penakut. Takut betul nak tonjolkan diri
depan orang ramai. Kalau cikgu tanya soalan, mesti tunduk je, menyorok la kat belakang sebab tak nak cikgu
panggil. Walaupun dah tahu jawapannya.
Diri saya
yang dulu sangat low self-esteem. Sebolehnya saya tak tonjolkan diri saya sama
ada di media social ataupun secara fizikal. Namun sejak ceburkan diri dalam
bisnes Shaklee ni, bila mentor bagi semangat untuk buat live dan video,
alhamdulillah sedikit sebanyak mula jadi berani.
Bagi saya, bercakap dalam FB Live pun cuak sebenarnya pada awalnya. Walaupun kita tak nampak orang. Sebab kita tahu, orang nampak kita.
Ini merupakan salah satu video live saya di FB berkenaan menghargai masa
sekarang. Pada awal-awal penglibatan diri untuk live di FB, wajib ada skrip.
Alhamdulillah sekarang lebih santai dan gembira sampaikan ilmu.
✔️ Dulu COMOT
Sekarang LEBIH RAPI
Bila
bergaul dengan golongan professional, secara tak langsung kita belajar banyak
perkara. Golongan yang menyertai Shaklee ramai yang terdiri daripadaa kalangan
orang terpelajar, pekerja professional malahan surirumah yang terpaksa lepaskan
kerja hebat.
Apabila
banyak bergaul dengan golongan sebegini, sedikit sebanyak penampilan kita turut
berubah.
✔️ Dulu KUSAM
Sekarang BERSERI
Ini Shaklee
Effect yang paling saya suka. Serius. Bila betul-betul kita jaga nutrisi dalam
badan, cukupkan lompong-lompong nutrisi, memang automatik semua jadi cantik.
Kulit cantik, berseri. Rambut semakin baik, kurang keguguran.
Kalau bandingkan
saya yang dulu dan sekarang, memang berbeza kulitnya. Alhamdulillah kulit
sekarang dah tak kusam asbab rajin mengamalkan suplemen Shaklee dan set
penjagaan kulit Youth Shaklee.
Semua wanita sukakan kecantikan walaupun diri kita tidaklah secantik Thylane
Blondeau, wanita yang dinobatkan sebagai wanita paling cantik di dunia.
Cukuplah penampilan dan rupa paras kita bersih, menyejukkan hati pasangan. Setuju
kan?
✔️ Dulu sekadar PENGIKUT
Sekarang PENGIKUT & KETUA
Alhamdulillah.
Jika sebelum ni saya hanya bertindak sebagai pengikut, sekarang saya terpaksa
didik dan latih diri saya untuk menjadi ketua. Memegang jawatan ketua bukanlah
mudah, namun ia melatih diri kita untuk menjadi lebih baik.
Jika saya
boleh, anda juga pasti boleh!
BAGAIMANA BISNES SHAKLEE MEMBANTU EE BERUBAH JADI LEBIH BAIK?
Percayalah,
pemilihan kumpulan yang betul sangat membantu perjalanan bisnes kita menjadi
lebih mudah. Alhamdulillah saya bersyukur berada dalam team iReach.
Anda nak berjaya dengan Shaklee? Jom join saya bersama dalam team iReach. Hubungi saya dan kita sama-sama gapai tangan menuju ke puncak! Jumpa atas pentas tahun depan ❤️
Puan
Shasratul Ameerah
Shaklee Independent Distributor
: ID 1858822
Pemilik dan pengusaha Meera Confinement Care
FB Page : Meera Shaklee Distributor JB Pasir Gudang
Contact : 0102888494
#NextLevelBlogging
#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
Sunday, April 16, 2023
Insentif Bisnes Paling Best Abad Ini. Insentif Ketiga Boleh Buat Anda Melayang Keseronokan.
Assalamualaikum, hai semua! Alhamdulillah tanpa sedar, saya dah menjadi pengguna setia Shaklee selama lebih 10 tahun. Bermula dengan set untuk kuruskan badan, set kecantikan, set kesuburan, set hamil sehinggalah set berpantang.
Saya sendiri mula menjadi ahli Shaklee untuk makan sendiri. Tiada niat untuk
berbisnes. Namun, lama kelamaan, apabila saya semakin jatuh cinta dengan produk
Shaklee, saya mula berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang bisnes
bersama Shaklee.
Sememangnya, insentif Shaklee sangat besar! Hari ini, jom kita tengok apa yang
ditawarkan oleh Shaklee. Sejujurnya, saya pernah join beberapa bisnes sebelum
ini, namun masih belum ada bisnes yang menawarkan insentif sebaik ini untuk
para pengedar. Jom!
KELEBIHAN BISNES SHAKLEE - 3C
Sebenarnya, banyak sangat kelebihan yang Shaklee berikan kepada ahlinya. Selain
daripada layak untuk mendapat harga ahli bagi setiap produk Shaklee, Shaklee
juga tawarkan program insentif Shaklee yang dinamakan program 3C yang sangat
menarik untuk semua pengedar. Tiada kompromi. Semua orang layak mendapat apa
yang Shaklee tawarkan apabila mencapai point tertentu.
Apa insentif Shaklee 3C yang menarik tu?
1. Cash bonus – Insentif Shaklee yang pertama adalah bonus berupa wang
tunai yang dikreditkan ke dalam akaun bank kita pada setiap pertengahan bulan.
Dengan setiap pembelian produk Shaklee, anda layak mendapat nilaian uv.
Dan apabila nilai uv ini dikumpulkan, jumlah uv di akhir bulan akan menentukan
berapa banyak bonus yang layak diberikan kepada anda.
Menarik kan? Saya panggil ia sebagai membeli tapi duit masuk. Orang lain
beli keluar duit je. Kita beli pun keluar duit, tapi ada cash back dalam bentuk
bonus.
Dalam bisnes Shaklee, ada 7 peringkat yang boleh dicapai. Secara
logiknya, semakin tinggi peringkat anda, semakin besar bonus yang anda akan
dapat.
Namun, jangan terkejut jika ada segelintir pengedar yang mempunyai bonus
lebih besar berbanding ketua mereka. Konsep bisnes Shaklee sangat adil. Siapa
usaha lebih, dapat lebih.
Jom kita tengok purata bonus sebulan mengikut tahap. Anda boleh rujuk gambar di bawah.
Wow! Ini merupakan purata minimum pendapatan sebulan mengikut tahap.
Lebih tinggi jumlah jualan anda pada bulan tersebut, lebih tinggi bonus bulanan
anda. Ia bergantung kepada prestasi anda dan kumpulan anda.
Bonus tunai ni tiada had (Unlimited). Jika anda target nak RM100k
sebulan pun boleh. Apabila anda join kumpulan yang betul, berada dalam kumpulan
yang sangat membantu antara satu sama lain, mempunyai system yang mudah,
insyaAllah tiada yang mustahil.
2. Car bonus – insentif Shaklee yang kedua adalah bonus dalam bentuk
tunai. Shaklee tidak berikan sebuah kereta kepada anda. Mereka berikan dalam
bentuk tunai. Oleh itu, terpulang pada anda untuk gunakan bonus ini dengan cara
apa sekalipun.
Ia lebih seronok bagi saya. Kita mempunyai pilihan untuk memilih sendiri
jenama kereta yang kita idamkan. Apabila anda dah layak mendapat bonus kereta
ini, anda layak dapatkannya pada setiap bulan, seumur hidup.
3. Convention – Antara insentif Shaklee yang paling menarik adalah hadiah
percutian dan perjalanan mewah secara PERCUMA ke negara dan tempat yang Shaklee
tetapkan setiap tahun. Ye betul, ianya percuma, semua ditanggung dan lebih
menarik, Shaklee berikan sekali duit poket.
Anda boleh tetapkan berapa tiket yang anda nak dapatkan untuk ke
percutian mewah ini. Setakat ini, Shaklee tak pernah gagal untuk membawa kumpulan
Shaklee Malaysia melancong ke dalam atau luar negara.
Terdapat 2 jenis percutian yang ditawarkan oleh pihak Shaklee. Regional trip dan International trip. Regional trip adalah lawatan percutian ke tempat-tempat berdekatan Malaysia manakala International trip merupakan lawatan percutian ke luar negara yang lebih jauh.
JADI, BAGAIMANA ANDA
MAHU MENDAFTAR?
Anda boleh mendaftar keahlian Shaklee dan menikmati Insentif Shaklee menerusi butang dibawah atau anda boleh hubungi saya melalui link whatsapp yang saya sediakan di bawah.
Menarik sangat kan tawaran yang Shaklee sediakan. Jika anda sedang mencari bisnes yang mampu membantu anda keluar daripada kemelut kewangan, bertahan lama, boleh diwarisi kepada anak, cucu dan keturunan anda, maka Shaklee adalah pilihan yang sangat tepat!
Shaklee Independent Distributor : ID 1858822
Pemilik dan pengusaha Meera Confinement Care
Contact : 0102888494
#NextLevelBlogging
#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
Thursday, April 13, 2023
Nak Kurus Dengan Cepat? Jangan Abaikan 5 Tips Penting Ini
Menjelang raya, ramai
yang ingin tampil cantik dan segak tanpa lebihan lemak yang banyak di tubuh.
Banyak cara yang dikongsi di media sosial. Anda boleh ikut dan buat mana-mana
cara yang anda suka.
Saya sendiri juga
telah mencuba pelbagai jenis cara. Ada cara santai dan agak mengambil masa. Ada
cara cepat tapi akan membuatkan anda lebih stress dan bosan. Ada juga cara
santai yang membantu anda kurus dengan cepat dan anda juga gembira.
Apa sahaja cara yang
anda ingin cuba, jangan pernah abaikan kunci utama penurunan berat
badan. Jika anda gagal menjaga kunci-kunci utama ini, percayalah bahawa
proses penurunan berat badan anda juga akan menjadi sukar. Kunci-kunci ini akan
membantu anda kurus dengan cepat.
2 KUNCI UTAMA KURUS DENGAN CEPAT
Terdapat 2 kunci
utama untuk kurus dengan cepat. Kunci ini jangan sekali-kali anda
abaikan.
1. Kalori defisit
Kalori defisit ni
telah banyak dikongsi oleh pakar-pakar pemakanan dan senaman. Namun, masih
ramai yang kurang memahami bagaimana ingin melakukan kalori defisit ini.
Perkara pertama yang anda perlu tahu adalah keperluan kalori seharian anda.
Keperluan kalori seharian ini adalah berbeza untuk setiap individu.
Disini saya lampirkan
cara pengiraan kalori harian anda (DCR). Penting untuk anda tahu berapa
keperluan DCR anda supaya anda sentiasa ingat bahawa inilah limit kalori yang
anda boleh ambil sehari.
Namun, kalori yang
anda ambil haruslah tidak kurang daripada nilai keperluan asas (BMR) anda
kerana nilai BMR ini adalah keperluan tenaga yang badan anda perlukan untuk
menghasilkan tenaga sehari. Jika anda makan terlalu sedikit, tenaga yang
dihasilkan kurang dan metabolisme akan menurun. Ini akan menyukarkan perjalanan
kurus anda.
Oleh itu, untuk pengurangan badan yang cepat dan sihat, kadar kalori seharian yang anda perlu ambil adalah lebih daripada nilai keperluan asas (BMR) dan kurang daripada nilai keperluan kalori seharian anda (DCR)
2. Sentiasa aktif dan bergerak
Senaman adalah yang
terbaik jika anda boleh lakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Namun jika
anda adalah seorang yang sangat sibuk, anda Cuma perlu pastikan anda sentiasa
bergerak aktif.
Jika anda bekerja,
usahakan untuk banyakkan pergerakan dalam pekerjaan anda. Jika anda kerja di
ofis dan kebanyakan masa anda perlu duduk, sesekali bangunlah dan regangkan
badan. Cuba parking kereta di Kawasan yang sedikit jauh dengan ofis supaya anda
mempunyai peluang untuk berjalan.
Jika anda seorang
surirumah, gerakkan badan anda untuk lakukan kerja rumah dengan lebih laju.
Lebih laju anda bergerak, lebih banyak kalori yang terbakar.
Walau siapa pun anda
dan apa jua pekerjaan anda, sentiasa usahakan untuk bergerak aktif. Bayangkan,
anda mandi pun, ada kalori terbakar. Apatah lagi bila anda solat, berjalan,
basuh pinggan, mengemas rumah. Pasti lebih banyak kalori terbakar.
5 TIPS KURUS DENGAN CEPAT
Apabila 2 kunci utama ni sudah dijaga, maka usaha anda untuk kurus dengan cepat akan jadi lebih mudah. Di sini saya kongsikan beberapa tips untuk pengambilan makanan seharian anda.
1) Tambahkan protein dalam diet anda.
2) Kurangkan pengambilan gula dalam makanan.
Gula merupakan salah satu penyebab kepada penyakit-penyakit berbahaya. Mengurangkan pengambilan gula atau mengganti pemanis kepada pemanis semulajadi seperti stevia atau pemanis tebu Sweetlab sangat membantu dalam proses kurus dengan cepat ini.
3) Minum teh atau kopi tanpa pemanis dan gula.
Teh dan kopi tanpa pemanis atau gula mempunyai 0 kalori. Ia juga mampu meningkatkan metabolisme badan.
4) Praktiskan makan dengan sepenuh perhatian. (Mindful eating)
Apabila kita belajar menikmati makanan yang kita makan, kita akan lebih cepat kenyang. Oleh itu, makan sedikit pun sudah mampu membuatkan kita rasa lebih cepat kenyang.
5) Minum segelas air kosong 30 minit sebelum makan.
Praktis ini akan membuatkan badan anda makan hanya secukunya dan mengurangkan rasa mengidam terutama makanan yang manis. Ia sangat membantu dalam proses kurus dengan cepat.
SET KURUS SHAKLEE SEBAGAI PENGGALAK
Untuk memudahkan perjalanan anda untuk kurus dengan cepat, set kurus
dengan cepat Shaklee sangat membantu. Set ini lengkap dengan suplemen tinggi
protein, teh yang meningkatkan metabolisme, detoks, membina otot dan memberi tenaga
sepanjang hari.
Saya harap artikel ini membantu anda untuk kurus dengan cepat dan sihat.
Jika anda berminat untuk mendapat konsultasi mengenai set kurus Shaklee, anda
boleh tekan link ke whatsapp yang telah saya sediakan di bawah.
Jika anda ingin membuat pembelian terus dari website atau mendaftar sebagai
ahli, anda boleh klik butang dibawah.
Saya doakan kita semua berjaya dalam perjalanan anda untuk kurus dengan
cepat dan sihat.
Puan Shasratul
Ameerah
Shaklee Independent
Distributor : ID 1858822
Pemilik dan pengusaha Meera Confinement Care
Contact : 0102888494
#NextLevelBlogging
#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
Sunday, April 9, 2023
"Seksanya Dengan Ekonomi Sekarang". Kenali Bisnes Online Terbaik Di Malaysia!
Zaman sekarang dah tak sama macam zaman dulu. Semakin hari, nilai mata wang semakin naik. Harga barang juga semakin meningkat.
Saya yakin, ramai yang setuju jika saya katakan, RM3000 pada zaman ni mengalir macam air. Cukup-cukup makan bagi mereka yang berumahtangga. Agak sesak bagi mereka yang mempunyai seorang anak. Apatah lagi keluarga besar.
Oleh sebab itu, ramai yang mula mencari wang sampingan untuk menyara kehidupan keluarga. Tak kurang juga surirumah yang mencari peluang bisnes terutamanya bisnes online untuk menggenggam wang sendiri. Wang simpanan sendiri sangat penting kerana kita tak tahu apa yang bakal berlaku pada masa akan datang.
Ada banyak peluang bisnes yang anda boleh ceburi. Yang terbaik, kena lah cari bisnes yang boleh bertahan lama, mempunyai jaminan dan bertujuan untuk membantu orang ramai.
Salah satunya adalah bisnes online Shaklee. Saya sendiri dah lebih 10 tahun menjadi pengguna setia Shaklee. Alhamdulillah dah banyak manfaat yang saya dapat sepanjang bersama Shaklee.
6 KELEBIHAN BISNES SHAKLEE YANG ANDA PERLU TAHU!
1. Masa fleksibel
Saya pasti, ramai orang bekerja yang berfikir mengenai kekangan masa untuk berbisnes. Malah ada juga surirumah yang mempunyai masalah untuk menguruskan masa berbisnes, rumah serta anak.
Jangan bimbang. Bisnes Shaklee sangat fleksibel. Tambahan pula, kumpulan kami menyediakan sistem bisnes online yang lebih mudah, efektif dan berkesan kepada semua ahli.
2. Syarikat yang stabil dan dikenali
3. Produk berkualiti
4. Bisnes yang bertahan lama
5. Bonus & cash
6. Bimbingan pakar nutrisi
KESIMPULAN
Buasir : Punca & Cara Rawatan Paling Berkesan dan Selamat
Buasir merupakan salah satu masalah yang kerap berlaku pada zaman sekarang. Na...
-
Assalamualaikum. Hai gais! Ini posting dari blog lama sebenarnya. Pada tahun 2019. Saja nak kongsi dengan anda perjalanan Ee turunkan berat...
-
Selamat datang ke blog saya! Pada kali ini, saya nak kongsikan pengalaman peribadi saya berpantang dengan menggunakan set berpantang Shaklee...
-
Vertigo merupakan satu penyakit yang semakin berleluasa di Malaysia, dengan kes yang semakin meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ...