Wednesday, May 24, 2023

Mudahnya Renew Keahlian Shaklee

Anda pengguna setia Shaklee dan pernah mendaftar sebagai ahli Shaklee? Tidak pasti sama ada keahlian anda masih sah atau tidak?





Jangan risau. Anda boleh menyemak keahlian anda dengan cara membuka laman web Shaklee dan memasukkan nombor keahlian serta kata laluan anda. Jika anda masih tidak pasti, anda boleh hubungi saya di 0102888494 untuk saya bantu semakkan.

Cara untuk renew keahlian Shaklee


Bagi anda yang keahliannya masih aktif, anda perlu tahu bahawa anda perlu aktifkan keahlian anda pada setiap tahun. Bagaimana caranya untuk renew keahlian Shaklee?



1. Buat pembelian. Anda boleh membuat pembelian minima RM35 untuk mengaktifkan keahlian anda.
2. Tempoh pembelian adalah 3 bulan sebelum tarikh lahir anda. Jika anda memang pembeli dan pengguna setia Shaklee sepanjang tahun, maka anda tidak perlu risau. Keahlian akan diaktifkan secara automatik.

Untuk pengetahuan anda, Shaklee sedang melangsungkan program auto-renewal dengan promosi super duper menguntungkan pada bulan ini. 




Bukan sahaja anda dapat renew keahlian Shaklee, malah anda juga dapat menikmati diskaun hebat dengan promosi JIMAT LEBIH 50% dengan pembelian set ESP dan Vitamin C pada bulan ini.

Apa kelebihan renewal keahlian Shaklee?


Kelebihan yang anda dapat apabila anda renew keahlian Shaklee adalah :

1. Anda boleh jimatkan wang anda RM35.
2. Dapat menikmati diskaun sehingga 20% untuk produk Shaklee.
3. Dapat menikmati diskaun sehingga 50% untuk promosi bulanan ynag dijalankan oleh Shaklee. Terdapat promosi yang hanya dikhaskan untuk ahli Shaklee sahaja.
4. Berpeluang menghadiri banyak kelas nutrisi dan kelas bimbingan sepanjang anda menjadi ahli Shaklee. Peluang yang sangat baik kerana kebanyakan daripadanya adalah kelas percuma!

Bagaimana caranya untuk renew keahlian Shaklee?


Anda boleh renew keahlian Shaklee dengan membuat pembelian di laman web Shaklee menggunakan nombor ID anda atau anda boleh terus ke cawangan Shaklee berdekatan anda.

Mudah kan untuk renew keahlian Shaklee? 

Jika anda masih belum menjadi ahli Shaklee, anda boleh mendaftar DISINI. Jika anda ingin membuat pembelian produk Shaklee, anda boleh membeli DISINI. Jom sama-sama menikmati peluang yang disediakan ni sebaiknya.



Puan Shasratul Ameerah 
Shaklee Independent Distributor : ID 1858822 
Pemilik dan pengusaha Meera Confinement Care 
Contact : 0102888494 


 #NextLevelBlogging 
#BlogMegaShaklee 
#ShakleeThrive2023 
#ShakleeTriumph2023

Dapat Makan Vitamin Shaklee Percuma, Dapat Juga Cash Rebate

Ramai yang sedang berjuang dengan keadaan ekonomi sekarang. Tapi bayangkan bila ada satu bisnes yang menyediakan peluang untuk anda dapat cash rebate dan vitamin percuma bila anda beli vitamin. Seronok bukan?



Sekarang semua orang perlukan duit lebih supaya dapat hidup lebih selesa. 

Duit lebih untuk belikan vitamin untuk anak-anak dan diri sendiri memandangkan keadaan dunia zaman sekarang penuh dengan virus dan penyakit. Duit lebih untuk membawa keluarga melancong dan berjalan-jalan. Duit lebih untuk belikan makanan sedap-sedap. Duit lebih untuk balik kampung bila kita berjauhan dengan keluarga. Semua memerlukan duit.

Peluang untuk mendapat cash rebate dan vitamin percuma


Bagaimana jika saya katakan, anda boleh dapat peluang untuk dapat vitamin percuma dan cash rebate dengan Shaklee?

Bila anda beli vitamin Shaklee untuk kesihatan anda, anda berpeluang untuk dapatkan cash rebate dalam bentuk bonus bulanan yang akan dimasukkan ke dalam akaun anda pada pertengahan bulan. Dengan cash rebate ini, anda boleh membeli vitamin anda dan nikmati promosi Shaklee yang menawarkan vitamin percuma. 

Jadi, dua-dua anda dapat. Anda lebih sihat. Anda juga dapat duit.

Berapa banyak cash rebate yang anda boleh dapat?




Peluang ini terbuka kepada semua ahli Shaklee. Sama ada anda mendaftar untuk makan sendiri atau berniat untuk join bisnes Shaklee, anda layak mendapat cash rebate selagi mana anda menepati syarat minimum yang diperlukan untuk mendapat bonus.

Anda masih belum mendaftar sebagai ahli?
Boleh klik link ini untuk mendaftar.


Anda juga boleh secara langsung menghubungi saya di nombor whatsapp 010-2888494 untuk saya bantu anda membuat pilihan dengan betul. Ini merupakan peluang yang sangat baik untuk anda.

Kenali cawangan Shaklee


Anda boleh membuat pembelian Shaklee di laman web Shaklee (sama ada beli sendiri atau dengan bantuan saya sebagai upline anda) atau boleh terus ke cawangan Shaklee di seluruh Malaysia dengan menggunakan ID anda. Di bawah saya sertakan cawangan Shaklee yang berada di Malaysia. Mana tahu dekat dengan kawasan tempat tinggal anda, jadi anda boleh terus ke cawangan untuk pembelian.

Cawangan HQ dan Kuala Lumpur

Cawangan Kelantan dan Johor

Cawangan Penang dan Perak

Cawangan Sabah



Anda ingin mula mendapat cash rebate dan vitamin percuma? Mulakan langkah anda sekarang dengan menekan link dibawah. Bersama-sama kita menyediakan satu kehidupan yang selesa untuk keluarga, mak ayah dan bantu lebih ramai orang lain.






Puan Shasratul Ameerah 
Shaklee Independent Distributor : ID 1858822 
Pemilik dan pengusaha Meera Confinement Care
Contact : 0102888494

 #NextLevelBlogging 
#BlogMegaShaklee
 #ShakleeThrive2023
 #ShakleeTriumph2023

Wednesday, May 17, 2023

Set Hello New You Untuk Anda Yang Nak Tampil Kurus, Slim dan Fit Dengan Sihat

Syawal hampir melabuhkan tirai. Semakin ramai yang mula bimbang dengan kenaikan badan sepanjang bulan Syawal ni. Mana tidaknya. Bertalu-talu jemputan rumah terbuka. Lebih-lebih lagi bila semua ahli keluarga berkumpul. 

Zaman sekarang, semakin ramai yang mula menjaga badan agar kelihatan lebih cantik dan langsing. Tak kurang juga yang mula mengambil berat mengenai berat badan asbab kesihatan. Dalam perjalanan untuk kurus ni, pelbagai jenis diet dilakukan. 

Ada yang berhasil, ada yang tidak. Ada yang kurus, tapi sentiasa tak sihat dan badan rasa lemah. Ada yang turun berat badan tapi badan menggeleber. Ada yang semakin slim tapi badan tak fit. Ada yang semakin mengecil tapi kulit wajah semakin kusam.

Ini semua disebabkan kekurangan nutrien dalam badan yang kita tak sedar hilangnya ia dalam proses diet kita. Bila kita melakukan diet tertentu, ada makanan yang kita tolak menyebabkan badan tidak mendapat cukup nutrisi. Oleh sebab itulah, kita berjaya kurus tapi ada isu yang lain pula.

Shaklee sangat memahami keadaan ini. Oleh itu, Shaklee kembali mengadakan promosi untuk set yang sangat laku ini. 

Set Hello New You dah berjaya membantu ramai individu mendapatkan kembali berat badan ideal tanpa bimbang berkurangnya zat dalam badan atau badan menggeleber. Kulit pun semakin cantik dan berseri. 


RESPON PENGGUNA HELLO NEW YOU

Disini saya sertakan sedikit respon daripada pengguna set Hello New You. 






SET HELLO NEW YOUQ


Apa yang ada dalam set Hello New You yang membantu individu-individu ini?

1. Cinch Shake Shaklee




Cinch bantu kekalkan jisim otot tanpa lemak. Jadi apabila kita minum Cinch Shake, bila berat badan kita semakin menurun, kehilangan berat ini adalah daripada lemak, bukan otot. 

Ia juga mengandungi Leucine. Leucine membantu membakar lemak viseral kerana ia mempunyai asid amino yang tinggi. Ia juga membantu meningkatkan metabolisma seterusnya meningkatkan kadar tenaga dalam badan. 

Siapa yang tak nak turunkan berat badan sambil kekalkan otot kan? Dalam masa yang sama, lemak, inci dan berat juga akan hilang.

2. Lecithin



Lecithin ni diekstrak daripada kacang soya organik bukan-GMO. Jadi ia memang selamat dan sesuai untuk semua. 

Lecithin sangat membantu dalam proses pelangsingan kerana ia mempercepatkan pembakaran lemak, membantu pemecahan lemak dan kolesterol serta mempertingkatkan daya ingatan. 

3. Omega Guard

Omega guard Shaklee mengandungi 7 jenis asid lemak Omega 3 yang lengkap dengan EPA dan DHA. Omega Shaklee membantu merendahkan kolesterol, mengurangkan keradangan dalam badan dan membantu menstabilkan emosi individu. 

Bila badan dalam keadaan baik dan kurang keradangan, kita akan tampil lebih sihat dan berseri. 

4. Herblax



Anda sering mengalami masalah pembuangan? Inilah solusinya. Herblax daripada 9 herba semulajadi hasil kombinasi perubatan tradisi dan teknologi barat.

Herblax membantu merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembit kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita. 

Ia juga membantu mengurangkan dan memberi kepejalan pada perut. Boleh la perut nampak lebih langsing selepas ini.

APA PERLU ANDA BUAT JIKA ANDA NAK KURUS, SLIM DAN FIT SECARA SIHAT DAN CANTIK?


Shaklee dah sediakan peluang terbaik untuk anda tampil kurus, slim, fit dan cantik secara sihat. Alhamdulillah, bulan ini Shaklee menyediakan promosi percuma sebotol Cinch Shake Shaklee dan keahlian Shaklee percuma. Jimat kan?


Untuk pembelian dan konsultasi, boleh hubungi Ee di mana-mana saluran di bawah. InsyaAllah Ee berikan konsultasi terbaik. 



Puan Shasratul Ameerah 
Shaklee Independent Distributor : ID 1858822
Pemilik dan pengusaha Meera Confinement Care Contact : 0102888494 

 #NextLevelBlogging 
#BlogMegaShaklee 
#ShakleeThrive2023 
#ShakleeTriumph2023

Open House Shaklee 2023

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua!



Sakan betul ye raya tahun ni. Masing-masing dengan warna baju raya yang cantik, beraya pula di kampung. Seronok. Banyak juga orang yang buat open house tahun ni.

Seronok pula baca kisah pengalaman open house pertama anjuran komuniti di perjiranan rimah Master Lyna ni. Seronok ramai-ramai kan?

Sayangnya kami sekeluarga tak sempat buat open house dan join open house yang ada. Masing-masing dah mula sibuk dengan sekolah dan kerja hakiki. Maka, kami hanya mampu doakan dari jauh. 

Ada juga plan nak join sambutan open house Shaklee atau Fun Day Shaklee di JB. Tapi malangnya perancangan Allah lebih baik. Ada kekangan pula nak join. Namun, sempat juga saya risik perkembangan sekitar Fun Day Shaklee dengan sahabat-sahabat saya.


3 tarikh Fun Day Shaklee


Fun Day Shaklee ni berlangsung 1 hari sahaja di tempat-tempat yang telah ditetapkan iaitu cawangan Shaklee di beberapa buah negeri. Yang paling dekat dengan saya adalah cawangan Shaklee di Johor Bahru. 

Meriah betul cawangan Shaklee hari ini. Semua pakat borong vitamin-vitamin Shaklee terutamanya yang sedang promo ni. 


Jarang-jarang dapat promo best macam ni!




Paling best, disediakan juga juadah untuk para tetamu. Sambil membeli, sambil makan. Gitu. Antara yang menarik adalah air Performance Drink Shaklee. Siap ada tester ye. 








Open house Shaklee tahun ni simple je. Yang penting boleh borong beli vitamin-vitamin yang sedang promo. 

Bagi anda yang masih sibuk dengan open house, jangan lupa untuk kawal pemakanan, jaga pengambilan air masak (memandangkan sekarang musim panas yang sangat tinggi) dan juga jangan lupa ambil suplemen Shaklee untuk detoks dan buang lemak ye.

Nak lagi mantap, boleh tengok set Hello New You ni. Kenapa New You? Sebab ia adalah set premium yang mampu ubah anda menjadi lebih sihat dan cantik 

Salam sayang dari saya buat anda semua. Selamat Hari Raya.


Puan Shasratul Ameerah 
Shaklee Independent Distributor : ID 1858822
Pemilik dan pengusaha Meera Confinement Care Contact : 0102888494 


 #NextLevelBlogging 
#BlogMegaShaklee 
#ShakleeThrive2023 
#ShakleeTriumph2023

Saturday, April 29, 2023

Meriah Raya Bersama Shaklee

Alhamdulillah rupanya dah masuk hari raya ke 9 ye harini. Sekejap je masa berlalu. Tahun ni rayanya istimewa kerana semua adik beradik balik raya dan berkumpul di rumah mertua. Alhamdulillah. 


Sebelum balik raya haritu, sempat COD satu set rahmah Shaklee kepada seorang juru urut di Pasir Gudang. Katanya nak tampil berseri di pagi raya. Kebetulan harga memang tengah murah sangat-sangat. Sesuai bagi yang baru nak cuba. Yang penting, tak habis lagi satu set dah cantik macam bidadari. 




Tahun ni kami sekeluarga beraya di Kulim. Alhamdulillah meriah sangat. Sempat anak-anak main bunga api pada malam hari raya. Walaupun anak sulung tak begitu sihat asbab demam selesema, dia masih semangat nak bermain bunga api beramai-ramai. Nasib baik ibu tak lupa bawa Hero Kiddo. Alhamdulillah demamnya tak melarat teruk.

Seronok bermain bunga api

Hero Kiddo ni memang tak boleh tinggal. Anak-anak suka betul!


Pagi raya tahun ni, memandangkan semua ada, kami ambil kesempatan dan peluang untuk mengambil gambar raya di studio. Cantik-cantik gambarnya. 


Bagi yang berada di Kulim dan kawasan sekitar, saya sangat rekemen ambil servis dengan studio ni. Semua gambar cantik dan jurugambar juga sangat membantu. Harga juga alhamdulillah berpatutan. Bagi yang nak bertanya atau buat tempahan servis, boleh hubungi VC STUDIO Kulim.


Keluarga kecil kami. Ini gambar dari telefon bimbit sahaja.

Ini hasil gambar dari VC Studio Kulim. Kami tak edit ye.


Balik raya ni, paling penting bawa 2 suplemen ni. Yela, bila dah raya, ramai-ramai pula berkumpul. Kadang-kadang memang lupa jaga diet. Kita semua tengah nak bergembira kan. Jadi seronok makan ramai-ramai.

Nasib baik ada tips makan sihat oleh Puan Ebby ni. Meriah raya bersama Shaklee tahun ni.



Nasib baik ada dua beradik ni. Berat memang ada naik tapi naik 1kg je. Alhamdulillah. Yang lain semua naik dalam 3kg hingga 5kg. Dengan bantuan 2 suplemen Shaklee ni, memang membantu betul kawal selera dan membuang. 

Lecithin akan membantu lemak-lemak tepu dikecilkan menjadi titisan lemak untuk memudahkan ia dibuang daripada badan. Manakala Alfalfa membantu menyingkirkan toksin daripada badan. Anda nak menjadi salah seorang yang berjaya mendapat Shaklee Effect ini?


Tekan link whatsapp di bawah dan berhubung dengan saya segera untuk konsultasi dan pembelian. Jika anda ingin membuat pembelian terus dari web, anda boleh menekan link ID di bawah. Selamat hari raya!




Puan Shasratul Ameerah 
Shaklee Independent Distributor : ID 1858822
Pemilik dan pengusaha Meera Confinement Care 
Contact : 0102888494 

#NextLevelBlogging 
#BlogMegaShaklee 
#ShakleeThrive2023 
#ShakleeTriumph2023

Monday, April 17, 2023

Bisnes Shaklee Benar-Benar Mengubah Saya!

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang.
Dulu ditendang, sekarang ku disayang.



Oh ini hanya rangkap lagu. Tiada mengena dengan hidup saya. Alhamdulillah saya tak pernah ditendang. Ditolak itu biasa. Namun apa yang saya nak kongsikan hari ini adalah bagaimana bisnes Shaklee ni mengubah seorang Shasratul Ameerah. Jom.




Sebenarnya, baru-baru ni saya ada berhubung dengan seorang sahabat. Katanya, 'Wah, lain mira sekarang'. Terkedu juga. Apa yang lain? Bila diterangkan, barulah saya perasan. Ada banyak perubahan yang berlaku pada saya sejak saya kenal Shaklee.

Ada kesan luaran. Ada juga kesan dalaman. Alhamdulillah, asbab bergaul dan bercampur dengan golongan professional dalam bisnes Shaklee ni, banyak yang saya belajar mengenai kehidupan, ekonomi, kewangan mahupun akhirat.

Dulu & Sekarang.. 

 

✔️ Dulu PENAKUT

      Sekarang BERANI

 

Anda nak tau? Dulu saya ni seorang yang sangat penakut. Takut betul nak tonjolkan diri depan orang ramai. Kalau cikgu tanya soalan, mesti tunduk je,  menyorok la kat belakang sebab tak nak cikgu panggil. Walaupun dah tahu jawapannya. 

 

Diri saya yang dulu sangat low self-esteem. Sebolehnya saya tak tonjolkan diri saya sama ada di media social ataupun secara fizikal. Namun sejak ceburkan diri dalam bisnes Shaklee ni, bila mentor bagi semangat untuk buat live dan video, alhamdulillah sedikit sebanyak mula jadi berani. 

 

Bagi saya, bercakap dalam FB Live pun cuak sebenarnya pada awalnya. Walaupun kita tak nampak orang. Sebab kita tahu, orang nampak kita. 

 


Ini merupakan salah satu video live saya di FB berkenaan menghargai masa sekarang. Pada awal-awal penglibatan diri untuk live di FB, wajib ada skrip. Alhamdulillah sekarang lebih santai dan gembira sampaikan ilmu.

 

✔️ Dulu COMOT

      Sekarang LEBIH RAPI

 

Bila bergaul dengan golongan professional, secara tak langsung kita belajar banyak perkara. Golongan yang menyertai Shaklee ramai yang terdiri daripadaa kalangan orang terpelajar, pekerja professional malahan surirumah yang terpaksa lepaskan kerja hebat.

 

Apabila banyak bergaul dengan golongan sebegini, sedikit sebanyak penampilan kita turut berubah.

 


 

✔️ Dulu KUSAM

      Sekarang BERSERI

 

Ini Shaklee Effect yang paling saya suka. Serius. Bila betul-betul kita jaga nutrisi dalam badan, cukupkan lompong-lompong nutrisi, memang automatik semua jadi cantik. Kulit cantik, berseri. Rambut semakin baik, kurang keguguran.

 

Kalau bandingkan saya yang dulu dan sekarang, memang berbeza kulitnya. Alhamdulillah kulit sekarang dah tak kusam asbab rajin mengamalkan suplemen Shaklee dan set penjagaan kulit Youth Shaklee.

 



Semua wanita sukakan kecantikan walaupun diri kita tidaklah secantik Thylane Blondeau, wanita yang dinobatkan sebagai wanita paling cantik di dunia. Cukuplah penampilan dan rupa paras kita bersih, menyejukkan hati pasangan. Setuju kan?

  

✔️ Dulu sekadar PENGIKUT

      Sekarang PENGIKUT & KETUA

 

Alhamdulillah. Jika sebelum ni saya hanya bertindak sebagai pengikut, sekarang saya terpaksa didik dan latih diri saya untuk menjadi ketua. Memegang jawatan ketua bukanlah mudah, namun ia melatih diri kita untuk menjadi lebih baik.


Jika saya boleh, anda juga pasti boleh!

 

BAGAIMANA BISNES SHAKLEE MEMBANTU EE BERUBAH JADI LEBIH BAIK?

 

Percayalah, pemilihan kumpulan yang betul sangat membantu perjalanan bisnes kita menjadi lebih mudah. Alhamdulillah saya bersyukur berada dalam team iReach.

 

Anda nak berjaya dengan Shaklee? Jom join saya bersama dalam team iReach. Hubungi saya dan kita sama-sama gapai tangan menuju ke puncak! Jumpa atas pentas tahun depan ❤️

 

 

Puan Shasratul Ameerah

Shaklee Independent Distributor : ID 1858822

Pemilik dan pengusaha Meera Confinement Care

FB Page : Meera Shaklee Distributor JB Pasir Gudang

Contact : 0102888494

 

#NextLevelBlogging

#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

 

 

 

Sunday, April 16, 2023

Insentif Bisnes Paling Best Abad Ini. Insentif Ketiga Boleh Buat Anda Melayang Keseronokan.

 



Assalamualaikum, hai semua! Alhamdulillah tanpa sedar, saya dah menjadi pengguna setia Shaklee selama lebih 10 tahun. Bermula dengan set untuk kuruskan badan, set kecantikan, set kesuburan, set hamil sehinggalah set berpantang.


Vivix ni best!


Saya sendiri mula menjadi ahli Shaklee untuk makan sendiri. Tiada niat untuk berbisnes. Namun, lama kelamaan, apabila saya semakin jatuh cinta dengan produk Shaklee, saya mula berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peluang bisnes bersama Shaklee.

Sememangnya, insentif Shaklee sangat besar! Hari ini, jom kita tengok apa yang ditawarkan oleh Shaklee. Sejujurnya, saya pernah join beberapa bisnes sebelum ini, namun masih belum ada bisnes yang menawarkan insentif sebaik ini untuk para pengedar. Jom!

KELEBIHAN BISNES SHAKLEE - 3C


Sebenarnya, banyak sangat kelebihan yang Shaklee berikan kepada ahlinya. Selain daripada layak untuk mendapat harga ahli bagi setiap produk Shaklee, Shaklee juga tawarkan program insentif Shaklee yang dinamakan program 3C yang sangat menarik untuk semua pengedar. Tiada kompromi. Semua orang layak mendapat apa yang Shaklee tawarkan apabila mencapai point tertentu.


Apa insentif Shaklee 3C yang menarik tu?


1. Cash bonus – Insentif Shaklee yang pertama adalah bonus berupa wang tunai yang dikreditkan ke dalam akaun bank kita pada setiap pertengahan bulan.

 

Dengan setiap pembelian produk Shaklee, anda layak mendapat nilaian uv. Dan apabila nilai uv ini dikumpulkan, jumlah uv di akhir bulan akan menentukan berapa banyak bonus yang layak diberikan kepada anda.

 

Menarik kan? Saya panggil ia sebagai membeli tapi duit masuk. Orang lain beli keluar duit je. Kita beli pun keluar duit, tapi ada cash back dalam bentuk bonus.

 

Dalam bisnes Shaklee, ada 7 peringkat yang boleh dicapai. Secara logiknya, semakin tinggi peringkat anda, semakin besar bonus yang anda akan dapat.

 

Namun, jangan terkejut jika ada segelintir pengedar yang mempunyai bonus lebih besar berbanding ketua mereka. Konsep bisnes Shaklee sangat adil. Siapa usaha lebih, dapat lebih.

 

Jom kita tengok purata bonus sebulan mengikut tahap. Anda boleh rujuk gambar di bawah.


Purata pendapatan bulanan di Shaklee

 

Wow! Ini merupakan purata minimum pendapatan sebulan mengikut tahap. Lebih tinggi jumlah jualan anda pada bulan tersebut, lebih tinggi bonus bulanan anda. Ia bergantung kepada prestasi anda dan kumpulan anda.

 

Bonus tunai ni tiada had (Unlimited). Jika anda target nak RM100k sebulan pun boleh. Apabila anda join kumpulan yang betul, berada dalam kumpulan yang sangat membantu antara satu sama lain, mempunyai system yang mudah, insyaAllah tiada yang mustahil.



2. Car bonus – insentif Shaklee yang kedua adalah bonus dalam bentuk tunai. Shaklee tidak berikan sebuah kereta kepada anda. Mereka berikan dalam bentuk tunai. Oleh itu, terpulang pada anda untuk gunakan bonus ini dengan cara apa sekalipun.

 

Ia lebih seronok bagi saya. Kita mempunyai pilihan untuk memilih sendiri jenama kereta yang kita idamkan. Apabila anda dah layak mendapat bonus kereta ini, anda layak dapatkannya pada setiap bulan, seumur hidup.



3. Convention – Antara insentif Shaklee yang paling menarik adalah hadiah percutian dan perjalanan mewah secara PERCUMA ke negara dan tempat yang Shaklee tetapkan setiap tahun. Ye betul, ianya percuma, semua ditanggung dan lebih menarik, Shaklee berikan sekali duit poket.

 

Anda boleh tetapkan berapa tiket yang anda nak dapatkan untuk ke percutian mewah ini. Setakat ini, Shaklee tak pernah gagal untuk membawa kumpulan Shaklee Malaysia melancong ke dalam atau luar negara.

 

Terdapat 2 jenis percutian yang ditawarkan oleh pihak Shaklee. Regional trip dan International trip. Regional trip adalah lawatan percutian ke tempat-tempat berdekatan Malaysia manakala International trip merupakan lawatan percutian ke luar negara yang lebih jauh.

 

4. Bonus lain - Oh rupanya masih ada bonus lain. Apabila anda semakin berjaya dalam bisnes Shaklee, Shaklee menawarkan  beberapa lagi bonus lain yang menarik. Boleh rujuk gambar dibawah. Bisnes Shaklee menyediakan potensi pendapatan tanpa had buat kita semua.





JADI, BAGAIMANA ANDA MAHU MENDAFTAR?

Anda boleh mendaftar keahlian Shaklee dan menikmati Insentif Shaklee menerusi butang dibawah atau anda boleh hubungi saya melalui link whatsapp yang saya sediakan di bawah.

Menarik sangat kan tawaran yang Shaklee sediakan. Jika anda sedang mencari bisnes yang mampu membantu anda keluar daripada kemelut kewangan, bertahan lama, boleh diwarisi kepada anak, cucu dan keturunan anda, maka Shaklee adalah pilihan yang sangat tepat!


Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh whatsapp saya di link yang saya sediakan di bawah. InsyaAllah, saya adalah mentor terbaik anda 👍




Puan Shasratul Ameerah

Shaklee Independent Distributor : ID 1858822

Pemilik dan pengusaha Meera Confinement Care

Contact : 0102888494

 

#NextLevelBlogging

#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

 

 

Mudahnya Renew Keahlian Shaklee

Anda pengguna setia Shaklee dan pernah mendaftar sebagai ahli Shaklee? Tidak pasti sama ada keahlian anda masih sah atau tidak? Jangan risau...