Saturday, April 29, 2023

Meriah Raya Bersama Shaklee

Alhamdulillah rupanya dah masuk hari raya ke 9 ye harini. Sekejap je masa berlalu. Tahun ni rayanya istimewa kerana semua adik beradik balik raya dan berkumpul di rumah mertua. Alhamdulillah. 


Sebelum balik raya haritu, sempat COD satu set rahmah Shaklee kepada seorang juru urut di Pasir Gudang. Katanya nak tampil berseri di pagi raya. Kebetulan harga memang tengah murah sangat-sangat. Sesuai bagi yang baru nak cuba. Yang penting, tak habis lagi satu set dah cantik macam bidadari. 




Tahun ni kami sekeluarga beraya di Kulim. Alhamdulillah meriah sangat. Sempat anak-anak main bunga api pada malam hari raya. Walaupun anak sulung tak begitu sihat asbab demam selesema, dia masih semangat nak bermain bunga api beramai-ramai. Nasib baik ibu tak lupa bawa Hero Kiddo. Alhamdulillah demamnya tak melarat teruk.

Seronok bermain bunga api

Hero Kiddo ni memang tak boleh tinggal. Anak-anak suka betul!


Pagi raya tahun ni, memandangkan semua ada, kami ambil kesempatan dan peluang untuk mengambil gambar raya di studio. Cantik-cantik gambarnya. 


Bagi yang berada di Kulim dan kawasan sekitar, saya sangat rekemen ambil servis dengan studio ni. Semua gambar cantik dan jurugambar juga sangat membantu. Harga juga alhamdulillah berpatutan. Bagi yang nak bertanya atau buat tempahan servis, boleh hubungi VC STUDIO Kulim.


Keluarga kecil kami. Ini gambar dari telefon bimbit sahaja.

Ini hasil gambar dari VC Studio Kulim. Kami tak edit ye.


Balik raya ni, paling penting bawa 2 suplemen ni. Yela, bila dah raya, ramai-ramai pula berkumpul. Kadang-kadang memang lupa jaga diet. Kita semua tengah nak bergembira kan. Jadi seronok makan ramai-ramai.

Nasib baik ada tips makan sihat oleh Puan Ebby ni. Meriah raya bersama Shaklee tahun ni.



Nasib baik ada dua beradik ni. Berat memang ada naik tapi naik 1kg je. Alhamdulillah. Yang lain semua naik dalam 3kg hingga 5kg. Dengan bantuan 2 suplemen Shaklee ni, memang membantu betul kawal selera dan membuang. 

Lecithin akan membantu lemak-lemak tepu dikecilkan menjadi titisan lemak untuk memudahkan ia dibuang daripada badan. Manakala Alfalfa membantu menyingkirkan toksin daripada badan. Anda nak menjadi salah seorang yang berjaya mendapat Shaklee Effect ini?


Tekan link whatsapp di bawah dan berhubung dengan saya segera untuk konsultasi dan pembelian. Jika anda ingin membuat pembelian terus dari web, anda boleh menekan link ID di bawah. Selamat hari raya!




Puan Shasratul Ameerah 
Shaklee Independent Distributor : ID 1858822
Pemilik dan pengusaha Meera Confinement Care 
Contact : 0102888494 

#NextLevelBlogging 
#BlogMegaShaklee 
#ShakleeThrive2023 
#ShakleeTriumph2023

No comments:

Post a Comment

Buasir : Punca & Cara Rawatan Paling Berkesan dan Selamat

      Buasir merupakan salah satu masalah yang kerap berlaku pada zaman sekarang. Na...