Saturday, July 15, 2023

Perbezaan Res-V dan Vivix Shaklee

BEZA RES-V DAN VIVIX




Hai semua. Harini jom kita kenalpasti pula perbezaan antara Res-V dan Vivix. Masing-masing ada keunikan tersendiri. Sebelum ni pun saya ada kongsikan mengenai keunikan produk Vivix. Kali ni mari kita kenal pula kedu-dua suplemen premium Shaklee ni.

Anda boleh mengenalpasti sama ada anda perlukan Vivix di sini.

 

Kenali Res-V dan Vivix

 

Res-V dan Vivix dari Shaklee merupakan dua produk hebat yang menyediakan nutrisi berkualiti tinggi untuk kesihatan dan kesejahteraan badan kita. Res-V dan Vivix kedua-duanya merupakan minuman botani yang tinggi antioksidan. Mereka berdua ni ibarat abang dan adik. Cuma Res-V diformulakan dengan lebih baik daripada lebih banyak tumbuhan botani yang kaya dengan antioksidan.

 

Perbezaan Res-V dan Vivix

 

Kedua-dua produk Vivix dan Res-V ini mempunyai keunikan tersendiri. Jom kita tengok apakah perbezaan Vivix dan Res-V ini.



1. Vivix dan Res-V dihasilkan dalam bentuk yang berbeza. Vivix dalam bentuk cecair manakala Res-V dihasilkan dalam bentuk kapsul gel lembut. Saya selitkan bentuk kapsul Res-V untuk rujukan anda.



2. Vivix mempunyai isipadu 150mL manakala Res-V mempunyai 60 kapsul lembut.

3. Vivix perlu disimpan didalam peti sejuk selepas dibuka untuk memastikan kesegarannya terjamin manakala Res-V boleh diletakkan dalam suhu biasa. Ini bermaksud Res-V lebih mudah dibawa ke mana-mana.


4. Vivix terhasil daripada 4 jenis tumbuhan botani iaitu Anggur Muscadine, Ekstrak Lobak Ungu, Ekstrak Knotweed Jepun dan Ekstrak Elderberi Eropah. Res-V pula terdiri daripada bahan utama yang sama (kecuali Knotweed Jepun dan Elderberi Eropah) dengan penambahan Polygunum Cuspidatum, Chebulic Myrobalan, anggur merah, buah delima dan anggur hitam.

 

Berikut merupakan sedikit khasiat tumbuhan botani yang digunakan dalam penghasilan kedua-dua produk premium ini.


5. Vivix didaftarkan dalam kategori makanan manakala Res-V didaftarkan dalam kategori ubatan tradisional.

6. Vivix lebih berkuasa sebanyak 10% berbanding resveratrol sahaja kerana Vivix mempunyai 16 jenis polifenol didalamnya. Res-V pula didapati lebih berkuasa sebanyak 30% berbanding Vivix.



7. Vivix memiliki 3 paten manakala Res-V mempunyai 3 paten yang sama dengan penambahan 3 paten yang baru. Ini bermakna tiada produk lain yang boleh meniru Vivix mahupun Res-V.

8. Jangka hayat Vivix adalah 12 bulan manakala Res-v mempunyai jangka hayat selama 24 bulan.

9. Waktu pengambilan yang dicadangkan adalah Vivix pada waktu pagi untuk membekalkan tenaga kepada sel dan badan untuk melakukan kerja harian dengan baik dan optimum. Manakala Res-V dicadangkan untuk diambil sebelum tidur untuk membekalkan tenaga kepada sel untuk proses baikpulih badan sewaktu rehat.

 

Kesimpulan

 

InsyaAllah sekarang lebih jelas kan mengenai perbandingan kedua-dua produk hebat ni? Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh tekan link whatsapp atau mana-mana media social saya yang lain. InsyaAllah saya cuba menjawab persoalan anda sebaik mungkin dengan bimbingan ahli nutrisi terlatih.

 

Rebut peluang anda sekarang untuk mendapat lebih banyak penjimatan.

 

Puan Shasratul Ameerah

Shaklee Independent Distributor : ID 1858822

FB Page : Pengedar Shaklee Aktif Pasir Gudang, Johor Bahru & Singapore.

Pemilik dan pengusaha Meera Confinement Care

Contact : 0102888494

#NextLevelBlogging #BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 





No comments:

Post a Comment

Buasir : Punca & Cara Rawatan Paling Berkesan dan Selamat

      Buasir merupakan salah satu masalah yang kerap berlaku pada zaman sekarang. Na...