Friday, July 14, 2023

6 Keunikan Vivix Yang Tiada Pada Produk Lain

Hai assalamualaikum. Korang tentu pernah dengar tentang produk paling premium dalam Shaklee kan? Ye betul! Vivix namanya. Ramai yang tahu Vivix ni sangat bangu untuk baikpulih kesihatan anda secara menyeluruh. Namun ada lagi yang belum tahu keunikan Vivix ni. Jom kenal produk premium ni.

 


Apa tu Vivix?

 

Vivix adalah sebuah produk kesihatan yang dihasilkan oleh Shaklee. Ia merupakan satu-satunya suplemen yang berjaya menembusi sel sehingga ke peringkat DNA. Jadi ia sangat terkenal sebagai satu minuman botani anti-penuaan.

 

Kenapa perlunya Vivix dalam kehidupan seharian anda?

 

Normalnya, sel dalam badan kita akan diganti lebih 300 billion sehari dan secara purata 200 juta sel setiap minit. Ia berlaku setiap hari dalam badan kita. Tapi disebabkan oleh beberapa sebab, sel dalam badan kita berpotensi dan mengalami risiko kerosakan, biasanya diakibatkan oleh radikal bebas.

 


Radikal bebas ni disebabkan oleh :

1. Gaya hidup tidak sihat seperti merokok, minum alcohol. Berada dalam kalangan perokok juga menyebabkan kita mendapat kerosakan sel yang lebih tinggi kerana asap rokok adalah 2x ganda lebih bahaya daripada rokok itu sendiri.

2. Pemakanan yang tidak dijaga. Terlalu banyak makan makanan yang diproses, gula, bahan perasa, akan menyebabkan badan mengalami keradangan.

3. Tekanan & stress akibat masalah peribadi, tempat kerja ataupun keluarga.

4. Tidak mendapat tidur dan rehat yang mencukupi. Purata tidur yang disarankan untuk orang dewasa ialah 5-7 jam sehari.

Jika anda sememangnya seorang yang sangat sibuk dan perlu berjaga pada waktu malam, anda boleh gunakan satu petua ini. Kajian menyatakan tidur 1 jam sebelum waktu tengah malam (jam 12 malam), kualitinya bersamaan dengan 3 jam tidur. Bermaksud, jika anda masuk tidur pada pukul 10 malam, kualiti tidur anda dalam tempoh 2 jam (10 malam sehingga 12 malam) bersamaan dengan 6 jam waktu tidur! Menarik bukan?

5. Kurangnya bersenam. Aktiviti bersenam boleh membantu melancarkan sistem pertahanan badan dalam tubuh untuk melawan radikal bebas.


Kehadiran radikal bebas dalam badan adalah berbahaya untuk kesihatan anda. Ia boleh menyebabkan pelbagai masalah dan mendatangkan pebagai penyakit kronik. Vivix boleh membantu anda mengatasi masalah ini.

 

6 Keunikan Vivix Yang Anda Perlu Tahu.

 

Jom kita kenali Vivix dengan lebih dekat.


1. Anti-Penuaan.

Vivix adalah sejenis campuran paten yang menggabungkan ekstrak anggur merah dengan polifenol tertinggi dan campuran unik polifenol anggur merah lainnya. Campuran ini dikenali sebagai Polyphenol Blend yang kuat dan membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan oksidatif yang berlaku semasa proses penuaan. Ia membantu melambatkan tanda-tanda penuaan dan membantu memperbaiki kesihatan sel.



2. Perlindungan DNA.

Vivix juga diketahui membantu melindungi DNA dalam sel-sel tubuh. Ia mengandungi resveratrol, sejenis polifenol yang terdapat dalam anggur merah. Resveratrol dikaitkan dengan kesan perlindungan DNA yang tinggi dan membantu mengurangkan risiko penyakit kronik.



3. Kualiti Bahan Semulajadi.

Vivix dihasilkan menggunakan bahan-bahan semulajadi berkualiti tinggi. Shaklee sangat mengutamakan kualiti dan keberkesanan produk mereka. Bahan-bahan dalam Vivix diperoleh melalui proses ekstraksi yang teliti untuk memastikan keaslian dan keberkesanan mereka.

4 kandungan utamaVivix yang kaya dengan polifenol ialah :

- Muscadine Grape

- Purple Carrot

- European Elderberry

- Japanese Knotweed

Biasanya minuman botani untuk kesihatan mengandungi 3 hingga 4 polifenol sahaja namun Vivix Shaklee mengandungi 16 polifenol!

 Berikut saya sertakan fungsi bagi setiap kandungan. Menarik kan?



4. Dipatenkan.

Dalam Vivix je, terdapat 5 paten berasingan iaitu, 4 paten berkaitan 4 bahan utama premium yang digunakan tanpa menggunakan bahan pengawet. Satu lagi paten adalah proses pengekstrakan polifenol daripada tumbuhan yang menggunakan proses cold-filling extracton. Ia bertujuan untuk menjaga keaslian dan mengelakkan polifenol daripada musnah semasa proses ekstrak.

Proses ini tersangat mahal ye! Oleh itu, kita sangat beruntung apabila boleh minum Vivix tanpa perlu keluarkan belanja puluhan ribu ringgit.

5. Penyelidikan dan Kajian Saintifik.

Vivix dihasilkan daripada penyelidikan dan kajian saintifik yang teliti. Shaklee mempunyai komitmen terhadap penelitian dan mengikuti standard kualiti yang tinggi dalam pembangunan produk mereka. Vivix telah melalui kajian klinikal dan ujian yang ketat untuk membuktikan keberkesanannya.

Sebelum dipasarkan pada tahun 2008 di USA, Vivix telah dikaji dan diuji keberkesanan dan keselamatannya selama 6 tahun. Setelah 2 tahun di pasaran, barulah Vivix Shaklee dimasukkan ke pasaran Malaysia pada tahun 2010 dan telah membantu ribuan orang ramai menjadi lebih sihat.

6. Kepatuhan dan Pengiktirafan.

Shaklee adalah sebuah syarikat yang mempunyai reputasi yang baik dalam industri kesihatan. Produk-produk mereka mematuhi piawaian kualiti yang ketat dan syarikat ini telah menerima pengiktirafan dari pelbagai pihak yang termasuk badan pengawal makanan dan pakar kesihatan.



Dapatkan Vivix anda sekarang

Siapa perlukan Vivix? Anda boleh tahu dengan menekan butang ini.

Vivix Shaklee adalah satu produk unik dan premium yang mengandungi campuran polifenol anggur merah yang kuat dan bahan-bahan semulajadi berkualiti tinggi. Ia membantu melindungi sel-sel tubuh, melambatkan tanda-tanda penuaan, dan menawarkan pelbagai manfaat kesihatan.

Dapatkan konsultasi daripada pengedar sah Shaklee yang aktif. Anda boleh tekan link di bawah untuk bantuan dan konsultasi.

 


Puan Shasratul Ameerah

Shaklee Independent Distributor : ID 1858822

FB Page : Pengedar Shaklee Aktif Pasir Gudang, Johor Bahru & Singapore.

Pemilik dan pengusaha Meera Confinement Care

Contact : 0102888494


#NextLevelBlogging #BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023

No comments:

Post a Comment

Buasir : Punca & Cara Rawatan Paling Berkesan dan Selamat

      Buasir merupakan salah satu masalah yang kerap berlaku pada zaman sekarang. Na...