Thursday, February 9, 2023

Kurus Dengan Intermittent Fasting?

 Hai gais 😊


Ibuzahra.com kembali dengan wajah baru. Blog lama hilang, apakan daya. Jadi Ee buat blog baru ni sebab Ee sangat teruja nak kongsi dengan anda semua ilmu-ilmu yang Ee dapat. Salah satunya tentang intermittent fasting. Anda pernah dengar tentang IF ni? Jom Ee kongsi sikit maklmat.




Ramai sangat orang cakap, intermittent fasting ni adalah sejenis diet. Ye ke? Terpulang pada fahaman anda, tapi menurut Dr. Jue, seorang doktor perubatan yang juga pengasas D'Jue Wellness, 


"Intermittent fasting bukan sejenis diet. Ia adalah sejenis corak pemakanan. Bukan dibuat dengan tempoh sementara, tapi selamanya. IF tak dilakukan hanya semasa you memerlukan.. Jadikan ia LIFESTYLE"


Ini sebenarnya yang kita kena terapkan dalam minda kita. Bila kita sebut diet, minda kita ni nanti bila-bila masa dia boleh tukar rasa malas la, tak bersemangat la, putus asa la. Kan? Cuba kita tukar, kita ajar minda kita bahawa intermittent fasting adalah satu cara hidup. Ajar badan kita untuk tetapkan masa makan, dan masa untuk berpuasa.


Bagaimana nak buat IF ni?


Sebenarnya ada beberapa cara yang boleh dilakukan. Ada yang sesuai untuk pemula. Ada yang sesuai untuk yang dah biasa buat. Boleh rujuk jadual di bawah untuk mengetahui jenis intermittent fasting yang ada dan boleh sesuaikan dengan keadaan dan kemampuan anda.




Dalam intermittent fasting, ada jeda waktu yang perlu berpuasa (tapi dibolehkan untuk minum air, kopi atau teh tanpa gula) dan ada jeda waktu untuk makan. Anda boleh makan apa sahaja dalam waktu ini.  Antara perkara paling best dalam intermittent fasting adalah, anda boleh pilih sendiri masa untuk anda berpuasa. Sama ada waktu pagi, tengahari atau malam. Sesuaikan bergantung kepada kemudahan dan waktu anda sendiri.


Menarik bukan? Anda dah sedia untuk ubah cara hidup dan makan dengan konsep intermittent fasting? Jom !


InsyaAllah, dalam minggu ni Ee akan kongsikan juga kelebihan melakukan intermittent fasting ni dari sudut kesihatan. Sangat banyak manfaat yang kita boleh peroleh daripada intermittent fasting ni. Anda boleh juga dapatkan lebih maklumat lebih lanjut kenapa intermittent fasting ni dibolehkan minum air di sini ye 😀


InsyaAllah jumpa lagi di entry seterusnya. 💓

Ameerah
010-2888494
Instagram : meerashaklee
FB Page : Meera Shaklee Distributor JB Pasir Gudang



Lots of love,



No comments:

Post a Comment

Buasir : Punca & Cara Rawatan Paling Berkesan dan Selamat

      Buasir merupakan salah satu masalah yang kerap berlaku pada zaman sekarang. Na...