Pages -Menu for Ee Beauty Spa

17 September 2019

Kisah Kejayaan Saya Dalam Bisnes Shaklee


Bila kita sebut kejayaan, konsepnya sangat luas. Dalam Shaklee pula, kejayaan dalam bisnes, kejayaan dapat Shaklee Effect, kejayaan dalam pembangunan diri.


Bagi saya sendiri, Shaklee dah banyak sangat ubah diri saya. Terlalu banyak kelebihan yang ada pada Shaklee.


Asbab terjebak dalam bisnes Shaklee, saya mula berubah. Daripada seorang pemalu, keyakinan diri yang sangat kurang, tidak sistematik, penakut. Semua ni berubah bila saya mula serius untuk berbisnes Shaklee. To be exact, sejak saya join projek The Walking Beauty (dibawah naungan Master Ainul).




Siapa sangka Ee yang penakut boleh live macam ni walaupun hanya depan kamera πŸ€—


DETIK BERMULANYA CINTA..



Saya bermula pada akhir tahun 2013, hanya untuk makan Shaklee. Saya mula makan set untuk kuruskan badan. Secara rasminya saya mula makan ESP, Lecithin dan Alfalfa Complex. Daftar sebagai ahli masa tu sebab nak dapat harga ahli.


SubhanAllah. Paling best rasanya sebab tak sangka dalam masa 2 minggu, turun 2kg! Apa lagi, terus jatuh cinta dengan Shaklee.


Masa tu masih kerja. Tapi teringin nak share pasal Shaklee. Jadi tetap buat bisnes, cuma tak serius.


MULA KENAL KURSUS MOBILE SPA TWB




Saya betul-betul mula serius tahun 2015, bila diperkenalkan dengan TWB. Korang bayangkan masa tu buat mobile spa part time je. Tapi saya berjaya dapat income lebih daripada gaji saya sebagai seorang guru swasta! Yela. Sebab TWB je ada 6 penjuru pendapatan termasuk pendapatan Shaklee.


Yang best adalah bila skill spa digabungkan dengan bisnes Shaklee. Di samping bantu orang lain cantik, kita bantu orang lain jadi lebih sihat. MasyaAllah, rasa sangat dipermudahkan.


Pendapatan saya bersama TWB dan Shaklee pernah jejak lebih RM5000 sebulan. Dan saya rasa sangat bersyukur diperkenalkan dengan TWB ni.


Antara income Shaklee

Income Shaklee Ogos 2018


Bisnes Shaklee sendiri dah sangat power. Ia menyediakan terlalu banyak peluang. Kita la pula yang kena doa, tawakal dan usaha. Bila ia bergabung dengan TWB, subhanAllah mudah sangat nak dapat instant cash.


Baca > Jadi jutawan dengan bisnes Shaklee. 


Alhamdulillah sejak saya berhenti kerja tahun lepas, saya msih mampu bayar ansuran kenderaan bernilai RM520 sebulan. Saya boleh belanja mak dan ayah berbulan madu di Royal Chulan Cherating. Saya boleh belikan anak-anak mainan dan buku yang mereka suka.



Saya boleh belanja suami dan anak-anak makan sedap-sedap. Semuanya dengan izin Allah. Shaklee dan TWB sebagai jambatan rezeki.


Daripada wajah kusam, kepada wajah berseri dan mula pandai make up. 

Sebelum : Tanpa apa-apa suplemen
Selepas : Set kulit cantik Shaklee + Youth


Sejujurnya, saya akan terus setia dengan Shaklee dan TWB. Terlalu banyak peluang yang disediakan. Anda pun boleh dapat perkara yang sama. Nak bersama saya menuju mercu kejayaan dalam bisnes Shaklee dan spa TWB?


Pimpin tangan saya kuat-kuat. Kita meroket untuk berjaya.




Start small, think big, go fast πŸ’ͺ


Shasratul Ameerah (Ee)
Whatsapp : 0102888494
FB : Ee Kamaruddin
FB Page : Mobile Spa Shaklee Kuantan
Telegram Channel (free) : t.me/projekbuatduitTWB
Terima Kasih

16 September 2019

9 Kelebihan Program Jom Detox Jutawan



Ingat tak semalam saya ada tulis. Salah satu cara nak sertai bisnes Shaklee adalah dengan menyertai Program Jom Detox Shaklee Jutawan. Wow! Dengar pun dah best kan?


Mungkin ada antara anda yang tertanya tanya kan? Apa tu detoks? Sebenarnya sebelum saya sendiri sertai program detoks ni, saya pun sama seperti anda. Saya tak ambil tahu sangat pasal detoks ni. Sebab saya rasa saya sihat je. Kenapa perlu detoks kan? Baik diet je kan? Rupanya ada beza tau diet biasa dengan detoks.

Diet VS detoks


Ok. Sebelum saya terangkan lebih lanjut, jom kita fahamkan dulu apa proses detoks ni.



APA TU DETOX



Detoks ialah suatu proses pembuangan toksin daripada badan melalui organ organ-organ detoks badan. Sama macam kita nak bersihkan muka kita daripada kekotoran. Setiap hari kita pakai pencuci muka kan? Sama juga dengan badan, ia juga perlu dicuci. Bezanya ia perlu dicuci daripada luaran (sabun) dan dalaman. Yang ni la kita panggil detoks.


Detoks ni macam spring cleaning. Spring cleaning kita tak buat selalu kan? Sama juga dengan detoks. Tak perlu buat hari-hari. Buat 2 bulan sekali pun dah ok. Yang penting, di antara proses detoks tu,kita dah ada habit pemakanan yang sihat.


Dan yang lebih penting, organ detoks bukan hanya usus tau. Ada 6 organ penting dalam proses detoks ni.


Kolon (Usus)
Buah pinggang
Hati
Peparu
Kulit
Limfa


Dan untuk memaksimakan proses detoks ni, keenam-enam organ memainkan peranan penting.




BETUL KE BADAN KITA BANYAK TOKSIN?



Toksin ni sebenarnya bahan beracun yang dihasilkan dalam badan kita. Banyak faktor yang mempengaruhi pertambahan toksin dalam badan. Kita sekarang hidup dalam persekitaran yang semakin teruk.


Pencemaran yang semakin berleluasa. Sekarang pun jerebu semakin teruk kan? Radiasi daripada alatan elektronik, matahari. Dunia sekarang pun memerlukan kita banyak berkomunikasi dengan telefon, laptop. Ini semua bebaskan radiasi.


Punca kepada pengumpulan toksin dalam badan


Penggunaan racun serangga, racun daripada pertanian. Kita tak pernah tahu sayur yang kita kita makan bebas daripada racun-racun ini atau tidak. Sekalipun kita dah basuh dengan bersih, sisa racun masih ada walaupun sedikit.

Barang kosmetik yang kita gunakan juga mengandungi bahan kimia. Sedikit sebanyak, toksin dalam badan kita bertambah hari demi hari.


Lalu, apa yang boleh dilakukan? Agak mustahil untuk elakkan semua ni daripada kehidupan seharian kita. Jadi apa yang kita boleh buat adalah lakukan spring cleaning ke atas tubuh kita.


Iaitu, DETOKS.




SIAPA PERLU DETOKS?



Jom kita tengok, siapa yang perlu detoks. Saya nak kongsikan checklist untuk kita sama-sama semak diri adakah kita perlu detoks. Kadang-kadang kita rasa kita dah sihat namun, ada beberapa simptom biasa yang menunjukkan badan kita terlalu banyak toksin.

Adakah kita perasan? 

Jika kita mengalami salah satu perkara dibawah, itu tanda badan kita bertoksik – dan KITA PERLU DETOKS.


Jom baca dan tandakan!

Diantara tanda tanda kita perlu detoks:

1) Berat badan bertambah – metabolisma badan terganggu, hormon terganggu
2) Sembelit
3) Kulit Kusam
4) Sakit kepala / migrain
5) Cepat letih, cepat lemau, stress, rasa lembab
6) Cepat marah, rasa nak mengamuk saja.
7) Keinginan makan banyak, selalu rasa nak makan makanan manis (sel lapar aje, tak cukup nutrient).
8) Susah nak fokus dalam masa lama
9) Penyerapan nutrisi yang kurang – makan suplemen tapi tidak berkesan
10) Senang dijangkiti penyakit – flu, demam
11) Susah tidur waktu malam
12) Sering mengalami kembung perut, perut tidak selesa dalam keadaan biasa atau selepas makan
13)Sering ada lingkaran hitam bawah mata
14) Badan berbau jika tidak menggunakan deodorant atau pewangi
15) Merokok atau sering bersama dengan orang yang merokok
16) Mulut / Nafas Berbau
17) Menghadapi masalah ALERGIK
18) Tiada senaman sekurang kurangnya 3 kali seminggu
19) Pengambilan sayuran kurang dari 1/2 cawan sehari
20) Mengalami Eczema, jerawat atau Psoriasis
21) Minum minuman beralkohol (bagi non muslim)

Perlu ke saya detox kalau ada simptom ni?

Ye. Lagi banyak simptom yang anda tandakan dalam senarai di atas, lagi cepat anda kena detoks badan anda.


9 KELEBIHAN PROGRAM JOM DETOX JUTAWAN



Oleh sebab nak bantu ramai orang di luar sana untuk mencapai berat badan yang ideal, hidup lebih sihat dan bertenaga, team Jutawan di bawah naungan Master Laila Mukhtar telah memulakan program Jom Detox Jutawan.


Ramai yang buat program detoks ni. Tak kurang juga program detoks Shaklee. Namun, program Jom Detox Jutawan telah ditambah baik dari semasa ke semasa sejak ia dimulakan. Semakin hari semakin ramai yang mendapat keputusan yang positif! Alhamdulillah ☺️


Jadi, apa kelebihan Jom Detox Jutawan ni?


✔️ Program berlangsung selama 17 hari.
✔️ Dipantau dan dibantu sepenuhnya oleh coach-coach berpengalaman.
✔️ Meal-plan tersedia. Cuma ikut je.
✔️ Pelbagai koleksi resepi yang menarik diberikan semasa program berlangsung.
✔️ Penguasaan healthy habit supaya badan kekal sihat dan mencapai target yang diimpikan.
✔️ Meal plan disusun oleh ahli nutrisi dan doktor. Sebab itulah meal plan sangat tersusun dan teratur.
✔️ Proses detoksifikasi memfokuskan keenam-enam organ detoks. Pendek kata, ianya lengkap.
✔️ Personalised coaching secara one-to-one.
✔️ Proven result yang sangat banyak.


NAK TENGOK RANGKAIAN TESTIMONI?



Saya kongsikan beberapa testimoni di sini. Untuk melihat lebih banyak testimoni, boleh join channel telegram di bawah.








BAGAIMANA SAYA NAK JOIN?



Anda boleh terus whatsapp saya melalui nombor telefon yang saya sediakan di bawah. Mudah dan senang 😊 Anda pasti teruja!


Welcome to Jom Detox Jutawan ❤️


Shasratul Ameerah (Ee)
Whatsapp : 0102888494
FB : Ee Kamaruddin
FB Page : Mobile Spa Shaklee Kuantan
Telegram Channel (free) : t.me/projekbuatduitTWB


Terima Kasih

15 September 2019

Peluang Menjadi Jutawan dengan Bisnes Shaklee - 3C


Assalamualaikum, hai semua! Harini saya rasa sangat gembira dan teruja nak kongsi dengan anda semua peluang yang sngat besar dalam bisnes Shaklee.

Alhamdulillah tanpa sedar, saya dah menjadi pengguna setia Shaklee selama lebih 6 tahun. Bermula dengan set untuk kuruskan badan, set kecantikan, set kesuburan, set hamil sehinggalah set berpantang.



Dan semestinya, saya sangat suka Vivix! 


Saya sendiri mula menjadi ahli Shaklee untuk makan sendiri. Tiada niat untuk berbisnes. Namun, bermula tahun 2015, satu projek yang dirangka oleh salah seorang mentor Shaklee membuatkan saya teruja nak mula berbisnes.


Sebelum tu, jom kita tengok apa yang ditawarkan oleh Shaklee sehinggakan ia adalah perkara yang tidak mustahil untuk anda cecah 1 juta pertama anda dalam tempoh dua hingga tiga tahun anda dalam bisnes ni.




KELEBIHAN BISNES SHAKLEE - 3C





Sebenarnya, banyak sangat kelebihan yang Shaklee berikan pada ahlinya. Selain daripada layak untuk mendapat harga ahli bagi setiap produk Shaklee, Shaklee juga tawarkan program 3C yang sangat menarik untuk semua pengedar. Tiada kompromi. Semua orang layak mendapat apa yang Shaklee tawarkan apabila mencapai point tertentu.



Apa 3C yang menarik tu?


1. Cash bonus - bonus berupa wang tunai yang dikreditkan ke dalam akaun bank kita.


Dengan setiap pembelian produk Shaklee, anda berhak mendapat nilaian uv. Dan apabila nilai uv ini dikumpulkan, jumlah uv di akhir bulan akan menentukan berapa banyak bonus yang layak diberikan kepada anda.


Best kan? Saya panggil ia sebagai membeli tapi duit masuk. Orang lain beli keluar duit je. Kita beli pun keluar duit, tapi ada cash back dalam bentuk bonus. Menarik sangat.


Dalam bisnes Shaklee, ada 7 rank yang boleh dicapai. Secara logiknya, semakin tinggi rank, semakin besar bonus yang anda akan dapat.


Namun, jangan terkejut jika ada segelintir pengedar yang mempunyai bonus lebih besar berbanding upline mereka. Konsep bisnes Shaklee sangat adil. Siapa usaha lebih, dapat lebih.


Jom kita tengok purata bonus sebulan mengikut rank. Anda boleh rujuk gambar di bawah.

Ahli shaklee, daftar
Purata pendapatan bulanan di Shaklee

Wow! Ini merupakan purata minimum pendapatan sebulan mengikut rank. Lebih tinggi jumlah jualan anda pada bulan tersebut, lebih tinggi bonus bulanan anda. Ia bergantung kepada performance anda. Tiada jumah yang tetap untuk setiap bulan.


Bonus tunai ni tiada had. Unlimited. Kalau anda nak satu juta sebulan pun boleh. Tau cara, buat sungguh-sungguh, mentor yang betul, team yang supportive, anda pasti dapat apa yang anda nak.


2. Car bonus - bonus dalam bentuk tunai. Shaklee tak bagi kereta sebiji. Dia bagi dalam bentuk tunai. Jadi terpulang la pada anda nak guna bonus kereta ni untuk apa.


3. Convention - hadiah percutian dan trip mewah secara PERCUMA. Ye betul, ianya percuma. Siap Shaklee bagi duit poket lagi.


Ada syarat yang ditetapkan oleh pihak Shaklee untuk melayakkan anda nikmati trip mewah ini. Anda sendiri boleh tetapkan berapa tiket yang anda nak capai.


Shaklee tak pernah gagal untuk membawa team Shaklee Malaysia melancong dalam atau luar negara. Ada 2 jenis percutian yang ditawarkan oleh pihak Shaklee. Regional trip dan International trip.


Regional trip adalah lawatan percutian di negara-negara Asia manakala International trip merupakan lawatan percutian ke luar negara. Memang best. Serius! Setiap kali percutian, Shaklee tak pernah kedekut untuk bagi hadiah pada pengedar Shaklee yang layak pergi.


JADI, BAGAIMANA ANDA MAHU MENDAFTAR?



Mudah sahaja ☺️ Ada beberapa langkah yang disediakan oleh kami. Anda boleh pilih mana-mana saluran yang anda minati.


Saya akan terangkan satu persatu kat bawah ni bagaimana anda boleh mulakan bisnes Shaklee anda sekarang juga!


1. Menyertai kursus mobile spa TWB


Bagi yang pertama kali jejak ke blog saya, anda boleh rujuk post-post saya sebelum ini berkenaan kursus mobile spa TWB.


Anda bukan sahaja berdaftar secara percuma dengan Shaklee, malah anda boleh memiliki skill spa yang boleh digunakan pada bila-bila masa, di mana jua! Jika Shaklee adalah kerjaya seanjang hayat anda, skill spa yang ada sangat berguna untuk anda dapatkan instant cash. Ramai yang sudah berjaya. Anda mungkin yang seterusnya.



Kursus Mobile Spa, murah, lengkap
Pakej terkini Kursus Mobile Spa TWB


2. Menyertai program Jom Detox Jutawan


Satu program untuk jadi lebih sihat dan menanam amalan-amalan sihat ke dalam kehidupan seharian anda.


Program ini berlangsung selama 17 hari, dengan keahlian Shaklee secara percuma. Dalam masa 17 hari, anda akan dipandu oleh beberapa orang coach yang berpengalaman dan dimasukkan ke dalam support group.


Ramai yang sudah nikmati gaya hidup yang lebih sihat. Adakah anda orang yang seterusnya?



Testimoni lelaki

Testimoni wanita


3. Keahlian percuma melalui pembelian Welcome Set Shaklee dengan diskaun sebanyak 10%.


Dengan mana-mana pembelian set berikut, anda layak mendapat keahlian percuma dan rebat sebanyak 10% daripada harga ahli! Wow, memang murah sangat ni.


Daftar ahli shaklee
Pilih satu antara tiga set tersebut. 


4. Keahlian percuma melalui pembelian 200uv produk Shaklee


Dengan pembelian mana-mana produk Shaklee bernilai 200uv, anda layak mendapat keahlian percuma.


5. Bayaran keahlian


Cara paling senang untuk anda berdaftar. Hanya dengan RM75, anda sah sebagai ahli Shaklee dan boleh mula nikmati kesemua kelebihan yang telah Shaklee sediakan ☺️


Dengan setiap pendaftaran sebagai ahli Shaklee, anda akan menerima satu starter kit yang lengkap dengan info berkenaan bisnes dan produk Shaklee.

Daftar ahli shaklee
Kit Shaklee

PENUTUP


Bagaimana? Menarik kan tawaran yang Shaklee sediakan. Jika anda sedang mencari bisnes yang mampu membantu anda keluar daripada kemelut kewangan, bertahan lama, boleh diwarisi kepada anak, cucu dan keturunan anda, maka Shaklee adalah pilihan yang sangat tepat!


Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh whatsapp saya di link yang saya sediakan di bawah. InsyaAllah, saya adalah mentor terbaik anda πŸ‘


Shasratul Ameerah (Ee)
Whatsapp : 0102888494
FB : Ee Kamaruddin
FB Page : Mobile Spa Shaklee Kuantan
Telegram Channel (free) : t.me/projekbuatduitTWB


Terima Kasih

02 May 2019

KURSUS MOBILE SPA TWB : 5 Nilai Yang Adibah Dapat Melalui TWB

Begitu banyak nilai-nilai yang dikongsi oleh alumni TWB. InsyaAllah kali ini saya akan kongsikan nilai yang diperoleh daripada Nur Adibah Hassan, si cantik yang saya train pada bulan Ogos 2018 merangkap downline saya.

Kuantan, trainer spa, the walking beauty, duit raya


5 Nilai Yang Adibah Dapat Melalui Mobile Spa TWB



πŸ’Ž Apa Nilai Saya Dapat Sejak Join TWB πŸ’Ž


Hai assalammualaikum. 😊😊


Malam ni diba nak bercerita sikit tentang TWB, bagi yang dah kenal diba mesti tahu bisnes apa yang diba sedang jalankan ni, kan?


The Walking Beauty secara singkatannya TWB ni merupakan satu bisnes mobile spa. TWB ni under Shaklee jadi TWB juga dikenali sebagai mobile spa Shaklee!


Diba berminat join TWB ni sebab peluang bisnes dan career development dari TWB. Pengasas TWB, Master Ainul Shahrazad seorang mentor yang hebat!


πŸ’Ž Nilai yang diba dapat sejak join TWB πŸ’Ž


πŸ“Œ Berani Mencuba


Alhamdulillah diba join TWB sejak Ogos 2018. Cukup bulan Mac ni maknanya dah 7 bulan diba seorang Alumni TWB.

Korang bayangkan ya. Diba nak join TWB tu diba guna simpanan ASB diba. Hati memang nekad gilaa. Mak diba ada juga ragu-ragu dia, adik pernah pesan fikir banyak kali. Sebab mereka tak yakin sebab diba tak pernah terlibat dengan mana-mana bisnes dan jual servis sebelum ni.

Diba minta petunjuk Allah. Allah tunjuk TWB. Alhamdulillah sekarang diba dah berpeluang jana 2 daripada 6 income TWB! Slow-slow nak jana lebih lagi. Terus terang diba cakap diba tak pernah menyesal join TWB dan rasa bertuah diperkenalkan TWB ni ( Thanks to my mentor Shasratul Ameerah ) ❤️


πŸ“Œ Ilmu TWB


Antara sebab diba join TWB ni juga adalah ilmu spa yang diajar TWB. Korang bayangkan kursus spa TWB RM 1999 yang diba join diajar 5 kursus spa!

Masa tu diba ada godek juga kursus spa lain. Saja nak intai, nak bandingkan harga. Yelah masa tu nampak TWB je. Bila banding harga dengan kursus spa lain yang ajar facial saja pun dah beratus-ratus, macam mana dengan kursus spa yang lain?

Berbaloi tak join TWB? Jawapan diba ringkas je. Sangat berbaloi! Modal yang rendah. Risiko yang rendah. Peralatan asas spa, produk penjagaan kulit dan kesihatan disediakan dengan lengkap. Lepas kursus terus run spa atas nama sendiri. Happy sangat! ❤️


πŸ“Œ Confident


Hehe bila sebut pasal confident ni diba akui dari zaman sekolah lagi diba ni seorang yang pendiam. Faham-faham la orang yang pendiam ni ada rasa tak berapa yakin dengan diri sendiri kan. Nak bercakap dengan orang pun selalu fikir "aku tak cukup bagus."

Bila diba join TWB ni, diba tahu diba tak boleh duduk diam. Nak tak nak diba kena pecahkan tembok malu dan kurang yakin pada diri sendiri. Slow-slow TWB ajar diba bina keyakinan pada diri dan mula share tentang bisnes kita dengan orang lain.

"Practice makes perfect". Yes slow-slow keyakinan tu bertambah dan paling best diba dah tak rasa kekurangan diba jadi penghalang nak bina keyakinan diri.

Paling penting diba confident sangat bila perkenalkan produk skincare Youth Shaklee pada customer spa! Hasilnya superb. Confident sebab produk Shaklee ni memang terbukti natural, selamat dan berkesan. ❤️


πŸ“Œ Dekat dengan Dia


Mentor pernah cakap, kita berbisnes ni, boss kita adalah Allah. Bukan manusia. Jadi, kita minta dengan Dia. πŸ’― kebergantungan kita dalam berbisnes ni adalah pada Allah. Untung orang berbisnes ni boss kita cuma perlukan kita berusaha, berusaha, berusaha, berdoa dan bertawakal. ❤️

Niat penting. Setiap kali diba pergi ke rumah customer spa untuk treatment facial dll, diba selalu niat dan doa dalam hati. Sebab misi TWB kita jelas, kita nak cantikkan customer dengan produk dan servis kita.

Amalan-amalan rohani yang dikongsi oleh mentor juga sangat membantu. Solat tahajud, solat dhuha, baca Al-Quran (khususnya al-Waqiah) dan bersedekah sebenarnya sangat-sangat membantu untuk diri sendiri dan bisnes juga.

Alhamdulillah untuk segala rezeki dan nikmat yang Allah beri. Jangan putus doa dan sentiasa ingat THE POWERFUL OF DOA ❤️


πŸ“Œ Highclass TWB


Mentor dan master TWB selalu kongsikan cerita-cerita mereka. Bagaimana mereka bermula dari bawah, cabaran dan halangan yang mereka tempuh. Cerita-cerita mereka yang membakar semangat tau!

Ada surirumah yang tak bekerja join TWB, kini jana pendapatan 4-5 angka dengan TWB.

Ramai yang buat fulltime dengan TWB, ada juga part time. Masing-masing buat instant cash. Belum lagi 5 income TWB yang lain. Bahagia bila sebut duit tu. πŸ’•


Diba target 4 benda ni bila join TWB :

🌸 Money Freedom
🌸 Time Freedom
🌸 Travel Freedom
🌸 Shopping Freedom


InshaAllah aamiin.

Happy diba dapat share nilai-nilai yang diba perolehi daripada TWB. SANGAT BERHARGA! ❤️

Skill dari TWB sangat mementingkan kualiti dan kami mengunakan produk skincare yang terbukti dengan kajian klinikal tau.

Alhamdulillah, diba miliki spa milik diba sendiri iaitu Diba Beauty Spa asbab TWB. ❤️

Bagi korang yang nak risik-risik bisnes part time atau fulltime yang boleh jana income mewah dengan TWB, meh whatsapp diba.

http://www.wassap.my/601111467420

Diba Hasan
Alumni TWB
Diba Beauty Spa


TWB Bukan Sekadar Kursus Spa



TWB bukan sekadar kursus spa. Ia lebih daripada itu. Ia dah banyak membantu para wanita menambahbaik kehidupan mereka.

Adibah sudah mulakan langkah, anda bagaimana? Jika anda nak mula ubah diri dan kehidupan menjadi lebih baik melalui medium TWB, saya sangat alu-alukan.

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej kursus mobile spa yang kami tawarkan, boleh klik di link di bawah.

> Pakej Kursus Mobile Spa TWB

Atau anda boleh hubungi saya. Saya akan terangkan dengan lebih detail.


Salam sayang daripada saya ❤️




Shasratul Ameerah binti Kamaruddin 
ID Nombor : 1095681
0102888494 
Leader in Shaklee Business 
Trainer for TWB

Terima Kasih

26 March 2019

Kursus Mobile Spa : Mobile Spa Bisnes Ideal Untuk Surirumah

Assalamualaikum & hi!


I bet, mesti ramai yang baca ni dalam golongan surirumah kan? Kita sama ☺️ Saya juga surirumah bekerjaya.


Saya dahulunya seorang guru. Tapi disebabkan beberapa faktor, selepas 6 tahun bergelar pendidik, saya buat keputusan untuk berhenti kerja dan jadi surirumah. Adat orang yang biasa bekerja, dah biasa pegang duit sendiri, saya memang tak boleh kalau takde income.


Cukup je sekadar nak makan, cuma sebagai anak, kita nak berikan duit pada mak abah. Sebagai ibu, nak belikan mainan, beri anak makan sedap-sedap dan nak hantar anak-anak ke kelas swimming, taekwando dan memanah.


Sebagai isteri, rasa seronok dan bahagia kalau boleh belanja suami sesuatu barang atau makanan yang dia suka. Sebagai seorang wanita, mestilah kita nak cantik-cantik, nak beli baju yang smart, ada kehidupan yang high class. Sebagai seorang manusia yang berhutang, nak bayar semua hutang2 yang ada. Hutang belajar, hutang kereta. Betul tak?


Alhamdulillah masa tu Ee memang niat nak full time TWB. Alhamdulillah ala kulli haal. Lepas berhenti kerja pada akhir tahun 2017, banyak sangat yang Ee boleh buat dan beberapa impian dah tercapai dalam masa setahun ni 😍


Antaranya :


1. Belanja mak dan ayah untuk hadiah perkahwinan di resort 5 bintang! Di Royal Chulan Cherating. Memang best sangat. Masa hantar mak ayah ke sana, kita pun rasa nak tidur sekali 🀩

2. Baiki kereta, renew insurans. Semuanya menelan lebih daripada RM2000 sepanjang tahun 2018. Tak termasuk bayar kereta bulanan tau.

3. Berikan duit kat mak ayah sekurang-kurangnya RM150 sebulan. Jika rezeki lebih, lebih banyak boleh beri.

4. On the spot beli laptop baru bila tiba-tiba laptop lama rosak. Masa kerja dulu, kena kumpul duit dulu, baru boleh beli.

5. Selesaikan hutang PTPTN bernilai RM4000 lebih.


Syukur alhamdulillah. Surirumah boleh buat semua ni! Syukur pada Allah perkenalkan saya dengan TWB. Pendapatan RM5000 sebulan tak mustahil bagi seorang surirumah. Saya sendiri pernah dapat RM5600 hasil 6 penjuru pendapatan TWB. Setaraf dengan gaji engineer yang dah kerja 6 tahun. Alhamdulillah.

KENAPA BISNES MOBILE SPA NI IDEAL BAGI SURIRUMAH? 



Saya sangat suka nak katakan, bisnes mobile spa ni memang bisnes yang ideal bagi surirumah. Kenapa?


1. Sangat fleksibel. 


Masa dan tempat adalah persetujuan antara beautician dan pelanggan. Mana-mana pun boleh, ikut kesesuaian. Dekat rumah sendiri pun boleh. Itulah yang dinamakan home spa.


2. Tak perlu susah nak fikir sewa premis


Sebagai seorang surirumah, sudah tentu bajet kita pun tak tinggi untuk setup sebuah premis. Dengan bayaran sewa premis, nak lengkapkan premis dengan peralatan spa, bayaran pekerja. Ini semua memerlukan kos yang tinggi.

Dengan mobile spa, modal yang diperlukan sangat rendah. Lebih-lebih lagi mobile spa TWB yang dah sediakan segala kelengkapan dan peralatan asas kepada peserta kursus. Best kan?!


3. Suami bahagia & gembira


Suami mana tak bahagia bila balik rumah je, ada isteri sambut. Balik kerja penat-penat, makanan dah terhidang, rumah bersih, anak-anak melompat2 kegembiraan sambut ayah balik.

Dalam masa yang sama, isteri ada pendapatan sendiri. Isteri gembira, suami bahagia. 


4. Bersama-sama anak terutamanya pada usia emas mereka



Ramai penceramah kekeluargaan setuju bahawa anak-anak sangat perlukan perhatian pada usia emas mereka. Siapa mereka pada masa remaja dan dewasa adalah hasil didikan pada usia emas ini. 0 hingga 6 bulan.

Sebagai surirumah bekerjaya, insyaAllah kita boleh luangkan masa yang banyak bersama anak-anak dan pada masa yang sama, kita ada pendapatan kita sendiri.


Nak tengok apa kata surirumah #TWB yang lain? Jom kita tengok.




Dan ada banyak lagi yang anda boleh lihat di FB saya. Boleh klik link FB di bawah ye.


Mesti anda teruja kan?! 🀩 Cepat contact saya. Dan kita akan terus memecut laju ke angkasaπŸš€πŸš€



Shasratul Ameerah binti Kamaruddin 
0102888494 

Terima Kasih

22 March 2019

Kursus Mobile Spa : Kisah 5 Wanita Yang Berpendapatan 4-5 Angka Hasil TWB

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, hari ni saya sangat gembira nak kongsikan kisah-kisah wanita yang berjaya mendapat pendapatan 4 hingga 5 angka hasil daripada bisnes spa Shaklee TWB.




Ada ramai proven results sebenarnya. Tapi saya pilih 5 sahaja dulu untuk saya kongsikan dengan anda semua. Mesti tak sabar kan nak tahu? Check this out!

5 Wanita Yang Berjaya Raih Pendapatan 4 Hingga 5 Angka Bersama TWB.



1. Cik Nur Hadhirah a.k.a sepupu saya. 




Saya sangat suka semangat dan ketekunan Hadhirah ni. Berumur 26 tahun, bujang dan bekerja sebagai fisioterapis tak membuatkan dia rasa selesa dengan kehidupan sekarang.

Hakikatnya, terlalu banyak dan besar impian yang nak dicapai. Oleh sebab itu, dia berusaha sehabis baik untuk dapatkan pendapatan 4 angka hasil daripada TWB sahaja! 

Setelah hampir 2 tahun bersama TWB, Hadhirah mempunyai simpanan sebanyak hampir RM20k! Menakjubkan kan?



2. Puan Azura Yusop



Puan Azura ni adalah seorang guru sekolah khas. Tahu je la pelajar sekolah khas macamana. Memang penat sangat guru-gurunya nak didik mereka.

Namun, kata Cikgu Azura, cikgu bukan jutawan tau. Dia bermula dengan TWB pun sebab nak keluar daripada kesesakan kewangan. Tak nak la berterusan sesak bila nak hujung bulan.

Bila nak sebut mengenai cabaran, cikgu Azura ni terpaksa tempuh banyak dugaan. Awal-awal buat spa, teruk dihina bila ada orang kata muka tak cantik tapi ada hati nak buat spa. Masa tu muka cikgu Azura ni memang ada masalah sikit.

Haa nah. Sekarang muka cikgu Azura dah tak macam dulu. Penangan Shaklee tau. Orang yang hina dia dulu pun dah senyap. Nak berjaya memang tak mudah. Tapi buat apa peduli apa orang nak kata? Bak kata cikgu Azura, "Ada aku kesah?"

Hasil tak kesahnya cikgu Azura tu, cikgu Azura berjaya sponsor mak dan ayah dia pergi unrah dengan kos RM20k tau! SubhanAllah. Best kan bila boleh belanja orang tersayang sesuatu yang menjadi impuan semua orang? ☺️

Minimum sebulan hasil pendapatan TWB adalah RM1000 sebulan. Ni buat hujung minggu sahaja. Bayangkan kalau buat sepenuh masa. 

Jom baca karangan Cikgu Azura ni.











3. Puan Wan Nur Hidayah



Hidayah ni adalah kenalan saya masa kerja sebagai guru satu ketika dahulu. Hidayah mula join spa kerana nak cari satu seimber pendapatan yang boleh bantu dia dan keluarga semasa di Mesir. 

Sebulan sebelum balik Mesir, Hidayah whatsapp saya untuk join TWB. Masa tu soalan Hidayah, "Betul ke ni boleh balik modal Rm1999 dengan cepat? Sempat tak sebelum saya balik Mesir?"

Jawapan saya "Sempat. Asalkan awak ikut apa yang diajar dan awak kena betul2 yakin dengan rezeki yang Allah bagi"

SubhanAllah. 18 hari je! Dalam masa 18 hari dia berjaya balik modal. Duit yang dipinjam daripada ayahanda tercinta daoat dilangsaikan sebelum dia balik ke Mesir. Siap ada duit lebih lagi. Boleh buat duit poket nak balik. 



Dan dia juga kongsikan. Alhamdulillah, hasil duit spa 4 angka setiap bulan, dia berjaya

✔ Bayar pinjaman belajar
✔ Bagi duit kat mak ayah 
✔ Dapat reward untuk diri sndri
✔ Dapat belanja suami, anak2 dan kawan2
✔ Dapat taja tudung untuk team netball pahang. 
✔ Dapat sedekah dan tolong orang-orang yang memerlukan

Pendapatan sebulan tak kurang daripada RM1000 untuk spa sahaja. Tak termasuk bonus Shaklee.


4. Cik Nurul Shakirah



Shakirah bermula dengan mobile spa TWB secara part time. Masa tu dia bekerja sebagai kerani.

Tapi disebabkan keadaan ibu yang semakin tua dengan keadaan lutut yang sakit dan akan dibedah pada bulan Mei 2019 ni. Keadaan adiknya yang berusia 24 tahun, OKU sejak daripada kecil. Dan ayahnya yang sangat teringin untuk tunaikan umrah.

Semua ni merupakan asbab kenapa dia memilih untuk meletak jawatan sebagai kerani dan mulakan bisnes mobile spa TWB sepenuh masa. 

Alhamdulillah sekarang, dia dapat buat apa yang dia tak dapat buat dulu. Dia sentiasa ada di sisi ahli keluarga yang perlukannya. 

Kalau dulu masa kerja kerani, nak dapat RM2k sebulan pun menangis buat OT, sekarang nak dapat RM5k sebulan melalui bisnes mobile spa TWB sangat mudah.

Paling lama pun luangkan masa 5 jam je sehari. Dua hingga tiga jam sudah memadai, katanya.







5. Puan Rosilah



Seorang ibu kepada 2 orang cahaya mata berumur 3 dan 4 tahun. Sekarang menetap di Sabah.

Puan Rosilah mula join TWB asbab keadaan kewangan yang tenat. Masa mula-mula nak join, memang tiada modal.

Setiap malam berfikir mana nak cari modal RM1999. 5 bulan Puan Rosilah berfikir mengenai modal. Cuba sedaya upaya korek mana yang ada.

Alhamdulillah, Puan Rosilah berjaya buktikan, walaupun menetap di Sabah, di kawasan pedalaman, Puan Rosilah berjaya buktikan, dalam masa 2 bulan, beliau berjaya pulang modal dan mendapat RM2980!

Modal yang dikeluarkan sekali, untungnya berkali ganda. Walaupun modal dah dapat balik, namun produk yang digunakan untuk spa masih banyak lagi. Sangat jimat.




***


Bagaimana? Mereka dah ambil langkah mereka. Anda pula bagaimana? 

Apa yang saya boleh katakan, penyertaan anda dalam kursus mobile spa TWB adalah sangat menguntungkan. Risiko kerugian hanya akan berlaku andai anda tidak menjalankan spa. 


Yelah. Kami dah ajar, dah guide, dah berikan semua barang yang diperlukan. Anda cuma perlu buat je. Anda buat, anda dapat. Anda ikut cakap mentor, infiniti pendapatan anda boleh dapat.


Terdetik untuk join TWB? Boleh hubungi saya. Saya akan terangkan dengan lebih terperinci. 




Salam sayang daripada saya ❤️

Shasratul Ameerah binti Kamaruddin 
ID Nombor : 1095681
0102888494 
Leader in Shaklee Business 
Trainer for TWB

Terima Kasih

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH