Saturday, July 15, 2023

Perbezaan Res-V dan Vivix Shaklee

BEZA RES-V DAN VIVIX




Hai semua. Harini jom kita kenalpasti pula perbezaan antara Res-V dan Vivix. Masing-masing ada keunikan tersendiri. Sebelum ni pun saya ada kongsikan mengenai keunikan produk Vivix. Kali ni mari kita kenal pula kedu-dua suplemen premium Shaklee ni.

Anda boleh mengenalpasti sama ada anda perlukan Vivix di sini.

 

Kenali Res-V dan Vivix

 

Res-V dan Vivix dari Shaklee merupakan dua produk hebat yang menyediakan nutrisi berkualiti tinggi untuk kesihatan dan kesejahteraan badan kita. Res-V dan Vivix kedua-duanya merupakan minuman botani yang tinggi antioksidan. Mereka berdua ni ibarat abang dan adik. Cuma Res-V diformulakan dengan lebih baik daripada lebih banyak tumbuhan botani yang kaya dengan antioksidan.

 

Perbezaan Res-V dan Vivix

 

Kedua-dua produk Vivix dan Res-V ini mempunyai keunikan tersendiri. Jom kita tengok apakah perbezaan Vivix dan Res-V ini.



1. Vivix dan Res-V dihasilkan dalam bentuk yang berbeza. Vivix dalam bentuk cecair manakala Res-V dihasilkan dalam bentuk kapsul gel lembut. Saya selitkan bentuk kapsul Res-V untuk rujukan anda.



2. Vivix mempunyai isipadu 150mL manakala Res-V mempunyai 60 kapsul lembut.

3. Vivix perlu disimpan didalam peti sejuk selepas dibuka untuk memastikan kesegarannya terjamin manakala Res-V boleh diletakkan dalam suhu biasa. Ini bermaksud Res-V lebih mudah dibawa ke mana-mana.


4. Vivix terhasil daripada 4 jenis tumbuhan botani iaitu Anggur Muscadine, Ekstrak Lobak Ungu, Ekstrak Knotweed Jepun dan Ekstrak Elderberi Eropah. Res-V pula terdiri daripada bahan utama yang sama (kecuali Knotweed Jepun dan Elderberi Eropah) dengan penambahan Polygunum Cuspidatum, Chebulic Myrobalan, anggur merah, buah delima dan anggur hitam.

 

Berikut merupakan sedikit khasiat tumbuhan botani yang digunakan dalam penghasilan kedua-dua produk premium ini.


5. Vivix didaftarkan dalam kategori makanan manakala Res-V didaftarkan dalam kategori ubatan tradisional.

6. Vivix lebih berkuasa sebanyak 10% berbanding resveratrol sahaja kerana Vivix mempunyai 16 jenis polifenol didalamnya. Res-V pula didapati lebih berkuasa sebanyak 30% berbanding Vivix.



7. Vivix memiliki 3 paten manakala Res-V mempunyai 3 paten yang sama dengan penambahan 3 paten yang baru. Ini bermakna tiada produk lain yang boleh meniru Vivix mahupun Res-V.

8. Jangka hayat Vivix adalah 12 bulan manakala Res-v mempunyai jangka hayat selama 24 bulan.

9. Waktu pengambilan yang dicadangkan adalah Vivix pada waktu pagi untuk membekalkan tenaga kepada sel dan badan untuk melakukan kerja harian dengan baik dan optimum. Manakala Res-V dicadangkan untuk diambil sebelum tidur untuk membekalkan tenaga kepada sel untuk proses baikpulih badan sewaktu rehat.

 

Kesimpulan

 

InsyaAllah sekarang lebih jelas kan mengenai perbandingan kedua-dua produk hebat ni? Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh tekan link whatsapp atau mana-mana media social saya yang lain. InsyaAllah saya cuba menjawab persoalan anda sebaik mungkin dengan bimbingan ahli nutrisi terlatih.

 

Rebut peluang anda sekarang untuk mendapat lebih banyak penjimatan.

 

Puan Shasratul Ameerah

Shaklee Independent Distributor : ID 1858822

FB Page : Pengedar Shaklee Aktif Pasir Gudang, Johor Bahru & Singapore.

Pemilik dan pengusaha Meera Confinement Care

Contact : 0102888494

#NextLevelBlogging #BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 





Friday, July 14, 2023

6 Keunikan Vivix Yang Tiada Pada Produk Lain

Hai assalamualaikum. Korang tentu pernah dengar tentang produk paling premium dalam Shaklee kan? Ye betul! Vivix namanya. Ramai yang tahu Vivix ni sangat bangu untuk baikpulih kesihatan anda secara menyeluruh. Namun ada lagi yang belum tahu keunikan Vivix ni. Jom kenal produk premium ni.

 


Apa tu Vivix?

 

Vivix adalah sebuah produk kesihatan yang dihasilkan oleh Shaklee. Ia merupakan satu-satunya suplemen yang berjaya menembusi sel sehingga ke peringkat DNA. Jadi ia sangat terkenal sebagai satu minuman botani anti-penuaan.

 

Kenapa perlunya Vivix dalam kehidupan seharian anda?

 

Normalnya, sel dalam badan kita akan diganti lebih 300 billion sehari dan secara purata 200 juta sel setiap minit. Ia berlaku setiap hari dalam badan kita. Tapi disebabkan oleh beberapa sebab, sel dalam badan kita berpotensi dan mengalami risiko kerosakan, biasanya diakibatkan oleh radikal bebas.

 


Radikal bebas ni disebabkan oleh :

1. Gaya hidup tidak sihat seperti merokok, minum alcohol. Berada dalam kalangan perokok juga menyebabkan kita mendapat kerosakan sel yang lebih tinggi kerana asap rokok adalah 2x ganda lebih bahaya daripada rokok itu sendiri.

2. Pemakanan yang tidak dijaga. Terlalu banyak makan makanan yang diproses, gula, bahan perasa, akan menyebabkan badan mengalami keradangan.

3. Tekanan & stress akibat masalah peribadi, tempat kerja ataupun keluarga.

4. Tidak mendapat tidur dan rehat yang mencukupi. Purata tidur yang disarankan untuk orang dewasa ialah 5-7 jam sehari.

Jika anda sememangnya seorang yang sangat sibuk dan perlu berjaga pada waktu malam, anda boleh gunakan satu petua ini. Kajian menyatakan tidur 1 jam sebelum waktu tengah malam (jam 12 malam), kualitinya bersamaan dengan 3 jam tidur. Bermaksud, jika anda masuk tidur pada pukul 10 malam, kualiti tidur anda dalam tempoh 2 jam (10 malam sehingga 12 malam) bersamaan dengan 6 jam waktu tidur! Menarik bukan?

5. Kurangnya bersenam. Aktiviti bersenam boleh membantu melancarkan sistem pertahanan badan dalam tubuh untuk melawan radikal bebas.


Kehadiran radikal bebas dalam badan adalah berbahaya untuk kesihatan anda. Ia boleh menyebabkan pelbagai masalah dan mendatangkan pebagai penyakit kronik. Vivix boleh membantu anda mengatasi masalah ini.

 

6 Keunikan Vivix Yang Anda Perlu Tahu.

 

Jom kita kenali Vivix dengan lebih dekat.


1. Anti-Penuaan.

Vivix adalah sejenis campuran paten yang menggabungkan ekstrak anggur merah dengan polifenol tertinggi dan campuran unik polifenol anggur merah lainnya. Campuran ini dikenali sebagai Polyphenol Blend yang kuat dan membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan oksidatif yang berlaku semasa proses penuaan. Ia membantu melambatkan tanda-tanda penuaan dan membantu memperbaiki kesihatan sel.



2. Perlindungan DNA.

Vivix juga diketahui membantu melindungi DNA dalam sel-sel tubuh. Ia mengandungi resveratrol, sejenis polifenol yang terdapat dalam anggur merah. Resveratrol dikaitkan dengan kesan perlindungan DNA yang tinggi dan membantu mengurangkan risiko penyakit kronik.



3. Kualiti Bahan Semulajadi.

Vivix dihasilkan menggunakan bahan-bahan semulajadi berkualiti tinggi. Shaklee sangat mengutamakan kualiti dan keberkesanan produk mereka. Bahan-bahan dalam Vivix diperoleh melalui proses ekstraksi yang teliti untuk memastikan keaslian dan keberkesanan mereka.

4 kandungan utamaVivix yang kaya dengan polifenol ialah :

- Muscadine Grape

- Purple Carrot

- European Elderberry

- Japanese Knotweed

Biasanya minuman botani untuk kesihatan mengandungi 3 hingga 4 polifenol sahaja namun Vivix Shaklee mengandungi 16 polifenol!

 Berikut saya sertakan fungsi bagi setiap kandungan. Menarik kan?



4. Dipatenkan.

Dalam Vivix je, terdapat 5 paten berasingan iaitu, 4 paten berkaitan 4 bahan utama premium yang digunakan tanpa menggunakan bahan pengawet. Satu lagi paten adalah proses pengekstrakan polifenol daripada tumbuhan yang menggunakan proses cold-filling extracton. Ia bertujuan untuk menjaga keaslian dan mengelakkan polifenol daripada musnah semasa proses ekstrak.

Proses ini tersangat mahal ye! Oleh itu, kita sangat beruntung apabila boleh minum Vivix tanpa perlu keluarkan belanja puluhan ribu ringgit.

5. Penyelidikan dan Kajian Saintifik.

Vivix dihasilkan daripada penyelidikan dan kajian saintifik yang teliti. Shaklee mempunyai komitmen terhadap penelitian dan mengikuti standard kualiti yang tinggi dalam pembangunan produk mereka. Vivix telah melalui kajian klinikal dan ujian yang ketat untuk membuktikan keberkesanannya.

Sebelum dipasarkan pada tahun 2008 di USA, Vivix telah dikaji dan diuji keberkesanan dan keselamatannya selama 6 tahun. Setelah 2 tahun di pasaran, barulah Vivix Shaklee dimasukkan ke pasaran Malaysia pada tahun 2010 dan telah membantu ribuan orang ramai menjadi lebih sihat.

6. Kepatuhan dan Pengiktirafan.

Shaklee adalah sebuah syarikat yang mempunyai reputasi yang baik dalam industri kesihatan. Produk-produk mereka mematuhi piawaian kualiti yang ketat dan syarikat ini telah menerima pengiktirafan dari pelbagai pihak yang termasuk badan pengawal makanan dan pakar kesihatan.



Dapatkan Vivix anda sekarang

Siapa perlukan Vivix? Anda boleh tahu dengan menekan butang ini.

Vivix Shaklee adalah satu produk unik dan premium yang mengandungi campuran polifenol anggur merah yang kuat dan bahan-bahan semulajadi berkualiti tinggi. Ia membantu melindungi sel-sel tubuh, melambatkan tanda-tanda penuaan, dan menawarkan pelbagai manfaat kesihatan.

Dapatkan konsultasi daripada pengedar sah Shaklee yang aktif. Anda boleh tekan link di bawah untuk bantuan dan konsultasi.

 


Puan Shasratul Ameerah

Shaklee Independent Distributor : ID 1858822

FB Page : Pengedar Shaklee Aktif Pasir Gudang, Johor Bahru & Singapore.

Pemilik dan pengusaha Meera Confinement Care

Contact : 0102888494


#NextLevelBlogging #BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023

Saturday, July 1, 2023

5 Cara Hilangkan Jeragat Dengan Cepat Dari Luar dan Dalam.


Ramai orang yang mengalami masalah terutamanya mereka yang berkulit cerah. Jeragat ni tidaklah berbahaya cuma apabila terlalu tebal dan banyak, kita akan mula rasa hilang kayakinan diri dan mempengaruhi penampilan seharian kita. Sebenarnya jeragat ni apa?


Apa itu jeragat?

Jeragat merujuk kepada bintik-bintik kecil yang terdapat pada kulit manusia, yang juga dikenali sebagai tanda atau tahi lalat. Jeragat adalah suatu keadaan kulit di mana terdapat pengumpulan melanin, pigmen yang memberi warna pada kulit. Jeragat sering kali berwarna gelap atau coklat dan muncul sebagai kelompok bintik-bintik yang terletak pada kawasan yang terdedah kepada sinar matahari.


Punca terjadinya jeragat

Ada beberapa punca terjadinya jeragat. Punca utama terbentuknya jeragat adalah :

1. Pendedahan kulit kepada sinar ultraviolet (UV) dari matahari. Ketika kulit terdedah kepada sinar matahari, sel-sel kulit yang menghasilkan melanin mula meningkatkan produksi pigmen ini sebagai mekanisme pertahanan untuk melindungi lapisan kulit yang lebih dalam daripada sinar UV yang berbahaya. Ini mengakibatkan melanin beransur-ansur terkumpul dalam kawasan tertentu, terutamanya pada orang yang mempunyai kepekaan genetik terhadap sinar matahari.

2. Masalah hormon, seperti semasa kehamilan atau pengambilan pil perancang

3.  Penuaan kulit. Apabila kulit makin kendur, tua dan tidak anjal, jeragat mudah terjadi. Jeragat juga boleh menjadi lebih ketara pada individu dengan kulit yang cerah.

4. Penggunaan set penjagaan kulit yang tidak sesuai dan mempunyai bahan-bahan berbahaya seperti merkuri. Ini bukan sahaja menyebabkan jeragat terhasil malah berbahaya juga untuk kesihatan secara keseluruhan.


Bagaimana nak atasi masalah jeragat?

Disini saya kongsikan beberapa petua untuk menghilangkan jeragat.

1. Gunakan perlindungan matahari: Pastikan anda sentiasa menggunakan pelindung matahari dengan SPF tinggi apabila terdedah kepada sinar matahari. Ini akan membantu mengurangkan pendedahan kulit kepada sinar UV yang boleh menyebabkan jeragat.

2. Gunakan produk penjagaan kulit yang tepat: Pilih produk penjagaan kulit yang sesuai untuk jenis kulit anda. Pastikan produk yang anda gunakan tidak menyebabkan iritasi atau reaksi alergi yang boleh memperburuk keadaan jeragat.

Untuk produk penjagaan kulit, saya sarankan anda mencuba rangkaian produk Youth Shaklee. Moiturizer Shaklee mengandungi SPF 50 yang boleh membantu menghalang sinaran UV berbahaya terus ke dalam kulit. Saya kongsikan juga beberapa testimoni untuk menyokong kenyataan ini.





3. Hindari pendedahan terlalu lama kepada sinar matahari: Cubalah untuk mengurangkan masa yang dihabiskan di bawah sinar matahari terutama dalam waktu tengah hari yang panas. Gunakan topi, payung, atau pakaian yang melindungi kulit anda dari sinar matahari.


4. Amalkan gaya hidup sihat: Amalkan gaya hidup sihat dengan makan makanan yang seimbang, minum air yang cukup, dan tidur yang mencukupi. Ini akan membantu meningkatkan kesihatan kulit secara keseluruhan.

 

5.Cukupkan nutrien keperluan badan dan kulit. Antara vitamin yang penting untuk kulit dana membantu mengatasi jeragat adalah :


    a. Vitamin C: Vitamin C adalah antioksidan yang kuat dan membantu dalam pembentukan kolagen. Kolagen membantu menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit serta mendorong regenerasi sel-sel kulit yang baru. Vitamin C juga dapat membantu mencerahkan kulit dan mengurangi pigmentasi yang tidak merata.

    b. Vitamin E: Vitamin E juga merupakan antioksidan yang dapat membantu melindungi kulit dari kerusakan akibat sinar matahari. Ia juga membantu memperbaiki dan menghidupkan kembali sel-sel kulit yang rusak. Vitamin E juga dapat membantu mengurangi keradangan dan meningkatkan tekstur kulit.

    c. Vitamin A: Vitamin A, terutama dalam bentuk retinoid seperti retinol, dapat membantu mempercepat pergantian sel kulit dan meningkatkan regenerasi sel. Ini membantu mengurangi pigmentasi kulit yang tidak merata, termasuk jeragat. Vitamin A juga membantu menjaga kelembapan kulit dan meningkatkan kehalusan tekstur kulit.

    d. Vitamin B3 (Niacinamide): Vitamin B3, juga dikenal sebagai niacinamide, memiliki sifat pemutihan dan mencerahkan kulit. Ia membantu mengurangi produksi melanin berlebihan yang dapat menyebabkan jeragat. Vitamin B3 juga membantu menjaga kelembapan kulit dan memperbaiki barrier kulit.

    e. Vitamin D: Vitamin D dapat membantu dalam pengurangan peradangan pada kulit dan meningkatkan penyembuhan luka. Ini dapat membantu mengurangi kemerahan dan bintik-bintik jeragat yang memerah.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda sedikit sebanyak. Jika ingin mendapatkan produk penjagaan kulit Youth Shaklee atau ingin mendapatkan set vitamin untuk membantu masalah jeragat anda, anda boleh menghubungi saya di mana-mana link yang saya sediakan di bawah. Sama-sama kita atasi jeragat degil dan tingkatkan keyakinan diri dihadapan orang ramai.


With love,



Puan Shasratul Ameerah 
Shaklee Independent Distributor : ID1858822 
Pemilik dan pengusaha Meera Confinement Care
Contact : 0102888494 


#NextLevelBlogging #BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023

 

Buasir : Punca & Cara Rawatan Paling Berkesan dan Selamat

      Buasir merupakan salah satu masalah yang kerap berlaku pada zaman sekarang. Na...