Pages -Menu for Ee Beauty Spa

18 September 2019

Success Story Jom Detox Jutawan

Hai semua. 2 hari lepas saya dah cerita pasal Program Jom Detox Jutawan kan? Boleh rujuk > 9 Kelebihan Jom Detox Jutawan. Betapa terujanya saya bila saya sendiri hilang 4.4kg dalam masa seminggu!


Jadi, harini jom kita tengok pula sebahagian testimoni peserta Jom Detox Jutawan yang lain. Keputusan yang lagi padu dan best. Yang penting, lebih sihat ๐Ÿ’ช


5 TESTIMONI PESERTA JOM DETOX JUTAWAN



InsyaAllah saya kongsikan 5 cerita kejayaan peserta Jom Detox Shaklee. Ini adalah perkongsian terus daripada mereka ๐Ÿ˜€


KISAH 1 : Sebelum Detox ada gastrik kronik, lepas Detox dah boleh puasa.





“Sedikit background saya, nama saya Naim. Sebelum ada anak, berat saya 70kg+. Saya juga pernah buat Diet Metabolism Miracle 8 minggu (saya akan cerita satu persatu ye).


2015 saya pernah join Detox Shaklee (dulu tiada program macam sekarang) so tidak ingat berapa kg lost masa tu tapi siksanyaaa.

Sebelum join Jom Detox. Setiap malam saya tidur selepas jam 12am kadang jam 2am. Bangun pagi mesti rasa letih dan sakit kepala. Panadol jadi breakfast, kadang petang pun ambil panadol.

Very stressfull life and anxiety. Makan tak tentu, air tak cukup. Anxiety sangat teruk sampai ada panic attack episodes. Saya minum 2-3 cawan kopi setiap hari. Bila stress, lebih banyak makan junk food.

So sebelum join Jom Detox pun, sudah cuba kurangkan kopi atas nasihat Psychologist. During pre detox, saya follow nasihat coach. Minum kopi sikit tapi nasi mamak tak tinggal.

Stress tu masih ada, tidur masih lewat. Last day pre detox saya ganti kopi dengan tea hijau. Masa predetox saya amik Acupuncture treatment & Reflexology. So masa Detox berjalan, memang ikut semua healthy habits dan menu sampai day 6 sahaja.

Sepanjang Detox week saya memang tidak bersenam sebab sibuk. Tapi banyak pergerakan. 10k steps day 3. Buat kerja rumah intensive day 5 swimming day 6.


During Detox hanya day 1 ada Chronic Headache. After detox saya dah tidur seawal jam 11pm. Bangun pun awal prepare meal.

Sakit kepala memang tiada. Kopi tu optional. Tak rasa wajib pun. Lagi best, tengahari tak perlu tidur dah. Dulu setiap kali tengahari, mesti kena tidur. Kalau tidak, cranky. Hehe.

So now, less stress, hidup aman damai, less anxious. Sekarang ni saya masih terus swimming dan acupuncutre. Lepas ini nak cuba  Cognitive Behaviour Therapy (CBT) pula untuk stress management.

Nak turun lagi, target 70kg maybe dalam 3-4bulan. Saya akan teruskan Eat Clean. Sekarang dah 79kg selepas buang 6kg dengan Jom Detox.

Staff tegur dah kecil especially muka. Banggalah kejap๐Ÿ˜….


Ohya, hampir lupa nak mention. Dulu saya ada Chronic Gastritis sampai tak boleh puasa but now, dah ok. Boleh je IF.

Menurut Personal Coach beliau.
“Korang abang Naim ini isterinya doktor perubatan. So masa dia decide buat detox. Isterinya pm ucap thanks yang boleh ajak suaminya Detox”

-Naim


KISAH 2 : Selamat tinggal mimpi ngeri.





“Nama saya Elly Matin. Umur saya 29 tahun. Saya sudah berkahwin dan 2 orang anak.

2016 saya pernah Join Detox under Shaklee. Tapi masa tu tiada support group macam sekarang dan tiada coach yang akan guide. Berat paling tinggi boleh kurang masa tu cuma 3 kg. Tidak macam sekarang. Record terbaru 10kg dalam masa 13 hari.

Alhamdullilah. Nov 2018, Founder Jom Detox Jutawan telah jemput untuk saya buat detox sama-sama.


Mungkin kalau sampai sekarang saya ada alasan tidak mau join detox sebab tidak mampu makan sayur, tidak mampu makan macam orang detox, tidak tahan tidak makan manis, tiada duit beli pakej, tiada masa detox! Saya tetap dan 100% akan lebih gemuk dari gambar ini.

Semasa berat masih 84kg.


Syukurlah saya mampu melawan semua alasan di atas! Sebab saya tau, kesihatan kita 80% tergugat dengan kegemukan.


Gemuk atau kurus 1 pilihan. Tiada alasan, saya gemuk sebab bahagia. Sebab perit tau tanggung kesakitan waktu gemuk!

Especially yang mau pregnant! Saya pernah rasa berat 104kg. Seksanya tu hanya saya saja yang tau. Tapi masa tu still cakap “gemuk sebab bahagia”. Walhal ku terseksa.


- Baju susah cari
- kasut dan selipar susah cari
- duduk di kedai makan takut sebab takut kerusi patah
- naik kereta kecil takut sebab takut kereta tu sampai di jalan raya
- badan bebau
- lipatan badan jadi hitam

Kegemukan adalah 1 mimpi ngeri bagi saya๐Ÿ˜ข. Saya tidak mahu merasa kegemukan itu untuk kali kedua walaupun saya mengandung.”


-Elly Matin


KISAH 3 : 5 tahun ezcema berdarah, sekarang dh cantik




“Nama saya Shafinatun Najar. Saya seorang  ibu berkerjaya.๐Ÿ‘ฎ‍♀ Berumur 30 tahun. Mempunyai 2 orang anak berusia 6 tahun dan 3 Tahun.

Sebelum detoks, saya ada masalah terlebih berat, even bukan sampai tahap obes. Saya pun ada migrin. Migrin tu bila dtg sampai tahap menangis menahan sakit.


Saya pun ada ekzema.dah 5tahun on off dan kulit selalu merekah,berdarah.




Then bila ada program detoks, saya cuba join. Bukan nak selesaikan ketiga2 masalah saya ni tujuan asalnya. Hanya nak turunkan berat. Sebab sape tak nk berat cantik elok kan. Lagi lagi saya ni polis. Boleh bayang tak polis boroi. Alamakkk. Malu!


Jadi saya join Jom detoks ni sebab nak turunkan berat badan. Cuma yang bestnya, ekzema saya makin menghilang.Nanti saya share gmbr ekzema saya lepas detoks. Saya seriously tak sangka. Selama ni pakai macam2 ubat tak jadi. Rupanya detoks jalannya.Kena flush segala toksin yg ada dalam badan rupanya.

Kemudian migrain saya kerap menyerang,slh mkn ker,stress,penat mudah kena,Cara nak pulihkan Telan jelah ubat kan. Tapi rupanya detoks pun selesaikan masalah migrain saya ni.Alhamdulillah last sy kena migrain masa pre detox kali pertama smpai skrg x pernah kena lagi.Alhamdulillah

2 kali buat detox,join detox kali ketiga,total berat sy yang hilang 13kg. Saya dapat balik berat asal sy sblm kawen☺️ 55kg

Ekzema sy selama 5tahun tak pernah baik,always on off,jari tu tak pernah secantik skrg lebih dari sebulan,skrg dh 4bulan,alhamdulillah.”


-syafinatun najar


KISAH 4 : “Ayah dah lose hope tengok ibu gemuk”





"Nama penuh Nor Faizah bt Sulong lebih mesra dengan panggilan K Nor. Berumur inshaallah tak lama lagi mengjangkau 41 tahun di dunia ni. Alhamdulillah.

Berasal dari Kuala Terengganu tapi menetap di Kemaman, Terengganu. Ibu kepada 3 orang anak (16thn, 12thn, 3thn). Berjawatan surirumahtangga sepenuh masa dan sekarang naik pangkat lah skit sebagai Coach Jomdetox. ๐Ÿ˜‚


Sedikit cerita sebelum join #jomdetox.


Berat badan naik selepas habis pantang puteri ke 3 saya. Alasan ibu menyusu (100% menyusu sampai sekarang masih lagi menyusukan) selalu lapar dan kena makan banyak tu antara faktor menyumbang kepada kegemukan.

Selain tu juga takde langsung exercise alasan kerana bersalin czer. Takut nak lasak2 (sbb ni 1st experience beranak czer). Jadinya secara tak langsung kerjanya adalah menternak “lemak”.

Sampailah satu tahap dah takleh nak hadap teguran orang sekeliling. “gemuknya” “gemuknya sekarang” “kenapa gemuk sangat sekarang”


Nak bagi alasan bahagia. Tu cuma clichรฉ punya alasan untuk soalan yang tiada jawapan kan.

Bernanah lah telinga. Suami tak berani nak tegur gemuk dah sebab awal-awal dah kena sembur di bini.

“kurus susah, gemuk pun susah. Serba tak kena!”
Mahu tak diam suami kat sebelah kan. ๐Ÿ˜‚


Kita pun bukan nak marah sangat tapi tahu tak perasaan orang gemuk ni. Risau, sensitif semua ada. ๐Ÿ˜ญ


So dia diamkan ajelah kot. Secara halusnya suami sampai tahap ajak berpuasa dari isnin - khamis. Berbuka tak mkn nasi. Makan nasi sekali sehari hanya pada Jumaat Sabtu & Ahad. Simbolik nak bantu isterinya kembali kurus.


Time ni berat turun naik. Macam jarum penimbang tu tak betul. ๐Ÿ˜‚

Bila orang tanya dah turun berapa kg... “krik krik” nak bagitau pun malu. Sebab takde bagi kesan sangat. Takut kena ejek lagi dek kawan-kawan. Even nak bagitau orang kita tengah diet pun malu. Sebab takde effect pun.


Last-last give up! Melantak je lah. Dah alang-alang nak gemuk. (dendam dengan perasaan sendiri)๐Ÿ˜‚
Teruk kan!

Bila join #jomdetox. Semangat nak gebang tu selalu ada. Skit-skit nak gebang kat wall. Bukan gebang menda tak betul. Menda betul kot. Hari-hari kg turun.


Apalagi kita tepukkkkk lah kan. Saya pun tertarik untuk join #jomdetox5.0 sebab kerana gebang geng2 detox lah.


Tiap-tiap hari cerita pasal penurunan kg diorang. Yang kita duk diet berbulan-bulan nak turun 1 kg pun payah. ๐Ÿ˜


Dashattt tau aura geng #jomdetox ni. Tahun lepas 2 kali kenduri kawin anak saudara kat kampung. Semua tetamu datang yang dah lama tak jumpa terkejut tengok saya. Maklumlah dulu cutting aida jebat. ๐Ÿคช


Tangisan dalam ketawa je lah hadap teguran tetamu. Sakit hati pun ada. ๐Ÿ˜ฌ


Bila badan dah terlalu berat, segala benda rasa tak kena. Semua baju,seluar sendat terutama bahagian perut, peha dan lengan. Selekeh gila time tu sebab malas nak bersiap sebab serba tak kena.


Moody, cepat marah, rendah diri, cepat penat, mengah, nak solat pun tak selesa dan macam-macam lagi.

Sampai satu tahap saya sakit tumit/tapak kaki. Berusaha pergi mengurut sana sini tapi tak boleh nak cerita sakit kat mana dan macam mana.


Saya mula fikir ni mesti berkait dengan berat badan berlebihan.


Alhamdulillah selepas #jomdetox 5.0 rasa sakit tu dah makin hilang tapi masih ada. Lepas #jomdetox 6.0 sakit kaki tu dah lesap gitu je. Alhamdulillah lepas #jomdetox7.0 badan ternyata dah ringan, berat badan berjaya diturunkan dari 69kg - 58.8kg.


Orang yang paling bahagia selain diri sendiri mestilah suami dan anak-anak.




“slime kat perut ibu dah takde” jerit anak-anak bila tengok ibu kurus. maklumlah alasan bersalin czer perut macam ngandung 7bln.๐Ÿ˜ฌ

Korang yang pernah ada rasa “suamiku tak suka isterinya kurus” “suamiku suka bini dia gemuk mcm skrg” baik korang berhati2. ๐Ÿ˜‚.  


Mungkin dia takut nak ckp korang gemuk, takut korang ngamuk.


Anak sulung saya dah pecahkan rahsia kerisauan ayhnya tentang saya.


“ayah sbnrnya dah lose hope tgk ibu gemuk. tiap kali dia tgk org gemuk dia imaginekan ibu kalau jadi gemuk mcm tu. Seram ayah cakap”


Hakikat sebenarnya. Rasa nak menjerit dengar anakanda cerita macam tu. Dalam hati syukur sangat-sangat sebab dah slim & sihat dengan jomdetox. ๐Ÿฅฐ

ni gambar dengan anak sulung saya. hati berbunga2 raya ni bila orang cakap macam adik beradik. wahhh muda always lah ibu. i like ๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜

-Norfaizah Sulong


KISAH 5 : Ibu menyusu bukan lesen untuk terus gemuk



"Nama saya Sabariah. Saya seorang  ibu berkerjaya. Berumur 31 tahun. Mempunyai 3 orang anak berusia 6 tahun, 4 tahun & baby 9 bulan.


Harini saya nak kongsikan kisah saya sebelum join Jom Detox:

Saya sebelum ni, sebelum kawin asalnya kurus. Tetapi selepas melalui 4 kali fasa mengandung, 4 kali fasa bersalin, dan 3 kali fasa menyusu.. berat saya naik dan terus naik.

Saya pernah mengandung dan gugur sekali.

So..mengandung, bersalin, menyusu untuk 4 kali kehamilan. Badan saya yang asalnya kurus, jadi gemuk. Lepas tu berat turun tapi tak dapat balik berat sebelum mengandung.

Mana taknya, setiap kali mengandung, berat saya akan naik sebanyak 20 kilo lebih. Memang genetik macam tu. Lepas melahirkan, berat turun. Tapi tak dapat balik berat seperti sebelum mengandung.

Lagi mnyedihkan, saya start mengandung anak ke-3, saya dah overweight. Masa checkup, saya siap kena sound lagi dengan doktor, dia cakap macam ni, “Lain kali kalau nak mengandung, pastikan BMI normal dulu, baru mengandung.”

Masa anak pertama : Sebelum pregnant  55kg. then, sepanjang pregnant, berat saya naik 20 kilo, turun 15 kilo. Masa tu berat saya 60kg. Tinggi 165. BMI normal. Ok lagi


Masa anak no 2, saya start pregnant dgn 65kg, berat naik lagi 25kilo. Masa ni berat saya cecah 90kg sebelum beranak. Kembang semangkuk masa pregnant no 2 ni. Jenuh gak nak turunkan balik.


Masa anak no 3, start pregnant berat 70kg, then berat saya naik spnjg pregnant smpi sebelum beranak jd 86 kilo. Tahap obesity ni.


Sepanjang proses berpantang dan menyusu, berat saya hanya turun 16 kilo sahaja. Jadi berat saya lps bersalin no 3, ialah 70kg.


Naik turun penimbang, ia statik kat 70 kilo. 70kg dgn tinggi saya 165cm, ia adalah overweight buat saya.
๐Ÿ˜‚


Rata-rata kawan-kawan sedara mara cakap saya kurus. Ialah, saya tinggi. So, bile overweight, still tak nampak sebab cover dgn tinggi.

Saya start rasa tak selesa, bile kebanyakan baju-baju kerja saya, saya tak boleh pakai. Kalau boleh pakai pun, ketat.


Bila tengok cermin, saya nampak lengan saya besar. Bahu saya lebar. Pipi saya kembung. Dagu saya ada double chin. Bila timbang, kira BMI, saya overweight!




Ni gambar saya lepas beranak anak no 3. Saya yang tudung purple tu ye. Hehe. Masa ni berat 70.1kg. Baju tu nmpk effect saya kurus sikit. tapi hakikatnya saya still nampak berisi.

Saya bekerja sebagai auditor. Professional line. Bila saya gemuk, automatik konfiden level saya jadi rendah.


Kalau nak pergi tempat client, saya akan cari baju yang buat saya nampak kurus. Saya segan bila berhadapan dengan client, dalam keadaan saya gemuk. Jadi, saya cari solution untuk kurus kan badan.


Saya search supplement kurus. Saya beli. Saya makan. Tapiii…saya ada satu habit iaitu suka makan @ kunyah goreng-goreng. Lepas makan tengah hari, saya makan keropok lekor. Perut macam gorilla. Baru lepas makan, nak makan lagi.

Fuhh..mana tak berat naik. Pastu balik kerja, makan malam saya lepas jam 8pm. Even saya makan supplement kurus, tapi pemakanan saya semberono je, saya tak kan dapat turunkan berat badan saya yang makin lama makin naik saya rasa.

Siapa macam saya? Lepas beranak, je gemuk. Lepas tu susah nak turunkan berat badan..?


Haaa.. saya sambung kisah saya ye.


Saya ternampak iklan dari seorang coach program jom detox. Dia cerita kejayaan demi kejayaan peserta dia yang join JomDetox. Dalam hati saya terdetik, “bestnya kalau dapat turun berat..sekilo dua kg sekarang susah gila nak turun."

Macam nak join je program dia tu.” Lama jugak saya usha fb dia. Semua update fb dia hari-hari saya tengok. Saya follow.

Saya analisis dulu. Saya tengok, produk apa dia pakai. 7 hari je program detox dia. Tapi result powerrrr beb..!

Lama tau saya fikir. Dah 3 batch dia run program tu, semua result power. Dalam seminggu, turun 3kilo, 4 kilo, 5 kilo..

Lepas tu dalam sbulan boleh turun 10kg..! Pergh! Bahagia rasa kalau org yg turun berat macam tu adalah saya sendri. (masa tu cakapdalam hai jela.hee)

Batch ke-4 baru saya terbuka hati pm dia cakap nak join. Tak boleh jadi ni. Saya betul-betul nekad nak kurus.


Jadi Saya dah ready nak korbankan 7 hari untuk turunkan berat badan. Saya perlu buang 5 kilo untuk normalkan balik BMI saya. Saya ready Ikut cakap coach. Makan makanan yang diberikan dalam jadual.


Saya readykan kos duit untuk join program (tiada yang free dalam dunia ni. Hehe). Saya ready fizikal & mental

Resultnya?? Alhamdulillah..


Detox batch 4.0 saya join, berat saya turun 5kg. Saya bersyukur target saya tercapai.

Tapi saya nak turun lagi berat tu sbb matlamat saya nak sarung balik cincin tuning yang dah lama tak muat tu.


So, saya sambung join detox batch 5.0 untuk turun lagi beberapa kilo. Jumlah penurunan berat saya 2 kali join detox ialah 8.2 kg.




Ni gambar berat saya sepanjang detox.


Tiap hari update berat turun. Dulu, masa lepas bersalin anak no 2, saya sabar je badan berisi sebab masih menyusu. Alasan menyusu boleh kurus.

Tapi, konsep penting saya tak jaga. Saya makan apa sajaa bila saya lapar. Sebenarnya, makan kena ikut keperluan, bukan kehendak.


So, end up tak turun pun berat. Bila join program jom detox ni, saya update penurunan berat saya kat coach, Coach happy giler.

Saya…? lagilah happy. Rasa cam nak nangis tengok penimbang sbb berat dah lama tak turun. Bila join program ni, senangnye dia turun..Allahhu..

Dari 70.1kg sebelum detox, berat turun sampai 61.9 kg. 8.2kg  tu angka yang besar buat saya. siapa tak suka?

Alhamdulillah. Kesan lepas detox:

✔️ Berat turun 8.2kg
✔️ Cincin tunang yang dah 7 tahun x boleh sarung, dah boleh pakai balik.
Baju t-shirt zaman university boleh pakai balik.
✔️ Baju dari saiz XL dah tukar jadi M
✔️ Gelang kawin boleh pakai balik
✔️ Badan rasa lebih ringan
✔️ Production susu badan bertambah meriah

Percaya tak kalau saya cakap, sebenarnye part yang susah ialah nak turunkan berat badan. Lagilah buat ibu menyusu macam saya.

Menyusu sebnarnya bukan la penyebab untuk anda dapat status Overweight atau obesiti. Berat badan berlebihan akan menjemput banyak penyakit yang akn dtg.

Jadi, kena beringat sentiasa. Nak turunkan berat badan ni akan jadi mudah bila buat dengan ilmu, ada coach & dengan team.

Sebenarnya, bila berat da turun kepada berat idaman, lepas tu tak susah dah maintain. Semua saya belajar dalam group Jom Detox tu.





Haa..tengok gambar saya. Dah macam anak dara balik dah kan. Jangan tak percaya, mak anak 3 pun boleh dapat balik badan macam anak dara tau.

Yang penting kena ada usaha. Sebab dimana ada kemahuan, di situ ada jalan. Insyaallah,program jom detox adalah jalan terbaik untuk kurus dengan cepat dan paling penting kurus dan sihat.”


-Sabariah


ADAKAH ANDA ORANG BERTUAH SETERUSNYA?



Wow! Menarik kan kisah mereka? Anda pun nak jadi seperti mereka? Jom join program Jom Detox Jutawan. Anda pasti teruja!



Shasratul Ameerah (Ee)
Whatsapp : 0102888494
FB : Ee Kamaruddin
FB Page : Mobile Spa Shaklee Kuantan
Telegram Channel (free) : t.me/projekbuatduitTWB



Terima Kasih

3 comments:

Cik Nunu said...

nak join detox lepas ni lepas baca blog ee....

Shasratul Ameerah said...

๐Ÿ˜ Jom. Sama-sama jadi lebih sihat yeay!

Sharifah said...

Byk betul manfaat detox rupanya. Seronoknya nak join Detox Jutawan. TQ sharing yg sgt bermanfaat!

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH