Pages -Menu for Ee Beauty Spa

26 March 2019

Kursus Mobile Spa : Mobile Spa Bisnes Ideal Untuk Surirumah

Assalamualaikum & hi!


I bet, mesti ramai yang baca ni dalam golongan surirumah kan? Kita sama ☺️ Saya juga surirumah bekerjaya.


Saya dahulunya seorang guru. Tapi disebabkan beberapa faktor, selepas 6 tahun bergelar pendidik, saya buat keputusan untuk berhenti kerja dan jadi surirumah. Adat orang yang biasa bekerja, dah biasa pegang duit sendiri, saya memang tak boleh kalau takde income.


Cukup je sekadar nak makan, cuma sebagai anak, kita nak berikan duit pada mak abah. Sebagai ibu, nak belikan mainan, beri anak makan sedap-sedap dan nak hantar anak-anak ke kelas swimming, taekwando dan memanah.


Sebagai isteri, rasa seronok dan bahagia kalau boleh belanja suami sesuatu barang atau makanan yang dia suka. Sebagai seorang wanita, mestilah kita nak cantik-cantik, nak beli baju yang smart, ada kehidupan yang high class. Sebagai seorang manusia yang berhutang, nak bayar semua hutang2 yang ada. Hutang belajar, hutang kereta. Betul tak?


Alhamdulillah masa tu Ee memang niat nak full time TWB. Alhamdulillah ala kulli haal. Lepas berhenti kerja pada akhir tahun 2017, banyak sangat yang Ee boleh buat dan beberapa impian dah tercapai dalam masa setahun ni 😍


Antaranya :


1. Belanja mak dan ayah untuk hadiah perkahwinan di resort 5 bintang! Di Royal Chulan Cherating. Memang best sangat. Masa hantar mak ayah ke sana, kita pun rasa nak tidur sekali 🤩

2. Baiki kereta, renew insurans. Semuanya menelan lebih daripada RM2000 sepanjang tahun 2018. Tak termasuk bayar kereta bulanan tau.

3. Berikan duit kat mak ayah sekurang-kurangnya RM150 sebulan. Jika rezeki lebih, lebih banyak boleh beri.

4. On the spot beli laptop baru bila tiba-tiba laptop lama rosak. Masa kerja dulu, kena kumpul duit dulu, baru boleh beli.

5. Selesaikan hutang PTPTN bernilai RM4000 lebih.


Syukur alhamdulillah. Surirumah boleh buat semua ni! Syukur pada Allah perkenalkan saya dengan TWB. Pendapatan RM5000 sebulan tak mustahil bagi seorang surirumah. Saya sendiri pernah dapat RM5600 hasil 6 penjuru pendapatan TWB. Setaraf dengan gaji engineer yang dah kerja 6 tahun. Alhamdulillah.

KENAPA BISNES MOBILE SPA NI IDEAL BAGI SURIRUMAH? 



Saya sangat suka nak katakan, bisnes mobile spa ni memang bisnes yang ideal bagi surirumah. Kenapa?


1. Sangat fleksibel. 


Masa dan tempat adalah persetujuan antara beautician dan pelanggan. Mana-mana pun boleh, ikut kesesuaian. Dekat rumah sendiri pun boleh. Itulah yang dinamakan home spa.


2. Tak perlu susah nak fikir sewa premis


Sebagai seorang surirumah, sudah tentu bajet kita pun tak tinggi untuk setup sebuah premis. Dengan bayaran sewa premis, nak lengkapkan premis dengan peralatan spa, bayaran pekerja. Ini semua memerlukan kos yang tinggi.

Dengan mobile spa, modal yang diperlukan sangat rendah. Lebih-lebih lagi mobile spa TWB yang dah sediakan segala kelengkapan dan peralatan asas kepada peserta kursus. Best kan?!


3. Suami bahagia & gembira


Suami mana tak bahagia bila balik rumah je, ada isteri sambut. Balik kerja penat-penat, makanan dah terhidang, rumah bersih, anak-anak melompat2 kegembiraan sambut ayah balik.

Dalam masa yang sama, isteri ada pendapatan sendiri. Isteri gembira, suami bahagia. 


4. Bersama-sama anak terutamanya pada usia emas mereka



Ramai penceramah kekeluargaan setuju bahawa anak-anak sangat perlukan perhatian pada usia emas mereka. Siapa mereka pada masa remaja dan dewasa adalah hasil didikan pada usia emas ini. 0 hingga 6 bulan.

Sebagai surirumah bekerjaya, insyaAllah kita boleh luangkan masa yang banyak bersama anak-anak dan pada masa yang sama, kita ada pendapatan kita sendiri.


Nak tengok apa kata surirumah #TWB yang lain? Jom kita tengok.




Dan ada banyak lagi yang anda boleh lihat di FB saya. Boleh klik link FB di bawah ye.


Mesti anda teruja kan?! 🤩 Cepat contact saya. Dan kita akan terus memecut laju ke angkasa🚀🚀



Shasratul Ameerah binti Kamaruddin 
0102888494 

Terima Kasih

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH