Pages -Menu for Ee Beauty Spa

14 October 2018

Perantauan 3 Hari Yang Sangat Bermakna

PERANTAUAN 3 HARI YANG SANGAT BERMAKNA




Sebenarnya, perjalanan ni bermula disebabkan oleh rasa teruja yang amat sangat untuk sertai Leadership Workshop anjuran LAT Family. Disebabkan jaraknya boleh tahan jauh (Kuantan - Selangor), suami agak berat hati nak lepaskan isterinya yang sedang mengandung ni pergi berdua je dengan anak kami, Ayra Zahra.


Kebetulan pada minggu yang sama, dia tak dapat nak temankan sebab ada tuntutan kerja. Nak tak nak, terpaksalah kami pergi berdua je. Pertama kali sebenarnya nak lepaskan isteri merantau dan bawa kereta seorang, untuk satu destinasi yang lebih 200km. Sebab tu la berat hati.


But we managed to do it! Yeay, alhamdulillah. Alhamdulillah berjaya yakinkan suami tercinta, dan berjaya buktikan juga, bila kita nak sesuatu, dan kita bergantung sepenuhnya pada Allah, Allah pasti mudahkan segala urusan kita. MashaAllah.


HARI PERTAMA (6 Oktober 2018)



shaklee kuantan, supervisor, cod kuantan,
Baiknya anak. Tidur je sepanjang perjalanan. Mudah bawa dia pergi jalan-jalan


Kami mula bertolak jam 1 tengahari. Dah selesai makan, kemas rumah, sediakan apa yang patut, kami terus bergerak ke Kajang. Alhamdulillah sampai jam 4.30 petang.


Bermula dengan sampai sana hari Sabtu, sampai-sampai je terus facialkan 2 orang di Kajang. Untungkan ada ilmu mobile spa ni? Pergi mana-mana je boleh dapat duit. Seronok 2 beranak dapat facial. Katanya dah lama tak pergi spa. Tak sempat. Itulah antara sebab wujudnya mobile spa tau. Untuk memudahkan pelanggan yang nak cantik. Tak keluar rumah pun, boleh rehatkan diri, rehatkan minda.


shaklee kuantan, supervisor, cod kuantan,
2 orang customer siap tidur
Dapat jumpa sekali sahabat dunia akhirat masa kerja kat SM imtiaz Ulul Albab Melaka dulu. Spending times, chatting like there's no tomorrow :)


shaklee kuantan, supervisor, cod kuantan,
Dengan Kak Nina :)

 Malam tu bertolak ke Bangi, untuk tidur rumah sahabat dunia akhirat sorang lagi SemaNNur. Siap request nak facial jugak. Thanks dear. Untung kan ada ilmu :) Dan akhirnya kami berjaya lelapkan mata jam 1.30 malam.



HARI KEDUA (7 Oktober 2018)




😘  Un



Ahad bertolak ke Ampang untuk Leadership Workshop di De'Palma Hotel, berdua dengan Ayra. Many thanks to my dearest daughter sebab jadi anak paling baik dan paling behave sepanjang ibu berprogram. Syukur sangat.

shaklee kuantan, supervisor, cod kuantan,
Team SouL

shaklee kuantan, supervisor, cod kuantan,
SouL di hati

shaklee kuantan, supervisor, cod kuantan,
Dengan Master Zahirah

shaklee kuantan, supervisor, cod kuantan,
Another team SouL

Leadership workshop yang sangat best, subhanAllah. Best sangat sampai selak2 menangis bila masuk kereta. Banyak sangat ilmu yang bermanfaat.


SubhanAllah. Banyak sangat ilmu. Yang penting, Ee dah tau mana kekuatan Ee, dan Ee akan cuba guna sebaik mungkin for me myself & my team, for my family, for everyone. Best sangat dapat ada dalam circle yang sangat positif dan jumpa adik beradik SouL.


Saya ada ceritakan dengan lebih details di post ini :)


Selesai program, malam tu gerak lagi ke Kajang untuk tidur di rumah sahabat dunia akhirat, anak Shaklee yabg sangat dedicated, sahabat baik till Jannah, AtifahMokhtar. Sampai je dah lewat malam. Jadi plan untuk coaching dibawa ke sebelah pagi esoknya.


HARI KETIGA (8 Oktober 2018)



Pagi-pagi lagi, masing-masing dah semangat bangun awal untuk coaching. Coaching yang santai, story heart-to-heart, sampai terlepas waktu health checkup free kat HQ Shaklee. Hasil coaching, alhamdulillah jalan untuk berjaya dalam spa Shaklee ni lebih terang lagi bersuluh. Mudah je sebenarnya. Yang penting ada ilmu, dan ada formula penting yang perlu ada untuk berjaya.


😜


Formula untuk berjaya ni kami ringkaskan sebagai MASTER.

M : Mentor
A : Action
S : Skills
T : Target
E : Execute
R : Results


Saya percaya satu benda. Bila Allah gerakkan hati untuk kita buat sesuatu, dan Allah mudahkan jalan tu bila kita dah nekad, tunggu je la rahmat dan kasih sayang Allah.

shaklee kuantan, supervisor, cod kuantan,
Coaching dengan Master Athirah

shaklee kuantan, supervisor, cod kuantan,
Dengan anak spa Shaklee yang dedicated!

Tengahari gerak ke HQ Shaklee di Sunway, alhamdulillah diberi peluang sekali lagi jumpa Master AthirahTieramiessyou, coaching lagi. Dapat makan burger King free. Alhamdulillah. Hehe. Sempat beli supplements for my customer ðŸ˜˜


shaklee kuantan, supervisor, cod kuantan,
Bila mak-mak bawa anak-anak jalan

Setelkan solat, makan semua. Bertolak dari Sunway jam 5 petang, sampai kat tol Gombak jam 7 petang. Now I know, why my husband mati2 tak nak kerja kat KL. Jalan sangat jem.😂

Alhamdulillah 9.15 malam sampai di Kuantan. Syukur sangat. Suami pun sambut dengan senyuman selebar langit. Lega agaknya tengok wajah ceria isteri & anaknya ni.


Finally 



Sampai juga di rumah. Long road trip, yet it's really a wonderful trip. It's actually a breakthrough for me for driving alone with my daughter yet I'm pregnant. It's almost 600km, driving here and there.

Atasi rasa takut, terus gerak dan terus redah je untuk majukan diri. Cabar diri. Throw out yourself from your comfort zone. Or u'll never have things new you achieve in your life. Live life to the fullest💪

Terima Kasih

1 comment:

Bithumb Suport Number said...

Are you encountering errors while sending cryptocurrency to another wallet in Bithumb? Just remove all your queries and problems in a jiffy by attaining the quality solutions from the experts who have all the full-fledged information about the Bithumb. All you have to do is dial Bithumb Support Number at 1-888-764-0492 which is always approachable to guide the users. Stop worrying about the problems anymore and grab the accurate solution from the team. Visit website:-http://www.cryptophonesupport.com/exchange/bithumb

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH