Pages -Menu for Ee Beauty Spa

21 September 2019

Kenapa Orang Muda Kena Mulakan Bisnes Dari Awal

Selamat pagi semua! Alhamdulilah tadi saya dah siap praktis untuk acara larian 3 minggu lagi. Sempat la lari  1.5km dalam masa 19 minit. Terpaksa berhenti sebab rasa nak pitam. Baru teringat tak sarapan lagi. Fuh! Haha.


Harini saya luangkan masa awal sikit untuk kongsikan dengan anak muda, kenapa anda perlu berbisnes dan kenapa kena mulakan sekarang.




Kenapa anak muda perlu berbisnes? 



1. Rasulullah S.A.W sendiri mula berniaga pada usia awal 20-an. Melalui perniagaan, secara tak langsung, ia mematangkan fikiran, melahirkan anak muda yang berani dan tawakal yang tinggi kepada Allah.


2. Tingkatkan taraf ekonomi diri dan keluarga.


3. Boleh lakukan apa yang kita minati, pengurusan masa sendiri dan menjadi bos kepada diri sendiri.






4. Zaman sekarang tak sama macam zaman dahulu. Pekerjaan zaman dahulu mudah didapati. Zaman sekarang, graduan banyak menganggur. Oleh itu, anak muda perlu mula mencari alternatif lain untuk mendapat pendapatan. Dan cara paling mudah adalah berbisnes.


Kenapa orang muda kena mulakan bisnes daripada awal? 




1. Sementara kedua ibu bapa masih lagi ada.




Benar. Bila lagi kita nak berbakti pada kedua-dua mereka. Masa yang kita ada di dunia ni sangat suntuk. Jika bukan mereka, mungkin kita yang pergi dulu.


Ibu bapa mungkin tak pernah minta apa-apa daripada kita. Mungkin bila kita tanya pun, jawapan mereka 'Cukuplah kamu jaga solat.'


Ibu bapa ni simple sangat. Mereka hanya nak yang terbaik untuk kita. Apa kata kita pula berikan yang terbaik untuk mereka?


Walaupun mereka tak pernah minta, cuba hadiahkan sesuatu pada mereka. Mungkin sesuatu yang menjadi impian mereka selama ini? Mungkin dua tiket pergi umrah dengan pakej terbaik?


Mereka pasti teruja dan gembira! Sebaknya rasa. Anak aku hadiahkan hadih paling bermakna buat aku. Pada masa ni, apa juga doa yang mereka panjatkan untuk kita, pasti makbul. InsyaAllah.


2. Kurang komitmen masa muda


Kebiasaannya anak muda masih kurang komitmen. Percayalah, bila anda semakin berumur, komitmen akan bertambah seiring dengan keadaan semasa. Berkahwin, mula ada anak, anak nak sekolah.


Memulakan bisnes pada waktu anda telah banyak komitmen adalah ok. Cuma realitinya, sesuatu bisnes mengambil masa untuk mula stabil. Jika anda mulakan awal, maka anda telah bersedia untuk menghadapi komitmen yang bakal bertambah.




3. Dapat kumpul pengalaman


Pengalaman akan mematangkan anda. Menjebakkan diri dalam bisnes pada usia muda akan memberikan anda banyak pengalaman berharga yang akan membantu anda kembangkan diri.


Pengalaman dalam bisnes akan membantu anda kenal lebih ramai orang dan bersemuka dengan pelbagai ragam manusia. Hal ini kan membuatkan anda berfikiran lebih kritis dan kreatif dalam menyelesaikan apa sahaja masalh yang timbul.


4. Kewangan yang stabil


Bisnes akan memperbaiki taraf kewangan semasa anda. Anak muda berpotensi memiliki kewangan yang stabil dengan cepat jika anda pandai menguruskan kewangan.


Disebabkan anak muda mempunyai masa luang yang sangat banyak, anda mempunyai peluang untuk menghadiri pelbagai kelaa pengurusan kewangan.


5. Kos yang rendah


Zaman ini, pelbagai teknik marketing yang menggunakan kaedah online dan zero cost marketing. Anda juga mempunyai pelbagai pilihan bisnes yang menawarkan permulaan kos yang rendah.


BISNES SHAKLEE UNTUK ANAK MUDA




Mengapa bisnes Shaklee?


Bisnes Shaklee menawarkan kos permulaan yang sangat rendah iaitu RM65 sahaja!


Jika anda wanita dan inginkan skill spa, maka TWB tersedia untuk anda.


Jika anda ingin lebih sihat, cantik dan fit serta ingin menjadi coach detox, anda boleh join program Jom Detox Jutawan.


Pendek kata, #TeamJutawan menyediakan 3 cara untuk anda sertai pasukan kami.


Kenapa sertai Team Jutawan?



Anda boleh baca di sini kenapa anda sangat beruntung jika sertai kami di team Jutawan. 



Anda dah tak sabar nak mulakan? Terus whatsapp saya di link whatsapp di bawah๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡


Shasratul Ameerah (Ee)
Whatsapp : 0102888494
FB : Ee Kamaruddin
FB Page : Mobile Spa Shaklee Kuantan
Telegram Channel (free) : t.me/projekbuatduitTWB

Terima Kasih

No comments:

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH