Pages -Menu for Ee Beauty Spa

22 March 2019

Kursus Mobile Spa : Kisah 5 Wanita Yang Berpendapatan 4-5 Angka Hasil TWB

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, hari ni saya sangat gembira nak kongsikan kisah-kisah wanita yang berjaya mendapat pendapatan 4 hingga 5 angka hasil daripada bisnes spa Shaklee TWB.




Ada ramai proven results sebenarnya. Tapi saya pilih 5 sahaja dulu untuk saya kongsikan dengan anda semua. Mesti tak sabar kan nak tahu? Check this out!

5 Wanita Yang Berjaya Raih Pendapatan 4 Hingga 5 Angka Bersama TWB.



1. Cik Nur Hadhirah a.k.a sepupu saya. 




Saya sangat suka semangat dan ketekunan Hadhirah ni. Berumur 26 tahun, bujang dan bekerja sebagai fisioterapis tak membuatkan dia rasa selesa dengan kehidupan sekarang.

Hakikatnya, terlalu banyak dan besar impian yang nak dicapai. Oleh sebab itu, dia berusaha sehabis baik untuk dapatkan pendapatan 4 angka hasil daripada TWB sahaja! 

Setelah hampir 2 tahun bersama TWB, Hadhirah mempunyai simpanan sebanyak hampir RM20k! Menakjubkan kan?



2. Puan Azura Yusop



Puan Azura ni adalah seorang guru sekolah khas. Tahu je la pelajar sekolah khas macamana. Memang penat sangat guru-gurunya nak didik mereka.

Namun, kata Cikgu Azura, cikgu bukan jutawan tau. Dia bermula dengan TWB pun sebab nak keluar daripada kesesakan kewangan. Tak nak la berterusan sesak bila nak hujung bulan.

Bila nak sebut mengenai cabaran, cikgu Azura ni terpaksa tempuh banyak dugaan. Awal-awal buat spa, teruk dihina bila ada orang kata muka tak cantik tapi ada hati nak buat spa. Masa tu muka cikgu Azura ni memang ada masalah sikit.

Haa nah. Sekarang muka cikgu Azura dah tak macam dulu. Penangan Shaklee tau. Orang yang hina dia dulu pun dah senyap. Nak berjaya memang tak mudah. Tapi buat apa peduli apa orang nak kata? Bak kata cikgu Azura, "Ada aku kesah?"

Hasil tak kesahnya cikgu Azura tu, cikgu Azura berjaya sponsor mak dan ayah dia pergi unrah dengan kos RM20k tau! SubhanAllah. Best kan bila boleh belanja orang tersayang sesuatu yang menjadi impuan semua orang? ☺️

Minimum sebulan hasil pendapatan TWB adalah RM1000 sebulan. Ni buat hujung minggu sahaja. Bayangkan kalau buat sepenuh masa. 

Jom baca karangan Cikgu Azura ni.











3. Puan Wan Nur Hidayah



Hidayah ni adalah kenalan saya masa kerja sebagai guru satu ketika dahulu. Hidayah mula join spa kerana nak cari satu seimber pendapatan yang boleh bantu dia dan keluarga semasa di Mesir. 

Sebulan sebelum balik Mesir, Hidayah whatsapp saya untuk join TWB. Masa tu soalan Hidayah, "Betul ke ni boleh balik modal Rm1999 dengan cepat? Sempat tak sebelum saya balik Mesir?"

Jawapan saya "Sempat. Asalkan awak ikut apa yang diajar dan awak kena betul2 yakin dengan rezeki yang Allah bagi"

SubhanAllah. 18 hari je! Dalam masa 18 hari dia berjaya balik modal. Duit yang dipinjam daripada ayahanda tercinta daoat dilangsaikan sebelum dia balik ke Mesir. Siap ada duit lebih lagi. Boleh buat duit poket nak balik. 



Dan dia juga kongsikan. Alhamdulillah, hasil duit spa 4 angka setiap bulan, dia berjaya

✔ Bayar pinjaman belajar
✔ Bagi duit kat mak ayah 
✔ Dapat reward untuk diri sndri
✔ Dapat belanja suami, anak2 dan kawan2
✔ Dapat taja tudung untuk team netball pahang. 
✔ Dapat sedekah dan tolong orang-orang yang memerlukan

Pendapatan sebulan tak kurang daripada RM1000 untuk spa sahaja. Tak termasuk bonus Shaklee.


4. Cik Nurul Shakirah



Shakirah bermula dengan mobile spa TWB secara part time. Masa tu dia bekerja sebagai kerani.

Tapi disebabkan keadaan ibu yang semakin tua dengan keadaan lutut yang sakit dan akan dibedah pada bulan Mei 2019 ni. Keadaan adiknya yang berusia 24 tahun, OKU sejak daripada kecil. Dan ayahnya yang sangat teringin untuk tunaikan umrah.

Semua ni merupakan asbab kenapa dia memilih untuk meletak jawatan sebagai kerani dan mulakan bisnes mobile spa TWB sepenuh masa. 

Alhamdulillah sekarang, dia dapat buat apa yang dia tak dapat buat dulu. Dia sentiasa ada di sisi ahli keluarga yang perlukannya. 

Kalau dulu masa kerja kerani, nak dapat RM2k sebulan pun menangis buat OT, sekarang nak dapat RM5k sebulan melalui bisnes mobile spa TWB sangat mudah.

Paling lama pun luangkan masa 5 jam je sehari. Dua hingga tiga jam sudah memadai, katanya.







5. Puan Rosilah



Seorang ibu kepada 2 orang cahaya mata berumur 3 dan 4 tahun. Sekarang menetap di Sabah.

Puan Rosilah mula join TWB asbab keadaan kewangan yang tenat. Masa mula-mula nak join, memang tiada modal.

Setiap malam berfikir mana nak cari modal RM1999. 5 bulan Puan Rosilah berfikir mengenai modal. Cuba sedaya upaya korek mana yang ada.

Alhamdulillah, Puan Rosilah berjaya buktikan, walaupun menetap di Sabah, di kawasan pedalaman, Puan Rosilah berjaya buktikan, dalam masa 2 bulan, beliau berjaya pulang modal dan mendapat RM2980!

Modal yang dikeluarkan sekali, untungnya berkali ganda. Walaupun modal dah dapat balik, namun produk yang digunakan untuk spa masih banyak lagi. Sangat jimat.




***


Bagaimana? Mereka dah ambil langkah mereka. Anda pula bagaimana? 

Apa yang saya boleh katakan, penyertaan anda dalam kursus mobile spa TWB adalah sangat menguntungkan. Risiko kerugian hanya akan berlaku andai anda tidak menjalankan spa. 


Yelah. Kami dah ajar, dah guide, dah berikan semua barang yang diperlukan. Anda cuma perlu buat je. Anda buat, anda dapat. Anda ikut cakap mentor, infiniti pendapatan anda boleh dapat.


Terdetik untuk join TWB? Boleh hubungi saya. Saya akan terangkan dengan lebih terperinci. 




Salam sayang daripada saya ❤️

Shasratul Ameerah binti Kamaruddin 
ID Nombor : 1095681
0102888494 
Leader in Shaklee Business 
Trainer for TWB

Terima Kasih

19 March 2019

Kursus Mobile Spa : 9 Sebab Kenapa Bisnes Mobile Spa Satu Pelaburan Yang Bijak

Assalamualaikum dan selamat pagi ☺️

Disebabkan bisnes mobile spa ni semakin trending, mesti ramai yang tertanya-tanya. "Berbaloi ke nak mulakan bisnes mobile spa ni?"

Di luar sana, ada banyak sangat kursus spa yang ditawarkan. Cuma kita kena bijak memilih. Untuk pastikan ia berbaloi atau tidak, kita perlu lihat daripada segenap sudut.

Harga yang ditawarkan, kursus yang diajar, apa yang diberikan. Banyak faktor. Bagi saya sendiri, sudah tentu pilihan saya adalah TWB. Kenapa saya pilih TWB?

Jom baca entri saya disini. Cuba lihat apa yang TWB tawarkan. Best sangat!




Jom saya kongsikan dapatan daripada pengalaman saya sendiri setelah hampir 4 tahun menceburi bidang bisnes mobile spa ni dan juga dapatan-dapatan daripada mereka yang buat bisnes ni. Kami memang sepakat, bisnes mobile spa ni memang merupakan satu pelaburan yang bijak! Check this out.

9 Sebab Kenapa Bisnes Mobile Spa TWB Satu Pelaburan Yang Bijak


Ada 9 sebab kenapa saya katakan bisnes mobile spa TWB ni merupakan satu pelaburan yang bijak. 


1. Risiko yang rendah.


Untuk mulakan sesuatu perniagaan, kita perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan risiko yang ada.

Bisnes mobile spa tidak perlukan satu premis khas, tidak perlu sampai buat loan di bank untuk join kursus dan memulakan perniagaan. Oleh sebab itu, risiko dapat dikurangkan.


2. Pulangan modal yang lumayan


Pulangan modal bagi bisnes mobile spa adalah sangat lumayan. Hasil servis kita adalah 100% hak milik kita. Tak perlu potong untuk bayar sewa kedai, tak perlu bayar gaji pekerja.

Ini merupakan salah satu contoh daripada anak didik saya yang berjaya mendapat pulangan modal (malah lebih) dalam masa hanya 18 hari. 


Salah seorang beautician TWB

Respon beautician lain semasa sesi perkongsian. Kami saling support each other. 

Sesi perkongsian. 

Seorang lagi beautician yang berjaya mendapat RM2027 hanya dalam masa 12 hari! 

3. Unlimited income


Mobile spa TWB menawarkan pendapatan daripada 6 penjuru. Walaupun anda tidak mampu melakukan bisnes spa kerana ada kekangan (contohnya berpantang), anda masih mampu dapat income daripada 5 lagi penjuru yang lain. 

Pendapatan yang anda dapat bergantung kepada tahap kerajinan, ketekunan dan minda high class anda. Lagi tinggi minda high class anda, lagi banyak pendapatan yang anda peroleh. 

Hasil 1 daripada penjuru income. 

Hasil daripada 2 lagi penjuru income 

4. Bisnes yang mudah dan fleksibel


Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa, di mana jua. Tidak hairanlah jika ramai wanita bekerjaya yang memilih mobile spa TWB sebagai kerjaya part time.

Anda boleh baca dengan lebih detail pada entri saya disini

Sesiapa sahaja, pada bila-bila masa, di mana sahaja. 

5. Guideline dan coaching berterusan


Kami berikan guideline bagaimana untuk memulakan servis pertama anda daripada kosong. Dan kami akan teruskan coaching anda supaya anda tidak terkontang kanting apabila ada masalah atau kekangan. 

6. Kerja berkumpulan (teamwork) tapi pendapatan hak milik masing-masing


Kami bekerja di dalam satu kumpulan. Kami percaya, kerja berkumpulan itu jauh lebih baik daripada kerja berseorangan. 

If you want to go fast, go ALONE. 
If you want to go far, go TOGETHER. 

Namun, hasil pendapatan anda daripada
servis spa tidak sama sekali dibahagikan sesama kumpulan atau sesiapa sahaja. Ia adalah hak milik anda sendiri.

Sebahagian daripada team TWB

7. Belajar 5 kursus dengan modal permulaan yang rendah


Istimewanya TWB, dengan harga tidak sampai RM2000, kami tawarkan kepada anda 5 kursus spa iaitu

  • Facial & Face Massage Treatment
  • Herb Sauna
  • Body Scrub & Urut Lulur
  • Aroma Milk Bath
  • Foot & Hand Spa

Di samping itu, kami sediakan juga segala bahan dan kelengkapan asas spa untuk anda. Pendek kata, bila anda balik je daripada kursus, terus boleh mulakan servis anda. Dan ia sangat-sangat berbaloi!




8. Sentiasa ada demand


Mobile spa sentiasa ada demand. Wanita tidak pernah lari daripada kecantikan. Namun, disebabkan kekangan waktu, ramai wanita lebih suka menggunakan khidmat mobile spa untuk cantikkan diri. Call je, terus sampai depan pintu. 


Pengalaman beautician TWB juga, walaupun dia tinggal di kawasan luar bandar, demand tetap sentiasa ada.

9. Sesuai untuk wanita pelbagai usia


Disebabkan ianya mudah dan menyeronokkan, bisnes mobile spa menjadi pilihan ramai wanita muda dan beberapa wanita yang telah pencen! Menarik kan?


NAK SERTAI KURSUS TWB? 



Haa macamana? Berbaloi kan? Anda yang sedang tercari-cari nak buat bisnes apa tu, anda perlu cuba bisnes mobile spa ni. Serius anda takkan menyesal.

Sekali anda cuba, anda akan terus jatuh cinta. Percayalah. 

Untuk menyertai kursus spa TWB, anda boleh hubungi saya. Tekan je link whatsapp di bawah. Selamat membuat keputusan yang bijak! ☺️

Shasratul Ameerah binti Kamaruddin 
ID NO : 1095681

Terima Kasih

15 March 2019

Kursus Mobile Spa : Mobile Spa Bantu Wanita Jana Pendapatan

Mobile spa, mobile spa. Selalu sangat orang sebut pasal mobile spa sekarang. Tapi mobile spa tu apa? Spa dalam kereta ke? Itulah yang saya fikir masa first time dengar perkataan mobile spa😂


Bukan. Mobile spa ni dalam bahasa melayunya spa bergerak. Dalam kata lain, beautician spa akan bergerak ke rumah pelanggan untuk buat servis spa.


Mobile spa ni menjadi salah satu pilihan pekerjaan wanita pada masa kini tau. Bukan sahaja mudah, tapi seronok. Dan income melalui spa ni juga alhamdulillah, sangat lumayan.


Kami di TWB telah kumpulkan pelbagai testimoni dan feedback daripada Alumni kursus spa Shaklee TWB. Ternyata pelbagai reaksi dan feedback yang kami dapat.


MOBILE SPA BANTU WANITA JANA PENDAPATAN



Di sini saya kumpulkan beberapa feedback daripada Alumni TWB ❤️


RM1600 je daripada pendapatan spa. Tak termasuk 5 pendapatan TWB yang lain.

Apabila bekas pekerja kilang buat spa. Sekarang fulltime buat spa TWB.

TWB memberi peluang untuk dapatkan pendapatan lebih daripada 1 penjuru sahaja. 

Surirumah yang ada anak kecil pun tiada masalah. Ada 5 lagi income yang menanti.

5 jam je boleh dapat RM260. The power of marketing.

Masa lunch hour pun ada yang nak facial.

Bila cikgu buat mobile spa. Cikgu-cikgu yang lain semua rebut peluang.

Masa fleksibel. Boleh buat servis bila-bila masa sahaja. 


SIAPA GOLONGAN YANG TWB DAH BANTU? 


Dah lebih daripada 600 wanita yang TWB dah bantu. Ramai yang dah berjaya dapat 4 angka pendapatan sebulan malah ada yang berjaya dapat 5 angka! 

Ini adalah pendapatan bersih tanpa perlu menolak kos sewa kedai ataupun gajikan pekerja. Nampak seperti kerjaya biasa namun hasilnya sangat lumayan. 

Antara golongan wanita yang TWB dah bantu termasuklah, 

1. Ibu tunggal yang perlu menanggung hidup sendiri dan anak. Malah ada ibu tunggal yang ditinggalkan suami secara tiba-tiba, dengan drastik dan dia bangkit dengan TWB. 

2. Wanita bekerja yang nak cari wang sampingan untuk menampung hidup yang semakin mencabar. Lebih-lebih lagi pada tahun 2019, di mana keadaan kewangan masih tidak stabil. 

3. Surirumah yang inginkan pendapatan sendiri atau ingin membantu suami. In fact, ada surirumah yang diuji apabila suaminya tidak menerima gaji selama 3 bulan. Dan dengan hasil pendapatan daripada TWB, dia mampu menanggung keperluan keluarga sepanjang suaminya diuji. 

4. Pelajar universiti dan kolej yang ingin mencari duit sampingan di samping mempunyai skill yang sangat membantu pada bila-bila masa. 

5. Wanita yang sudah berpencen untuk memenuhi masa lapang di samping merebut peluang untuk ke luar negara secara percuma. 

6. Wanita bekerjaya yang mempunyai impian untuk menjadi surirumah bekerjaya. TWB mampu merealisasikan impian itu dan saya merupakan salah seorang daripadanya.

7. Wanita yang nak capai beribu impian besar, bebas kewangan, bebas masa, dan nebas melakukan apa sahaja yang diimpikan. Tanpa mengira bila dan dimana. 


Jadi anda bagaimana? Nak jadi salah seorang daripada kami? Hubungi saya sekarang.


Shasratul Ameerah binti Kamaruddin 
0102888494 
ID no : 1095681
Leader in Shaklee Business 
Trainer for TWB

Terima Kasih

12 March 2019

Kursus Mobile Spa : Apa Nilai Yang Saya Dapat Melalui TWB?

TAMBAH NILAI MELALUI TWB


Sejak 2015 saya join TWB, macam-macam perasaan dan perkara yang berlaku. Ada waktu gembira, ada sedih. Pelbagai ranjau kami dah tempuh sepanjang hampir 4 tahun bersama TWB.

Dan semua ni membuatkan saya semakin sayang dengan TWB. Dalam hidup saya sendiri, TWB banyak tambah nilai dalam hidup saya. Satu demi satu impian tercapai.


APA YANG MEMBUATKAN SAYA JOIN TWB? 


Saya memang peminat spa sejak azali. Saya suka belaian dan ketenangan bila berspa. Pada saya, spa ni tempat kita relax, di samping ada orang tolong urut dan cantikkan diri kita. 


Tapi tak pernah pula terlintas di fikiran untuk ada spa di bawah nama sendiri. (Ee Beauty Spa)


Namun, kekangan kewangan pada masa itu menyebabkan saya tertarik untuk bina spa saya sendiri. Asbab ingin tinggal bersama-sama suami, saya terpaksa berhenti kerja dengan gaji RM3000 sebulan dan berpindah ke Kuantan, bekerja dengan gaji RM1200 sebulan. Satu perbezaan yang ketara bagi saya memandangkan saya mempunyai kereta sendiri dengan komitmen RM512 sebulan.


Itu merupakan pilihan saya sendiri. Dan saya gembira dengan pilihan yang saya buat. Namun, sudah tentu saya tak boleh berdiam diri sahaja. Saya perlu buat sesuatu. Dan pada waktu itulah, spa Shaklee TWB datang kepada saya. 



4 TAHUN BERSAMA TWB


4 tahun bukanlah waktu yang singkat. Banyak turun naik yang kami dah lalui. Pernah juga TWB terhenti seketika, namun kami masih teruskan spa masing-masing. Itulah pentingnya ada skill. 


Permulaan saya join TWB, pada waktu tu, yurannya RM750. Dan alhamdulillah. Syukur yang amat sangat, dalam masa sebulan je, saya berjaya dapat RM1200 hasil spa. Seronok kan ada duit lebih sebanyak ni?


Dalam TWB ni, kita sentiasa ada progress. Untuk jadi lebih baik. Saya bermula dengan beautician untuk spa sendiri. Tak lama selepas itu, saya menjadi trainer TWB. Dan sekarang, saya seorang leader dalam bisnes spa Shaklee ni. 



Seronoknya bila buat spa Shaklee TWB ni, kita bukan sahaja bantu diri kita. Malah kita bantu orang lain juga. TWB dah bantu ramai

1) Ibu2 tunggal menyara kehidupan untuk anak2 terutamanya

2) surirumah yang nak ada pendapatan sendiri

3) pelajar2 ipta yang nak ada skill dan dalam masa yang sama boleh tampung yuran pengajian

4) wanita bekerja yang mencari pendapatan sampingan

5) anak2 muda yang nak kumpul duit untuk sambung belajar atau kahwin. Graduan yang masih belum dapat apa2 pekerjaan.

6) ibu bekerja yang berniat untuk jadi surirumah bekerjaya (saya la tu 😁. Alhamdulillah dah tercapai)


Dan alhamdulillah. Saya pun dah berjaya berhenti kerja dan jadikan spa Shaklee TWB ni sebagai kerjaya utama saya. Mudah sangat. Bekerja dari rumah sahaja. Dan keluar bila pelanggan nak mobile spa.



INCOME DENGAN TWB


Alhamdulillah, income saya sebulan dengan TWB adalah 4 angka. Dan insyaAllah akan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Aamin. 


Secara kasarnya saya boleh ceritakan, spa Shaklee TWB menyediakan 6 penjuru pendapatan. 

1. Servis spa : 3 - 4 angka sebulan bergantung kepada kerajinan dan kemampuan. 

2. Bonus Shaklee : 3 - infiniti. Wow! Yang ni saya akan bantu anda untuk faham dengan lebih mendalam. Banyak sangat kelebihan yang Shaklee dah sediakan untuk kita semua. 

3. Untung runcit Shaklee : 2-4 angka bergantung kepada hasil jualan kita. 


Selebihnya, 3 lagi penjuru pendapatan tak dapat saya nyatakan disini kerana ia adalah rahsia terbesar spa Shaklee TWB. Yang pastinya, setiap satu penjuru memberikan anda pendapatan 2-4 angka. 


Banyak kan? Ada caranya. Saya akan ceritakan secara detail semasa anda menjalani training kursus mobile spa TWB dengan saya insyaAllah ☺️




Dan insyaAllah kami akan pergi trip ke Swiss atau Korea PERCUMA je tahun depan. Siapa yang nak pergi juga, jom daftar sekarang ❤️

Untuk mengetahui pakej kursus spa semasa, boleh tekan link ini. 


Shasratul Ameerah binti Kamaruddin 
0102888494 
ID Shaklee : 1095681
Leader in Shaklee Business 
Trainer for TWB 


Terima Kasih

10 March 2019

Vitamin Untuk Wanita Hebat : PROMOSI SHAKLEE MAC 2019

Assalamualaikum wanita hebat. Selamat hari wanita buat semua wanita hebat di luar sana.

Promosi, promo, ee shaklee, twb, promosi mac, wonder women, cantik, sihat, wanita hebat

VITAMIN UNTUK WANITA HEBAT



Sebagai wanita hebat, kita haruslah sentiasa jaga kesihatan diri sendiri supaya kekal cergas, cantik dan menawan.


Oleh sebab itulah, promosi Shaklee pada bulan ni berfokus kepada vitamin-vitamin untuk wanita. Ada 3 vitamin yang menjadi pilihan Shaklee pada bulan ini.


1. Vita-Lea Iron Formula
2. GLA Complex
3. OsteMatrix


1. Vita-Lea Iron Formula


Vitalea ni merupakan multivitamin. Ia diformulasi khas untuk menyokong keperluan khusus lelaki dan wanita. Bererti ia diperlukan oleh sesiapa sahaja orang dewasa terutamanya mereka yang tidak mendapat keperluan nutrisi yang mencukupi, mempunyai gaya hidup yang kurang atau tidak sihat.


Setiap hidangan Vitalea memberikan 28 jenis vitamin penting dan mineral kritikal yang badan perlukan. Termasuklah vitamin C dan beta karotena untuk perlindungan antioksidan.


Satu perkara yang menarik mengenai Vitalea adalah, ia merupakan MULTIVITAMIN PERTAMA di USA tau! Dan ia adalah 103 tahun yang lalu. Wow! Terbaik kan?


Berikut merupakan beberapa manfaat Vitalea kepada kita.


Promosi, promo, ee shaklee, twb, promosi mac, wonder women, cantik, sihat, wanita hebat, vitalea


2. GLA Complex



GLA Complex ni pula diformulasi khas untuk membantu wanita mengekalkan kesihatan secara menyeluruh terutamanya melibatkan kitaran haid bulanan.


GLA Complex dihasilkan daripada minyak borage yang mengandungi GLA berkepekatan tinggi, antara 17% sehingga 25%, tulen dan semulajadi. Ia juga dalam bentuk yang mudah diserap. 


GLA Complex diformulasi khas dengan gabungan GLA (asid lemak Omega-6), minyak biji bunga matahari dan vitamin E untuk kekalkan kesejahteraan dan kesihatan kulit.


GLA Complex mengandungi pelbagai kebaikan. Berikut merupakan sebahagian daripada kebaikan GLA Complex.

Promosi, promo, ee shaklee, twb, promosi mac, wonder women, cantik, sihat, wanita hebat, gla complex


3. Ostematrix



Ostematrix diformulasi khas dengan campuran 7 nutrien penting, termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zink, kuprum, mangan dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang. Tak pelik la kenapa Ostematrix ni menjadi pilihan utama ramai wanita. 


Ostematrix boleh membantu anda untuk mengatasi masalah-masalah berikut.


Promosi, promo, ee shaklee, twb, promosi mac, wonder women, cantik, sihat, wanita hebat, ostematrix


PROMOSI SHAKLEE MAC 2019


Apa yang ditawarkan oleh Shaklee pada bulan ini? 


Dengan pembelian set berikut, dapat e voucher RM30 

🌷Beli 5 botol OSTEMATRIX
🌷Beli 4 botol VITA-LEA IRON PLUS
🌷Beli 4 botol GLA COMPLEX


Promosi, promo, ee shaklee, twb, promosi mac, wonder women, cantik, sihat, wanita hebat

Promosi, promo, ee shaklee, twb, promosi mac, wonder women, cantik, sihat, wanita hebat

Promosi, promo, ee shaklee, twb, promosi mac, wonder women, cantik, sihat, wanita hebat


Manakala, pembelian set berikut, dapat e voucher RM50

🌷EYE TREATMENT + SERUM YOUTH
🌷EYE TREATMENT + RADIANCE C&E YOUTH


Promosi, promo, ee shaklee, twb, promosi mac, wonder women, cantik, sihat, wanita hebat


Menariknya, e-voucher ni korang boleh claim dalam pembelian seterusnya ☺️ Nak lagi untung, jom daftar ahli terus. Dan saya akan guide anda untuk berjaya dalam bisnes ni. InsyaAllah.


Untuk pertanyaan mahupun pembelian, boleh hubungi

Shasratul Ameerah binti Kamaruddin 
0102888494 
ID Shaklee : 1095681
Leader in Shaklee Business 
Trainer for TWB

Terima Kasih

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH