Pages -Menu for Ee Beauty Spa

14 October 2019

Saya berjaya turunkan berat sebanyak 4.4kg dalam masa 13 sahaja!

Assalamualaikum. Hai korang! 😊



Kronologi



Wah tak sabar ni nak kongsikan dengan anda semua pasal ni. Syukur sangat. Lepas Ee bersalin bulan Januari yang lalu, dalam masa pantang tu alhamdulillah turun 12 kg. Daripada 78kg menjadi 66kg.


Tapi masih jauh sebenarnya jika nak capai BMI yang normal. Yela tinggi pun malu-malu je. 152cm je πŸ˜„


Jadi Ee pun mencari cara macamana nak dapatkan balik BMI normal. Dah cuba diet, tak menjadi. Dah tambah senaman, pun masih di situ. Menyusukan anak? Ye, memang itulah rutinnya.


Jadi Ee dah mula tahu. Ok. Ini dah masuk fasa plateau. Apa tu plateau? Plateau ni adalah keadaan di mana ia tiada perubahan dalam aktiviti ataupun apa sahaja yang kita sedang buat. Dalam kes ni, nak kurus la kan.


Jadi saya kaji la macamana cara nak kuruskan badan dengan sihat. Dan cepat. Haha.


Ada beberapa cara yang saya jumpa. Detox, eat clean, suku-suku separuh, intermittent fasting. Semua saya kaji. Dan ternyata yang paling menarik bagi saya adalah detox.


Kenapa detox? Sebab ia bukan sahaja selesaikan masalah berat badan saya. Malah ia juga bantu selesaikan masalah hormon saya. Kebetulan masa tu period tak stabil dan tak tetap.


Dan banyak lagi kelebihan detox yang saya dah kongsi di sini > Detox selesaikan banyak masalah kesihatan.


Jadi saya pun mulakan pengembaraan detox Shaklee saya selama 17 hari. Ia sememangnya 17 hari yang sangat amazing!


Apa yang saya dapat dalam program Jom Detox Jutawan?



1. Coaching selama 17 hari. 


Kita akan dimasukkan dalam satu kumpulan. Ada beberapa orang coach dalam tu dan kita di bawah pantauan seorang coach yang telah ditetapkan.


Program berlangsung selama 17 hari. Dalam masa 17 hari ni, pelbagai ilmu kita boleh dapat. Dan kita kena update juga berat kita setiap hari. 


2. Meal plan disediakan.


Meal plan ni serius gempak! Ia dibuat oleh doktor-doktor nutrisi yang Shaklee upah untuk buat menu khas detox. Memang power.


Meal plan yang digunakan ni sangat terbukti mampu memberikan kesan dan keputusan yang sangat baik. Siapa ikut, wajib kurus. Begitulah.


Oh ye. Ada juga meal plan yang diubahsuai untuk mereka yang nak tambah berat badan. Wow! Dua-dua boleh.


3. Grocery list pun disediakan! 


Best uii. Tak perlu serabut otak nak fikir barang apa nak beli. Dah siap sedia ada dah. Cuma perlu ikut je.




Ni antara peserta yang kongsikan gambar sebelum start detox. Best tengok pelbagai warna ada 😍


4. Coach berpengalaman


Coach yang diambil ni bukan sebarangan orang tau. Mereka sendiri dah melalui program detox ni beberapa kali sehingga mereka dapat berat yang mereka inginkan. 




Barisan coach. Mereka ni semua terdiri daripada mereka yang dah pakar dalam detox. Mereka buat, mereka guide. Dan kita sama-sama dapat manfaat. 


5. Pelbagai resepi yang best! 


Haa ni best. Benda ni membuatkan korang rasa, "Eh tak sangka detox pun boleh makan best-best".


Cuba tengok ni. Ni semua resepi detox kami tau. Jangan terkejut. Hehe. 







Tengok ni je pun lapar 🀣 Yang bestnya, coach pun ada share resepi-resepi yang sangat mudah nak buat. 



So, apa keputusan yang Ee dapat lepas join program Jom Detox Jutawan? 



Banyak! Kita senaraikan sikit la ye. 


1. Berjaya turunkan 4.4kg dalam masa 13 hari! 





Alamak aii. Berbunga-bunga hati taip ni. Bayangkan dah 6 bulan dalam fasa plateau. Lepas join je detox, terus menjunam turun. Siapa yang tak happy kan.


Dan bila buat diet biasa pun, penurunan tak secepat ni. Paling best, dah habis program detox tu, walaupun kadang-kadang tak terjaga makan sebab kenduri, hari raya dan sebagainya, berat tak naik. 


Amazing kan? Sebab kita dah buang segala impurities yang badan kita tak perlukan. Sebab tu berat tak jadi yo-yo effect. Berbeza dengan diet biasa. Sekali tak jaga, memang out. 



2. Inch loss adalah sebanyak 12 inci. 




Banyak tau 12 inci hilang tak sampai 2 minggu. Memang best! Paling ketara bahagian yang hilang adalah perut dan lengan. 


3. Lebih senang bangun tidur. 



Saya ni sebenarnya sejenis yang agak liat nak bangun tidur. Banyak sangat toksin ni. Haha. 


Tapi beza sangat bila saya start detox. Bangun pagi rasa macam segar sangat. Tak boleh nak sambung tidur ke apa. Rasa badan lebih ringan. Tak kunci alarm pun takpe. Saya akan bangun sendiri. 


4. Hormon makin stabil



Lepas bersalin, saya ada masalah period tak lawas. Nak keluar pun malu-malu. Dan masa juga tak menentu. 


Saya memang tak biasa dengan keabnormalan macam ni. Biasanya ok je. Jadi saya dah mula bimbang. Darah haid yang tak lawas boleh mendatangkan penyakit tau. 


Alhamdulillah bila saya mula detox, ia kembali normal. Syukur sangat. 


Kesimpulan



Detox ni memang best! Ia tak perlu buat setiap hari. Cukup lah 2 bulan sekali. Di antaranya kita boleh buat eat clean ke, intermittent fasting ke, diet kalori ke. Terpulang. Yang penting, segala impurities dah terbuang daripada badan kita. 


Ingat, DETOX BUKAN DIET tau. Detox untuk singkirkan impurities dalam badan dan tingkatkan tahap kesihatan kita. Kurus itu bonus πŸ˜„


Nak join Jom Detox Jutawan? Feel free to contact me. 


Shasratul Ameerah (Ee)
Whatsapp : 0102888494
FB : Ee Kamaruddin
FB Page : Mobile Spa Shaklee Kuantan
Telegram Channel (free) : Jutawan Spa Dunia Akhirat




Terima Kasih

13 October 2019

6 Kelebihan Bisnes Shaklee Yang Anda Perlu Tahu!



Zaman sekarang dah tak sama macam zaman dulu. Semakin hari, nilai mata wang semakin naik. Harga barang semakin naik.


Saya yakin, ramai yang setuju jika saya kat akan, RM3000 pada zaman ni mengalir macam air. Cukup-cukup makan bagi mereka yang berumahtangga. Agak sesak bagi mereka yang mempunyai seorang anak. Apatah lagi ramai anak.


Oleh sebab itu, ramai yang mula mencari wang sampingan untuk sara kehidupan keluarga. Tak kurang juga surirumah yang mencari peluang bisnes untuk menggenggam wang sendiri. Wang simpanan sendiri sangat penting kerana kita tak tahu apa yang bakal berlaku pada masa akan datang.


Ada banyak peluang bisnes yang anda boleh ceburi. Yang terbaik, kena lah cari bisnes yang boleh bertahan lama, mempunyai jaminan dan bertujuan untuk membantu orang ramai.


Salah satunya adalah Shaklee. Saya sendiri dah lebih 7 tahun menjadi pengguna setia Shaklee. Alhamdulillah dah banyak benefit yang saya dapat sepanjang bersama Shaklee.


6 KELEBIHAN BISNES SHAKLEE YANG ANDA PERLU TAHU! 





1. Masa fleksibel



Anda boleh mulakan bisnes Shaklee di mana sahaja. Sama ada dari rumah atau dari tempat kerja, online atau offline. Bergantung kepada kesesuaian masa anda.


Saya pasti, ramai orang bekerja yang berfikir mengenai kekangan masa untuk berbisnes. Malah ada juga surirumah yang pening untuk uruskan masa berbisnes dan menguruskan rumah serta anak.


Jangan bimbang. Bisnes Shaklee sangat fleksibel. Jika anda mahu, segalanya mungkin.


2. Syarikat yang stabil dan dikenali



Siapa tak kenal Shaklee? Setiap kali ada yang sebut Shaklee, kebanyakan orang pasti pernah dengar walaupun sekali. Bezanya cuma sama ada mereka consume atau tak. 


Untuk pengetahuan semua, Shaklee ditubuhkan sejak 1956 dan ia kekal bertahan sehingga sekarang. Agak sukar nak lihat sesuatu syarikat bertahan lama dalam keadaan kegawatan ekonomi global sebegini. 


Namun syarikat Shaklee tetap teguh dan tak pernah gagal untuk masukkan bonus kepada kami, para pengedar Shaklee setiap bulan. 


3. Produk berkualiti



Tanpa diragui, setiap produk yang Shaklee keluarkan telah menjalani lebih daripada 100,000 ujian klinikal. Shaklee sentiasa pastikan kualiti produk dijaga agar ia terus selamat, berkesan dan terbukti. 


Banyak kandungan produk Shaklee yang telah dipaten agar tidak ditiru oleh mana-mana pihak terutamanya pengeluar suplemen.




Shaklee juga komited dalam memastikan setiap produk bebas daripada bahan kimia berbahaya yang mungkin mengancam kesihtan manusia dalam jangka masa pendek atau panjang.




Ini merupakan salah satu hasil daripada Landmark Study yang dilakukan terhadap produk Shaklee. Ia menunjukkan keputusan yang sangat baik bagi pengamal suplemen Shaklee berbanding mereka yang tidak memakan suplemen dan mereka yang mengambil satu jenis suplemen sahaja.


4. Bisnes yang bertahan lama



Penting untuk pastikan bisnes yang kita nak ceburi tu adalah bisnes yang bertahan lama. Long-term bisnes. Shaklee adalah satu bisnes long-term dan ia boleh diwarisi kepada anak cucu cicit kita nanti.




Seperti mana kami di TWB menggabungkan spa dan Shaklee, kami tetap fokus lebih pada Shaklee. Kerana ia bisnes long term. 


5. Bonus & cash



Shaklee menyediakan pelbagai penjuru dan peluang untuk anda dapatkan bonus dan cash. Secara amnya, pendapatan Shaklee boleh dibahagikan kepada 3C. Boleh baca di link dibawah.


Highlight : Program 3C Shaklee


Namun jika kita pecahkan kepada skop yang lebih kecil, ada lebih kurang 11 penjuru kita boleh dapatkan bonus daripada Shaklee ni. Best kan? 


Namun, caranya kena tahu la. Nak tahu caranya? Whatsapp je saya. Saya akan guide daripada pendaftaran sampai la and jadi master coordinator dalam bisnes Shaklee. 


6. Bimbingan pakar nutrisi



Shaklee tak pernah gagal menyediakan kelas nutrisi untuk semua orang pada setiap bulan. Bukan sahaja ahli Shaklee, malah orang awam juga dijemput untuk hadir ke kelas untuk menuntut ilmu nutrisi.


Begitu juga dengan seminar dan bengkel. Ahli-ahli nutrisi yang bekerja dengan Shaklee sentiasa membantu setiap permasalahan yang ada.




Bersama nutritionist Sarah yang sanggup turun ke Terengganu untuk kongsikan ilmu mengenai nutrisi. Kelas nutrisi memang di jalankan di seluruh Malaysia pada setiap bulan mengikut jadual yang telah mereka tetapkan. 


KESIMPULAN



Ini cuma sebahagian daripada kelebihan bisnes Shaklee yang saya sempat share dengan anda sekarang. InsyaAllah ada mas lain kali saya akan kongsikan lagi beberapa kelebihan bisnes Shaklee yang lain. 


Yang pastinya, menjalankan bisnes Shaklee dengan TEAM YANG TEPAT membantu anda grow dalam bisnes dengan sangat baik. InsyaAllah. 


Ingin bersama team saya untuk terus maju dalam bisnes Shaklee atau TWB? 


Disini saya lampirkan satu video kenapa anda perlu start BISNES MOBILE SPA bersama TWB sekarang! (Pssttt.. Bisnes mobile spa TWB ni menggunakan barang Shaklee. So automatik anda akan jadi ahli Shaklee. Ohsem kan?) 




Untuk mengetahui berkenaan bisnes Shaklee atau TWB, Whatsapp saya ok. 


Shasratul Ameerah (Ee)
Whatsapp : 0102888494
FB : Ee Kamaruddin
FB Page : Mobile Spa Shaklee Kuantan
Telegram Channel (free) : Jutawan Spa Dunia Akhirat


Terima Kasih

26 September 2019

Detox Selesaikan Banyak Masalah Kesihatan

Hai korang. Berjumpa lagi kita. Haritu Ee dah kongsikan bahawa detox ni bukan untuk kurus sahaja. Sebenarnya ia banyak membantu proses baikpulih badan kita.


Yela, perumpamaannya macam ni. Kereta kalau kita pakai bertahun-tahun tak servis, apa agaknya akan jadi pada kereta tu? Mesti keadaanya sangat teruk, kena overhaul semua.




Sama dengan badan kita. Hati contohnya. Memang tugas hati adalah singkirkan toksin. Kita pula makan macam-macam benda, terperangkap pula dalam pencemaran yang membimbangkan. Kesian hati terpaksa bekerja lebih.


Sebab itulah, kita kena jaga hati ni baik-baik. Bantu dia detox. Bersihkan kembali sisa-sisa toksin yang melekat pada hati. Barulah hati boleh bekerja semula dengn mudah dan senang. Inilah yang ditekankan dalam program detox Shaklee.


KENAPA PERLU DETOX? 




Sebelum tu, jom kita tengok dulu kenapa kita perlu detox. Lepas dah tahu kenapa kena detox, apa tanda-tanda badan anda perlu detox, barulah kita faham apa berlaku bila kita mula detox.



Kita zaman sekarang hidup dalam persekitaran yang semakin hari semakin tercemar. Terlalu banyak pencemaran, radiasi, racun.


Walaupun kita dah amalkan 'Eat Clean', minum air bertapis, makanan organik, namun kita masih terdedah dengan pencemaran alam sekitar termasuklah jerebu yang berlaku sekarang ni.


Dan yang lebih membimbangkan, radiasi daripada handphone dan TV. Ye! Sebab ini yang paling banyak kita pegang setiap hari.


Lebih haru lagi, bila pemakanan tak terjaga. Selalu makan fast food, makanan tinggi gula, teh tarik, susu pekat, starbuck (Oops!). Ini semua menjadi punca penambahan toksin dalam badan.


Apabila nutrien yang diambil tak mencukupi, organ detox akan mula bertindak perlahan dan menjadi kurang aktif untuk bantu badan nyah toksin.


Sebab tu la kita akan mula perasan :


πŸ‘‰ Berat badan bertambah - metabolisma badan terganggu, hormon terganggu
πŸ‘‰ Sembelit
πŸ‘‰ Kulit Kusam
πŸ‘‰ Cepat letih, cepat lemau, stress, rasa lembab
πŸ‘‰ Cepat marah, rasa nak mengamuk aje.
πŸ‘‰ Keinginan makan banyak, craving sugary foods (sel lapar aje, tak cukup nutrient). Kalau gi kenduri, open house pinggan tu penuh)
πŸ‘‰ Susah nak fokus dalam masa lama
πŸ‘‰ Penyerapan nutrisi yang kurang - makan vitamin takde kesan pun! orang lain makan shaklee berkesan
πŸ‘‰ Senang dijangkiti penyakit - flu, demam
πŸ‘‰ Susah tidur
πŸ‘‰ Sering mengalami kembung perut, perut tidak selesa dalam keadaan biasa atau selepas makan.
πŸ‘‰  Sering ada lingkaran hitam bawah mata
πŸ‘‰  Badan berbau jika tidak menggunakan deodorant tau pewangi
πŸ‘‰ Merokok atau sering bersama dengan orang yang merokok
πŸ‘‰ Mulut / Nafas Berbau
πŸ‘‰ Menghadapi masalah ALERGIK
πŸ‘‰ Pengambilan sayuran kurang dari 1/2 sawan sehari
πŸ‘‰ Mengalami Eczema, jerawat atau Psoriasis



Haa kalau dah ada mana-mana tanda ni, maksudnya badan anda dah wajib kena detox.


Bayangkan bila anda detox, anda mmpu selesaikan masalah-masalah niπŸ‘† Bukan untuk kurus semata-mata.


Kami dah ada macam-macam testimoni selain daripada kurus. Jom tengok dibawah ni.


Detox bantu selesaikan banyak masalah kesihatan. 



Program Jom Detox Jutawan yang menggunakan plan detox Shaklee dah berjaya membuktikan bahawa proses detox mampu membantu ramai orang kembali sihat dan cergas. Secara tak langsung, masalah kesihatan yang dialami juga turut menunjukkan perubahan yang semakin positif.


Atasi masalah gastrik dan bacaan diabetes turun



Visceral fat berkurang



Peserta diabetes pun join



Tambah susu badan



Tidur lebih lena



Body age berkurang



5 kesan positif! 



Banyak kan? Anda ke peserta seterusnya? Jom kita sama-sama sihat! Pendaftaran Jom Detox Jutawan Shaklee dah dibuka sekarang. Jom daftar. 





Shasratul Ameerah (Ee)
Whatsapp : 0102888494
FB : Ee Kamaruddin
FB Page : Mobile Spa Shaklee Kuantan
Telegram Channel (free) : Jutawan Spa Dunia Akhirat



Terima Kasih

25 September 2019

Mentor Bisnes Saya

Hi korang. Korang pernah dengar tak ada sesiapa pernah kata, untuk berjaya kena ada mentor?


Orang bisnes mesti biasa dengar kan? Ye betul, mentor sangat penting. Mentor ni biasanya dah lama berkecimpung dalam bisnes ni. Jadi mereka dah lalui pelbagai liku dalam proses nak capai kejayaan.


Sebab tu, penting untuk sentiasa dekat dengan mentor. Pendek kata, ikut je bontot rapat-rapat. Oopss!πŸ™Š


Sejujurnya, saya memang follow beberapa orang mentor dalam bisnes Shaklee ni. InsyaAllah harini saya rasa nak kongsi siapa 2 mentor yang paling dekat dengan saya.


2 Mentor Bisnes Terdekat Saya



1. MASTER ATHIRAH





Master Athirah ni merangkap upline Ee dalam Shaklee. Sebenarnya suami master Athirah ni sepupu Ee.


Memandangkan kami ni family, Ee memang betul-betul follow progress master Athirah. Bayangkan bermula dengan bonus Shaklee RM40 je dulu. Sekarang dah 5 angka dah.


Memiliki kelebihan dalam menghasilkan video dan personal branding, Ee mula beranikan diri untuk live di FB dan buat video kerana sokongan Master Athirah. 


Kalau tak, memang tak muncul la muka Ee dalam live FB tu πŸ˜‚ Jom Ee kongsi sikit video pertama yang Ee buat dulu sekitar tahun 2015.




Nampak sangat kali pertama tu kan? Hehe. Serius, Ee sangat bersyukur. Kalau tak kerana mentor yang suruh, Ee rasa Ee masih lagi takut-takut nak buat semua ni.


Bersama Master Athirah dalam kelas berpantang TWB

Highlight : Master Celebration Athirah


2. MASTER AINUL SHAHRAZAD 






Master Ainul ni upline merangkap kakak kepada Master Athirah. Masa mula-mula nak jumpa Master Ainul, Ee sangat kecut perut sebenarnya. Dia sangat tegas, namun ada kelembutannya.


Master Ainul ni banyak ilmu mengenai kewangan dan properties. Banyak kelas ribu-ribu dia pergi, dia kongsikan dengan kami secara percuma je! Allahuakbar.


Master Ainul & Master Athirah ni sangat pentingkan keluarga. Selalu sangat mereka pesan pada kami supaya bahagiakan mak ayah sementara mereka masih ada.


Mereka sendiri berusaha keras untuk bantu arwah ayah mereka keluar daripada status muflis. Masa mereka kongsi pasal ni, memang sebak. Allah je yang mampu balas pengorbanan mereka kepada keluarga mereka.


Dan ini yang mereka nak terapkan dalam diri kami semua. Balas budi mak ayah, tunaikan impian mereka sebanyak-banyaknya selagi masih ada masa.


Bersama Master Ainul di National Conference 2017

Highlight : Master Celebration Ainul


Mereka berdua yang banyak bantu Ee sepanjang Ee berada dalam bisnes Shaklee ni. Segala turun naik dalam bisnes, mereka sentiasa ada di sisi. Tak pernah jemu.


Sebab tu Ee akan pastikan tahun 2020 merupakan tahun yang membanggakan mereka berdua. Segala penat, lelah, jerih, payah mereka akan dibalas dengan rasa teruja dan gembira melihat kejayaan Ee tahun 2020!πŸ’ͺ


Akhir kalam, beruntung siapa yang join team Ee. Secara tak langsung, anda bermentorkan 2 figura hebat ni. Alhamdulillah ala kulli haal.


Kita jumpa di post seterusnya esok ye!

❤️


Terima Kasih

24 September 2019

Detox Bukan Untuk Kurus Semata-mata




Kita semua sedia maklum bahawa detox sangat membantu dalam proses menguruskan badan. Toksin yang banyak dalam badan akan menyebabkan metabolisme badan merosot.


Jadi, keupayaan untuk membakar lemak juga merosot. Oleh itu, toksin perlu disingkirkan untuk meningkatkan semula metabolisme badan dan membantu pembakaran yang lebih efektif.


Kaitan antara detox dan kurus ni sangat sinonim. Namun, jika ada yang bertanya, "Saya dah kurus. Buat apa nak detox?"


Ramai orang fikir detox hanyalah untuk kurus. Sebenarnya tak. Detox ni adalah satu proses untuk singkirkan bendasing atau toksin daripada badan.


Jadi logiknya, bila toksin terbuang, banyak sangat manfaat kesihatan yang boleh dicapai. Boleh klik pautan di bawah untuk lebih jelas kenapa kita perlu detox.


Highlight : Kenapa perlu detox


5 KELEBIHAN DETOX YANG ANDA KENA TAHU - BUKAN UNTUK KURUS JE




1. Mencegah penyakit kronik.





Pengumpulan toksin selama bertahan-tahun dalam badan kita sebenarnya merupakan antara punca utama pelbagai penyakit kronik. Toksin akan menyebabkan banyak berlakunya keradangan dan pertumbuhan sel abnormal.


Toksin dan radikal bebas ni masuk ke dalam badan kita melalui pelbagai cara. Antaranya persekitaran yang tercemar, pemakanan.


Apabila mereka masuk ke dalam badan, mereka akan bertindak sebagai sel dan bermutasi dengan sel badan. Menariknya, sel yang bermutasi ni mempunyai jangka hayat yang panjang dan mampu membiak dengan cepat.


Ia boleh bergerak di dalam darah dan menuju ke mana-mana organ sehingga menyebabkan kanser.


Oleh sebab itu, detox perlu dilakukan sebagai pencegahan awal untuk menghalang pengumpulan toksin dan radikal bebas dalam badan kita.


Mencegah lebih baik daripada merawat kan?



2. Meningkatkan sistem Imunisasi badan.



Sistem imunisasi yang lemah akan menyebabkan badan mudah didatangi penyakit. Proses detox yang regular mampu meningkat kan sistem imunisasi badan dan menjadikan badan lebih kuat.


Jika anda selalu selesema, batuk dan demam, itu merupakan satu petanda bahawa and mempunyai sistem Imunisasi yang lemah. Detox adalah salah satu jalan penyelesaiannya.




3.  Memperlahankan proses penuaan. 



Haa mesti ramai yang tertarik dengan ini kan? Ye betul. Detox membantu memperlahankan proses penuaan.




Apabila badan kita penuh dengan toksin dan radikal bebas, ia menyebabkan sel badan kita rosak. Apabila sel rosak, kulit akan mula kenduri dan sel tidak dapat berfungsi dengan baik.


Dengan detox, badan akan membuang segala radikal bebas dan toksin. Ini akan meningkatkan kebolehan badan untuk menyerap nutrisi daripada pemakanan dan suplemen yang kita ambil.



4. Meningkatkan tenaga.



Amazingly, inilah yang saya rasa sejak mula berdetox. Bangun awal pagi tanpa jam loceng pun. Bila bangun pagi, badan terasa ringan dan sangat segar.


Detox membantu untuk menjaga sel dengan baik. Sebab itulah sel dapat bekerja dengan baik sekaligus memberikan kita tenaga yang banyak.



5. Kesihatan mental dan emosi





Apabila toksin dan radikal bebas dikeluarkan daripada badan kita, kita akan dapati kita lebih tenang. Tiada lagi stress.


Radiasi dalam badan juga penyebab stress tau. Bila badan rasa tak sihat sepenuhnya, sakit-sakit, ia boleh mencetuskan emosi yang tidak stabil.


Melalui proses detox ni, hormon akan distabilkan dan kita akan jadi lebih tenang dan gembira.


KESIMPULAN



Wow! Best sangat kesan detox ni. Ini baru 5 yang saya senaraikan. Ada beberapa lagi yang belum sempat saya kongsi. InsyaAllah jika tiada aral, saya akan kongsikan part 2 dan letak link di post ini ye.


Bagi yang mencari program detox yang best, anda boleh lihat 3 cara mudah sertai program detox Jutawan ni. Saya sendiri dah join. Anda bila lagi? 


Shasratul Ameerah (Ee)
Whatsapp : 0102888494
FB : Ee Kamaruddin
FB Page : Mobile Spa Shaklee Kuantan
Telegram Channel (free) : Jutawan Spa Dunia Akhirat


Terima Kasih

23 September 2019

Saya Yang Dulu Bukan Yang Sekarang

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang.
Dulu ditendang, sekarang ku disayang.


Eh eh. Ternyanyi pula. Tapi takde kaitan ye antara yang hidup dan yang mati. πŸ˜‚




Ok, tajuk ni agak memulas keringat dan minda sebenarnya. Sebab Ee kena recall balik diri Ee yang dulu macamana.


Kebetulan pula, tadi baru je lepas on call dengan salah seorang sahabat dunia akhirat. Tiba-tiba terkeluar daripada mulutnya 'Wah, lain mira sekarang'. Uii apa yang lainnya?


Rupanya banyak sangat benda yang lain. Serius! Ada yang boleh lihat secara lahiriah. Ada perubahan daripada segi dalaman.


Well, alhamdulillah Ee sedar banyak perubahan ni berlaku sejak Ee berbisnes Shaklee.

Dulu & Sekarang.. 



✔️ Dulu PENAKUT
      Sekarang BERANI


Korang nak tau? Dulu Ee ni seorang yang sangat takut nak tonjolkan diri depan orang ramai. Kalau cikgu tanya soalan, duk menyorok la kat belakang sebab tak nak cikgu panggil. Walaupun dah tahu jawapannya. 


Sangat low self-esteem. 


Sebolehnya tak nak bagi orang kenal siapa tu Shasratul Ameerah. Namun sejak ceburkan diri dalam bisnes Shaklee ni, mentor paksa jugak buat live dan video! 


Bagi Ee, bercakap dalam FB Live pun cuak sebenarnya pada awalnya. Walaupun kita tak nampak orang. Sebab kita tahu, orang nampak kita. 




Ini salah satu video live saya di FB berkenaan memberi inspirasi. ❤️ Kalau dulu, mustahil nak cakap tanpa skrip ni.


Sekarang, Ee suka buat live kat FB. Jadi addicted pulak. Sebab Ee suka kongsi maklumat dan ilmu. Kadang-kadang rasa penyampaian tu tak optimum kalau tulis je. Bila bercakap, kita akan pamerkan sekali rasa teruja, gembira, sedih. Jadi apa yang nak disampaikan tu lebih sampai. 


Dapat? 


✔️ Dulu KAWAN LEBIH UTAMA
      Sekarang KELUARGA LEBIH UTAMA


Ee ni seorang perempuan yang membesar dalam keluarga yang kurang sempurna. Maksud Ee, ibu bapa Ee bercerai. Jadi Ee banyak habiskan masa dengan kawan dan orang luar. 


Ee tak percaya pada nilai kekeluargaan. Ee rasa keluarga hanya sekadar nama, tiada fungsi. Bila sedih, kawan yang selalu ada. Bila gembira, keluarga tak tunjukkan sekali kegembiraan mereka. Jadi Ee rasa seorang diri. 


Namun bila Ee mula dapat ilmu daripada team Ee (perkongsian ilmu bukan berkisar tentang bisnes semata-mata), Ee sedar. Untuk dihargai, kita perlu menghargai. Untuk disayangi, kita perlu menyayangi.


Ee - Ayra - mak - Aida - Ariana - Ayie

Kak yang - mak - abah - kak yong - Ee - abang - Ayra - Jani


Dan alhamdulillah, bila Ee dulu yang mula sebarkan kasih sayang, Ee mula rasa kasih sayang orang sekeliling. Bila Ee mula menghargai diri sendiri dan orang lain, barulah diri ini rasa dihargai. 


Ee sedar, tiada yang lebih utama berbanding keluarga. Allah yang utama. Rasulullah kedua, dan diikuti oleh keluarga. Tanpa keluarga siapalah kita. 


✔️ Dulu COMOT
      Sekarang BERGAYA


Nak cakap bergaya beria tak lah. Lebih baik la daripada dulu-dulu. Kalau dulu, pakai 5 warna pun rasa biasa je πŸ˜‚ Lagi kalau pkai tudung bercorak, baju bercorak, kain bercorak. Alahai. Tak semenggah! Haha. 


Sekarang alhamdulillah asbab terjebak dalam dunia bisnes ni, Ee mula belajar untuk jaga penampilan. Paling tidak, takdelah suami malu keluar dengan isteri comot. 😜




✔️ Dulu KUSAM
      Sekarang BERSERI


Hoyeahh! Ni part paling Ee suka. Serius. Bila betul-betul kita jaga nutrisi dalam badan, kasi cukup, memang automatik semua jadi cantik. Kulit cantik, berseri. Rambut makin ok. 


Kalau tengok Ee dulu, Ya Rabbi. Kusam sangat. Memang nampak macam tak cukup vitamin. Alhamdulillah sekarang dah makin ok. 



Kita bukanlah nak jadi secantik Thylane Blondeau, wanita yang dinobatkan sebagai wanita paling cantik di dunia. Cukuplah penampilan dan rupa paras kita bersih, menyejukkan hati pasangan. Tak gitu? 


✔️ Dulu sekadar PENGIKUT
      Sekarang PENGIKUT & LEADER


Alhamdulillah. Kalau dulu, Ee ni akan jadi orang paling senyap, menyorok kaw kaw dalam apa-apa kumpulan. Tak kisah la kumpulan LDK ke, kumpulan apa ke. 


Namun sekarang, Ee terpaksa belajar untuk jadi leader. Ye. Sebab Ee ada tanggungjawab untuk pandu team Ee capai kejayaan bersama-sama.  


Nak jadi leader ni tak mudah. Namun, kita belajar dari semasa ke semasa. Dan dalam proses pembelajaran ni la, kita semakin hari jadi semakin hebat. Anda pun boleh! 


BAGAIMANA BISNES SHAKLEE MEMBANTU EE BERUBAH JADI LEBIH BAIK?



Percaya tak kalau Ee kata, pemilihan team yang betul menjadi antara faktor utama dalam langkah kejayaan kita?


Ee bersyukur ada dalam team Jutawan. 


Anda nak berjaya dengan Shaklee? Jom join Ee bersama dalam team Jutawan.


Anda nak berjaya dalam Shaklee, bisnes spa dan confinement lady? Ee alu-alukan untuk jadi sebahagian daripada team Ee dalam team Jutawan. 


Anda nak berjaya dalam Shaklee melalui program Jom Detox Jutawan? You are welcome my dear. 


Hubungi Ee dan kita sama-sama gapai tangan menuju ke puncak! Jumpa atas pentas tahun depan ❤️



Shasratul Ameerah (Ee)
Whatsapp : 0102888494
FB : Ee Kamaruddin
FB Page : Mobile Spa Shaklee Kuantan
Telegram Channel (free) : Jutawan Spa Dunia Akhirat

Terima Kasih

22 September 2019

Kenapa Anda Perlu Detox Jika Nak Kurus

Hai korang semua!


Ee nak tanya satu soalan ni. Apa azam korang yang setiap tahun sama je. Tak capai tahun ni, tunda tahun depan pulak. Nak kurus? Hahaha. Ok kita sama 😝


Beria kan nak kurus tapi macam susah je. Dah buat dah ikut suku suku separuh, senaman sikit-sikit tapi macam takde perubahan. Susah sangat berat nak turun. Siapa ada masalah ni?


Haa Ee sebelum ni ada masalah ni tau. Serius rasa dah cuba kawal makan, senaman sikit-sikit tapi berat lebih kurang je. Turun sikit, naik balik. Mudah sangat naiknya.


Maka, Ee pun buat keputusan untuk mula buat detox bersama Jom Detox Jutawan. Amazing! Tak sangka lepas join, berat Ee turun sebanyak 4.4kg dalam masa seminggu😱


Ini memang sangat amazing. Serius. Rupanya, ada sebab kenapa pentingnya detox untuk kurus. Nak Ee kongsi tak? Ok jom! πŸ‘‡


KENAPA PERLU DETOX DENGAN #JOMDETOXJUTAWAN UNTUK KURUS?



✔️ Untuk elakkan rebound effect. 


Rebound effect ni akan terjadi pada mereka yang terlalu banyak toksin dalam badan. Bila kita diet dengan pemakanan yang betul, berat badan akan turun. 


Namun, jika badan dah banyak toksin, penyerapan nutrien akan terganggu. Akibatnya, hasil daripada pemakanan kita tadi akan menjadi lebihan toksin. Bila toksin berkumpul dengan banyak dalam badan, berat akan naik. 


Sebab tu ada orang, bila dia dah kurus, tiba-tiba badan boleh naik balik. 


Diet vs Detox

✔️ Untuk pastikan badan cukup nutrisi. 


Dalam program Jom Detox Jutawan, kami wajibkan anda mengambil suplemen untuk membantu lengkapkan lopong nutrisi dalam badan. 


Suplemen sangat penting dalam proses untuk kuruskan badan kerana nutrisi yng tidak mencukupi akan menyebabkan kita craving pada benda manis. 


✔️ Tahu 5 rahsia healthy habit


Sebelum detox bermula, peserta akan diberikan 5 rahsia healthy habit untuk diamalkan. Dan menariknya, hanya dengan mengamalkan 5 rahsia ni, ramai yang dah turun berat dengan banyak tau!


Tengok ni. Belum mula detox dah hampir 4kg yang hilang!

Wow. Ramai tau yang dah berjaya kurus dengan Jom Detox Shaklee ni. Dan menariknya, berat badan mereka tk rebound! Melainkan tiba-tiba pergi makan tak ingat dunia. Itu memang tak boleh nak tolong.


Jom Ee belanja beberapa testimoni.














Terbakar kan? Fuhh berasap rasanya ni😍😜


Seperti biasa jika anda berminat untuk sertai program Jom Detox Jutawan, sila klik link whatsapp di bawah ye
😊


Shasratul Ameerah (Ee)
Whatsapp : 0102888494
FB : Ee Kamaruddin
FB Page : Mobile Spa Shaklee Kuantan
Telegram Channel (free) : t.me/projekbuatduitTWB



Terima Kasih

21 September 2019

Kenapa Orang Muda Kena Mulakan Bisnes Dari Awal

Selamat pagi semua! Alhamdulilah tadi saya dah siap praktis untuk acara larian 3 minggu lagi. Sempat la lari  1.5km dalam masa 19 minit. Terpaksa berhenti sebab rasa nak pitam. Baru teringat tak sarapan lagi. Fuh! Haha.


Harini saya luangkan masa awal sikit untuk kongsikan dengan anak muda, kenapa anda perlu berbisnes dan kenapa kena mulakan sekarang.




Kenapa anak muda perlu berbisnes? 



1. Rasulullah S.A.W sendiri mula berniaga pada usia awal 20-an. Melalui perniagaan, secara tak langsung, ia mematangkan fikiran, melahirkan anak muda yang berani dan tawakal yang tinggi kepada Allah.


2. Tingkatkan taraf ekonomi diri dan keluarga.


3. Boleh lakukan apa yang kita minati, pengurusan masa sendiri dan menjadi bos kepada diri sendiri.






4. Zaman sekarang tak sama macam zaman dahulu. Pekerjaan zaman dahulu mudah didapati. Zaman sekarang, graduan banyak menganggur. Oleh itu, anak muda perlu mula mencari alternatif lain untuk mendapat pendapatan. Dan cara paling mudah adalah berbisnes.


Kenapa orang muda kena mulakan bisnes daripada awal? 




1. Sementara kedua ibu bapa masih lagi ada.




Benar. Bila lagi kita nak berbakti pada kedua-dua mereka. Masa yang kita ada di dunia ni sangat suntuk. Jika bukan mereka, mungkin kita yang pergi dulu.


Ibu bapa mungkin tak pernah minta apa-apa daripada kita. Mungkin bila kita tanya pun, jawapan mereka 'Cukuplah kamu jaga solat.'


Ibu bapa ni simple sangat. Mereka hanya nak yang terbaik untuk kita. Apa kata kita pula berikan yang terbaik untuk mereka?


Walaupun mereka tak pernah minta, cuba hadiahkan sesuatu pada mereka. Mungkin sesuatu yang menjadi impian mereka selama ini? Mungkin dua tiket pergi umrah dengan pakej terbaik?


Mereka pasti teruja dan gembira! Sebaknya rasa. Anak aku hadiahkan hadih paling bermakna buat aku. Pada masa ni, apa juga doa yang mereka panjatkan untuk kita, pasti makbul. InsyaAllah.


2. Kurang komitmen masa muda


Kebiasaannya anak muda masih kurang komitmen. Percayalah, bila anda semakin berumur, komitmen akan bertambah seiring dengan keadaan semasa. Berkahwin, mula ada anak, anak nak sekolah.


Memulakan bisnes pada waktu anda telah banyak komitmen adalah ok. Cuma realitinya, sesuatu bisnes mengambil masa untuk mula stabil. Jika anda mulakan awal, maka anda telah bersedia untuk menghadapi komitmen yang bakal bertambah.




3. Dapat kumpul pengalaman


Pengalaman akan mematangkan anda. Menjebakkan diri dalam bisnes pada usia muda akan memberikan anda banyak pengalaman berharga yang akan membantu anda kembangkan diri.


Pengalaman dalam bisnes akan membantu anda kenal lebih ramai orang dan bersemuka dengan pelbagai ragam manusia. Hal ini kan membuatkan anda berfikiran lebih kritis dan kreatif dalam menyelesaikan apa sahaja masalh yang timbul.


4. Kewangan yang stabil


Bisnes akan memperbaiki taraf kewangan semasa anda. Anak muda berpotensi memiliki kewangan yang stabil dengan cepat jika anda pandai menguruskan kewangan.


Disebabkan anak muda mempunyai masa luang yang sangat banyak, anda mempunyai peluang untuk menghadiri pelbagai kelaa pengurusan kewangan.


5. Kos yang rendah


Zaman ini, pelbagai teknik marketing yang menggunakan kaedah online dan zero cost marketing. Anda juga mempunyai pelbagai pilihan bisnes yang menawarkan permulaan kos yang rendah.


BISNES SHAKLEE UNTUK ANAK MUDA




Mengapa bisnes Shaklee?


Bisnes Shaklee menawarkan kos permulaan yang sangat rendah iaitu RM65 sahaja!


Jika anda wanita dan inginkan skill spa, maka TWB tersedia untuk anda.


Jika anda ingin lebih sihat, cantik dan fit serta ingin menjadi coach detox, anda boleh join program Jom Detox Jutawan.


Pendek kata, #TeamJutawan menyediakan 3 cara untuk anda sertai pasukan kami.


Kenapa sertai Team Jutawan?



Anda boleh baca di sini kenapa anda sangat beruntung jika sertai kami di team Jutawan. 



Anda dah tak sabar nak mulakan? Terus whatsapp saya di link whatsapp di bawahπŸ‘‡πŸ‘‡


Shasratul Ameerah (Ee)
Whatsapp : 0102888494
FB : Ee Kamaruddin
FB Page : Mobile Spa Shaklee Kuantan
Telegram Channel (free) : t.me/projekbuatduitTWB

Terima Kasih

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH