Pages -Menu for Ee Beauty Spa

08 August 2018

Bisnes Mobile Spa TWB

Assalamualaikum semua J 


Alhamdulillah pagi ni berjaya juga luangkan sikit masa untuk menulis dalam blog yang tak berapa cantik tapi padat dengan isi dan peluang untuk jadi kaya. Hehe.


Alhamdulillah, 3 hari ni saya tak sempat nak update blog disebabkan sibuk menguruskan pendaftaran dan kelas bagi protege baru yang nak join kursus bisnes mobile spa TWB dan beberapa pembelian vitamin Shaklee yang lain.


Ramai rupanya yang berminat dengan bisnes mobile spa ni cuma tak berpeluang untuk dapatkan segala info apatah lagi cara untuk mulakan.


Jadi dalam post kali ni, saya nak kongsikan apa sebenarnya bisnes mobile spa ni dan bagaimana ia mampu mengubah hidup anda. Nak tahu? Jom teruskan pembacaan.


Bisnes Mobile Spa TWB


BISNES MOBILE SPA TWB : Bisnes yang semakin trending


Sekarang ni mobile spa dah trending. Dah femes. Lain kalau nak dibandingkan dengan masa mula-mula saya join pada tahun 2015. Masa tu suam-suam kuku je tapi kami tetap yakin, bisnes ni akan trending dalam masa 2-3 tahun. Dan betul!


Bermula tahun 2017,dah nampak sangat peningkatannya. Lagi la bila bulan Disember 2017, DS Rosmah Mansor pula lancarkan program mobile spa. Lagi la mencanak nama mobile spa kat Google Trends.

Pelancaran mobile spa oleh DS Rosmah Mansur.

Cuma saya perasan. Masih agak ramai yang tak tahu apa tu bisnes mobile spa. Ok jom saya terangkan secara ringkas mengenai bisnes mobile spa ni.


BISNES MOBILE SPA TWB : Bisnes mobile spa ni macamana?



Hanya dengan menggunakan barang yang mudah dan senang didapati, anda dah boleh gerakkan mobile spa anda.


Servis boleh dibuat di mana-mana sahaja.

Bisnes mobile spa ni konsepnya mudah je. Ahli terapi kecantikan akan bergerak ke rumah pelanggan bila ada permintaan atau temujanji. Mudah kan? Dalam erti kata lain, ia memudahkan semua orang.


Pelanggan rasa mudah sebab mereka tak perlu nak keluar daripada rumah atau tempat kerja untuk cantikkan diri. Mereka pun tak perlu bersusah payah cari masa untuk dapatkan rawatan di spa.


Kebanyakan premis spa pula biasanya berada di kawasan bandar. Boleh bayangkan betapa seksanya nak redah jem dan mencari parking yang tak kunjung tiba?


Bagi pihak ahli terapi kecantikan pula, ia lebih menjimatkan masa. Kita hanya bergerak apabila ada temujanji. Tak perlu kita duduk di premis spa dan menunggu pelanggan. Dan percayalah, bisnes mobile spa ni sangat menjimatkan!


Ahli terapi kecantikan tak perlu susah nak keluarkan duit untuk sewa premis spa, bayar gaji pekerja, bayar bil air dan elektrik serta kos pengurusan yang kadang-kadang kita tak sedar pun kosnya mencecah ratusan ringgit setiap bulan.


Bila anda jalankan bisnes mobile spa, keuntungan adalah milik anda 100%.Dan anda dapat instant cash! Tak perlu tunggu hujung bulan.


 Jadi, anda dah  mula rasa yakin untuk mulakan bisnes mobile spa? Menarik! Anda mesti tertanya-tanya apa tawaran menarik daripada team TWB bagi mereka yang ambil kursus mobile spa TWB dengan kami kan?


 BISNES MOBILE SPA TWB : Tawaran bisnes mobile spa bersama TWB




  1. Anda akan belajar 5 servis spa semasa training.
  2. Kami sediakan peralatan asas, produk skincare yang sememangnya selamat, berkesan dan terbukti. Yang penting HALAL.
  3.  Peluang untuk dapat 5 penjuru pendapatan dan salah satunya adalah instant cash!
  4. Peluang untuk melancong ke luar negara bersama TWB setiap tahun.
  5. Anda akan dimasukkan ke dalam support group dan anda layak dapat lifetime coaching.

Nak tahu semua ni dengan lebih detail? Boleh tengok post saya di (Kursus Mobile Spa TWB) atau di (Kelas Sehari Bersama TWB).


BISNES MOBILE SPA TWB : Bukti instatnt cash bersama TWB

Di sini saya lampirkan beberapa bukti daripada ahli terapi kecantikan kami. Anda pasti teruja J


2 hari je balik kampung dah boleh dapat RM330. Orang lain balik kampung keluar duit tau. yang ni masuk duit :)


Bila ada 5 penjuru pendapatan, mudah sangat nak dapat duit.


2 hari je RM935! Maraton akak ni. Hebat.


Bila orang tengok kita buat servis pada orang lain, mesti ada yang nak join sekaki lepas tu :)


Kipas tak besar katanya. Siapa yang nak bagi kita RM150 saja-saja malam hari kan?

Ini baru sikit tau. InsyaAllah saya akan kongsi lagi dari semasa ke semasa. Boleh juga terus follow saya di laman FB saya untuk update segera. Terima kasih :)


Jika anda rasa kursus spa TWB ni berbaloi,terus hubungi saya ok.


Hubungi :


Puan Shasratul Ameerah binti Kamaruddin
Ahli dan Pelatih Kursus The Walking Beauty (TWB)
Pemilik dan Pengusaha Ee Beauty Spa
+6010-2888494
FB : Shasratul Ameerah
IG : eebeautyspa


Carian :

Kursus spa bergerak
Kursus spa
Kursus spa Kuantan
Kursus spa Terengganu
Kursus kecantikan
Kursus spa perkahwinan
Pakej spa perkahwinan
Bina spa bergerak
Spa bergerak
Mobile spa
Home spa
How to set up home spa

Terima Kasih

No comments:

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH