Pages - Menu

27 December 2017

Bengkak Tonsil Pada Anak Kecil, Atasi Dengan 5 Cara Mudah

Assalamualaikum, hai. Selamat sejahtera semua.


Semalam saya ada terima sorang customer yang tanya mengenai cara nak atasi tonsil pada anaknya. anaknya baru berumur 3 tahun lebih.


Kesian tau bila anak kecil kerap kena bengkak tonsil ni. Sekejap-sekejap mesti tak sihat, melepet je.


Sekarang ni pulak, makin kerap kan kita dengar pasal tonsil ni? Sebelum kita tengok cara atasi, jom kita kenal dulu apa tu tonsil dan bengkak tonsil.


Apa itu tonsil dan bengkak tonsil?


Ni beza tonsil biasa dan tonsil yang dah terjangkit


Tonsil menurut My Health ialah gumpalan tisu limfoid (sub-eputelium) yang terletak di bahagian tekak kita (orofarinks).


Fungsi sebenar tonsil ni adalah untuk halang apa-apa kuman atau bakteria masuk ke dalam badan manusia. Kira macam guard la kan. Dan dia jugak penting untuk bina imun badan.


Tapi bila terlalu banyak kuman atau bakteria nak masuk, dia pun tak terlawan juga. Sebab tu kadang-kadang ia akan terjangkit juga. Dan ini kita panggil tonsilitis atau bengkak tonsil.


Apa puncanya tonsilitis ni?

Ia biasanya disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Biasanya disebabkan oleh virus. Hanya 10-30% kes disebabkan oleh bakteria.


Tanda-tanda anak anda kena tonsilitis

Ada beberapa tanda yang boleh dikenalpasti bilamana anak anda kena serangan tonsilitis ni


☞ Tonsil jadi bengkak
☞ Sakit tekak. Kadang-kadang sampai tak lalu nak makan.
☞ Ada ulser atau radang pada tekak. Nampak merah-merah gitu.
☞ Ada selaput putih pada tonsil.
☞ Sakit kepala
☞ Susah nak menelan
☞ Demam
☞ Loya dan muntah
☞ Susah nak bernafas


Simptom-simptom ni kita kena tahu dan pantau. Kesian kalau dibiarkan. Silap-silap kalau teruk memang masuk dewan bedah.

Saya sendiri masa kecil-kecil dulu doktor pernah diagnos tonsilitis ni dan dia sarankan untuk bedah dan buang.

Ayo.. Takut ok nak masuk bedah-bedah ni. At last ada la mak guna beberapa cara ni nak kasi surut bengkak tu.


Cara efektif nak rawat tonsil

Tonsilitis ni takde la bahaya sangat kalau ikutkan pada asalnya. Tapi jangan dibiarkan. Bila dibiarkan, ia bermaksud kita membiarkan je bakteria atau virus tu berleluasa.

Beberapa cara yang efektif ni kita boleh lakukan pada anak-anak.

1. Minum air secukupnya.

Tonsil bengkak

Ini penting supaya anak tak terdehidrasi. Biasanya anak yang ada radang tonsil ni, makan tak lalu. Air apatah lagi. Sebab dia rasa pedih nak telan.


Tapi kita tak boleh biarkan. Gunalah cara apa sekalipun, pastikan anak minum secukupnya.


Bagi bayi yang masih menyusu, teruskan penyusuan seperti biasa. Biasanya bayi yang minum susu ibu ni lebih tenang dan mudah nak suruh dia minum susu.


Tenang agaknya bila kita peluk dia, lupa dah rasa sakit tadi.


Tapi kalau bayi kurang menyusu, kena cepat-cepat pergi jumpa doktor ye.


Untuk bayi, kalau nak tahu dia cukup minum ke tak, cek pampers dia. Kalau kurang air kencing atau memang kering untuk jangka masa maksimum 4 jam, itu bermakna bayi anda terdehidrasi.


2. Beri anak makan aiskrim.

Tonsil shaklee


Rasa sejuk aiskrim tu akan beri kelegaan pada tekak anak. Tak semestinya aiskrim. Apa-apa je yang berikan rasa sejuk, boleh berikan pada anak.


3. Minum jus lemon dan madu.

Tonsil shaklee


Lemon mempunyai sifat semulajadi sebagai antibakteria dan antivirus yang sangat baik. Lemon juga boleh tingkatkan sistem imun tubuh.


Madu pula bersifat melindungi. Campuran lemon dan madu ni akan bantu kurangkan dan lindungi tonsil daripada jangkitan virus dan bakteria.


Boleh juga dibuat berkumur selama 30 saat setiap 2 jam. Ia akan mempercepatkan pengecutan tonsil.


4. Berkumur dengan air garam

Tonsil kanak-kanak

Kalau anak dah pandai berkumur, boleh guna cara ni. Tapi pastikan anak tak telan ye.


5. Jaga persekitaran anak

Tonsil shaklee

Dalam keadaan yang tidak sihat, jauhkan anak daripada sebarang persekitaran yang tidak sihat.


Jauhkan anak daripada orang yang merokok. Tanpa kita sedar, walaupun perokok tidak merokok dihadapan anak, namun masih ada sisa molekul asap rokok yang melekat di badan perokok.

Shaklee

Ini sebenarnya jauh lebih bahaya berbanding asap rokok itu sendiri. Sebaiknya minta perokok membersihkan diri, mandi, tukar pakaian, barulah boleh berada dekat dengan anak.


Buat masa anak tak sihat ni, elakkan berada di luar. Berehat saja di rumah sehingga anak betul-betul sembuh.


Pastikan juga keadaan sekitar adalah bersih. Guna penapis udara juga adalah pilihan yang bijak.


6. Jika ia berlarutan atau sangat kerap berlaku, anak juga kerap demam dan tak sihat, ini bermakna sistem imun badan anak adalah lemah.


Cara terbaik adalah bantu anak tingkatkan sistem imun mereka. Cara ini lebih sesuai untuk anak yang berumur setahun ke atas. Untuk anak di bawah setahun, saya kongsikan di post akan datang.


Saya cadangkan kita bantu anak untuk ambil suplemen Nutriferon dan Mealshake.


Tonsil shaklee


Nutriferon ni dicipta oleh pakar imun dunia, Dr. Yasuhiko Kojima.


Beliau menemui interferon dan lakukan penyelidikan selama 40 tahun untuk cari sebatian semulajadi yang boleh bantu rangsang pengeluaran interferon daripada badan kita.

Shaklee kuantan

Terhasil daripada ekstrak 4 tumbuhan semulajadi yang hebat, ia membantu untuk dorong pengeluaran interferon daripada tubuh.

Interferon ni penting tau. Kelebihannya bila kita dapat keluarkan interferon daripada badan,

1. Tingkatkan sistem imun dalam masa 3 hari sahaja.

2. Lindungi badan kita daripada serangan influenza, virus, mikrob dan lain-lain.

3. Ringankan stress dan kelesuan.


Tonsil

Mealshake pula merupakan makanan rendah lemak, rendah asid glisemik dan kaua dengan 19 jenis vitamin utama yang penting untuk badan anak.

Bila badan anak cukup zat, lengkap dengan khasiat, virus dan bakteria susah nak menyerang.


InsyaAllah dalam post seterusnya, saya juga akan kongsi beberapa testimoni daripada ibu-ibu yang berpuas hati dengan Nutriferon dan mealshake Shaklee.


Alhamdulillah selesai perkongsian Ee dengan anda semua. Bagi sesiapa yang berminat untuk dapatkan set tonsil ni, boleh dapatkan konsultasi dan ajukan pertanyaan terus di sini atau whatsapp Ee. 010-2888494. InsyaAllah Ee bantu sebaik mungkin.


Nak lebih mudah? Klik je terus pada butang di bawah. Semudah A B C dan anda akan dapat terus set tonsil anda!


 Set Tonsil Kanak-kanak Shaklee


Satu benda yang Ee rasa seronok sangat nak buat adalah bantu anda yang alami masalah sama dengan Ee. Betul kan? Bila kita alami sesuatu perkara, kita akan lebih faham keadaan orang yang alami perkara yang sama dengan kita :-)



Shasratul Ameerah Kamaruddin (Ee)
010-2888494
Pengasas Ee Beauty Spa
Certified Beautician & Spa Trainer.
ID : 1095681


Terima Kasih

27 comments:

Syafiera Yamin said...

I tak yakin ais krim helps a lot, kalau ais krim pun maybe yang jenis tak bergula, benda sejuk maybe tolong kebas kan je bahagian sakit tu

tenku butang said...

bagus tips ni.. boleh cuba kalau sesiapa yang terkena tonsil ni berdekatan kita.. harap baby harraz dijauhkan dari kena tonsil sebab mama nya memang gelabah nanti..huhu o.. ok gak ada produk shaklee ni boleh bantu tingkatkan sistem imun anak ye

Hanny Abdullah said...

Dulu masa anak umur dlm 10 tahun mmg selalu kena tonsil ni..selalu demam. Last2 kena operate jugak

Hasif Hamsyari said...

Ya, sekarang pun dengan keadaan cuaca tak menentu memang mudah datang penyakit, apalagi pada kanak-kanak, kan. Apapun, perkongsian yang cukup bermanfaat. Terima kasih ya!

Sang aura said...

baru ni try no 4 tu.. rasanya mcm nak menangis dia berlawanan. ekekekeke

Jia Shin Lee said...

Thanks for the tips, I use raw honey to soothe it, works really well.

yanmie said...

Sakit tekak pun kita dah rasa perit, inikan pula tonsil bengkak kan...anak2 kalau sakit tekak biasa suruh minum air masak je banyak2, if mood maknyee ok belikan lah juga aiskrim. Tak boleh banyak coz anak jenis kalau makan aiskrim terlebih nanti cepat je jadi semput. Btw tq atas tips nya :)

yanmieonline.com

Shasratul Kamaruddin said...

Oo ye? So far it's working for me & my siblings. Tapi aiskrim memang manis. Mungkin boleh buat popsickle buah 😄

Shasratul Kamaruddin said...

Aamin.. insyaAllah harap anak kita dijauhkan daripada sebarang penyakit.

Ye, Shaklee ada set yang boleh tingkatkan imun badan 😊

Shasratul Kamaruddin said...

😔😔 I'm sorry to hear that. Memang tonsil ni biasa, tapi kita kena rawat dengan betul..

Shasratul Kamaruddin said...

Welcome 😊 Semoga kita semua dijauhkan daripada sebarang penyakit. Aamin.

Shasratul Kamaruddin said...

Air garam memang perit 😂😂 tapi rawatan yang baik kan?

Shasratul Kamaruddin said...

Happy to hear that 😄😄

Shasratul Kamaruddin said...

Betul tu.. memang kesian tengok anak2 yang kena tonsil. Kita sama-sama cari jalan terbaik yang boleh bantu anak. InsyaAllah..

Jana Hazana said...

Paling tak tahan bila anak2 kesakitan kan? Btw, good tips. Teruskan perkongsian

rubydotmy said...

Ni la di panggil bengok kan? Tonsil dan sekitarnya memang bahaya. Tambahan budak tak tau nak cakap sakit kat mana. Apa dia rasa. Semua dia diam je. Bila nganga mulut. bengkak dah. Ruby selalunya bagi anak makan ais krim mcd tu. vanilla. Pastu suruh dia banyak rehat. tidur tu penting. Aktif melompat sana sini. Minum air pula kurang. So bila dia bangun tido, minum air kosong dan susu. paksa! Hahaha.

dboystudio said...

abam pun kena hari tu terduduk kejap.. siang dgn benguk lagi. tip2 nie berguana gak, memang try makan aiskrim hari tu.

Shasratul Kamaruddin said...

Betul.. Hati ibu la paling tak tahan kalau anak tak sihat

Shasratul Kamaruddin said...

Tak.. Beguk tu lain. Hehe. Tonsil ni kat bahagian pangkal nak masuk tengkuk tu.

Ha tu la. Memang kena paksa. Kalau tak kesian dia. 😄

Shasratul Kamaruddin said...

Aiskrim memang membantu. Tapi kalau kerap kena, kena hati-hati tu 😊

iffah hussin said...

Ada terbaca kalau nak lekas baik , kena makan ais krim tapi ais krim vanila lebih mujarap katanya.

Lia Hasty said...

Tips berguna ni untuk dewasa juga bukan kanak-kanak sahaja. Pasal benda sejuk macam aiskrim tak sure plak. baru tahu.

Zharif Azis said...

Sy pernh dgr org ckp kalau sakit tekak mkn aiskrim vanila. Xtahulh mujarab k x sbb xprnh cuba lagi. Biasa sy minum air teh panas bubuh madu je

Maisarah Humaira said...

bahaya juga ye tonsilitis ni. kalau dibiarkan boleh sampai dibedah.. kena ajar kanak-kanak supaya rajin minum air masak

www.maisarahsidi.com

Cerita Huda said...

thanks sharing, ibu2 semua wajib tahu ni.

azrinros said...

Terima kasih berkongsi cara nak selesaikan masalah kesakitan Tonsil untuk anak kecil.

Betty Liew said...

A good tips. Agree with drink more water and gaggle with salt water. It helps a lot.

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH