Pages - Menu

11 July 2017

WANITA BERPANTANG : AWAS DENGAN PEMBUNUH SENYAP NI!

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan kematian seorang guru yang baru berpantang 48 hari dengan 2 anaknya di sisi. 
.

Membaca artikel-artikel berkaitan juga dah buat saya rasa sedih. Apatah lagi membayangkan situasi yang mungkin berlaku.
.

Allahuakbar. Sama-sama kita doakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
.

Ramai juga kawan-kawan saya yang memilih untuk berpantang sendiri. Dan kebetulan terjumpa satu artikel di The Asian Parents Malaysia mengenai satu pembunuh senyap ibu berpantang yang jarang-jarang kita dengar.
.

Bagi anda yang sedang berpantang sendiri tanpa ibu atau ibu mertua di sisi, sebaiknya pastikan anda sememangnya bersedia daripada segi mental dan fizikal.
.

Berpantang ni satu proses yang rumit namun perlu diambil perhatian yang serius. Segala ilmu mengenai pantang juga perlu digali sedalam mungkin.
.

Apa pembunuh senyap tu? 
*********************************
.
Ia adalah pulmonary embolism. Sejenis penyakit darah beku dalam saluran darah ke peparu. Kalau darah beku tu dalam saluran darah yang dekat dengan kulit, biasanya ia tak menjadi masalah.
.

Tapi ia akan jadi masalah besar bila darah beku tu ada pada salur darah yang lebih dalam!
.

Menurut Dr. Mardiana Kipli, seorang pakar Obsterik dan Ginekologi,
.
" Penyakit pulmonary embolism (darah beku dalam saluran darah ke paru-paru) merupakan salah satu punca utama yang menyebabkan kematian ibu mengandung dan ketika tempoh berpantang iaitu 6 minggu selepas bersalin.
Kejadian ini jarang berlaku namun, ianya boleh menyebabkan kematian mangsa secara mengejut. Kebanyakkan kes, hanya dapat disahkan oleh pihak forensik ketika autopsi post-mortem.
Ia merupakan salah satu punca utama yang menyumbang kepada statistik maternal mortality (kematian ibu mengandung dan semasa berpantang) selain daripada kejadian tumpah darah selepas bersalin dan penyakit darah tinggi.
Oleh yang demikian, mengenali tanda-tanda awal gejala ini sangat penting sebagai langkah pencegahan sebelum keadaan menjadi lebih parah dan berakhir dengan kematian."
.

Darah ibu mengandung dan berpantang ni lebih pekat daripada biasa. Bila darah pekat, aliran darah akan jadi kurang lancar. Dan ini memungkinkan ibu-ibu mendapat penyakit ini.
.

Namun, risiko kepada ibu hamil untuk dapat pulmonary embolism ni akan jadi lebih tinggi jika anda ;

1. Berumur lebih daripada 35 tahun.
2. Mempunyai anak lebih daripada 2 orang.
3. Lumpuh dan tak boleh bergerak l3bih daripada 3 hari.
4. Berat lebih 80kg atau BMI lebih daripada 30.
5. Menjalani pembedahan ceasarean.
6. Menaiki penerbangan jauh lebih daripada 4 jam.
7. Dehidrasi
8. Pernah mendapat penyakit darah beku sebelum mengandung atau pada kelahiran sebelumnya.
9. Tumpah darah semasa bersalin lebih daripada 1 liter.
10. Mendapat transfusi darah semasa mengandung atau selepas bersalin.
11. Penyakit yang menyebabkan darah jadi likat seperti thrombophilia, protein S deficiency, anti phospholipid syndrome
12. Apa-apa pembedahan yang dilakukan sepanjang tempoh mengandung atau semasa berpantang.
Contohnya pembedahan appendicitis, pembedahan untuk patah tulang atau apa-apa pembedahan yang dilakukan semasa bersalin atau selepas bersalin.
13. Kandungan kembar.
14. Penyakit pre-eklampsia (darah tinggi yang menyebabkan air kencing mengeluarkan protein).
.

Jika anda mempunyai salah satu ciri yang disebutkan di atas, jangan ambil mudah pada sebarang tanda-tanda biasa yang mungkin anda rasa. Memang susah nak ramalkan bila penyakit ni akan menyerang. Namun mengambil langkah berhati-hati itu lebih baik.
.

Tanda-tanda awal yang mungkin anda rasai adalah :
1. Kembang kaki dan sakit pada betis (kebiasaannya sebelah kaki sahaja)
2. Sukar untuk bernafas.
3. Sakit dada.
4. Batuk berdarah.
5. Nadi sangat laju.
.

Jadi apa yang perlu ANDA BUAT jika anda tergolong dalam golongan berisiko ni?
.
1. Minum banyak air untuk elakkan dehidrasi.
2. Aktif bergerak dan berjalan namun tak perlu sampai aktif buat kerja. Cuma pastikan badan anda lakukan pergerakan. Ia akan bantu lancarkan perjalanan darah.
3. Ambil suntikan pencair darah. Sesetengah hospital akan beri anda suntikan ni semasa mengandung atau selepas hamil untuk mencegah pembentukan darah beku dalam salur darah. Ia akan diberikan setiap hari selama 14 hari.
Bagi hospital kerajaan, ia diwajibkan bagi ibu yang berumur 35 tahun ke atas dan bagi mereka yang bersalin secara ceasarean.
4. Ambil suplemen dan ubatan penting untuk membantu proses berpantang anda.
5. Jangan tinggalkan proses bertungku dan berbengkung. Ia membantu melancarkan perjalanan darah anda.
6. Cari tukang urut. Proses berurut selepas melahirkan juga membantu mengembalikan kelancaran sistem badan anda. Susu juga akan keluar dengan lancar.
7. Mandi serum. Mandian akar kayu yang sangat melegakan. Minta bantuan tukang urut untuk sediakan daun-daun herba tersebut.
8. Minta bantuan ahli keluarga dalam menyelesaikan tugasan rumah. Jangan terlalu memaksa diri anda untuk buat semua kerja. Anda perlukan rehat!
.

Apa pula yang anda tak boleh buat? Ada benda yang anda perlu buat, semestinya ada juga benda yang anda tak boleh buat.

1. Elakkan makanan yang berbisa, tajam, berangin dan sejuk. Sebaiknya makanan yang dimakan hanyalah kukus atau bakar sahaja.
2. Jangan lupa pakai stokin! Penting untuk mengelakkan angin masuk ke badan dan membuatkan anda sakit-sakit badan.
3. Jangan bersendirian untuk masa yang lama! Jika emosi anda tidak stabil waktu ini, anda boleh meroyan. Pastikan sentiasa ada orang lain di sisi anda.
.

Semoga perkongsian ini sama-sama memberi manfaat kepada kita. Saya doakan semua ibu kuat untuk menempuh alam berpantang.
.

Sentiasa ingat Allah, jangan tinggalkan zikir, minta perlindungan daripada Allah daripada sebarang kecelakaan mahupun kesulitan. InsyaAllah.
.

Salam sayang,
Shasratul Ameerah
SID : 1095681
0102888494
www.wasap.my/60102888494
Your trusted Shaklee distributor

Terima Kasih

No comments:

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH