Pages - Menu

08 July 2017

4 TIPS NAK DAPAT JODOH YANG BAIK

Akhir-akhir ni heboh betul kes suami pukul isteri, isteri curang, suami curang. Macam-macam cerita kan.

Pagi tadi sempat debgar perkongsian daripada Prof. Muhaya. Tajuk dia TIPS MENDAPAT JODOH YANG BAIK.

Haa. Mana-mana yang bujang lagi, tak kisah la teruna ke dara, boleh cuba cara ni. Perkahwinan ni bukan destinasi tapi ia permulaan kepada destinasi hakiki. Haa gitu.

Prof Muhaya kata cara ni ada sorang sheikh yang kongsi dengan kawan dia. Dia amalkan. Alhamdulillah dapat jodoh baik. Dia share dengan beberapa orang pun, alhamdulillah mereka pun dapat jodoh yang baik.

Kira dapat la pasangan idaman hati tu. Semua orang mesti ada ciri-ciri yang masing-masing suka kan? Boleh cuba cara ni.

.
.

1. Senaraikan ciri-ciri pasangan idaman tu.

Tak payah banyak. Ambil yang utama je. 10 ciri pun ok. Contoh la nak orang yang solat awal waktu, nak pasangan yang boleh ajar kita mengaji. Apa-apa je.

Kalau ciri fizikal, tak perlu la sampai detail sangat. Nak rambut kerinting, kening lebat, ada lesung pipit 😂 Cukup sekadar wajah yang menenangkan hati. ❤

.
.

2. Bandingkan ciri-ciri yang anda tulis tadi dengan diri sendiri.

Ada tak persamaan? Ke satu pun takde persamaan dengan diri anda?

Hukum dunia, kita menarik apa yang dekat dengan kita. Apa yang kita ada.

Contoh ye. Kita nak pasangan yang selalu mengaji tapi kita seminggu satu muka surat pun belum tentu. Jauh kan beza?

Jadi apa perlu kita buat? Haa. Ubah diri.

Kalau nak pasangan yang selalu solat awal waktu, cuba kita juga solat awal waktu.

Kalau nak pasangan yang setia, cuba kita juga berlatih untuk setia dan elakkan perkara-perkara yang boleh buat kita curang.

.
.

3. Destinasi perkahwinan.

Setiap perkara yang kita buat, kena ada destinasi, matlamat.

Sama la kita nak pergi jalan-jalan kan. Dah beria siap cantik-cantik ni nak keluar. Sekali masuk kereta, tak tahu nak pergi mana. Akhirnya masuk rumah balik atau merayau entah ke mana. Pusing-pusing tempat sama, balik.

Sia-sia kan? Apa pun tak dapat.

Sama macam perkahwinan. Apa matlamat kita nak kahwin.

Kahwin sebab nak ada teman waktu tua? Kalau pasangan meninggal awal macam mana?

Kahwin sebab takut orang kata? Percayalah kita tak boleh tutup mulut orang. Dah kahwin pun nanti orang akan tanya pasal zuriat. Habis pasal zuriat, pasal harta. Habis pasal harta, pasal pekerjaan anak-anak.

Sebaiknya destinasi perkahwinan tu satu yang hakiki.

Sebab nak dapat redha Allah.
Sebab nak perkahwinan tu jadi jambatan ke syurga.
Sebab nak lahirkan zuriat yang akan jadi pejuang agama.

Yang dah kahwin pun boleh cek balik destinasi rumahtangga. Masih ada masa nak betulkan niat 😊

.
.

4. Rancang perkahwinan bukan majlis perkahwinan.

Ini menusuk! Ramai yang lebih ambil berat pasal majlis berbanding perkahwinan tu sendiri.

Lagi 20-30 tahun, apa nak buat? Apa rancangannya? Nak hidup macam mana ni?

.
.

Ok ini 4 tips yang anda boleh cuba. Nanti dah cuba, dah dapat, kongsi dengan orang lain pulak.

Semoga ilmu ni bermanfaat. Panjang-panjangkanlah ye. Semoga ni jadi saham akhirat akak jugak. Aamin 😌

Kak E
Nak sangat anda dapat jodoh yang baik.
010-2888494


Terima Kasih

No comments:

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH