Pages - Menu

16 July 2017

4 RAHSIA susu ibu sentiasa cukup!

Assalamualaikum semua terutamanya ibu-ibu yang nak bersedia nak susukan anak sepenuhnya ni. Tengok tajuk pun tahu kan? Biasanya yang akan klik untuk isu ni ibu muda yang baru nak belajar mengenai penyusuan susu ibu atau ibu-ibu yang cuba nak memperbaiki kualiti penyusuan.


Alhamdulillah. Besar sangat pahala kita bila kita menyusukan anak dengan ikhlas. Saya doakan kita semua berjaya dalam penyusuan susu ibu ni sampai anak kita 2 tahun. Aamin.


4 PERSEDIAAN PENTING UNTUK PENYUSUAN 2 TAHUN


InsyaAllah harini saya kongsi 4 persediaan penting untuk pastikan kuantiti susu kita tetap cukup. Formulanya senang lagi mudah. F.E.E.D. Ingat penyusuan ingat FEED.


1.      F – Frequent

Kekerapan kita memerah dan mengosongkan payudara sangat penting. Lebih kerap kita kosongkan payudara, lebih banyak susu terhasil. Bagaimana?


Bila payudara kita kerap kosong, badan akan hantar isyarat pada otak, ‘BAYI PERLUKAN SUSU LEBIH’. Jadi, lebih cepat susu akan dipenuhi semula.


Jika payudara jarang kosong, badan akan hantar isyarat susu dah cukup. Jadi tiada tindak balas daripada badan untuk hasilkan lebih banyak susu. Baginya susu sudah cukup. Jadi tidak perlu hasilkan banyak susu.


Dapat sesuatu?


2.      E – Effective

Keberkesanan apa ni? Keberkesanan payudara untuk keluarkan susukah? Sabar. J Saya maksudkan dengan keberkesanan pam susu. Kita kena sentiasa ingat. Bukan semua pam susu sesuai untuk kita. Cara penggunaan pam juga sangat penting. Ia mempengaruhi jumlah susu yag akan dikeluarkan.


Pengalaman saya, saya pernah guna satu pam manual jenama A. Masa tu suami yang belikan. Saya masih di wad. Tak sempat kami beli bersama sebab Ayra nak keluar awal. Pam ni tiada silicon lembut untuk meyuokong payudara, dan kekuatan ia mengepam juga agak kuat. Hasilnya seminggu saya terpaksa menahan kesakitan akibat puting luka.


Kemudian saya bertukar pada pam jenama Lacte’. Alhamdulillah serasi dengan saya. Hasil pengepaman juga memuaskan hati. Bukan saya nak promot jenama ni ye. Saya hanya nak beritahu bukan semua jenis pam sesuai dengan kita.


Jadi bagaimana nak beli yang sesuai? Anda boleh pergi ke beberapa kedai yang menjual alat pengepam susu yang menyediakan khidmat ‘try your pump’. Anda boleh cuba kat situ juga. Anda boleh serasikan corong pam dengan saiz payudara dan lihat juga kekuatan ia mengepam. Cari yang selesa ye.


3.      E – Exclusive

Bayi di bawah 6 bulan perlu diberi susu badan secara eksklusif tanpa diberi makanan atau minuman lain. Termasuk air masak. Ia adalah sangat dilarang.


Beri mereka susu badan semaksimum mungkin. Teringat pula Ayra semasa dia dalam usia 6 bulan pertama. Setiap 2 jam maksimum dia akan minta susu. Kebanyakan masa, biasanya sejam sekali dia akan minta susu.


Pada masa ni, memang penat. Tapi sangat seronok. Ia pengalaman paling indah sebagai ibu.


4.      D – Demand Vs Supply

Apabila permintaan terhadap susu tinggi, banyak susu akan terhasil. Siap tersedia. Tinggal bayi nak minum je. Dan bagaimana kita nak pastikan permintaan ini sentiasa tinggi?


Bila bayi berada di sisi, susukan sebanyak yag mungkin. Dan bila mereka tiada di sisi, jaga jadual pam. Pam sekurang-kurangnya 2-3 jam sekali. Jangan terlalu lama jarak masanya. Ia boleh menyebabkan payudara bengkak seterusnya boleh menyebabkan mastitis.


PENYUSUAN YANG INDAH


Empat perkara ni sangat saya jaga. Ia penting untuk memastikan kelangsungan penghasilan susu yang cukup. Sebab itu Ayra pun sangat gembira J

Ayra yang pantang tengok kamera.

Di samping empat perkara penting ni, saya tetap amalkan pemakanan yang cukup dan baik. Setberpantang Shaklee pun tak pernah saya tinggalkan. Saya nak anak saya dapat zat sebaik mungkin daripada penyusuannya.


Kenapa saya pilih set berpantang? Sebab ia lengkap untuk penyusuan yang baik, kesihatan ibu dan anak serta kecantikan dalaman dan luaran. Kalau dulu, ada orang takut nak susukan anak. Bimbang nanti badan dah tak cantik. Dengan set ni, saya langsung tak bimbang perkara tu. Bila kita faham konsep penyusuan ni, insyaAllah kita akan rasa sangat bangga bila boleh susukan anak sendiri.


InsyaAllah anda juga boleh. Jangan mengalah sebelum berjuang. Pertahankan hak anak, insyaAllah Allah akan jaga hak kita.


Selamat menyusukan anak comel anda!


Salam sayang,
Shasratul Ameerah
SID : 1095681
0102888494
Your trusted Shaklee distributor



Terima Kasih

No comments:

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH