Pages - Menu

16 July 2017

4 RAHSIA susu ibu sentiasa cukup!

Assalamualaikum semua terutamanya ibu-ibu yang nak bersedia nak susukan anak sepenuhnya ni. Tengok tajuk pun tahu kan? Biasanya yang akan klik untuk isu ni ibu muda yang baru nak belajar mengenai penyusuan susu ibu atau ibu-ibu yang cuba nak memperbaiki kualiti penyusuan.


Alhamdulillah. Besar sangat pahala kita bila kita menyusukan anak dengan ikhlas. Saya doakan kita semua berjaya dalam penyusuan susu ibu ni sampai anak kita 2 tahun. Aamin.


4 PERSEDIAAN PENTING UNTUK PENYUSUAN 2 TAHUN


InsyaAllah harini saya kongsi 4 persediaan penting untuk pastikan kuantiti susu kita tetap cukup. Formulanya senang lagi mudah. F.E.E.D. Ingat penyusuan ingat FEED.


1.      F – Frequent

Kekerapan kita memerah dan mengosongkan payudara sangat penting. Lebih kerap kita kosongkan payudara, lebih banyak susu terhasil. Bagaimana?


Bila payudara kita kerap kosong, badan akan hantar isyarat pada otak, ‘BAYI PERLUKAN SUSU LEBIH’. Jadi, lebih cepat susu akan dipenuhi semula.


Jika payudara jarang kosong, badan akan hantar isyarat susu dah cukup. Jadi tiada tindak balas daripada badan untuk hasilkan lebih banyak susu. Baginya susu sudah cukup. Jadi tidak perlu hasilkan banyak susu.


Dapat sesuatu?


2.      E – Effective

Keberkesanan apa ni? Keberkesanan payudara untuk keluarkan susukah? Sabar. J Saya maksudkan dengan keberkesanan pam susu. Kita kena sentiasa ingat. Bukan semua pam susu sesuai untuk kita. Cara penggunaan pam juga sangat penting. Ia mempengaruhi jumlah susu yag akan dikeluarkan.


Pengalaman saya, saya pernah guna satu pam manual jenama A. Masa tu suami yang belikan. Saya masih di wad. Tak sempat kami beli bersama sebab Ayra nak keluar awal. Pam ni tiada silicon lembut untuk meyuokong payudara, dan kekuatan ia mengepam juga agak kuat. Hasilnya seminggu saya terpaksa menahan kesakitan akibat puting luka.


Kemudian saya bertukar pada pam jenama Lacte’. Alhamdulillah serasi dengan saya. Hasil pengepaman juga memuaskan hati. Bukan saya nak promot jenama ni ye. Saya hanya nak beritahu bukan semua jenis pam sesuai dengan kita.


Jadi bagaimana nak beli yang sesuai? Anda boleh pergi ke beberapa kedai yang menjual alat pengepam susu yang menyediakan khidmat ‘try your pump’. Anda boleh cuba kat situ juga. Anda boleh serasikan corong pam dengan saiz payudara dan lihat juga kekuatan ia mengepam. Cari yang selesa ye.


3.      E – Exclusive

Bayi di bawah 6 bulan perlu diberi susu badan secara eksklusif tanpa diberi makanan atau minuman lain. Termasuk air masak. Ia adalah sangat dilarang.


Beri mereka susu badan semaksimum mungkin. Teringat pula Ayra semasa dia dalam usia 6 bulan pertama. Setiap 2 jam maksimum dia akan minta susu. Kebanyakan masa, biasanya sejam sekali dia akan minta susu.


Pada masa ni, memang penat. Tapi sangat seronok. Ia pengalaman paling indah sebagai ibu.


4.      D – Demand Vs Supply

Apabila permintaan terhadap susu tinggi, banyak susu akan terhasil. Siap tersedia. Tinggal bayi nak minum je. Dan bagaimana kita nak pastikan permintaan ini sentiasa tinggi?


Bila bayi berada di sisi, susukan sebanyak yag mungkin. Dan bila mereka tiada di sisi, jaga jadual pam. Pam sekurang-kurangnya 2-3 jam sekali. Jangan terlalu lama jarak masanya. Ia boleh menyebabkan payudara bengkak seterusnya boleh menyebabkan mastitis.


PENYUSUAN YANG INDAH


Empat perkara ni sangat saya jaga. Ia penting untuk memastikan kelangsungan penghasilan susu yang cukup. Sebab itu Ayra pun sangat gembira J

Ayra yang pantang tengok kamera.

Di samping empat perkara penting ni, saya tetap amalkan pemakanan yang cukup dan baik. Setberpantang Shaklee pun tak pernah saya tinggalkan. Saya nak anak saya dapat zat sebaik mungkin daripada penyusuannya.


Kenapa saya pilih set berpantang? Sebab ia lengkap untuk penyusuan yang baik, kesihatan ibu dan anak serta kecantikan dalaman dan luaran. Kalau dulu, ada orang takut nak susukan anak. Bimbang nanti badan dah tak cantik. Dengan set ni, saya langsung tak bimbang perkara tu. Bila kita faham konsep penyusuan ni, insyaAllah kita akan rasa sangat bangga bila boleh susukan anak sendiri.


InsyaAllah anda juga boleh. Jangan mengalah sebelum berjuang. Pertahankan hak anak, insyaAllah Allah akan jaga hak kita.


Selamat menyusukan anak comel anda!


Salam sayang,
Shasratul Ameerah
SID : 1095681
0102888494
Your trusted Shaklee distributor



Terima Kasih

11 July 2017

WANITA BERPANTANG : AWAS DENGAN PEMBUNUH SENYAP NI!

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan kematian seorang guru yang baru berpantang 48 hari dengan 2 anaknya di sisi. 
.

Membaca artikel-artikel berkaitan juga dah buat saya rasa sedih. Apatah lagi membayangkan situasi yang mungkin berlaku.
.

Allahuakbar. Sama-sama kita doakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
.

Ramai juga kawan-kawan saya yang memilih untuk berpantang sendiri. Dan kebetulan terjumpa satu artikel di The Asian Parents Malaysia mengenai satu pembunuh senyap ibu berpantang yang jarang-jarang kita dengar.
.

Bagi anda yang sedang berpantang sendiri tanpa ibu atau ibu mertua di sisi, sebaiknya pastikan anda sememangnya bersedia daripada segi mental dan fizikal.
.

Berpantang ni satu proses yang rumit namun perlu diambil perhatian yang serius. Segala ilmu mengenai pantang juga perlu digali sedalam mungkin.
.

Apa pembunuh senyap tu? 
*********************************
.
Ia adalah pulmonary embolism. Sejenis penyakit darah beku dalam saluran darah ke peparu. Kalau darah beku tu dalam saluran darah yang dekat dengan kulit, biasanya ia tak menjadi masalah.
.

Tapi ia akan jadi masalah besar bila darah beku tu ada pada salur darah yang lebih dalam!
.

Menurut Dr. Mardiana Kipli, seorang pakar Obsterik dan Ginekologi,
.
" Penyakit pulmonary embolism (darah beku dalam saluran darah ke paru-paru) merupakan salah satu punca utama yang menyebabkan kematian ibu mengandung dan ketika tempoh berpantang iaitu 6 minggu selepas bersalin.
Kejadian ini jarang berlaku namun, ianya boleh menyebabkan kematian mangsa secara mengejut. Kebanyakkan kes, hanya dapat disahkan oleh pihak forensik ketika autopsi post-mortem.
Ia merupakan salah satu punca utama yang menyumbang kepada statistik maternal mortality (kematian ibu mengandung dan semasa berpantang) selain daripada kejadian tumpah darah selepas bersalin dan penyakit darah tinggi.
Oleh yang demikian, mengenali tanda-tanda awal gejala ini sangat penting sebagai langkah pencegahan sebelum keadaan menjadi lebih parah dan berakhir dengan kematian."
.

Darah ibu mengandung dan berpantang ni lebih pekat daripada biasa. Bila darah pekat, aliran darah akan jadi kurang lancar. Dan ini memungkinkan ibu-ibu mendapat penyakit ini.
.

Namun, risiko kepada ibu hamil untuk dapat pulmonary embolism ni akan jadi lebih tinggi jika anda ;

1. Berumur lebih daripada 35 tahun.
2. Mempunyai anak lebih daripada 2 orang.
3. Lumpuh dan tak boleh bergerak l3bih daripada 3 hari.
4. Berat lebih 80kg atau BMI lebih daripada 30.
5. Menjalani pembedahan ceasarean.
6. Menaiki penerbangan jauh lebih daripada 4 jam.
7. Dehidrasi
8. Pernah mendapat penyakit darah beku sebelum mengandung atau pada kelahiran sebelumnya.
9. Tumpah darah semasa bersalin lebih daripada 1 liter.
10. Mendapat transfusi darah semasa mengandung atau selepas bersalin.
11. Penyakit yang menyebabkan darah jadi likat seperti thrombophilia, protein S deficiency, anti phospholipid syndrome
12. Apa-apa pembedahan yang dilakukan sepanjang tempoh mengandung atau semasa berpantang.
Contohnya pembedahan appendicitis, pembedahan untuk patah tulang atau apa-apa pembedahan yang dilakukan semasa bersalin atau selepas bersalin.
13. Kandungan kembar.
14. Penyakit pre-eklampsia (darah tinggi yang menyebabkan air kencing mengeluarkan protein).
.

Jika anda mempunyai salah satu ciri yang disebutkan di atas, jangan ambil mudah pada sebarang tanda-tanda biasa yang mungkin anda rasa. Memang susah nak ramalkan bila penyakit ni akan menyerang. Namun mengambil langkah berhati-hati itu lebih baik.
.

Tanda-tanda awal yang mungkin anda rasai adalah :
1. Kembang kaki dan sakit pada betis (kebiasaannya sebelah kaki sahaja)
2. Sukar untuk bernafas.
3. Sakit dada.
4. Batuk berdarah.
5. Nadi sangat laju.
.

Jadi apa yang perlu ANDA BUAT jika anda tergolong dalam golongan berisiko ni?
.
1. Minum banyak air untuk elakkan dehidrasi.
2. Aktif bergerak dan berjalan namun tak perlu sampai aktif buat kerja. Cuma pastikan badan anda lakukan pergerakan. Ia akan bantu lancarkan perjalanan darah.
3. Ambil suntikan pencair darah. Sesetengah hospital akan beri anda suntikan ni semasa mengandung atau selepas hamil untuk mencegah pembentukan darah beku dalam salur darah. Ia akan diberikan setiap hari selama 14 hari.
Bagi hospital kerajaan, ia diwajibkan bagi ibu yang berumur 35 tahun ke atas dan bagi mereka yang bersalin secara ceasarean.
4. Ambil suplemen dan ubatan penting untuk membantu proses berpantang anda.
5. Jangan tinggalkan proses bertungku dan berbengkung. Ia membantu melancarkan perjalanan darah anda.
6. Cari tukang urut. Proses berurut selepas melahirkan juga membantu mengembalikan kelancaran sistem badan anda. Susu juga akan keluar dengan lancar.
7. Mandi serum. Mandian akar kayu yang sangat melegakan. Minta bantuan tukang urut untuk sediakan daun-daun herba tersebut.
8. Minta bantuan ahli keluarga dalam menyelesaikan tugasan rumah. Jangan terlalu memaksa diri anda untuk buat semua kerja. Anda perlukan rehat!
.

Apa pula yang anda tak boleh buat? Ada benda yang anda perlu buat, semestinya ada juga benda yang anda tak boleh buat.

1. Elakkan makanan yang berbisa, tajam, berangin dan sejuk. Sebaiknya makanan yang dimakan hanyalah kukus atau bakar sahaja.
2. Jangan lupa pakai stokin! Penting untuk mengelakkan angin masuk ke badan dan membuatkan anda sakit-sakit badan.
3. Jangan bersendirian untuk masa yang lama! Jika emosi anda tidak stabil waktu ini, anda boleh meroyan. Pastikan sentiasa ada orang lain di sisi anda.
.

Semoga perkongsian ini sama-sama memberi manfaat kepada kita. Saya doakan semua ibu kuat untuk menempuh alam berpantang.
.

Sentiasa ingat Allah, jangan tinggalkan zikir, minta perlindungan daripada Allah daripada sebarang kecelakaan mahupun kesulitan. InsyaAllah.
.

Salam sayang,
Shasratul Ameerah
SID : 1095681
0102888494
www.wasap.my/60102888494
Your trusted Shaklee distributor

Terima Kasih

08 July 2017

4 TIPS NAK DAPAT JODOH YANG BAIK

Akhir-akhir ni heboh betul kes suami pukul isteri, isteri curang, suami curang. Macam-macam cerita kan.

Pagi tadi sempat debgar perkongsian daripada Prof. Muhaya. Tajuk dia TIPS MENDAPAT JODOH YANG BAIK.

Haa. Mana-mana yang bujang lagi, tak kisah la teruna ke dara, boleh cuba cara ni. Perkahwinan ni bukan destinasi tapi ia permulaan kepada destinasi hakiki. Haa gitu.

Prof Muhaya kata cara ni ada sorang sheikh yang kongsi dengan kawan dia. Dia amalkan. Alhamdulillah dapat jodoh baik. Dia share dengan beberapa orang pun, alhamdulillah mereka pun dapat jodoh yang baik.

Kira dapat la pasangan idaman hati tu. Semua orang mesti ada ciri-ciri yang masing-masing suka kan? Boleh cuba cara ni.

.
.

1. Senaraikan ciri-ciri pasangan idaman tu.

Tak payah banyak. Ambil yang utama je. 10 ciri pun ok. Contoh la nak orang yang solat awal waktu, nak pasangan yang boleh ajar kita mengaji. Apa-apa je.

Kalau ciri fizikal, tak perlu la sampai detail sangat. Nak rambut kerinting, kening lebat, ada lesung pipit 😂 Cukup sekadar wajah yang menenangkan hati. ❤

.
.

2. Bandingkan ciri-ciri yang anda tulis tadi dengan diri sendiri.

Ada tak persamaan? Ke satu pun takde persamaan dengan diri anda?

Hukum dunia, kita menarik apa yang dekat dengan kita. Apa yang kita ada.

Contoh ye. Kita nak pasangan yang selalu mengaji tapi kita seminggu satu muka surat pun belum tentu. Jauh kan beza?

Jadi apa perlu kita buat? Haa. Ubah diri.

Kalau nak pasangan yang selalu solat awal waktu, cuba kita juga solat awal waktu.

Kalau nak pasangan yang setia, cuba kita juga berlatih untuk setia dan elakkan perkara-perkara yang boleh buat kita curang.

.
.

3. Destinasi perkahwinan.

Setiap perkara yang kita buat, kena ada destinasi, matlamat.

Sama la kita nak pergi jalan-jalan kan. Dah beria siap cantik-cantik ni nak keluar. Sekali masuk kereta, tak tahu nak pergi mana. Akhirnya masuk rumah balik atau merayau entah ke mana. Pusing-pusing tempat sama, balik.

Sia-sia kan? Apa pun tak dapat.

Sama macam perkahwinan. Apa matlamat kita nak kahwin.

Kahwin sebab nak ada teman waktu tua? Kalau pasangan meninggal awal macam mana?

Kahwin sebab takut orang kata? Percayalah kita tak boleh tutup mulut orang. Dah kahwin pun nanti orang akan tanya pasal zuriat. Habis pasal zuriat, pasal harta. Habis pasal harta, pasal pekerjaan anak-anak.

Sebaiknya destinasi perkahwinan tu satu yang hakiki.

Sebab nak dapat redha Allah.
Sebab nak perkahwinan tu jadi jambatan ke syurga.
Sebab nak lahirkan zuriat yang akan jadi pejuang agama.

Yang dah kahwin pun boleh cek balik destinasi rumahtangga. Masih ada masa nak betulkan niat 😊

.
.

4. Rancang perkahwinan bukan majlis perkahwinan.

Ini menusuk! Ramai yang lebih ambil berat pasal majlis berbanding perkahwinan tu sendiri.

Lagi 20-30 tahun, apa nak buat? Apa rancangannya? Nak hidup macam mana ni?

.
.

Ok ini 4 tips yang anda boleh cuba. Nanti dah cuba, dah dapat, kongsi dengan orang lain pulak.

Semoga ilmu ni bermanfaat. Panjang-panjangkanlah ye. Semoga ni jadi saham akhirat akak jugak. Aamin 😌

Kak E
Nak sangat anda dapat jodoh yang baik.
010-2888494


Terima Kasih

02 May 2017

Shaklee Effect : Ibu mana tak sayang anak?

Pagi ni Kak E nak share mengenai luahan seorang ibu yang dulunya jurutera, namun sampai satu ketika, beliau mengambil keputusan untuk berhenti demi anak-anak. Berjayakah beliau? Jom sama-sama baca.

*****************************

[SUARA HATI SEORANG IBU]

Suatu masa dahulu, dari tahun 2009-2011, anak2 saya (Ammar & Sumayyah) sering sahaja jatuh sakit. Setiap bulan, pasti akan kena 3 sakit serangkai ini; demam + batuk + selsema. Sekali sekala, mereka akan kena cirit birit etc...

Hati ibu mana yg tidak sedih bila melihat anak2 sakit. Ditambah suami saya jauh.. dan saya pula bekerja waktu itu. Setiap kali tingalkan anak2 yg tidak sihat dgn maid, saya akan nangis dalam kereta... nangis sungguh2 sambil drive.

Cuti, mmg x adalah bakinya. Kadang kena tolak gaji lagi sbb ambil unpaid leave. Pernah boss ckp, apasal anak u selalu sakit ni??

Bukan saya tidak cuba usaha beri yg terbaik. Kadang diri saya pun stress. Apa lg yg saya boleh beri pd mereka??

Saya cuba few produk.. utk saya dan anak2. Pernah saya nk beli sejenis produk xx yg dikatakan makanan sunnah. Saya dgr pun di radio ikim. Lalu saya contact pengedar nya...

Masa dia cod brg tu, dia introduce produk lain (yy) yg serupa dgn produk yg saya nak beli..

"ainul, sebenarnya sama je xx ni dgn yy.. 2-2 dr kilang yg sama, cuma syarikat yg berbeza"

Waktu tu, saya terkedu... kemudian saya tak jd ambil xx, tp saya ambil yy. Sebabnya?? Harga yy lagi murah dr xx.

Hampir setiap bulan saya beli produk tu. Tapi progress anak2 sama sahaja.. nothing improved! Keadaan diri saya pun makin worst..nampak muka tua sgt even baru anak 2, n usia pun belum reach 30.

[Anda tidak pelik kah?? Kilang mana lah agaknya yg keluarkan produk2 ini?? Kilang di China kah??]

Bila saya mengandung anak ketiga tahun 2012, barulah saya tergerak hati mencuba $haklee. dan anak2 pun saya start beri $haklee (meal shakes + vit c + omega).

Ya Allah, surprisingly kesihatan mereka improved! Dan ketika lahirnya anak yg ketiga, baby saya bebas dari GBS! (Ammar & sumayyah- kedua2nya GBS positif dan perlu diberi rawatan antibiotik sejurus selepas dilahirkan). Alhamdulillah, yg ketiga..tiada GBS.

Do I obses dgn produk $haklee??

Oh tidak... bukan saya obses sehingga saya kata produk lain tak bagus. Dan bukan niat nak jatuhkan mana2.

Saya ambil $haklee kerana:

1) saya yakin, diet seharian saya dan anak2 tidak mampu cover NUTRISI GAP yg diperlukan oleh badan. Sbb tu, antibody badan tidak kuat dan kerap sakit.

2) Saya tidak mampu sediakan diet yg seimbang utk diri dan anak2
- makanan saya tinggi lemak, gula, garam serta kurang serat & nutrien
- makanan yg saya masak hilang nutrien ketika proses memasak itu sendiri
- terlalu bnyk pencemaran persekitaran yg berlaku

3) Saya juga tidak boleh jamin, makanan mentah yg saya beli di pasar bebas dari GMO, bebas dari injection, bahan pengawet, racun perosak, mahupun antibiotik...saya tidak boleh jamin, semuanya organic semata2. Kalaulah di Malaysia ni, kita mampu utk hasilkan makanan berorganik (purely), saya pun harap saya xperlukan supplemen.

4) saya juga ambil $haklee kerana saya sgt yakin dgn teknologi pemprosesan yg digunakan oleh syarikat $haklee itu sendiri...

Bayangkan.. $haklee telah tertubuh sejak tahun 1956, dan telah laburkan lebih USD250 juta hanya untuk ujian klinikal, kajian & pembangunan R&D semata2. Hebat bukan??

dan tahukah kita, sebelum $haklee keluarkan sesuatu produk, ia akan jalankan beribu ujian utk sesuatu vitamin.

Sebagai contoh, Nutriferon sahaja...mengambil masa selama 40 tahun penyelidikan sebelum $haklee decide utk keluarkan ia!!

Anda boleh bayangkan how strict $haklee dgn produk2nya??

Untuk tahu lebih lanjut ttg kajian2 $haklee, anda boleh refer di sini:

http://physicians.shaklee.com/displayContent.htm?fileName=healthSciBulletins.xml&sectionName=shakScience

Shaklee clinical tests journals

http://www.clinicals.shaklee.com/

Saya sebenarnya jadi takut melihat lambakan produk supplemen di pasaran... mengetatkanlah, menegangkanlah, menguruskan dlm masa seminggu lah, memutihkan dalam masa 14 hari lah...

Bila terlalu banyak iklan yg muncul di alam maya, saya terfikir, adakah produk2 tersebut dtgnya dr kilang yg sama, dan berapa banyak brand yg telah keluar dr kilang yg sama?? Dan berapa ramai yg telah consume??

Makin jd takut..bila timbul isu kena buang ovari, kanser, malah ada yg maut sbb ambil sesuatu produk...

Saya faham.. ramai SID yg menggunakan medium FB utk berkongsi ttg $haklee TETAPI ia tidak bermakna, $haklee sama seperti dgn iklan2 lambakan produk yg ada.

$haklee stands on itw own.. bukan main campur nie, campur itu, kemudian jadi $haklee.

Mungkin anda nampak, ramai promote $haklee, jadi anda pun assume,  $haklee juga sama datangnya dgn produk2 lain...dari kilang yg sama

Tidak dear...

$haklee ada kilangnya sendir di USA, ada makmalnya sendiri..

Saya sendiri pernah berjumpa dgn barisan Scientist $haklee ketika melawat ke US pd tahun lepas. dan mereka bukan calang2 org, semuanya dgn high degree qualification.

Jadi, pastikan anda buat kajian dahulu sebelum membuat kesimpulan.

Kalau rasa tidak yakin dgn $haklee, tiada masalah...tidak perlu ambil.

Those who'd experienced illness only, then will appreciate health :)

I know because I'd experienced it (saya pernah rasa zaman "TUA SEBELUM USIA").

.....Dan Nasihat saya, sebelum anda ambil sesuatu produk, jalankanlah sedikit study.. bukan berdasarkan testimony semata2 atau cakap orang. Pastikan ia bukan produk "cap ayam" yg begitu rakus diedarkan oleh syarikat2 yg tahu kelemahan kita; nak cantik, nak kurus, nak kembali seperti anak dara dan lain2....

Harap info ini dapat membantu...

M. Ainul~
Working-at-home-mom

************************

Perkongsian ni sebenarnya daripada mentor Kak E. Kak E memang sangat kagum dengan ketabahan Kak Ainul ni.

Kalau perasan kan, sebenarnya apa yang kita semua lalui ni lebih kurang sama je. Cuma atas kita macamana nak tangani dan cari jalan penyelesaian.

Rasa perkongsian ni bermanfaat? Tekan butang FB kat bawah dan kongsikan dengan ramai orang. InsyaAllah semoga kita sama-sama dapat manfaat daripada penulisan ini.

Kak E
0102888494
Bussiness Leader of Shaklee


Terima Kasih

22 April 2017

9 CARA MUDAH PULIHKAN SELESEMA DAN BATUK BERKAHAK BAYI BAWAH 6 BULAN


Alhamdulillah Ayra Zahra dah 5 bulan J Cepat betul anak ibu membesar. Ibu doakan Ayra sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Aamin. Dalam nak menjengah ke 5 bulan ni, ada dalam 2 kali jugak la Ayra selesema dan batu berkahak. Memang ibu bimbang betul.



Jadi ibu bawa Ayra ke klinik pakar. Alhamdulillah semuanya ok. Paru-paru ok. Pernafasan ok. Cuma selesema dan batuk berkahak ni buatkan Ayra tak selesa. Tidur malam pun terganggu. Doktor Yaw pun cakap, bayi terdedah pada infeksi daripada persekitaran dan cuaca. Yela. Tengok je la cuaca sekarang. Sekejap panas, sekejap hujan. Badan bayi pula baru nak bina imun. Jadi ini biasa.

Dan biasalah kita sebagai ibu ni. Tak senang duduk bila anak sakit. Katanya zaman Google. Ibu pun mulakanlah penyiasatan. Dalam banyak-banyak cara yang ibu jumpa, ada beberapa cara yang ibu buat digabungkan dengan tips-tips daripada orang-orang sekeliling. Nak hilangkan selesema dan batuk berkahak pada bayi ni bukan sehari dua tau. Memang ambil masa sikit. Tapi insyaAllah membantu tenangkan dan legakan mereka. Yela, kesian bayi mana la reti nak keluarkan kahak. Betul?

Ok, jom baca tips yang Kak E nak kongsi ni.

TIPS MUDAH HILANGKAN SELESEMA DAN BATUK BERKAHAK.

1. Biar anak rehat secukupnya di rumah.

Kalau tiada keperluan, tak usahlah bawa anak keluar. Secara tak langsung kita kurangkan risiko jangkitan pada anak. Ini penting untuk penyembuhan yang cepat. Sekurang-kurangnya persekitaran rumah kita boleh kawal. Persekitaran luar susah juga tu nak kawal. Kan?


2.  Banyakkan peluk anak.

Anak akan rasa bahagia bila kita banyak bersama dengan dia. Pelukan juga boleh berikan anak rasa ketenangan dan tenteram. Ini membantu proses penyembuhan anak. Percayalah!


3. Aliran udara yang baik.

Amalkan membuka tingkap dan pintu rumah setiap pagi untuk memastikan pengaliran udara adalah baik. Dengan cara ni kita akan kurangkan pengumpulan bacteria dalam rumah sekaligus dapat mempercepatkan proses penyembuhan anak.


4. Gunakan kunyit.

Kunyit ni bukan guna dalam masakan je ye. Ia sangat hebat. Kunyit ni satu ciptaan Allah yang hebat. Serius. Mudah sangat nak gunakan kunyit untuk legakan selesema bayi. Ambil sedikit kunyit. Oleskan pada lesung batu atau racik nipis-nipis. Untuk dapatkan airnya. Air tu nanti sapu atas hidung bayi. InsyaAllah bayi dapat tidur dengan lena.


5. Minyak bawang putih.

Kita semua tahu bawang putih ni boleh membantu menguatkan imun badan. Ini cara tradisional untuk kurangkan kahak bayi. Dengan perkataan yang lebih tepat, cairkan kahak.

Caranya senang je. Ambil seulas bawang putih bersama kulit. Bakar sampai kulitnya terbakar. Tapi jangan sampai bawang putih tu renting pulak.

Campurkan dengan minyak zaitun. Atau apa-apa minyak yang sesuai. Boleh juga guna minyak kelapa.
Sapukan nipis di dada, belakang, dan betis bayi.

PERINGATAN : Jangan sapu sekali dengan bawang putih. Ambil minyaknya sahaja. Bimbang kulit bayi tak sesuai, melecur pula nanti. Kalau tak yakin, boleh cuba sapu di bahagian kaki dulu. Biarkan seketika. Jika tiada apa-apa kesan, boleh teruskan sapuan di bahagian lain.


6. Daun sireh.

Boleh juga gunakan daun sireh. Sapu dulu balm ke dada bayi. Layurkan daun sireh di atas api. Sejukkan sebentar dan lekat pada dada dan belakang bayi. Cara ni berkesan pada sesetengah bayi, namun ada juga yang tidak sesuai pada sesetengah bayi yang lain. Boleh cuba dulu. Apa pun, ikhtiar itu lebih baik kan?

Sumber : Google


7. Tepuk percussion

Tepuk percussion bertujuan untuk melonggarkan kahak yang ada di peparu bayi. Cara yang betul adalah tepuk di bahagian kanan dan kiri belakang bayi dengan tangan yang membentuk ‘cupping’. Cara ni sangat disarankan oleh doctor dan pengamal perubatan untuk legakan kahak bayi.
Bayi akan keluarkan kahak atau lendir melalui najis atau muntah. Alhamdulillah Ayra pandai keluarkan kahak melalui air liur. Tinggal ibunya nak lap je. J

Cara 'cupping' yang betul



8.  Mandi air lemon.

InsyaAllah sangat menenangkan. Aromanya pun sedap. Adik Kak E yang cadangkan cara ni. Katanya perkongsian daripada rakan-rakan sekerja. Alhamdulillah memang lepas mandi lemon, Ayra nampak lega sangat. Dan lendir keluar dengan banyak melalui hidung. Jangan bimbang. Itu adalah salah satu cara bayi keluarkan lendir yang ada dalam badan mereka.


9.  Ibu jaga pemakanan.

Ini sangat penting. Ibu sangat perlu jaga pemakanan. Ibu kena elakkan mengambil makanan yang boleh menyebabkan mukus. Boleh rujuk gambar di bawah.

Makanan penyebab mukus dan menghilangkan mukus. Pilihan di tangan anda.


Dan untuk memastikan Kak E sentiasa mempunyai zat yang cukup dalam badan, Kak E konsisten amalkan set berpantang Shaklee + Garlic Complex. Kenapa set berpantang? Sebab dalam set ni ada semua vitamin-vitamin dan nutrien penting yang badan perlukan semasa menyusukan anak.

Sebab Kak E sangat faham bahawa apa yang kita makan, anak kita akan dapat sekali zatnya. Kalau baik makanan kita, baiklah yang anak dapat. Kalau makan kita tak terjaga, itu jugalah yang anak dapat.


Jika anda mencari-cari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee dah membuktikan bahawa produk kami mampu membantu anda menjalani kehidupan yang lebih sempurna. Pilihan di tangan anda. Saya sendiri telah memilih yang terbaik dan saya sangat yakin ini juga yang terbaik untuk anda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee mahupun menyertai Shaklee, anda boleh berhubung terus dengan saya san saya akan membantu anda untuk sama-sama berjaya. InsyaAllah.

Shasratul Ameerah
SID : 1095681
0102888494
Your trusted Shaklee distributor

Shaklee Kuantan

Terima Kasih

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH