Pages - Menu

05 September 2016

Set Hamil Shaklee - Set Terbaik di Pasaran

Assalamualaikum semua :)


Pertama sekali Ee ucapkan tahniah kepada anda kerana telah dipilih oleh Allah untuk menjadi ibu. Tak semua orang merasa untuk menjadi ibu. Ada yang cepat, ada yang lambat, malahan ada yang tidak berpeluang untuk menjadi ibu. 


Oleh itu, Ee nak ajak anda untuk sama-sama berhenti sekejap, pejamkan mata, dan ucapkan Alhamdulillah kepada Allah atas kurniaan dan rezeki yang tak ternilai ni. Semoga dengan kesyukuran kita yang sikit ni, Allah gandakan lagi rezeki kita semua. Ameen.


Okay, harini Ee nak kongsi dengan semua orang mengenai set hamil Shaklee. Semua orang pun mesti selalu dengar Shaklee kan dan keberkesanannya memang tak dapat kita nak sangkal lagi, InsyaAllah, apa pun semuanya atas izin Allah, kan? 


Kebiasaannya ibu mengandung mengalami macam-macam simptom dan masalah tak kira pada peringkat kehamilan yang mana. Ada 3 peringkat kehamilan. Trimester pertama, kedua dan ketiga. Dan simptom-simptom ni berbeza pada setiap peringkat kehamilan. 


---------------------------------------------
CABARAN IBU HAMIL
---------------------------------------------

Terdapat beberapa cabaran yang biasa ditempuh oleh ibu hamil, terutamanya pada 3 bulan pertama kehamilan. Cabaran ini mungkin berbeza mengikut individu.

  • Alahan teruk (muntah, loya, tidak boleh bau makanan).
  • Tidak boleh makan atau kurang selera makan.
  • Anemia (kurang darah merah) - Berbahaya jika tidak ditangani.
  • Rasa malas dan cepat letih.

Dan kebiasaannya, ia akan mengganggu aktiviti harian kita. Namun ia dapat diatasi dengan pengambilan nutrisi dan zat yang mencukupi.


------------------------------------------------
NUTRISI IBU HAMIL 
-----------------------------------------------

Secara amnya, ibu hamil perlu tambahkan keperluan kalori sebanyak 300kcal sehari lebih daripada keperluan normal ibu untuk keperluan ibu dan janin. Jangan terpengaruh dengan slogan "makan untuk dua orang". Ini mungkin akan menambah risiko anda kepada beberapa penyakit lazim ibu hamil yang lain seperti Diabetes.


Piramid makanan yang dicadangkan kepada ibu hamil


Ibu hamil sangat disarankan untuk mengambil sumber protein yang tinggi, tinggi kalsium, Vitamin B, asid folik dan beberapa zat dan vitamin yang lain. Antara makanan yang dicadangkan kepada ibu hamil adalah :


1) Ikan salmon - Ikan salmon mempunyai sumber protein yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi nutrisi Omega-3 yang sangat bermanfaat untuk ibu hamil.

2) Telur - Ia adalah salah satu nutrisi yang sangat bermanfaat untuk tubuh. Telur mempunyai lebih daripada 12 vitamin dan zat mineral yang diperlukan oleh ibu hamil termasuklah Omega-3. Namun berjaga-jaga dengan nilai kolesterolnya. Disarankan pengambilan telur tidak lebih daripada 3 kali seminggu.

3) Sayur hijau - Penting untuk ibu hamil kerana ia mempunyai serat dan vitamin-vitamin penting. Serat akan membantu ibu mengurangkan masalah sembelit. Antara vitamin penting yang terdapat dalam sayur ialah Vitamin A, Vitamin C, Vitamin K dan folat.

4) Daging merah - Membantu untuk menaikkan jumlah sel darah merah dan memberikan tenaga.

5) Buah-buahan - Mengandungi pelbagai vitamin penting, mineral dan serat yang tinggi. Buah juga kaya antioksidan untuk membantu ibu hamil menyingkirkan radikal bebas.


Makanan ibu hamil, makanan baik, pregnant


Ini adalah antara mekanan yang disarankan kepada ibu hamil. Namun sayangnya, kebanyakan zat dan nutrien yang terdapat dalam makanan kita musnah semasa proses tumbesaran, cara memasak dan penyediaan makanan tersebut. Sedangkan hakikatnya ibu hamil perlukan zat nutrisi 2 kali ganda lebih daripada orang biasa.


Oleh sebab itu, ibu hamil sangat perlukan suplemen (makanan tambahan) untuk membantu mencukupkan zat yang ibu hamil perlukan.


------------------------------------------------
SET HAMIL SHAKLEE
-----------------------------------------------

Sebagai ibu, kita pasti inginkan yang terbaik untuk anak dan diri sendiri. Oleh itu, saya sendiri amalkan Set Hamil Shaklee. Set Hamil Shaklee boleh dibahagikan kepada 2. Anda boleh klik link di bawah untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai set yang dicadangkan.




Semoga perkongsian ini bermanfaat :) Untuk bertanya dengan lebih personal atau ingin dapatkan konsultansi mengenai set yang dicadangkan, saya sangat berbesar hati andai anda boleh terus Whatsapp saya di 010-2888494. InsyaAllah seperti mana saya dibantu, saya juga akan membantu anda untuk membuat keputusan yang terbaik. Segala yang baik itu datang dari Allah :)


Ameerah
010-2888494
Pengedar Shaklee Sah Kuantan
ID 1095681





Terima Kasih

No comments:

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH