Pages - Menu

01 September 2016

Jatuh Cinta Dengan ESP !



Nah, Ee belanja gambar dulu :) Dan Ee sangat-sangat gembira dengan perubahan ni! Kalau korang kenal Ee dulu, korang akan tahu. Ee memang takde masalah jerawat ke apa. Tapi kulit Ee sangat-sangat kusam. Dan Ee sangat rasa rendah diri. Berdiri sebelah kawan yang cantik, cerah, rasa macam sedih sangat. Padahal dulu lahir punyalah gebu :p Okay, itu gurau.


Jadi dengan semangat yang jitu nak jadi cantik kan, Ee dah cuba banyak produk. Pemakanan, set penjagaan wajah. Tapi hampa! Serius kadang-kadang rasa menyesal. Bila dah cuba banyak-banyak, Ee mula perasan kulit Ee menggelupas. Memang sangat pedih!


Jadi masa tu memang berhenti guna yang bukan-bukan. Tak ingat dah produk last pakai apa, tapi memang takde kesan. Kesan baik ke, buruk ke, dua-dua takde. Jadi rugi la kan. Tiba-tiba Ee jumpa mak Shaklee Ee, Athirah. Dan Ee sangat teruja tengok kulit dia. Nak-nak tengok perubahan kulit dia. Jadi Ee pun usha-usha la. Dan dia bagitau, ESP ni boleh cantikkan kulit. Apa lagi. Ee pun cuba.


Sejak Ee amalkan ESP ni, serius memang jatuh cinta beb! Macam mana la tak jatuh cinta. Bayangkanlah. Konsisten makan sebulan je pun dah glowing. Flawless. Kalau kita je yang perasan takpe tau. Ini kalau dah ramai yang tegur, sangat seronok rasanya ok. Lagi-lagi kalau yang puji tu suami. Siap boleh ingatkan lagi kalau kita tak minum ESP tau. Hehe.


Dan kat sini Ee nak kongsi semuanya tentang ESP. Jom gali ilmu!


KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN


Secara faktanya, pengambilan protein membantu menghasilkan sel baru, maka sel mati dan sel lama dapat disingkirkan.


Jadi apa kelebihan dan kebaikan protein sebenarnya ?


Protein ni boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein sangat mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng. Jadi secara logiknya, pengambilan protein kita sehari-hari adalah tidak cukup. Betul tak?




Anatomi badan kita kompleks dan kita perlu faham asasnya adalah sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati. 


PENTINGKAH PROTEIN?


Ye! Sangat penting. Badan kita sangat perlukan protein untuk tumbesaran. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum kerana protein diperlukan untuk menghasilkan hormon, enzim, antibodi dan neurotransmitter.


Untuk pengetahuan anda, 25% daripada badan kita berasal (diperbuat) daripada protein. Kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita sendiri adalah protein.


TAHU TAK? 


Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.



SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)



ESP ni merupakan makanan utama tau dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaik pulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.


ESP Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.


ESP tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.


Dan yang paling penting,

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!


Shaklee hanya gunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.


RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka lambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Okey, senarai ni je dah cukup menakutkan bila menggambarkan betapa teruknya apabila kita kekurangan protein. Sebab itu, kita kena sentiasa pastikan badan kita mempunyai keperluan protein yang mencukupi dan salah satu cara paling mudah adalah dengan mengamalkan ESP Shaklee seperti saya.


Kelebihan ESP ini ialah;

  • Membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. 
  • Ia penting kepada pembentukan janin
  • Membantu untuk menambahkan susu badan.
  • Menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
  • Setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat.
  • Kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous.
  • Indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah

Jadi... Apa yang anda akan dapat setelah minum ESP ni?

✅ Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : Sebagai penambah tenaga! (kalau minum pagi-pagi tu. terasa segar dan tak rasa lapar sangat. Kira bonuslah untuk kawal berat badan.)
✅ Lelaki : Melindungi daripada penyakit berbahaya (jantung, kanser, dll - InsyaAllah ini salah satu usaha. Tawakal hanya kepada Allah.)
✅ Ibu mengandung : Untuk kehamilan yang sihat! Janin membesar dengan baik, kurangkan rasa-rasa tak selesa badan)
✅ Wanita : Keanjalan kulit (Protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

Kegemaran saya. ESP + Dutch Lady Strawberry + air masak. Yummy!


Dalam spa pun, Ee pilih ESP untuk untuk dijadikan masker. :)


Info yang sangat berguna kan? InsyaAllah ilmu ni Ee dapat daripada orang lain dan Ee kongsi dengan semua orang. Semoga ini jadi salah satu ibadah di mata Allah. Ameen.


Nak dapatkan konsultansi terbaik? Boleh terus Whatsapp Ee 010-2888494. InsyaAllah Ee bantu sebaik mungkin berdasarkan ilmu yang Ee ada dan ilmu yang akan Ee gali lagi sedalam-dalamnya. Jangan lupa. Bulan ni promosi terbaik ESP! Harga pasaran RM150.00. Untuk dapatkan tawaran menarik, boleh terus hubungi Ee ye. :)


Salam sayang,

Shasratul Ameerah Kamaruddin
ID 1095681
Penjual, pengguna dan kekasih kepada produk Shaklee.
Pengasas Ee Beauty Spa
010-2888494

Terima Kasih

No comments:

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH