Pages - Menu

31 August 2016

Senarai Semak Barang Keperluan Ibu dan Bayi Baru Lahir

Setiap ibu bapa pasti nak teruja mananti kelahiran cahaya mata. Masing-masing awal-awal lagi dah fikir, lelaki ke perempuan. Nak letak nama apa. Yang lebih kehadapan, dah mula rancang nak didik anak tu macam mana sekaligus rancang apa persiapan yang kita kena lakukan untuk anak tu capai kejayaan dunia dan akhirat. InsyaAllah.


Antara perkara paling seronok nak buat adalah sediakan barang-barang keperluan baby lagi-lagi anak pertama. Betul tak? Dalam seronok-seronok nak beli barang ni, kena tengok bajet jugak. Kalau dah ekonomi macam gini sekarang, memang silap besar la meembeli tanpa senarai.


Dan Ee memang sangat suka tulis dulu apa-apa, lepas tu baru buat. Lebih sistematik. Kita pun boleh tengok dengan jelas apa yang dah siap, apa yang belum. Hari ni Ee sangat berbesar hati nak kongsi senarai Ee. Senarai ni Ee dapat berdasarkan gabungan beberapa blog dan buku yang Ee tengok. Semoga bermanfaat ye.


SENARAI KEPERLUAN BAYI

1) Pakaian bayi



Ini yang Ee sempat rancang dan tulis. Baju memang tak beli banyak sebab bayi kan cepat besar. Jadi beli sekadarnya sahaja. Nasihat daripada kawan-kawan Ee juga, bila kita beli banyak-banyak, nanti tak terpakai baju tu sebab memang bayi cepat besar. Jadi berbanding baju Newborn, Ee lebih suka ambil baju bersaiz 0-3 bulan. Lagipun kita tak pasti bayi kita nanti keluarnya berapa kg. Karang tak muat pulak kalau kecil-kecil.


Mitten & Booties memang Ee hadkan pada 3 pasang sahaja. Banyak perkongsian yang Ee dah baca, sebaiknya pemakaian sarung tangan & kaki ni tak lama. Sebulan sahaja cukup. Pemakaian sarung tangan & kaki yang lama akan mengganggu perkembangan bayi. Yela, bila tak pakai sarung tangan, cepat la dia boleh rasa benda-benda sekeliling dia. Jadi perkembangan deria rasa tu lebih cepat.


Pampers NB pun jangan beli banyak tau. Bila bayi minum susu ibu, bayi akan cepat pejal dan gebu. Nanti pakai pampers NB tu kejap je. Dah nak kena tukar saiz S. :)


2) Penyusuan bayi



Penyusuan bayi ni pun penting. Bila kita memang nak dan berazam nak bagi bayi kita susu ibu, kita kena sediakan keperluan-keperluan yang membantu penyusuan ni. Antara barang yang penting adalah pam susu. Lebih-lebih lagi bila bekerja. Susu ni keluar ikut demand. Bila kita bekerja, kita tak dapat nak bagi bayi susu, jadi tiada rangsangan di situ. Itu perlunya pam susu untuk pam susu kita sekurang-kurangnya 3 kali semasa waktu bekerja. Signal akan dihantar ke otak memberitahu ada demand. Jadi susu akan sentiasa banyak :)


Sabun botol susu pun penting untuk pilih yang terbaik. Ee memang pilih Dish Wash Shaklee :) Dish Wash Shaklee sangat lembut pada puting dan botol, tapi sangat berkuasa nak bersihkan susu yang melekat pada botol.


3) Penjagaan diri bayi




Ini senarai semak penjagaan diri untuk bayi. Ee tak letak bedak sebab banyak kajian menunjukkan bedak akan bagi kesan pada bayi terutamanya pernafasan bayi. Jadi sebagai langkah penjagaan, tak perlu la masukkan. Untuk losyen bayi, Ee tak masukkan sebab Ee sangat suka Herbalblend :) Sebut pun herbal, insyaAllah sangat selamat untuk bayi. Kulit pun lembut. Ehemm, herbalbllend pun sangat baik untuk sakit kulit, ruam, eczema. InsyaAllah sangat mujarab.


4) Barang-barang lain




Ini senarai barang-barang lain yang Ee boleh fikirkan setakat ni. Senarai ni tidaklah lengkap sepenuhnya, namun boleh dijadikan panduan bagi ibu-ibu hamil yang pening fikirkan apa keperluan bayi yang diperlukan. Terutamnya masa awal-awal kelahiran.


SENARAI KEPERLUAN IBU


Ok, barang-barang bayi kita dah kongsi. Sekarang jom tengok barang-barang ibu pulak. Barang ibu ni mudah je. Banyak dah ada jadi tak banyak yeang perlu beli. Dalam senarai semak Ee cuma tulis barang yang nak kena beli. Tapi sebelum tu meh Ee senaraikan barang yang perlu bawa ke hospital.


  • Baju butang depan - kegunaan untuk keluar dari hospital. (Kalau baju tiada butang bimbang susah nak pakai nanti. Kalau normal, insyaAllah okay. Cuma kalau kena czer, susah sikit la kan.)
  • Kain / Kain batik  
  • Sweater
  • Tudung sarung - masa tu dah tak boleh nak fikir pin apa semua dah.
  • Pakaian dalam - Kalau boleh masa ni dah pakai nursing bra. Mudah.
  • Seluar dalam pakai buang - Sangat berguna bila kita dah berjaya melahirkan bayi. Masa tu kalau bocor pun tak perlu susah-susah fikir nak basuh beria.
  • Suplemen / ubat yang penting
  • Makanan kudap-kudap - Kurma, susu kambing, air mineral, air zam zam, biskut. Pastikan makanan sentiasa ada. Jangan biarkan perut kosong 24 jam sebelum masuk ke dewan bersalin. Nanti cepat hilang tenaga bila nak teran.
  • Tuala
  • Barang penjagaan diri


Ini pula senarai barangan yang Ee memang nak beli.


1) Pakaian ibu



Tak perlu Ee terangkan, kita masing-masing tahu apa fungsi setiap barang tu kan. Hehe. :)


2) Set pantang ibu




Semestinya untuk set pantang dalaman, pilihan utama Ee adalah Shaklee! Memang setakat ni Ee sangat-sangat puas hati dengan keberkesanan Shaklee ni. Memang pilihan terbaik! Cuma sekarang ni tengah pening nak fikir set pantang luaran je. Ada idea tak? Serius Ee memang buntu betul.


Ini la senarai Ee yang tak seberapa ni. Kalau ada yang kurang, nanti topup balik. Sekarang ni pun tak betul-betul nampak lagi apa yang kurang. InsyaAllah nanti kalau ada tambahan Ee kongsi lagi ye. Korang boleh tiru je yang Ee buat ni. Nak salinan? Pun boleh. Terus whatsapp Ee 0102888494. Nanti Ee akan emel salinan ni :)


Ee percaya pada konsep, lagi banyak Ee kongsi, lagi banyak Allah bagi. InsyaAllah doakan yang terbaik untuk Ee ye. Doakan juga Ee dimudahkan bersalin ye. Berdebor betul. :)


Semoga bermanfaat!
Terima Kasih

3 comments:

Anonymous said...

Saya dah dapat checklist ni. Thanks Ee!

shasratul said...

Welcome dear. Semoga bermanfaat 😘

shasratul said...

Welcome dear. Semoga bermanfaat 😘

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH