Pages - Menu

18 August 2016

Kalau sayang suami, jangan layan dia macam raja!

To my dearest sisters..

Pesanan untuk yang bakal mendirikan rumah tangga atau baru je dirikan rumah tangga. Ni Ee sahre berdasarkan pengalaman orabg lain & nasihat2 yang Ee dapat daripada senior2 tau.

Entah camana la boleh keluar topik rumahtangga tak tahu la :-P Tapi antara pesanan2 yang Ee boleh share :

a) Awal2 perkahwinan ni, ajak suami buat kerja rumah sama2. Biar sama2 ada rasa tanggungjawab. Ada lelaki yang mak ayah dia ajar tak payah buat kerja rumah tau. So dia mungkin tak tahu & bagi dia kerja rumah ni memang 100% kerja isteri.

Jangan tau! Sebab nanti anak2 akan tengok kita sebagai ibu bapa. Macam mana kita handle rumah. So anak2 akan ikut. Bayangkan kalau anak lelaki kita tengok ayahnya balik kerja, lepak2, mintak kopi, baca surat khabar, makan, terus tidur. Agak2 apa persepsi anak? Mestilah bagi dia, lelaki tak payah buat apa2 kerja.

2) Bila dah ada anak pun, cuba bahagikan tugas. Contohnya, isteri jaga kebajikan anak, ayahnya jaga akhlak & akademik. Terpulang la pada kreativiti masing2. Kenapa?

Supaya suami ada rasa tanggungjawab. Biar suami faham, semuanya tanggungjawab bersama. Barulah dia takde masa nak fikir nak kahwin 2 :-SS Tapi ni betul tau. Bila kita layan dia macam raja, rehat je tak perlu buat apa2, kurang rasa tanggungjawab, cukuplah sekadar bg nafkah je, dia akan timbul rasa 'Mudahnya. Kalau macam ni boleh tambah isteri la.'

Setakat ni tu je. Ini pun Ee dapat daripada pengalaman orang lain. Bukan bermaksud kita queen control. Tak sama sekali! Jangan lupa syurga kita bawah tapak kaki suami. Jangan pulak kita asyik arahkan suami buat itu buat ini. Ajak suami buat sama2. Baru la indah rumahtangga.

Selamat mencuba :-)

#TipsRumahtangga
#SharingIsCaring


Terima Kasih

No comments:

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH