Pages - Menu

23 August 2016

Info Hamil : 5 Tips Mudah Hilangkan Bengkak Kaki

Kaki debab atau bengkak masa hamil. Mesti korang pernah lalui kan? Dalam kes Ee, kaki mula bengkak masa usia kandungan 5 bulan.

Masa tu, ramai la yang cakap,
"Eh, orang bengkak kaki ni biasanya masa dah dekat nak bersalin tau."
"Awalnya! Takut tengok"

Ok, itu sangat psiko. Kita yang tak pernah alami ni jadi bimbang la kan. Jadi mula la meng'google' punca-punca kaki bengkak ni. Hasil pembacaan dan kajian Ee (kajian sangat :-P) :

---------------------------------------------
PUNCA KAKI BENGKAK
---------------------------------------------



Edema (kaki bengkak) semasa hamil ni adalah perkara biasa. Jangan bimbang. Kita akan mula perasan kaki kita bengkak bila mana kita dah tak muat nak pakai kasut kesayangan kita. Jadi terpaksa la beli selipar yang lebih selesa.

Edema ni terjadi bila badan kita simpan lebih banyak cecair daripada biasa. Konsep dia senang je.

Bayi makin besar --> beri tekanan pada salur darah --> Peredaran darah jadi perlahan --> Tekanan ni memaksa cecair turun dan keluar melalui kapilari dan masuk dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali.

Sebab tu la kita akan nampak bengkak tu paling ketara di buku lali. Kadang-kadang rasa biasa je. Tapi bila terlampau tegang, ia akan menimbulkan rasa sakit.

---------------------------------------------
5 CARA MUDAH ATASI EDEMA
---------------------------------------------

Sebenarnya mudah je nak kurangkan edema ni. Yang penting kena buat. Kalau biarkan je, memang makin bengkak.

1) Tinggikan kaki

Tinggikan kaki bila-bila masa anda ingat. Kalau nak tidur tu, pastikan kedudukan kaki lebih tinggi daripada badan. Ia membantu darah mengalir dengan lebih baik.

Kalau tengah duduk pulak, jangan biarkan kaki terjuntai. Letak la apa-apa kat bawah kaki untuk tinggikan sikit kaki tu.

2) Sentiasa gerakkan kaki

Maksudnya jangan biarkan kaki anda kaku. Jangan berdiri atau duduk terlalu lama. Kita kena sentiasa gerakkan kaki untuk bantu darah mengalir dengan baik.

Contohnya kita terpaksa travel jauh. Pastikan dalam sela masa tertentu kena berhenti jugak untuk regang-regangkan kaki. Kalau kita dalam keadaan yang tak boleh berhenti tepi (bas, keretapi), sekejap-sekejap bangun atau pusing-pusingkan kaki.

3) Bersenam

Kita tutup aurat dia sikit :)

Ada orang kata, kaki bengkak sebab banyak sangat berjalan. Itu salah sama sekali. Berjalan sangat bagus untuk ibu hamil. Di samping membantu peredaran darah, ia juga membantu kuatkan otot-otot kita yang mana ia sangat membantu masa nak meneran nanti.

Antara senaman yang dicadangkan ialah berjalan, berenang dan menggunakan basikal senaman. Tapi jangan berlebihan pula ye. Kalau ada simptom-simptom kejang atau sakit, kena berhenti. Tu bermaksud anda dah terlebih senaman.

4) Manjakan diri dengan suami



Ye! Masa ni la nak manja-manja. Bila lagi kan? Minta suami urutkan kaki anda bermula daripada tapak kaki ke buku lali seterusnya ke atas sehingga bahagian lutut. Ini akan kurangkan takungan cecair di tapak kaki anda.

Cara ni hanya boleh dilakukan andai kaki anda tidak terlalu tegang. Sebab bila terlalu tegang, ia akan menyebabkan kaki anda sakit bila urutan dilakukan.

5) Amalkan pemakanan yang sihat

Amalan pemakanan sihat sangat penting untuk ibu tau. Bukan pada masa biasa je kita kena jaga diet. Masa mengandung lagi penting sebenarnya.

- Kurangkan garam
- Kurangkan gula
- Kurangkan makanan berlemak
- Kurangkan air manis
- Lebihkan buahan & sayuran
- Jaga jumlah pengambilan karbohidrat, protein dan lemak.
- Banyakkan minum air masak
- Pengambilan suplemen yang betul

Ye, macamana pun kita tak boleh pertikaikan kepentingan pengambilan suplemen semasa hamil. Sangat penting untuk pastikan badan kita sentiasa cukup zat sewaktu hamil.

Antara suplemen yang terbaik semasa mengandung adalah Vitamin C, Vitamin B Complex, asid folik, multivitamin dan kalsium.

Memandangkan semua ni memang penting, jadi Ee memang makan Vitamin C Shaklee, B-Complex Shaklee (dah ada sekali asid folik), Vitalea sebagai multivitamin dan Ostermatrix untuk sumber kalsium. Yummy!

Ini la semua suplemen yang Ee ambil :)

Ibu mengandung memang tak lari daripada keperluan zat yang mencukupi. Bila zat tak cukup, itu la yang menyebabkan banyak sakit menyinggah.

Dah dapat tipsnya? Semoga bermanfaat ye semua :-D

Pesanan penaja : Sesiapa yang berminat untuk dapatkan set prenatal Shaklee atau postnatal Shaklee, boleh hubungi Ee ye. InsyaAllah, konsultansi terbaik daripada Ee.


Shasratul Ameerah binti Kamaruddin
ID 1095681
010-2888494

Terima Kasih

No comments:

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH