Pages - Menu

02 June 2015

Kenali 6 Jenis Kulit – Anda Yang Mana?


Assalamualaikum semua! Apa khabar? Saya doakan semuanya berada dalam keadaan sihat ye. Sihat iman, sihat akhlak, sihat tubuh badan. Amin..

Ok, hari ni saya nak kongsikan mengenai kulit manusia. Kita tahu kulit kita ni istimewa kan? Ia organ terbesar dalam badan kita. Apa? Organ? Ye, organ. Memandangkan kulit meliputi sebahagian besar badan kita, apa salahnya kita ambil masa dalam 5 minit sahaja untuk kenal kulit kita dengan lebih mendalam. Bila dah kenal kulit kita ni, senanglah kita nak buat pilihan terbaik untuk jaga kulit kita ni J

Kulit manusia ni terdiri dari tiga lapisan, Epidermis, Dermis, dan Hipodermis.



---------------------------------------------------------------
KOMPONEN DAN FUNGSI SETIAP LAPISAN
--------------------------------------------------------------- 


i) EPIDERMIS

Merupakan lapisan yang paling nipis. Di lapisan Epidermis, terdapat lapisan sel keratinosit (protein) yang memainkan peranan penting dalam penghasilan sel kulit yang baru. Lapisan epidermis ini tidak mempunyai sebarang saluran darah dan terdapat sel pembentuk pigmen yang di panggil melanin. Melanin memainkan fungsi utama melindungi kulit daripada sinaran uv dan memberi kesan pada warna kulit. Kesan yang macam mana? Semakin banyak melanin pada kulit seseorang, semakin gelap warna kulitnya.



ii) DERMIS

Lapisan yang mempegaruhi kedutan pada muka. Pada lapisan ini terdapat pembuluh darah, folikel rambut, kalenjar minyak, serabut saraf dan lemak. Jika protein banyak terdapat pada lapisan epidermis, lapisan dermis pula mengandungi banyak kolagen dan kolagen inilah yang berfungsi memberi kesan elastik dan tegang pada wajah.  

Semakin banyak kolagen dalam lapisan dermis, semakin tegang dan elastik kulit seseorang. Semakin kurang kolagen pada lapisan ini, semakin kendur, berkedut dan lembik kulit seseorang. Ini sebabnya kita sangat di sarankan untuk mengamalkan pemakanan yang boleh meransang lebih banyak penghasilan kolagen. 

Kolagen ni penting. Ia ibarat tali yang hubungkan kulit dengan kulit. Kalau tali ni longgar atau putus, maka kulit pun sama, akan makin kendur.

Pembuluh darah pada lapisan  ini pula berfungsi untuk menghantar oksigen dan nutrien penting yang sangat diperlukan oleh epidermis dan dermis.



iii) HIPODERMIS (LAPISAN LEMAK)

Terletak di bawah lapisan dermis dan mengandungi lebih banyak lemak yang mana memainkan peranan sebagai penebat haba. Melindungi tubuh daripada sinaran matahari dan mikroorganisme. Jadi jangan fikir lemak tu sebagai benda yang tak baik. Setiap yang Allah jadikan tu ada tujuannya, Cuma kenalah berpada. Janganlah sampai lemak tu berlebihan sehingga menutupi organ lain. Tak gitu?



 JENIS-JENIS KULIT




Secara amnya, terdapat enam jenis kulit yang berbeza. Kulit yang normal boleh berubah menjadi kulit kering dan matang pada bila-bila masa, atas faktor cuaca, kesihatan, perubahan hormon. Inilah sebab utama mengapa kita perlu member nutrisi yang mencukupi dan perlindungan yang kuat untuk kulit kita.


Enam jenis kulit yang dimaksudkan adalah kulit normal, kulit kering, kulit matang, kulit gabungan, kulit berminyak dan kulit sensitif. Penting untuk kita tahu jenis kulit kita supaya kita tak tersalah memilih produk.


i)                             KULIT NORMAL

Kulit yang seimbang. Terdapat sedikit minyak juga kering sedikit. Bayi biasanya memiliki kulit normal, kulit lembut bersinar dan sihat.


ii)                         KULIT KERING

Kulit yang kebiasaanya bebas jerawat, kusam, tona tidak sekata, terdapat garisan halus pada mata dan dahi walaupun dalam keadaan tidak senyum. Jeragat biasanya ada pada mereka yang memiliki kulit kering.


iii)                      KULIT MATANG

Jenis kulit yang tidak cukup nutrien-nutrien penting. Kebiasaanya mereka yang tidak mengamalkan gaya pemakanan sihat seperti tidak mengambil sayur dan buah. Bukan sahaja dari segi pemakanan, malah penjagaan luar juga tidak dititikberatkan. Keadaan kulit matang lebih kurang sama seperti kulit kering tetapi, segalanya lebih, lebih berjeragat, lebih banyak tona tidak sekata dan lebih banyak garisan halus.


iv)                      KULIT GABUNGAN

90% antara kita memiliki kulit jenis gabungan. Keadaan kulit gabungan adalah keadaan di mana kawasan  
‘ T-ZONE ’(dahi, hidung dan dagu) sering bermasalah. Bintik hitam, bintik putih, kering juga berminyak.


v)                         KULIT BERMINYAK

Keadaan kulit berminyak adalah liang roma terbuka dan kelihatan seperti kulit limau, berjerawat samada  jerawat halus atau jerawat besar. Liang roma yang terbuka menyebabkan banyak habuk dan kuman mudah melekat.


vi)                       KULIT SENSITIF

Contoh kulit sensitif adalah eczema, proarisis dan juga kulit yang mengandungi pengelupasan yang teruk. Jenis kulit ini sangat tipis dan kemerahan, kapilari darah banyak yang pecah kelihatan jelas kebiasaannya pada tepi hidung. Mereka yang pernah menggunakan produk pemutihan cenderung untuk mengalami kulit sensitif. Inilah bahaya penggunaan krim  pemutihan hari ini. Tersalah pilih, rosak kulit.     


Cuba perhatikan. Yang mana satukah jenis kulit anda? Bila kita mngetahui jenis kulit kita, mudah untuk kita membuat pilihan mengenai produk yang ingin kita gunakan. Penggunaan produk yang semberono tanpa menghiraukan jenis kulit anda adalah satu tindakan yang tidak bijak. Anda bukan sahaja boleh merosakkan kulit, malah anda juga mungkin mendedahkan kulit anda kepada bahaya. 

Untuk pemilihan yang tepat, anda boleh lihat Set Kulit Shaklee (link). Berhati-hati supaya anda tak buat pilihan yang salah. Pilih produk yang betul untuk kulit yang betul. Anda mampu memilihnya ;)

Untuk konsultansi lebih lanjut, sila hubungi saya di 0102888494. Konsultansi ekslusif diberikan hanya kepada pelanggan saya. Anda pasti bertuah untuk memilih saya sebagai perunding kecantikan anda ;)


Terima Kasih

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH