Pages - Menu

12 March 2015

Kuey Teow Kungfu sedap.. Yummy!

Assalamualaikum!


Dah lama rasa tak tulis dalam blog ni. Asyik tulis kat papan putih, buku pelajar, Rindunya,,. Apa khabar semua? Ee harap semua sihat walafiat.


Ok, hari ni ee nak share resepi kuey teow kungfu yang sangat sedap. Kuey teow kungfu ni memang makanan kegemaran ni. Kalau tambah the ais, waa superb! Semua yang kenal ee memang tahu sangat pasal ni.


Sebenarnya ni kali pertama buat. Cuak jugak takut tak jadi. Nasib baik la encik suami puji! Waa, ni yang buat lagi semangat nak kongsi ni. Jom kita tengok resepi ni. Mudah je, tak susah pun..

Ni la ghope kuey teow tu.


Bahan-bahannya :

Untuk Kuey teow

½ bungkus kuey teow
2 biji telur
1 sudu lada sulah

Untuk Sos
100gm udang (buang kulit)
100gm sotong (potong bulat)
3 ulas bawang putih (cincang)
3 batang cili padi
1 batang  lobak merah - sederhana besar (potong panjang)
1 ikat sawi kalian
100gm kubis
3 sudu sos tiram
2 sudu tepung jagung + ½ cawan air
2 sudu minyak masak
Sedikit air
Garam secukup rasa

Cara-caranya :

1)      Basuh kuey teow sehingga bersih. Pukul telur dan masukkan kuey teow. Gaulkan.
2)      Panaskan minyak dan goreng kuey teow sedikit demi sedikit sehingga garing.
 Asingkan ke tepi.
3)      Untuk sos, panaskan minyak. Masukkan bawang putih dan goreng sehingga naik bau.
4)      Masukkan udang dan sotong. Didhkan sehingga keluar air sotong.
5)      Masukkan campuran air dan sos tiram Masukkan sekali lobak merah. 
Didihkan sehingga lobak merah lembut.
6)      Masukkan sayur sawi kalian dan kubis. Tambahkan garam secukup rasa.
7)      Seterusnya masukkan bancuhan tepung jagung. Tutup api dan kacau rata.
8)      Siap!


Kuey teow kungfu ni sedap kalau makan masa panas. Hidang pulak dengan air teh panas. Waa, menyengat rasanya! Selamat mencuba!




Ameerah
Shaklee Independent Distributor
ID no 1095681
Tel no 0102888494
FB Ameerah Ee
FB Page A step for a healthy life

Insta eeameera

Terima Kasih

No comments:

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH