Pages - Menu

07 November 2014

APA TU KOLESTEROL?

Kita selalu dengar perkataan kolesterol. Tapi siapa tahu makna sebenar kolestrol, angkat tangan! (Macam tanya anak-anak imtiaz.. Hihi). Ok, jom kita kaji dulu apa tu kolesterol.

APA ITU KOLESTROL? 

Kolesterol sebenarnya adalah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel haiwan, ditemui juga dalam peredaran darah manusia. Kolesterol boleh menjadi kawan atau lawan. 

Kolesterol merupakan komponen yang penting untuk fungsi normal tubuh bilamana ia berada di tahap normal, namun apabila ia berada di tahap yang tinggi dalam darah, ia mampu meletakkan kita di risiko serangan jantung.

Kolesterol adalah berasaskan lemak, oleh sebab itu ia tak akan bercampur dengan darah yang berasaskan air. Oleh itu, ia dibawa dalam darah oleh lipoprotein.

JENIS DAN FUNGSI KOLESTEROL

Kolesterol ini dibawa oleh dua jenis lipoprotein iaitu :
  • Lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) - Dikenali sebagai kolesterol jahat
  • Lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) - Dikenali sebagai kolesterol baik

Kolesterol mempunyai empat fungsi utama yang mana kita tak akan dapat hidup jika ia tiada. Fungsi tersebut adalah :
  1. Menyumbang kepada struktur dinding sel
  2. Membentuk asid hempedu dalam usus untuk proses pencernaan
  3. Membenarkan tubuh menghasilkan vitamin D
  4. Membolehkan tubuh membuat hormon tertentu.
APA YANG MENYEBABKAN KOLESTEROL TINGGI?

Kolesterol tinggi / hiperkolesterolemia / hiperlipidemia / dyslipidemia merupakan faktor utama yang menyumbang kepada risiko penyakit jantung koronari, penyebab serangan jantung dan mengurangkan tahap lipid dalam darah.



Peningkatan LDL akan menyebabkan pengumpulan kolesterol dalam arteri manakala HDL akan membawa kolesterol ke hati untuk disingkirkan daripada badan. Pengumpulan kolesterol di dalam arteri akan menyempitkan pembuluh darah yang disebut arterosklerosis, yang mana akan membentuk plak dan menyebabkan perjalanan darah tersekat. 

PUNCA / FAKTOR PENYEBAB KOLESTEROL TINGGI

Terdapat banyak sebab terjadinya kolestero tinggi dalam darah. Berikut merupakan 2 faktor penting yang menjadi penyebab meningkatnya kadar kolesterol dalam badan. 

1. Faktor yang tidak dapat dikawal
  • Keturunan. Jika ada dalam keluarga kita yang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi, maka semakin tinggilah risiko kita untuk mempunyai kolesterol yang tinggi. Risiko anak untuk menghidapi gangguan kesihatan adalah 6 kali lebih besar daripada orang tua.
  • Usia. Apabila usia telah mencecah 20 tahun, kolesterol akan lebih cenderung meningkat. Bagi orang lelaki, kolesterol akan mudah naik setelah umur 50 tahun. Bagi wanita pula, kolesterol akan lebih mudah naik setelah menopause.
2. Faktor yang dapat dikawal
  • Terlalu banyak makan makanan berlemak, seperti mentega, biskut dan makanan ringan
  • Lebih berat badan
  • Kurang bersenam
  • Merokok
  • Gaya hidup yang tidak sihat
  • Stress
  • Diabetes
  • Minum kopi berlebihan
  • Obesiti
  • Diet yang salah
8 TIPS KAWAL KOLESTEROL

Berikut adalah 8 tips untuk mengawal tahap kolesterol dalam badan.


Dalam erti kata lain, ubah faktor yang dapat dikawal tadi. Amalkan gaya hidup sihat. InsyaAllah masalah kolesterol ini dapat diatasi.

OMEGA DAN KOLESTEROL

Omega 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang  penting (essential unsaturated fatty acids) yang mempunyai ikatan karbon-karbon berkembar pada kedudukan n-3 iaitu pada hujung methyl dalam molekulnya. Oleh kerana itu ia digelar Omega 3.

Omega 3 terdiri daripada tiga jenis asid lemak utama iaitu:

1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)
2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)
3. Alpha Linolenic Acid (ALA)

Supplement Omega 3 sudah mengandungi semua jenis khasiat yang dinyatakan, jadi apa yang penting ialah anda perlu memakannya setiap hari.   Omega 3 amat penting untuk kesihatan. Terlalu banyak kajian saintifik telah membuktikan kaitan yang amat kuat di antara Omega 3 dengan kesihatan yang baik. 

Pada 8 September 2004, USFDA iaitu badan yang bertanggungjawab menjaga hal-ehwal perubatan di Amerika Syarikat telah mengeluarkan kenyataan yang menyokong Omega 3 (EPA & DHA) sebagai satu supplement yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Di antara kebaikan Omega 3 untuk kesihatan adalah:  

1.     Mengurangkan risiko insiden serangan jantung
2.     Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung
3.     Mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu (arrythmia)
4.     Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat (Ischaemic heart disease)
5.     Mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.
6.     Mengurangkan risiko darah beku
7.     Mengurangkan risiko pembentukan plak aerosklerosis pada dinding saluran darah yang menyebabkan pengerasan
8.     Mengurangkan risiko darah beku di kalangan pesakit yang mengalami masalah saluran darah bengkak di kaki (varicose veins).
9.     Mengurangkan KOLESTEROL Triglycerides & LDL  dalam darah & menaikkan paras KOLESTEROL BAIK (HDL) 
10. Mengurangkan risiko darah beku yang menyebabkan penyakit strok dan serangan jantung (heart attack).
11. Mengurangkan risiko mendapat STROKE (ANGIN AHMAR) sama ada jenis ischemia atau haemorrhagic.
12. Mengurangkan risiko mendapat penyakit darah tinggi (hypertension) dengan mengurangkan masalah pengerasan saluran darah
13. Mengurangkan kadar tekanan darah tinggi bagi pesakit yang pernah mengalami masalah darah tinggi.
14. Mengurangkan radang sendi dalam penyakit sendi Rheumatoids
15. Mengurangkan radang usus dalam penyakit Crohn’s
16. Mengurangkan masalah radang usus dalam penyakit Ulcerative Colitis
17. Memberi kesan positif dalam penyakit SLE (Systemic Lupus Erymatosis)
18. Memberi kesan positif dalam penyakit Asma
19. Memberi kesan positif dalam masalah kulit Eczema dan Atopic dermatitis
20. Membantu pesakit yang menjalani pemindahan organ (implant).
21. Membantu dalam perkembangan otak bayi dan kanak-kanak. Susu ibu amat kaya dengan DHA (Omega 3). Oleh itu, banyak syarikat pengeluar susu yang menambahkan DHA dalam keluaran susu merekA.
22. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mendapat tambahan DHA dalam minuman susu mereka akan mengalami masalah hiperaktif (ADHD) yang kurang
23. Kanak-kanak yang kekurangan Omega 3 dalam pemakanan mereka mempunyai masalah tumbesaran otak

Wow.. Memang banyak kelebihan Omega-3 kalau nak disenaraikan..


Dan Omega-3 terbaik tentulah Omega Guard Shaklee!
Kenapa Omega Guard Shaklee? Apa kelebihannya berbanding omega-3 lain?



Akan saya ulas di post seterusnya :)


Ameerah
010-2888494
Instagram : eeameera
FB Page : A step for a healthy life




https://www.facebook.com/ameerah.shaklee?ref=hl


Lots of love,







Sumber :


1. http://www.medicalnewstoday.com/articles/9152.php
2. http://kolesteroltinggi.net/
3. http://doknorm.blogspot.com/2012/08/apa-itu-omega-3-apa-faedahnya-kepada.html

Terima Kasih

No comments:

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH