Pages - Menu

08 November 2014

REVIEW : Taman Mini Malaysia, Melaka

Assalamualaikum semua! Ok hari ni saya nak cerita sikit.

Pagi tadi saya dan suami tercinta jalan-jalan ke Taman Mini Malaysia, Ayer Keroh, Melaka.
Sebenarnya cadangan asalnya nak gi tengok jugak Taman Mini Asean, tapi malangnya tutup sebab tengah renovate. So, agak kecewa la sebab kami beria nak gi explore semua yang ada kat dalam tu. Hihi.

Well, kami berdua sama-sama suka gi tempat-tempat macam ni. Boleh tambah ilmu pengetahuan. Tambah lagi, my husband sangat suka pengetahuan am. Lagi la semangat.

Kami mula masuk Taman Mini Malaysia tu jam 11.00 pagi. Keluar tak keluar dalam jam 4.30 petang gitu. Nampak kecik je, tapi best! Sebab banyak benda yang kami belajar pasal Malaysia ni lagi-lagi pembinaan rumah di setiap negeri.

Jom layan gambar dulu..

Welcome to Mini Malaysia & Asean Cultural Park!

Jom kita mulakan dengan rumah Perlis. Rumah Perlis ni comel je.

Inilah rumah Perlis..

Ni penerangan pasal rumah ni. Ada beberapa rumah jugak yang buat rumah macam ni, sesuai untuk pengudaraan dalam rumah. Best! Duk dalam rumah pun boleh rasa angin lalu. Hihi..

It's my husband talking on the phone :)


Ini ruang tamu rumah. Boleh tahan la besar gak.

Siap dengan majalah. Lama kot. Tahun 1997. Memang rasa cam zaman dolu-dolu..

typewriter! Bagus ada benda ni. Dapat la jugak dak-dak zaman sekarang tahu apa la bendanya typewriter ni. Almaklumla, sekarang sume zaman IT.

Abang dah nak gi outstation? (Ce tengok tulisan kat beg tu. Railway Station Layang.) 
Terasa lamanya.


Haa, ni zaman TV cembung. Dulu kat umah tok ade la TV ni. Sekarang ntah ke mana TV tu.


Penggiling batu. Lama dah tak tengok..



Ok, kita beransur ke rumah Pulau Pinang !



Uniknya rumah Pulau Pinang ni sebab ukiran dia. Cantik kot. Ukiran ni memang ada kat dinding-dinding rumah ni. 


Moh kite ke rumah paling besar di Malaysia. Rumah Kedah!


Pintu depan. Ce tengok berapa banyak tiang rumah ni ada..

Pintu belakang.

Kita ke rumah paling kecik pulak. Rumah Perak.



Tengok, comel je kan. Rumah ni paling simple. Ada ruang tamu kecik, 2 bilik, dapur. Dah, complete satu rumah.

Kita beransur ke rumah seterusnya.Boleh tahan besar gak. Bilik tak banyak tapi ruang tengah dia cukup luas kalau nak buat kenduri. Memang tak payah sewa khemah dah.



Luas kan?

Ok, ni rumah Melaka. Melaka memang terkenal dengan beranda kayu dan tangga batu ni. Memang unik!

Siap ada bilik atas. Teringin gak nak tengok ape ada kat atas, tapi kite ni gayat. So, batalkan jela niat tu.

Baba & Nyonya :)

Rumah Terengganu!




Mesin tenun kain. Dah lama tak tengok.

Ce teka ni rumah apa..

Rumah sabah! Ciri-ciri dia, ia diperbuat daripada buluh.

 
Tengok tangga dia. Hadui, memang merangkak nak naik. Bagi orang gayat macam saya la..

Boleh tengok luar je. Dalam takleh masuk. Tapi dalam pun sama. macam ni jugak. Kuat badan mereka ni boleh tidur atas ni. Sejuk kot malam-malam, angin sejuk masuk.


Ini pulak tangga rumah Sarawak. memang sebatang pokok tu ambil buat tangga.


Sape' :)

Ni ruang luar 

Ni pulak ruang dalam rumah. Memang panjang. Sebab tu la dipanggil Rumah Panjang :)

Ini rumah Johor. Tak ambil gambar rumah dalam sebab lebih kurang je.


Itu sahaja review untuk kali ni. Tapi memang best! Rugi tak pergi. Tapi tunggulah Mini Asean siap, baru pergi. Sebab ni sekejap je ni. Kalau Mini Asean buka, lagi best boleh tahu culture rakyat Asia :)

ok. Bye!



Terima Kasih

No comments:

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH