Pages - Menu

15 November 2014

Doa Untuk Ibu Ayah

Kisah Mimpi Seorang Wali Ditanah Perkuburan



Dalam mimpinya, seorang wali ternampak ahli-ahli kubur sedang mengais-ngais rumput seperti mencari sesuatu. Tiba-tiba beliau terlihat ada seorang ahli kubur yang sudah berusia sedang duduk berehat diatas kuburnya sendiri.Nampak begitu tenang sekali. Beliau mengambil keputusan untuk bertanyakan kepada orang tua tersebut.

Wali : Pakcik, kenapa pakcik sedang duduk berehat dengan tenang sedangkan ramai ahli kubur yang lain sedang mengais-ngais rumput di situ.

Pakcik : Jikalau kamu mahu jawapannya, esok kau pergi ke pasar dan cari penjual daging yang masih muda di pasar. Penjual daging itu ialah saudara aku sendiri.

Wali tersebut pun beredar daripada situ. Keesokan harinya, wali itu pun menjumpai penjual daging muda di pasar tersebut. Beliau hanya memerhati dari jauh kelakuan penjual daging tersebut.Selepas penjual daging tersebut menjual dagingnya, dia sambung membaca Al-Quran. Wali tadi mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pemuda tersebut.

Wali : Assalamualaikum orang muda! Saya ada beberapa soalan untuk orang muda. Kau ada seorang ahli kerabat di kubur kampung ini?

Penjual daging : Ya ada. Itu ialah bapaku.

Wali : Aku terlihat ayahmu dalam mimpiku, beliau tenang di sana. Apa yang kau lakukan untuk ayah kau wahai anak muda?

Penjual daging : Aku membaca Al-quran dan aku berdoa kepada Allah. Jika bacaan aku itu terdapat pahalanya, aku sedekahkannya pada ayahku.

Pada fikiran kamu, kenapa ahli kubur yang lain sedang mengais-ngais rumput di situ?

Jawapannya ialah, mereka sedang mencari tempias-tempias doa yang didoakan oleh orang ramai dan lafaz " Ala kulli muslimana wal muslimat, wal mukminina wal mukminat".
Manakala pakcik tua tadi hanya duduk berehat kerana doa anaknya hanya khas untuknya.

PESANAN PENAJA

Jom perbanyakkan berdoa untuk kedua ibubapa kita, samada yang masih hidup atau sudah meninggalkan kita. Juga kepada saudara mara kita untuk kesenangan mereka di alam barzakh. Doa seorang anak kepada orang tuanya, akan terus sampai kepada ibu bapanya.
Wallahualam.

Terima Kasih

No comments:

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH