Pages - Menu

14 November 2014

AJAIBNYA SEDEKAH !

AJAIBNYA SEDEKAH !



Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: 
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang 
Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba 
sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian 
kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan 
siapa yang menyedikitkan,nescaya Allah menyedikitkan baginya.” 
 H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a.


PERCAYA ATAU TIDAK

Janji Allah itu pasti. Ada satu kisah benar yg diceritakan oleh Ustaz Zul (IKIM.fm), saya kongsikan daripada group 'INSPIRASI LEGACY' kami. (Sebab tu saya suka berada dalam group ni. Setiap hari akan ada perkongsian untuk muhasabah diri)

Ceritanya begini..

Ada seorang hamba Allah, seorang kontraktor, membelanjakan RM34.70 kepada semua kanak-kanak di satu gerai. Kanak-kanak yang dapat makan tu sangat gembira dan mengucapkan terima kasih.
Tanpa disangka-sangka tak lama kemudian, dia mendapat kontrak bernilai RM347,000.

Selepas itu kisahnya lagi, pada bulan Ramadhan, beliau ke masjid. Hari tu ada meeting dengan AJK masjid. Mereka memerlukan RM19,000 untuk menyiapkan bahagian lantai masjid yang belum siap. Mereka sangat risau mana nak cari RM19k ni.

Sedangkan kontraktor ni mempunyai RM19k dalam akaunnya. Tapi duit itu adalah duit jaminan jika dapat projek / kontrak. Dalam hatinya, "Ya Allah, susahnya mereka untuk dapatkan RM19k ni. Sedangkan aku ada."

Lalu dia berkata, "Saudara-saudara sekalian, jangan risau. Esok masalah ni akan selesai. Ada hamba Allah yang akan dermakan RM19k ni."

Lalu dia keluarkan RM19k sehingga tinggal hanya RM10 je dalam akaun. Dia keluarkan dengan pejam mata. Kalau apa-apa hal fikir kemudian.

Sebulan kemudian kontraktor tu mendapat kontrak bernilai RM19 juta ringgit ! Ya Allah, kontraktor tu menangis sebab betapa Allah Maha Pemurah. RM19k digantikan dengan RM19 juta.

Kredit to Kak Faizah sebab kongsi cerita yang dia dengar di radio IKIM ni. Ya Allah, pemurahnya Allah. 

Jom kita cabar diri!

  1. Sedekahkan RM 1 je sehari kepada sesiapa sahaja.
  2. Buat tabung Subuh.Tabung subuh ni macam ni. Kita sediakan satu tabung. Guna je bekas apa yang ada. Setiap kali lepas solat Subuh, kita letak duit dalam tu. Berapa yang kita nak letak masa tu la. RM1 ke, 50 sen pun takpe. Janji letak! Lepas sebulan, kita gunakan duit tu untuk sedekah. Sekarang saya tengah buat, insyaAllah niatnya saya akan gunakan duit tu untuk belikan barang makanan dan bagi kat rumah anak yatim. Korang pun boleh buat! Jom!
Kita cabar diri untuk istiqamah buat benda ni je dulu. InsyaAllah lepas-lepas ni kita tambah lagi. Percaya pada ayat ni, 


'THE MORE YOU GIVE THE MORE YOU GET BACK'.




Lots of love,





Terima Kasih

1 comment:

I 'm T i e r a said...

Tq for sharing ee.
Ctk blog :)

© Ameerah Zulkhairi | Template Designed By MH